Dec 30, 2011

Sesi berfikir & bertukar pendapat mengupas isu

:: drama king ::

by Fatimah Azahrah on Thursday, December 29, 2011 at 3:49pm
Beberapa minggu lepas, dalam satu pertemuan dengan adik-adik, salah seorang daripada mereka bertanya, "Apa pendapat abang tentang dua golongan manusia ini, yang golongan pertama ialah golongan yang suka solat berjemaah, suka baca al-Quran, suka buat amal ibadah tapi hilang sensitiviti dalam agama. Bila solat, baca Quran... tak ada apa-apa kesan bagi dia. Dan apa pendapat abang tentang golongan kedua yang jarang-jarang solat berjemaah, jarang-jarang baca al-Quran tapi bila mereka beribadah, hati mereka sangat terkesan"

Lama saya terdiam hingga muka adik tadi berubah payau sedikit. Mungkin dia bimbang saya tak menyukai soalannya. Tak. Saya cuma berfikir, dan terus berfikir. Rumitnya soalan ini.

Pertamanya, apa yang dimaksudkan dengan hilang sensitiviti dalam agama?

Adakah, dengan banyak perilaku buruk-buruk? Banyak terlibat dengan benda langha? Banyak terlibat dengan perkara melalaikan seperti mengata orang, mengumpat orang, dan mengosipkan orang? Adakah hilang sensitiviti itu kerana mengagung-angungkan hiburan yang tak sihat?

Jika maksudnya begitu, saya sekeras-keras mengiyakan. Memang selama ini, saya perhatikan ramai manusia yang begini. Dia rajin ke surau. Dia rajin membelek mushaf, tapi dia juga rajin ketawa mengekek bila mengata orang. Ironis bukan?

Dan saya pasti, sedikit sebanyak keburukan ini ada pada kita kerana kita sama sekali tak pernah sempurna. 

Saya suka mahu menegaskan dan memperingatkan diri saya sendiri khususnya, bahawa sifat solat yang sempurna ialah ia dapat menjadi satu pagar yang memisahkan diri kita daripada kelakuan keji dan juga perbuatan-perbuatan mungkar. 

Banyak solat, banyak puasa sunat, banyak baca al-Quran... tapi mungkin sahaja Allah belum terima amal mereka. Sebab jika amal itu diterima, kesannya kita boleh nampak. Paling jelas pada peribadi. Sebagai contoh, dalam bab haji. Kita sering didoakan supaya memperolehi haji yang mabrur. Tapi mabrur itu bagaimana? Adakah dengan selepas pulang ke tanah air, kita kembali kepada sikap kita yang seperti siamang itu? Bukankah tanda-tandanya ialah kita berterusan dalam kebaikan, sebagaimana kita di tanah suci dahulu.

Inilah yang dia tandanya amal yang diterima Allah- Allah melorongkan hati dan jiwa kita untuk sentiasa istiqomah dan berterusan di dalam ketaatan.

Saya juga akan mengatakan bahawa tak semestinya orang yang banyak solat sunat, banyak puasa sunat, dan banyak beramal itu sebagai baik dan orang yang kurang amal itu sebagai tak baik. Saya tak kata. 

Kerana kita berada di zaman akhir, yang banyak benar fitnah. Banyak benar tribulasi dan mehnah pada kesihatan iman kita.

Ada orang yang terselamat bukan kerana dia punya iman yang kuat pun, tapi terselamat kerana dia tak terdedah dengan angin jahiliyyah. Ada orang yang umpama lalang, meliuk-liuk dipukul jahiliyyah bukan kerana tak ada iman, tapi kerana dia tak cukup kuat sahaja. Tapi orang begini adalah lebih baik kerana dia merasai nikmat taubat. Dia juga merasai nikmat penyesalan.

Jika kita telusuri sejarah, kita lihat Fudhail bin Iyyad juga pernah punya sejarah hidup yang kelam. Dalam sebuah kisah hidupnya, dia ialah seorang samseng. Dia suka mengganggu orang di jalanan hingga para penduduk berasa takut untuk melalui jalan itu sekiranya ada Fudhail di hadapan. Sanggup mereka berpatah balik dan mencari jalan alternatif. Lihat, betapa dahulu Fudhail ini sangat tidak disukai masyarakat.

Satu hari, dalam kebiasaannya mengganggu orang, dia memanjat rumah orang. Dan pada satu rumah itu, ada seorang wanita cantik yang sedang membaca al-Quran. Isi rumah itu sedang membaca ayat ini:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ 

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk dan tunduk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik" (al-Hadid ayat 16)

Lalu merembeslah keluar air mata Fudhail Bin Iyyad. Bibirnya merintih, "Ya Allah. Telah tiba masanya. Telah tiba masanya". Lalu dia bertaubat- taubat nasuha. Taubat sungguh-sungguh hingga tiada lagi daki jahiliyyah yang merintik. Semuanya diseka, semuanya dicuci dengan amal soleh dan pembaikian diri.

Itu suatu kisah yang sangat menakjubkan. Orang yang paling buruk, Allah pusing sedikit sahaja hatinya lalu dia berubah menjadi orang yang paling baik! Allah beri dia mendengar satu ayat al-Quran sahaja, dan hatinya terus sahaja berubah paksi. Sedang kita? Setiap sebulan khatam sekali bacaan al-Quran, tapi adakah ia benar-benar meninggalkan bekas dalam hati kita? Atau adakah kita membaca al-Quran, hanya wayang sahaja? Satu sandiwara menipu untuk menimbulkan titik-titik kekaguman dalam hati orang lain- kononnya aku lebih baik dari kamu.

Saudaraku. Suka saya saya mengingatkan tentang iblis. Dahulu, dialah penghulu semua malaikat. Dahulu, dialah ketua segenap ketaatan. Dahulu, dialah makhluk yang paling soleh. Tapi kerana satu keingkaran sahaja, Allah hinakan dia. Semasa Allah memerintahkan segenap malaikat untuk tunduk hormat (sujud) kepada Nabi Adam a.s, iblis enggan. Iblis ingkar! Kerana apa? Kerana dia merasakan dirinya adalah lebik baik daripada nabi Adam. Dia diciptakan daripada api, sedang Adam diciptakan dari tanah.

Hati-hatilah. Ada dua punca utama orang menjadi takbur. Pertama, kerana ilmunya dan kedua kerana amalnya. Mungkin kerana amal dia banyak, dia jadi hilang sensitiviti. Ada orang meminta-minta, dia rasa tak terpanggil untuk membantu. Jika ada orang perlukan nasihat, dia akan mencemuh dan mengherdik orang itu dahulu. Mungkin juga jika ada orang yang meminta tolong, dia akan berdolak-dalih. 

Dan paling jelas, dia tak akan dapat menerima nasihat jika orang yang menasihatinya itu ialah orang yang lebih kebawah darjatnya berbanding dia, iaitu orang yang tak sehebat dia dalam beramal. 

Bukankah dahulu pernah berlaku satu kisah antara dua orang bani Israel. Satu orang alim, warak. Satu orang lagi fasik, bermaksiat. Ditakdirkan Allah, kedua-dua mereka ditemukan di satu jalan. Lelaki warak menarik wajahnya daripada memandang si fasik dan lelaki fasik itu menoleh ke arah lain- daripada memandang wajah si alim tadi. Tapi atas dasar apa?

Lelaki warak itu enggan memandang wajah lelaki fasik itu kerana lelaki itu terlalu banyak dosanya. Tiada langsung ketaatannya. Dan hatinya menyumpah seranah orang itu. Menyampah sungguh! Mual!

Manakala lelaki fasik dan banyak bermaksiat itu lain pula ceritanya. Dia menarik muka bukan kerana benci tapi kerana malu. Hatinya tak henti-henti mengeluh kesal, "Lelaki itu tak pernah buat maksiat. Setiap saat dia beramal soleh sedangkan aku tak pernah melakukan ketaatan"

Lalu apa Allah buat? Allah muliakan lelaki fasik ini berbanding lelaki alim tadi. Kepulan awan di langit memayungi lelaki fasik tadi. 

Inilah jawapan saya kepada adik saya itu. Secara tuntas, saya dan dia bahkan semua kita wajib berjaga-jaga. Bimbang-bimbang ada secebis takbur tertanam dan bermukim dalam jiwa hingga menjadikan kita berasa gah dan sombong hingga pada hilang sensitiviti dalam beragama.

Maka jika itu berlaku, kita sudah menjadi 'drama king'.

Tahniah.

********
Saya sebenarnya tak berpuas hati dengan jawapan bagi soalan adik ni. Walaupun dia senyum tanda puas hati, tapi saya tidak. Jadi saya harap kalian yang punya pendapat atau penerangan lanjut, silalah kongsikan di ruangan komen ya. 

Terima kasih. Moga Allah merahmati kalian dengan rahmat yang melimpah ruah.
ARIESYAIFUL RESPONSE


‎1. Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:

“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”

2. Sesungguhnya meninggalkan ibadat spt berjemaah, ibadah sunnah dsb kerna takut riya' adalah riya' yang lebih besar.

Ok, berdasarkan 2 pendapat di atas ni saya nak mula ulas pandangan saya yer. 
mari kita pecahkan hadis tersebut kepada pilihan yang boleh dibuat -
a) sedikit tapi berterusan
b)banyak tapi terputus
c) sedikit tapi terputus
d) banyak dan berterusan
maka dari pilihan-pilihan yang terdapat dalam kehidupan, kita rangkingkan yang terbaik (d) pastu (a) n (b) n last (c)...

Mengulas mengenai riya' pula: kenapa meninggalkan terus amalan ibadat tersebut adalah riya' lebih besar. Kerana kita dapat melihat ganjaran ibadah berjemaah ajer fadhilatnye 27 kali ganda solat bersendirian. Kita ambil contoh kenapa riya', dengan usaha hampir sama kan satu hari kita ditawarkan kerja dengan upah rm27 sedangkan kita memilih kerja serupa dengan upah rm1 saje. Bodoh sombong x, riya' ler tuuu kan.

Ok, perkaitannya dengan isu persoalan kamu tu plak. Kalau nak harap tunggu ikhlas baru nak mule beribadah, baru nak g masjid segala. Apakah masih ade esok buat kita? Jangan bertangguh dalam buat perkara kebaikan. Buat, didik, latih dan doa ~ hidayah itu hak Allah, apabila kita buat sesuatu bersungguh-sungguh mengharap, mendamba redhaNya. InsyaAllah dengan rahmatNya yang pengasih dan penyayang dikurniakan kita taufiq serta hidayahNya.

Mengenai kesan kepada hati pula, jika kita lihat ade orang yang aktif ke masjid, puasa sunat dan rajin beribadah segala tu namun akhlaknya masih belum elok. Kita doakan lah dia, moga Allah memperelokkan akhlaknya pula. Pada yang akhlaknya baik namun sedikit kelihatan ibadahnya, maka kita doakan agar dia semakin bertambah pula ibadahnya. Semoga kita bersama-sama mengasihi saudara kita, dengan mendoakan kebaikan baginya seperti apa kebaikan yang kita mahiu bagi kita sendiri. Semoga kita masing-masing menjadi orang beriman yang bersama bergandingan memasuki syurga tanpa hisab, kelak di akhirat sana.

Nov 30, 2011

Corat Coret cuplik dari Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim

“Daripada Anas ra berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
Saya pernah menerima SMS yang mengejutkan saya daripada tidur,
“setiap kali saya membaca kisah tuan, menyebabkan saya susah hati. Tuan berdosa mencerita aib sendiri kepada masyarakat. Tunggulah pembalasan Tuhan”
Pembalasan Tuhan? Ia mengundang untuk saya menulis,
“Aib apakah yang telah saya ceritakan?”
“Kisah-kisah tuan tidak solat, tidak tahu membaca Quran….”
“Barangkali tuan tidak membaca kisah Saiyidna Omar. Beliau menangis di masjid menceritakan kisah lampau beliau yang membunuh anak perempuan”
“Beliau lakukan sebelum memeluk Islam… Tuan orang Islam”.
“Bila saya menceritakan saya tidak pandai membaca al-Quran? Bila saya sudah khatam al-Quran dan terjemahan. Bila saya ceritakan saya lalai solat? Bila saya sudah mula merasai nikmat bersolat. Tuan tidak nampak mesej sebenar yang ingin saya sampaikan”.
“Tuan memberi isyarat yang salah kepada anak-anak murid saya. Tidak mengapa untuk melakukan dosa…..”
“Tuan memikirkan hanya satu golongan sahaja di dunia ini. Golongan yang baik-baik. Apa yang tuan lakukan terhadap mereka yang tidak tahu membaca quran, lalai dengan solat, orang yang cukup solat lima waktu tetapi tidak mahu berjemaah..”
“Ikut tuanlah… tetapi tunggulah pembalasanNya, baru tuan tahu”.
Melalui nombor hpnya, saya tahu beliau seorang yang terlibat dengan Maahad Taafiz. Orang yang hampir dengan Allah SWT.
Saya terkenang pesan abah, “sehingga sampai masanya”, moga Allah membantu saya meneruskan kehidupan ini di atas landasan yang lurus! Mohon Ampun ya Allah!
Nota MKI: Hujah betapa Saidina Omar Al-Kattab pernah membunuh anak perempuannya merupakan pandangan yang diragui kebenarannya. Dikatakan ia adalah satu pembohongan dan manupulasi sejarah hidup beliau bagi memperkecil dan mempelekehkan Saidina Omar. Kini, saya tidak lagi berhujah menggunakan kisah ini.
Saya mohon keampunan Allah.

credit kepada Prof Mudh Kamil Ibrahim http://muhdkamil.org/blog/category/hijrah/

Saya tertarik mencari maklumat berkenaan beliau selepas menonton rancangan hijrah diri belaiau di Astro Oasis dan beberapa ceramah beliau kemudiannya. Inspired by this person.


Bumi mana tidak basah ditimpa hujan, bak kata orang-orang tua zaman dahulu. Kita ini manusia biasa, dari bahasa Arab juga diambil dari perkataan al-Insan yang bermaksud senantiasa lupa. Wallahualam, begitulah saya difahamkan.


Tertarik pula mengenai perbualan SMS beliau dengan golongan ulama tersebut, saya kira beliau itu agak riya' dalam beribadah. Sebenarnya mereka yang merasa diri telah cukup baik, sempurna dan sebagainya nie sangat merbahaya. Saya juga bukanlah seorang hafiz, hanya seorang lelaki akhir zaman yang berusaha menjadi baik. Namun saya melihat keperibadian agamawan dan orang sekeliling saya ~ Ustaz yang mengendali Usrah mingguan kami, Ustaz/ustazah/Prof/Prof Madya/Dr dsb di TV & radio yang saya dengar hari-hari adalah sangat terbuka & menyebabkan masyarakat mendekati Islam.


Teringat juga babak seorang Ustaz dalam cerita Nur Kasih the movie, begitulah sikap Ustaz di Darul Quran tersebut. Mungkin dakwah mereka berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mahu memperbaiki diri menuju ke arah kebaikan semata. Mereka boleh diibaratkan seperti katak besar di kolam yang kecil. Sedangkan dunia dakwah ini sangat luas & besar - dari segi politik, ekonomi, pendidikan, perbezaan & perbandingan agama dan sebagainya lagi. Di mana, dakwah untuk menarik golongan muda berminat mendaulatkan Islam. Jika mereka mengambil pendekatan jumud ini semata, bagaimana masalah kebejatan sosial hendak diatasi. Apakah mereka yang tidak pandai mengaji, tidak tahu solat ini diabaikan semata & terus dibiarkan sesat tanpa bantuan ke akhir hayat. Kita ini dilahirkan sebagai Imam (pemimpin), bagaimana tanggungjawab kita kepada mereka pula? jika kita menjauhi mereka yang dianggap tidak baik ini tanpa memberi solusi, agar mereka memperoleh peluang untuk berubah. Kita berusaha mendekati mereka agar mereka boleh menerima dakwah kita bukan membuatkan mereka hanyut dengan dunia mereka semata. Sekurangnya nanti di akhirat, apabila kita ditanya apakah yang telah kita buat bagi mencegah kemungkaran ada jawabannya. Bukan semata mengecam namun memberi solusi. baru aman negara, maju bangsa dengan perpaduan Ummah.


Tugas kita, adalah sebagai Da'ie bukannya hakim. Biarlah yang menhukum itu Allah, kerana Allah maha adil lagi bijaksana. Tugas kita menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran. Dengan bukan hanya keras mengkritik tetapi memberi solusi.

MAS KAHWIN ANTARA SYARIAH & ADAT

MAS KAHWIN ANTARA SYARIAH & ADAT
UST DR ZAHARUDIN. IKIM.FM 23.11.2011
Mas kahwin ini penentuan ikut masyarakat, sekarang ini mengikut Majlis Agama. Surah An Nur;20.
400 Dirham paling tinggi = RM8800. (Berdasarkan Rasulullah & para sahabat)
Paling rendah – bacaan alQuran/Cincin Besi.
Mana yg lebih baik, mahal/murah?
Kesimpulan selepas dibincang para ulama: ‘Sebaik-baik wanita adalah yang wajahnya ceria kita memandang & murah mas kahwinnya.’
 Biasanya orang ada rupa mas kahwinnya melambung-lambung. Meski mempunyai ciri fizikal yang baik/hebat di mata manusia, tapi dia tetap mengenakan mas kahwin yang murah; di mana ia memberitahu sbg satu iklan spt kata para ulama bahawa  dia bukan seorang yg materialistic – maka inilah dia wanita yg paling berkat & perkahwinan yg plg berkat. Bukan tak boleh perkahwinan yang mahal-mahal, tapi yang terlebih baik adalah yg tidak menyusahkan diri wanita itu untuk mencari psgn & tak menyusahkan lelaki untuk berkahwin. Ini untuk elakkan golongan wanita dari menjadi andartu & golongan lelaki menjadi bujang terlajak.
Hikmahnya yg dirumuskan dari hadis; Sehebat-hebat wanita yang mendapat keberkatan adalah yang paling mudah disediakan belanja baginya. Untuk tahu bagaimana symbol perempuan ini bakal susah dilayan kelak, inilah tips & klue yang diajar pada zaman Rasulullah SAW.
Hantaran adalah adat, kerana hadis Rasulullah: Buatlah walimah meski dengan seekor Qibas. Ini perkara baru & wujud mengikut adat, hukumnya harus namun bila terlampau mahal ia boleh merosakkan keberkatan perkahwinan.
Tiada masalah hantaran itu dijadikan mas kahwin, tapi ia ada kesannya. Bila ia jadi Mas kahwin milik wanita. Hantaran ikut adat adalah milik keluarga wanita. Klu yg Sebaiknya ia milik wanita, bukan milik keluarga. Mungkin menjadi adat mak ayah terpengaruh dgn materialistic apabila anaknya berkahwin. Sepatutnya anak dia keluarkan duit sendiri untuk majlis walimah ini. Untuk kte fikir-fikirkan.
Soalan:
1.       Bukankah salah satu tggjawab bapa untuk kahwinkan anak, mengapa pihak lelaki perlu keluarkan belanja untuk perkahwinan. -wati, klang
2.       Ibu punya anak 4 orang lelaki, trend hantaran zaman sekarang?-hendon, seremban
3.       Perbankan Islam, pinjaman perumahan kakitangan kerajaan- Sharil
Ulasan:
1.       Bapa kne kahwinkan anak dengan menjadi wali & mencarikan pasangan untuk anak. Belanja untuk berkahwin ditujukan kepada pasangan. Mengulas kisah Abd Rahman b Auf semasa penghijrahan ke Madinah, Rasulullah bertanya kepada beliau yang kelihatan sedikit terurus selepas di sana beberapa lama & beliau mengakui dia telah berkahwin. Lantas Rasulullah bersabda – Buatlah walimah meski dengan seekor kambing. Sabda Nabi kepada pengantin. Kecuali ibu bapa menyumbang secara sukarela atas dasar tggjawab untuk membantu. Sbb tu juga ada nikah gantung, Cuma walimah belum buat lg.
2.       Bagi ibu bapa, rujuk hadis serta sirah perihal murahnya belanja & mudahnya perkahwinan. Mengajar dalam perkahwinan itu tiada keterikatan hati kepada harta. Untuk elakkan meminjam bagi tujuan perkahwinan.
3.       Yakin bahawa kerajaan telah memilih prosedur yang patuh syariah.
Hukumnya harus bagi perempuan yang berkemampuan untuk membantu hantaran/mas kahwin yg digabungkan hantaran. Kerana ramai wanita yang berkemampuan & berkedudukan tggi masa kini, mereka kaya-kaya; inilah dikatakan nikah misyar. Wanita itu waive haknya diberi mas kahwin, hantaran & nafkah – cukup sekadar lelaki itu bersetuju menjadi suaminya. Hukumnya harus & diamalkan di Negara Arab secara meluas.
Respon kepada Majlis Perkahwinan Ikut Konsep barat:
-          di mana ada majlis yang mempunyai percampuran pergaulan, muzik2 yg mengkhayalkan, minuman keras maka tinggalkanlah ia lebih baik.
-          Pembaziran mengurangkan barakah kerana materialistic. Meski org kata kawen sekali jer tapi barakah kurang.
-          Perkahwinan yg barakah maka ia kekal lama, tetap – lama ia bertahan. Jika xde barakah maka cpt kenal, cepat kawen, cepat cerai. Allah tak suka lelaki & perempuan yg kawen cerai, kawen cerai.. Nabi tak galakkan – ada hadis. Org putih kata easy come easy go.
Respon kepada - benarkah nilai mas kahwin itu adalah nilai perempuan yg dikahwini, bagaimana mas kahwin dpt menaikkan darjat wanita itu sebenarnya?
-          Orang kata mas kahwin nie lah nilai wanita. Ramai org berkata begitu berdasarkan mahar misil. Namun ia tak merujuk kpd darjat wanita. Jika begitu, apakah Saidatina Fatimah itu yg berkahwin dgn mas kahwinnya hanya baju besi Saidina Ali. Bagaimana pula dengan para sahabat yang berkahwin dengan mahar murah-murah walhal mereka antara golongan yang dijanjikan ahli syurga.
-          Falsafah mahar: isteri yg mahal dr sudut Islama adalah wanita yg tak meletakkan nilai pd wang tapi mereka yg meletakkan nilai dr jiwa & hati.
-          Jika mereka meletakkan nilai pada diri melalui material, maka x ubah seperti pelacur, Ini yg kte nak elakkan.
Penutup
Wanita, darjatnya bukan terletak pada mas kahwin.

Pesan kepada Ayah - Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”  - Tiada pertimbangan harta dalam itu.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan beruntung".
Permudahkan mas kahwin & hantaran – symbol & falsafah kerana ia bukan rumah tangga yg dibina atas dasar materialistic. Jika tidak, hilang harta, hilanglah bahagia. Biarlah ia dibina atas dasar cinta yg tulen, walau xde harta. Sbg tanda kasih – susah senang bersama.
Adat bersendikan syariat & syariat bersendikan kitabullah.

KESEMPURNAAN DALAM KEHIDUPAN - PROF. MUHAYA

KESEMPURNAAN DALAM KEHIDUPAN - PROF. MUHAYA
on Wednesday, November 23, 2011
( 23 November 2011 ) 10.00 to 11.00 am
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1)  Fitrah manusia memang serba kekurangan.

2)  Hanya Allah yang sempurna Tanamkan dalam hati "kita mesti menuju kesempurnaan sebelum menghadap Allah". Sempurna dalam kata lain ialah sempurna iman, sempurna tutur kata, akhlak dengan orang keliling, ithqon (lakukan yg terbaik) dalam pekerjaan - ia merupakan 'kualiti hidup'.

3)  2 jenis manusia :
    a) nak dengar apa yang dicakap - mendengar sambil absorb.
    b) tengok siapa yang bercakap - samada org yang bercakap tu buat atau x apa yang dia cakap.

4)  Manusia dipandang berdasar penilaian. Sempurnakanlah iman, bukan hanya fikir nak cantikkan fizikal sahaja.
    a) Syariat  -  Ibarat kulit. Ilmu bagi amalan lahiriah (feqah)m atau ilmu bagi amalan hati. Ia merupakan langkah pertama dalam tertib beramal, melibatkan hukum hakam, halal haram etc. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ibarat biji benih.  
    b) Tareqat  -  Peringkat menghidupkan amalan. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Tarikat ibarat biji benih yang bercambah tumbuh menjadi sebatang pokok. cth : amalan zikir, solat etc.
    c) Hakikat  - Merupakan buah. Jika cukup syarat2nya maka pokok akan menghasilkan buah2. Boleh jadi ia mengeluarkan buah sabar, redha, tawakkal, tawaduk, syukur. Syariat & tarekat yang dibuat dgn penuh kefahaman & penuh penghayatan akan menghasilkan getaran perubahan jiwa.
    d) Makrifat - Hasil dari hakikat. Ia dapat dirasai bila kita istiqomah. Ia merupakan satu kemajuan rohani yang paling tinggi (kearah kesempurnaan)

5)  Banyakkan pandang pada yang dalam, bukan sekadar luaran. Lihatlah kisah zaman nabi khidir - cari kisah orang tua yang badannya penuh kudis, yang tidak diendahkan bila pergi kemajlis makan. Tapi sebaliknya bila dia memakai pakaian yang indah, bercelak - dia dihormat, diberi makanan yang banyak dan dilayan dengan bagus sekali. Sehinggalah dia membuka serban, mencampakkan tongkat dan membuka pakaian yang cantik itu, semua hadirin terkejut. Dan lelaki tua itu berkata "sesungguhnya kamu semua telah memberi makan pada pakaianku, bukan kepadaku". Jadi, jangan sesekali kita kita memandang rendah pada orang lain.

6)  Nikmat yang kita rasa hanyalah di hati.

7)  Orang yang selalu melihat dan bercakap tentang keburukan orang adalah orang yang berada di tahap paling rendah sekali. Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat roh sendiri. Badan kita hanya tempat parking roh sementara didunia.

8)  Contohilah sifat tawadhuk Imam Ghazali : sentiasa bersangka baik.
    a) Bila jumpa kanak - kanak - akan katakan budak itu bersih, tiada dosa.
    b) Bila jumpa orang tua - banyak ibadah yang dia dah buat
    c) Bila jumpa pemaksiat - akan kata kita punya maksiat mcm mana?
    d) Bila jumpa si kafir - dia bukan kafir selamanya.
::Oleh itu, berhentilah daripada menghukum orang. Sibukkanlah diri dengan mencari kekurangan diri sampai tidak ada masa untuk cari salah & aib orang.

9)  Istiqomah - setiap maksiat akan merosakkan ilmu. Pastikanlah taman fikiran ditanam dengan benda yang baik-baik sahaja. Jadikan sekeliling sebagai pemangkin untuk menjadi baik. cth: kawan, buku, tv, cd & etc yang baik2 sahaja.

10) Kesedaran - sentiasa rendah diri. Pandanglah roh kebaikan orang. Jangan mudah menghukum. cth : kalau orang tak tutup aurat, kita jgn pandang rendah. Tapi pandanglah dengan penuh kasih sayang. Kalau nak nasihat, beli dahulu kasih sayangnya.

11) Kalau kita dikritik, satu rezeki / rahmat akan datang dari Allah. Pujian adalah musibah pada kita.

12) Rasailah kesakitan melalui kenikmatan (nikmat ujian dari Allah).

13) Tentukanlah diri kita : hati bersih Vs hati toksik, penuh iman Vs penuh nafsu. Ingatlah mati selalu untuk reset jiwa agar tidak tamak. Pastikan gol setting. Banyak memberi daripada menerima & tuju makrifat (kesempunaan iman)

14) Seimbang ilmu dan akhirat. Ramai orang salah anggap, bila tgk orang banyak harta, akan kata terlalu keduniaan. Bila kita tengok orang kaya, jadikanlah ia sebagai sumber inspirasi, bukan sebagai dengki.

15) Lelaki yang paling kaya adalah lelaki yang mulut sentiasa berzikir dan dapat isteri yang solehah.

17) Orang yang berkualiti, akan mempengaruhi orang lain, bukan orang lain yang mempengaruhi dia.  

18) Wanita, jangan berasa diri terlalu bagus. Hormatilah suami. Sedarlah, jika tiada suami, kita tak akan kemana. Syukurlah kerana ada orang yang mahu kawin dengan kita.

19) Para ibu bapa - Binalah anak2 akhirat, bukan untuk dunia. Jika kita cari akhirat, Insya Allah dunia akan ikut kita. Jadikan ucapan syurga neraka, redha Allah, dosa pahala sebagai ucapan lazim di mulut.

20) Orang yang nak berdakwah, mesti bijak. Niatlah kerana Allah, mesti ada rasa kehambaan, jangan sesekali ada niat nak dapatkan penghargaan & rendah diri. Insya Allah, ilmu yang di ajar mudah meresap masuk & mudah diterima orang.

21) Orang yang Allah tarik penglihatannya (buta), jika redha Allah menjanjikan mahligai disyurga.

22) Mesti yakin pada rezeki Allah. Bergantung pada interaksi kita pada diri :
    a) apa yang kita sering ucap pada diri?
    b) apa yang selalu kita fikir?  :: Oleh itu, jangan sesekali kita fikir negatif. Ia akan pengaruh dalaman kita.

23) Jaga balance kita. Jika ada masalah dunia, tgk akhirat - formula : betulkan akhirat kita dahulu, solat.

24) Petua jaga mata : makan carotene - ciri makanan berwarna merah & oren. Carotene berfungsi sebagai sokongan pada retina mata.

25) Bagaimana nak berhadapan dengan bos yang bersikap 'kepahlawanan'?
    a) Mesti ada rasa kasihan pada orang yang macam ini.
    b) Banyakkan doa untuk dia.
    c) Jangan pandang dengan nagatif, sebab pandangan negatif akan kembali kita semula.

26) Jadikan kerja kita sebagai punca untuk berkhidmat dengan orang dan tempat untuk dapatkan pahala. Bukan untuk tunjuk hebat.

27) Menghadapi orang sakit - Lihatlah sakit itu sekadar fizikal. Kuatkanlah dari segi jiwa. Betulkan hati kita. Jangan terlalu stress, sbb kalau stress fizikal akan bertambah teruk.

28) Wanita yang bijak adalah wanita yang baik dengan mertua. Kerana bila kita ada masalah dengan suami, secara tidak langsung mertua akan sama2 nasihat.

29) Bukan senang nak memaafkan - Kemaafan & melupakan merupakan ubat dalam diri. Dendam ibarat asid yang dicurah dalam diri. Kalau kita maafkan orang, mudah-mudahan Allah gerakkan hati orang untuk maafkan kita pula.

30) RUMUSAN - Untuk menuju sempurna kita kena selalu ingat Allah, Allah yang kita tuju. Berhentilah dari merungut, buanglah segala sifat negatif. Berdoalah selalu.

## Perkongsian dari saya. Terdapat ayat-ayat yang diedit untuk memudahkan kefahaman bersama. Maklumlah, waktu dengar pagi tadi tulis dalam point.

Tahniah Peserta Pertandingan Pidato Politik PM

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri melabuh tirai dengan menyaksikan seorang guru, Mohd. Syamsul Salleh dinobatkan sebagai johan menewaskan 11 peserta lain pada peringkat akhir hari ini.
Kejayaan itu membolehkan guru Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi itu membawa pulang piala pusingan, trofi dan wang tunai RM5,000, sekali gus melayakkannya menjadi pemidato jemputan Pergerakan Pemuda UMNO.
Pada peringkat akhir itu, Mohd. Syamsul menyampaikan pidato bertajuk ‘Muafakat bangsa, negara terbela’ berjaya menarik minat juri dan penonton.
Dia yang ditemui berkata, golongan muda perlu merebut peluang itu bagi menyampaikan pendapat tentang dasar kerajaan dan pelbagai isu lain.
“Selagi diberikan peluang untuk berpidato, saya akan terus menyumbang idea kepada generasi muda demi bangsa, agama dan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pertandingan tersebut yang disertai 118 peserta bermula 16 November lalu di lima zon iaitu tengah, timur, Borneo, selatan dan utara.
Sementara itu, tempat kedua pertandingan yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 itu dimenangi peserta orang kurang upaya (OKU), Mohd. Noorfirdaus Che Aman.
Beliau membawa pulang trofi dan RM3,000, sekali gus membuktikan OKU mampu bersaing dan menyumbang pandangan serta pendapat tentang pembangunan negara.
“Platform yang disediakan ini memberi peluang baik kepada anak muda seperti saya untuk menunjukkan bakat yang sebelumnya bercakap di warung-warung kopi sahaja,” katanya.
Tempat ketiga pula dimenangi Azmi Ismail yang menyifatkan pertandingan itu mampu melahirkan tokoh-tokoh muda yang mampu menyampaikan maklumat betul kepada masyarakat.
Amuutha Valli, 26, yang memenangi tempat kelima berkata, pertandingan itu yang terbuka kepada semua kaum perlu dicontohi pihak lain.
Tai Zee How, 23, berkata, pertandingan itu merupakan tempat sesuai bagi golongan muda menyampaikan pendapat berkaitan pelbagai isu semasa.
 Source: Utusan Online
Corat Coret:
Nape aku tampal artikel nie?
Sebab aku asal dari Kota Tinggi ker & sebab pemenang dia dari  Kota Tinggi
Oh no, juz sebab terbaca pemenang tempat ke 5 tu.. Amutha Valli.. Dah berjaya rupanye my mentee dari Kelab Pengucapan Awam UUM kiranya. Hehe... Aku nie yang mentor nya, orang biase-biase jer sekarang nie. Tak aktif pun wat Pengucapan Awam sekarang.. Oh, once so proud Syaiful... Huhu...
Takper-takper... So that I know, if people practices my way they will success although it hard at first. Erm, my mentee sebaya dengan aku tapi dia dari STPM n i'm from matriculation so kat U of cos laa aku senior dia... Haha, apepun good job Amutha & wish u success wherever you are & whatever you do.

Oct 28, 2011

Munajat cinta


Munajat Cinta


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah
Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya
Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus
tiap kali aku ade masalah, pening sal xde jodoh or nak wat pilihan... inilah lagu yang ku suka layan
apakah kerna ia mempunyai bait2 yang menyentuh jiwa serta ayat memohon pasangan hidup...
juz Allah know what the best 4 us... kte bermunajat & memohon hajat padaNya
Amin Ya Allah


•✿• jika aku bukan untukmu ♥

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah at Talaq 2-3)


my dear diary... lama sudah tak mencurah rasa, meluah kata.. 
ade waktunye, terasa seperti sudut hati ini yang membeku kira-kira setahun lepas mulai mahu mencair selepas bertemu calon yang baik & menarik hati.. namun, bila berbincang secara realistik ternyata gembira itu cuma sementara.. cuma bila teringat pesan Ustaz, tatkala kamu ade masalah, kamu berdukacita, gundah gulana mengadulah pada pemilik hati yang maha kuasa, yang maha memiliki, yang maha memberi, pemilik Alam semesta & segala sesuatu di dalamnya.. Ayat surah ini juga kembali menenangkan hati yang terusik, berasa beban dengan persepsi manusia serta adat yang menyusahkan.. 


Kembali mengingatkan diri yang alpa, jika kita mengharap pada manusia nescaya kita kecewa.. Realitinya itu punca kecewa.. Jika takdir ilahi, pemilik jiwa ini menentukan tiada jodoh & rezeki di dunia untuk menyempurnakan separuh iman ku... ku mohon dipelihara sebahagian lainnya dengan bertaqwa kepada Allah.. itulah cinta yang mampu diraih, cinta suci kepada Ilahi... bimbinglah daku, tunjukkan ku jalan yg benar, jalan yang diredhaiMu ya Allah..


•✿• jika aku bukan untukmu ♥

..bkn kerna aku tak syg
..bkn jua kerna org tua kte..
..bkn pula kerna kau tak mcintai aku..
..sungguh tiada khilaf kte syg bla hati saling mnyayangi..mrindui..

namun syg..realitinya,
ALLAH pemilik nyawa dan jiwa kte..
jodoh itu ktentuan drNYA..

syg,
jika nnt ku dtakdirkn bkn utk mu..
kte perlu akur..redha utk mnerima sgala kemungkinan ea syg..

" ku akui..hadirmu cinta nan terindah yg pernah kumiliki "

Pesan Ustazah Husna kepada Syaiful

Salam, pembaca wahai blog ku (kalau ader lah)...
Sekadar berkongsi sesi perbualan yang bermanfaat dari sahabat
kena tazkirah ringkas sat... hehe... diolah serba sedikit dari versi asal


ustaz saye ajar

  • lelaki mesti berani
  • awak dah jumpe someone
    • dtg umah dia
    • jumpa mak ayah dia
      ckp direct nak meminang
      kalo tuan punye diri n mak ayah dia ok so proceed jela
      dari dok kelek anak dara org ke hulu ke hilir takde ikatan
      • tapi adik kawan saye dia wat gitu
      • dah siap beli cincin baru bitau mak ayah dia nak kawen
      • muda lagi
      • baru 23 umurnye
        tapi sebab dia yakin Allah tolong dia

        sesi perbincangan ilmiah bersama Ustazah Husna yang merupakan lulusan syariah UKM & kini berkhidmat sebagai seorang guru

puitis kata cinta buat sang bidadari

Pada suatu hari


ku berjalan melangkahkan kaki
langkahku terhenti
mulutku terkunci
sebab seorang bidadari tersenyum padaku
mata ini tak ingin berbuat zina
dan hati ini pun tak ingin dikuasai nafsu
tetapi, bidadari itu selalu hadir dalam jiwaku
siapakah bidadari itu?
ku diajak bersama seorang gadis untuk temaninya, untukku menemuinya
tapi langkahku terhenti kembali
apakah ini yang dinamakan cinta?
ku memuji kebesaran Allah
dan keindahan-Nya yang telah Dia tampakkan
sanggupkah aku mengenalnya?
demikian pula lah cinta
hanya cinta yang tinggi
yang mampu mendaki puncak keindahannya
dan hanya orang-orang yang mengerti saja
yang bisa memahami betapa indahnya cinta
Dengan senyumannya yang menawan
sebuah senyuman yang hanya diberikan untuk jiwaku
izinkan aku untuk melihat senyumnya lagi
kepada Illahi aku berharap walau untuk sekejap
sebab separuh jiwaku dipenuhi cinta
separuhnya lagi dipenuhi rindu
bolehkah aku merindui wajah yang bercahaya itu
yang terbalut dalam jilbab berwarna kelabu

ku tersenyum kepadamu
bukan karena ingin menggodamu
sebab.. aku takut..
diriku sendiri akan terbakar dalam godaan itu
jika Allah menuntun kita
sampai di ujung jalan bersama..
semoga… Allah membantu kita, menunjukkan jalan yg benar, jalan yang diredahiNya