Jul 30, 2012

Apabila kita ingin berteman

‎( ♥ )Apabila kita ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin satu kelemahan,kau akn menjauhinya,

( ♥ )Andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mngkin dengan satu keburukan,kau akan membencinya,

( ♥ )Andai kau ingin sahabat yg satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu kau mungkin akn mmfitnahnya,

( ♥ )Andai kau ingin seorang kawan,janganlah kerana sifat cerianya,kerana adai dia tdk pdai mnceriakan,kau mngkin akn mnyalahinya,

( ♥ )Andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yg hnya mnusia biasa,jgn dhrpkan smuanya smpurna kerana kau jga tdk sempurna,tiada yg biasa2 mnjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah SWT,,,

♥ ^_^ ♥

Jul 28, 2012

Hanya Cinta Pertama


Yang mana satu pilihan anda, antara buah yang sedia jatuh berguguran ke tanah atau yang masih berada di atas pokok? Tentunya ramai yang akan lebih memilih yang di atas berbanding yang di bawah.
Demikian lah juga dengan saya. Akan memilih yang di atas dari yang di bawah. Kerana apa? Kerana biasanya buah yang jatuh berguguran itu telah rosak dan ada yang telah ditebuk binatang sebagai contoh dimakan oleh seekor atau lebih seekor dari serangga. Mungkin juga di makan oleh tupai atau monyet liar. Tetapi tidak buah yang di atas, belum disentuh dan menjadi idaman hampir setiap orang yang memandang. 
Begitulah boleh diumpamakan dengan nilai diri kita dalam memulakan episod cinta pertama. Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya. Tanpa dijemput atau dipinta. Ia pasti hadir membuai rasa di hati kita. Keinginan untuk mencintai dan dicintai tidak perlu dipelajari. Itu fitrah. Tetapi jangan kita lupa, fitrah juga perlukan hidayah. Hidayahlah yang akan menunjuk arah sebenar perjalanan sebuah cinta suci.
Bagaimana yang dikatakan dengan cinta suci? Adakah seperti cintanya Romeo dan Juliet? Atau umpama cintanya seorang penyair Arab yang menyintai seorang wanita bernama Laila? Sehingga ia digelar "Laila Majnun" oleh masyarakat waktu itu kerana cintanya yang menggunung? Begitukah cinta suci yang kita inginkan?
Cinta suci meletakkan Allah sebagai 'matlamat'tertinggi. Cinta sesama makhluk cuma sebagai 'alat'. Alat untuk mencapai matlamat meraih kasih sayang dan redha Allah SWT. Untuk itu, sebelum terjebak dalam cinta, seharusnya kita berusaha 'menjadi diri yang tepat untuk mencintai' sebelum bersantai-santai 'mencari diri yang tepat untuk dicintai'. Semua ini tidak dapat lari dari 'hukum tarikan cinta' -sunnatullah yang tidak dapat diingkari. Saling cinta menyintai, saling lengkap melengkapi.
Namun, jangan ungkapkan kalimah cinta terlalu awal. Sebelum diri benar-benar siap menjadi diri yang tepat. Usah risau diri tidak disapa cinta manusia. Yakinlah pada aturan yang Allah lakarkan dalam setiap kehidupan yang ada. Telah tertulis jodoh, rezeki, ajal di tanganNya. Serahkan sahaja kepada Allah SWT. Apabila tiba saatnya, Allah akan temukan hati yang satu lagi. Hati yang penuh cinta untuk memberi cinta. Saat itu, hati kita telah sedia untuk menerima cinta. Tepat waktunya dan sesuai keadaanya.

Ayuh kita teruskan usaha untuk menjadi diri yang tepat. Usah risau soal bila cinta pertama akan menjelma. Itu urusan Allah, pasti ada aturan dari-Nya. Akan sampai satu masa, tempat dan keadaan yang tepat, cinta itu bakal muncul jua. Tanpa diayat, tanpa digoda, tanpa dipujuk rayu kita dengan mudah menyahut cintanya. Kerana cinta itu adalah soal rasa.
Saat itu, rasa hati yang menghadirkan rasa yakin dalam diri kita seolah-olah berkata, "Inilah dia cinta pertamaku yang ditunggu selama ini." Pada ketika itu, diri kita telah menjadi tepat. Tepat untuk memberi cinta dan menerima cinta.
Sesungguhnya janji Allah itu benar. Apabila kita telah tepat memilih untuk sebuah cinta, pasti akan hadir cinta yang tepat untuk kita. Hanya dengan menjadikan landasan cinta itu sebuah cinta suci, maka perjalanannya juga akan seiring dengan laluan matlamat utamanya. Matlamat yang hanya untuk meraih sebuah cinta yang hakiki. Cinta Ilahi. Apabila laluannya adalah tepat dengan tujuannya, pasti kita akan temui orang yang tepat menyambut dan meraih cinta kita. 
Sesungguhnya Allah SWT berfirman melalui kalamNya:-
"...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Manakala lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..." 
(Surah An-Nur ayat 26)
Yakinlah, kita tidak akan disia-siakan. Allah jualah sebaik-baik pentadbir dan pentaqdir sebuah kehidupan. Jika matlamat cinta telah utuh semata-mata kerana Allah, jadilah ia buah cinta yang ranum di atas pohonan rahmat dan kasih sayang-Nya. Lantaran cinta itu terpelihara di dalam jagaanNya. Jatuhnya hanya setelah ranum di atas dahan Rahmat. 
Dan mengkin juga buah cinta itu tidak akan jatuh sekalipun telah ranum di atas pohonan rahmat cinta Allah, akan tetapi hanya akan di capai dengan hormat dan selamat. Tidak ternoda oleh tangan-tangan nafsu yang mengikat. Dinikmati dalam bahagia yang penuh dengan keredhaan dan keampunan.
Dan itulah cinta pertama dan cinta selamanya (sampai ke syurga). Cinta yang tiada untuk yang kedua kalinya.
Hanya cinta pertama!

Cinta Platonik????? sape tau...


Cinta Platonik?????

sape tau...
Aku baru je tau ape maksud cinta platonik..
Sebab tu buat entri ni..hehe

Cinta platonik ni bermaksud 
kasih sayang,tetapi unsur unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Atau pun,dalam bahasa aku,
Hubungan antara seorang lelaki dan perempuan sangat rapat,tapi x ada rasa nak bercouple2..
cenggitu la maksudnya.

Mereka2 ni lebih suka dan selesa berkawan baik je dari bercouple kot.
Maybe sebab senang,,
X payah ada masalah.,.
X payah nak touching2..
X payah nak cemburu2..
X payah nak guna bahasa manje..Gua Lu sudah..haha

Tapi pendapat aku,,kalo masing2 tak ade pasangan boleh la kot..
Sebab kesian pulak kat pasangan korang..
Ada jugak yang makan hati berulam jantung..
haha
X tau la pendapat korang cam ne kan..
setiap orang ada pendapat masing-masing..
^__^

Jul 24, 2012

Tingkatan *Level) Dalam Puasa: DI mana kah level kita?


Tingkatan Dalam Puasa

Imam Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin menulis, tingkatan puasa diklasifikasi menjagi tiga yaitu, puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.

1. Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah yaitu menahan diri dari makan, minum dan jima’ mulai fajar sampai malam (Maghrib)
"..minal fajri tsumma atimmus shiya ama ilallaili.." (QS 2:187)
"..Dari fajar kemudian sempurnakanlah kamu puasa sampai malam.."
Apabila kamu makan dan minum diantara waktu fajar sampai maghrib dengan sengaja, maka batallah puasanya.
 2. Puasa Khusus, sebagaimana diterangkan oleh Imam Ghozali dalam bukunya Ihya Ulumuddin jilid I
"Wa amma shoumul khushushu fahuwa kaffussam'u walbashoru wallisanuwalyadu warrijlu wasaa-iril jawarihil 'anil atsaami" (Bab Asrorosh shoum, halaman 24)
Adapun puasa khusus, disamping menahan tiga hal itu, juga memelihara seluruh anggota tubuh. Maka apabila Puasa Umum yaitu puasa perut dan syahwat, mencegah makan, minum dan jima', maka puasa khusus adalah puasanya mata, telinga, lisan, tangan, kaki, dan seluruh anggota badan, mencegah penglihatan, pendengaran, perkataan, gerakan yang tidak terpuji bagi syara'.

3. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kemaksiatan, kehendak hina, pikiran duniawi, serta mencegah memikirkan apapun yang selain Allah SWT.
Diterangkan oleh Imam Ghozali didalam bukunya Ihya Ulumuddin jilid I, bab Asrorush Shoum
"Wa amma shoumu khusushulkhusus fashoumulqolbi 'anilhimamid daniyyah wal afkaariddun yawiyyah wakaffihi 'ammaa sawallohi azza wa jalla bilkulliyyati wayahshululfithru fihaadzasshoumi bil fikri fimaasawallohi azza wajalla walyaumil aakhir wabilfikri fiddunyaa illaa dunyan turoodu liddini fa inna dzaalika minzaadil aakhiroti walaisa minadduni yaa haqqun".
Artinya : Adapun puasa yang Khusus dari khusus, yaitu puasanya hati dari pada segala cita-cita yang hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya dari selain Alloh Azza wa Jalla secara keseluruhan. Dan hasillah berbuka daripada puasa ini, dengan berfikir pada selain Alloh Azza wa Jalla dan hari akhirat, dan dengan berfikir tentang dunia, kecuali dunia yang dimaksudkan untuk agama. Maka yang demikian itu, adalah sebagian dari pada perbekalan akherat dan tidak termasuk dunia yang sebenarnya.

Puasa level ketiga adalah puasanya para nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih, sedangkan puasa level pertama adalah puasanya orang kebanyakan. Karenanya, minimal puasa level kedua yang seharusnya kita raih selama Ramadhan, akan lebih baik jika kita bisa meraih puasa level ketiga.

Selanjutnya Imam al-Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua.

Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.”

Kedua, menjaga lidah dari perkataan sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca al-Qur’an. Rasul saw bersabda: “Dua perkara merusakkan puasa yaitu, mengumpat dan berbohong.”

Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah saw menjelaskan: “Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.”

Keempat, mencegah anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan makanan yang syubhat dan haram.

Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana ia bias mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang berlebihan.

Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja’), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualitas puasa, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

(Disarikan dari Ihya Ulumuddin)

Jul 22, 2012

Corat Coret Tinta Kehidupan 22.7.12

Terkadang terjumpe orang yang tidak pernah kita kenal namun selesa kita berbual meski bersua buat kali pertama tu tak mudah juga.. Lagi-lagi encik arie nie orangnya mudah gelabah kot - nebes.. Huhuhu...

Aritu kena outstation direct after balik bercuti.. huhuhu - memang terasa penatnya arinie.. adehhh, tido jer ler keje.. pulihkan tenaga semula

Erm, berkaitan dengan berbual secara selesa dengan orang yang pertama kali bersua nie - about Pegawai Imigresen kat KLIA. Kebetulan dier tengah dengar rakaman segmen IKIM Usrati Muslim oleh Ustazah Norhafizah Musa & encik arie pon selalu gak dengar segmen nie and then selesa borak for about half an hour. Seronok bertukar pendapat & buah fikiran berkenaan sesuatu topik yang kita sama-sama dengarnya.

Dah lama kot tak bertukar-tukar pendapat camnie.. So seronok lah rasenya.

Kredit pon tak guna sangat sekarang so quite banyak kot fon kredit buat masa nie, takde teman yang nak call borak panjang-panjang dah.. Lagipun bulan puasa nie, kurangkan lah kot contact insan lain jantina wat sebulan nie - hormat bulan puasa kan. Fokus pada kerja, ibadah & dapatkan rehat cukup-cukup.


Jul 21, 2012

Corat coret 21.7.12


Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Cuplik sket lagu Najwa & Sleeq...
Hwahwahawa - style cerita cinta orang sekarang kan... ramai jer kot camnie
pastu siap wat video kat youtube... huhuhu... mana lah cinta muka buku ku nie yer... :p
apepun jodoh pertemuan tu di tangan tuhan kan, kat mana pon kte jumpe, fb, twitter, forum, seminar, kolokium, terserempak kat airport, berkenalan kat dalam ERL etc... memacam cerita nya - kisah cinta... namun ia harus lah diusahakan, dijalinkan & disematkan, kemudiannya diikat dengan ikatan yang sah - nikah baru lah cinta terbaik kan
Huhuhu... Hope so & soon but bila masanya & dengan siapa masih menjadi misteri yang perlu dirungkaikan
N juga Salam Ramadhan buat sesiapa saja yang membacanya...
Daaaaaaaaa.........
eh jap3... nak paste agik arrr
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oh oh hatiku rasa sesuatu
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata puja
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Jul 13, 2012

•♥• Sebuah Syair Pernikahan •♥•


• Sebuah Syair Pernikahan •

 RENUNGAN SINGKAT UNTUK SUAMI 

Jika siang dan malam disatukan oleh hari
Sejuk terasa dalam dada
Hangat tergoda oleh rasa
Demikian dua insan penuh bahagia
Diikrarkan dalam bingkai cinta
Dituliskan dengan pena kasih sayang
Dibaca berdua, dijalani bersama
Tercatat dalam kamus bahagia Hari ini, saat ijab kabul diucapkan
Dan kicau burung nan merdu bernyanyi
Pertanda mereka ikut berbahagia

Angin meniupkan dirinya dengan melodi syahdu
Daun pun merekah, menari teratur melambai-lambai
Menyambut sakralnya pesta pernikahan
Sementara raja dan ratu duduk di singgasana kasih
Sambil berbagi dalam doa

Pernikahan atau perkawinan,
menyingkap tabir rahasia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah.
Justru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi
sholehah……

Pernikahan atau pun perkawinan,
mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah, kamu langit
penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah
sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, kamulah
penawar bisanya ,
Seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkawinan,
Menginsyafkan kita perlunya iman dan
taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan ridha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat
mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Ali
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha
menjadi soleh…
Aamiin.

 RENUNGAN SINGKAT BAGI ISTERI 

Pernikahan ataupun perkawinan,
Membuka tabir rahasia.

Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayub,
Ataupun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman,
yang punya cita-cita membangun keturunan yang sholeh….

Pernikahan ataupun perkawinan,
Mengajarkan kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung, kamu
penghuninya,
Suami menjadi nahkoda kapal, kamu
navigatornya.
Suami bagaikan balita yang nakal,
kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati singgasananya,
Seketika suami menjadi bisa, kamulah
penawar obatnya.
Seandainya suami masinis yang lancang, Sabarlah
memperingatkannya….

Pernikahan ataupun perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan ridha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah,
Yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar,
Yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi sholehah….
Aamiin..

Semoga bermanfaat Ã›Ã±tûkku, Untukmu, Untuknya dan Untuk kita semuanya.

Aamiin Allahumma yaa Allah yaa Rabbal 'alamiiin.

Salam santun dari Sahabatmu

ミ•✽»♥«✽•(•,•)•✽»♥«✽•å½¡
 

Jul 12, 2012

sementelah kita cuma manusia

kita mungkin sudah menemukan cinta,
tapi belum berkesempatan menemui jodoh.
mungkin. siapa tahu. sementelah kita cuma manusia.

yang mampu merencana dan menduga, bukan menentukan pengakhirannya.. :)




Mari Bersangka Baik!


Mari Bersangka Baik!


alt

Dalam seharian kita hidup dan Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih bernyawa, hampir seluruh masa kita akan bersangka. Ketika hendak pergi ke tempat kerja, kita akan bersangka sama ada jalan sesak atau tidak. Ketika membeli makanan di kedai, kita akan bersangka sama ada sedap atau tidak dan sebagainya.
Bersangka terbahagi kepada dua, iaitu buruk dan baik. Sudah semestinya semua tahu apa itu buruk dan apa itu baik. Akan tetapi, dalam banyak sangkaan kita itu, berapa banyakkah sangkaan baik dibandingkan dengan sangkaan buruk?
Situasi 1:
Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, 'Ali ni nak berlagak bawak gula-gula ke?' atau 'Ish, mana boleh makan gula-gula di sekolah'.
Situasi 2:
Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, 'Eh, Ali membawa gula itu kenapa ye? Mungkin kerana mahu memberi kepada rakan-rakan' atau 'Alhamdulillah, Ali membawa gula itu kerana cikgu memesannya membawa untuk diberikan hadiah kelak tatkala quiz dilakukan'.
Yang mana satu situasi kita? Sejujurnya bagi diri saya, posisi saya di Situasi 1, kerana saya juga kadangkala terdetik sangkaan buruk di fikiran ini. Akan tetapi, saya tahu, ramai lagi yang memilih Situasi 2 kerana itulah yang sebaiknya. Bersangka baik.

Memang sukar untuk bersangka baik, sememangnya satu cabaran untuk kita. Tetapi terdapat banyak keburukan dalam bersangka buruk. Contohnya, ia boleh membuahkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. Malah, ia akan menjadikan diri kita sendiri lebih buruk daripada orang lain.
Apakah pangkat atau darjat kita sehingga mudah untuk menilai yang buruk bagi orang itu sedangkan zahirnya mereka melakukan perkara baik? Bukanlah hak kita untuk bersangka buruk dan memburukkan seseorang itu dengan hanya melihat dari segi fizikalnya sahaja. Hak untuk menilai seseorang itu hanya terletak pada Allah. Hanya Allah yang berhak menilai seseorang kerana Dialah yang mengetahui setiap hambanya dari dalam sehingga luar dan apa yang kita tidak nampak. Hak kita hanya bersangka baik kerana itu yang terbaik.
Oleh itu, saya juga sentiasa menasihati diri sendiri dan para pembaca supaya bersangka baik dalam apa jua tindakan. Jangan terlalu mudah kita menilai seseorang itu jika seseorang itu hanya melakukan satu perkara yang kurang enak pada pandangan kita tetapi tidak menjejaskan orang lain.
Tiada hamba yang sempurna dan kita perlu sentiasa mencari seribu satu jalan untuk membaiki diri kita dari masa ke masa. Apabila kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu perkara, jangan mudah bersangka buruk. Bersangka baiklah kerana ianya baik untuk diri, hati dan perbuatan kita.
Jika seseorang itu melakukan perkara buruk, ambil pengajaran dan ingatkan diri kita supaya membaiki diri menjadi lebih baik dan tidak melakukan perkara yang tidak elok. Bersangka baik, hati baik, diri baik, semuanya baik. Insya-Allah :)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
(Surah al-Hujuraat, ayat 12
)

Jul 11, 2012

Corat Coret 11.7


"cari lah sahabat di kala kita di landa masaalah,,andai ada yg sedia membantu dialah yg betul2 ikhlas,,kerana tika senang kita tak perlu mencari sahabat,,mereka sendirinya akan hadir tanpa kita minta...."
 



Pesan pada DIRI. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak SUDI. Pada insan yang tak MENGERTI. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI. Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI ♥

"Dalam melangkah terkadang di uji dengan sesuatu yang amat menyakitkan"

Teruskan melangkah walau pun ianya hampir rebah.
Teruskan melangkah walau beribu batu cuba menghalang keinginanmu.
Teruskan melangkah walau beribu batu cuba menjatuhkan kamu..
Teruskan melangkah walau pun langkahmu hampir tersungkur..
Teruskan melangkah walau tidak mampu menahan air matamu..
Teruskan melangkah walau pun peritnya lukamu..
Teruskan melangkah walau berdarahnya kakimu..
=Teruskan melangkah dan jangan engkau putus asa tidaklah Allah menguji kamu dengan sesuatu yang amat menyakitkan melainkan dia menggantikan yang lebih baik=
=sesulit.seperit.sesakit mana hari-hari yang kamu jalani percayalah pasti ada hikmah tersembunyi=




"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Al Insyirah; 5-6)



Jul 10, 2012

Corat Coret 10 Julai

Terkadang mujahadah itu pahit namun pengakhirannya manis. Kadang-kadang kita dituduh buat perkara yang kita tak bersalah pun tanpa usul periksa, sebaliknya atas dasar rasa cemburu, emosi yang tak stabil, melulu dan sebagainya namun tiada dasar bukti kukuh mahupun peluang diberi bagi membela diri yang sewajarnya. 

Apapun kebenaran itu satu hari akan terserlah jua, orang yang tidak bersalah & jujur itu kan orang yang dizalimi; apabila dituduh dengan apa yang tidak kita lakukan.

InsyaAllah, berserah pada Allah & perbaiki diri. Moga Allah bantu kte akan datang nie.




Harapan


Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu

Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

Jul 9, 2012

Corat Coret 9 Julai 2012

Well, all well end well...
Huhuhu...

my birthday last week, I got at least my long awaited present
Although from my buddy, yang setia meneman orang setelkan keje kat LCCT malam jumaat tu
and then teman orang makan2 kat Paparich Bangi & at 12 am she wished my besday depan2... Huhuhu... First time lak ade orang wish kat kte depan2 tengah2 malam camtu time besday. Rase terharu arr plak rasenya, tak nah lagi sesape wat camtu before this after 27 years old of life..
Pepenat orang sampai IOI resort petang tuuu, ade orang nak drive kan ke Floria pun dah kira okey sangat2 (dapat rase naek MyVI - xnah rase lagi b4 diz).. Hehe...
Diz is some pics of IOI Palm Garden Resort, sebelah jer dengan Marriot yang mahal tu kot.. Huhu










kat bawah nie plak cket2 gambar kat Floria











Jul 8, 2012

Corat Coret 8.7.12

Tetibe teringat lak kat cete Green Lantern

Itz about fear: The One is strong is the one that acknowledge fears & fight for his belief
Macam tu lah kot rerasenya.

Pastu dalam my management trainee lesson, ape yang aku pegang is that: Whatever which not kill me, even makes me stronger..

Huhu, macam kuat ajer semangatnye budak nie satu ketika dulu..

Tapi semenjak dua menjak nie, senang lak nak tacink, sentap & emo.. Hadoih laa, kalo macam nie cemana ler nak bangkit atas kekecewaan dengan cergas... Huhuhu...
Camnor nak carik balik diri nie yang kuat semangat & tak mudah menyerah kalah tuuu?

Nak kena ker kembalikan semula keyakinan diri dengan turunkan berat badan, jaga penampilan pastu jadik kerek (perghhh, keangkuhan suatu ketika dulu) tapi tu tak berapa nak baik kot, dalam membina kematangan nie rerasenya humble is a good things also.. Maybe kena mix & match mane yang elok2 ajer lah - selection..
Cumenya kate tu mudah tapi nak buat yang payah tuuu... Huhuhu

Adeh3... Dah tengahari neh, lapo.. Nak balik umah mak lah, semalam balik tetengah malam dah tak larat nak drive balik umah mak. Pagi tadi bangkit dah kesiangan... Pergh, lama dah tak bangkit lewat macam nie.. Zaman student2 dulu ader ler, tapi sejak zaman kerja dah habit bangun awal time cuti ker tak cuti kan.. Nie mebi penat kot drive turun naik p kl..

Ok lah, my dear diary - c ya laterr

Jul 7, 2012

Corat Coret 7 Julai 2012

'Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall'


Takut? erm, the feelings come n go several times but I am too afraid to make any decision
I am too afraid of getting hurt again & again..
However eventually there will come time to decide, just for the moment I am undecided
What is the best option to choose in my life..

Once, I let go the offer to pursue my MBA with sponsorship in choosing to get married in 2010
But the plan fail & I get nothing at all
In 2011 I tpld to my parents that I want to further studies to escape about the marriages issues 
In 2012, I still don't have the resolve yet. Maybe the right time still not come in place. Maybe? Perhaps.
Doa, Solat Hajat, Istikharah semua dah buat - Sekarang tawakkal & waiting the moment to happens
Penyerahan total - ade, ade lah.. takde pun selagi masih bernyawa life must go on ^_^

Jul 6, 2012

pabila kita memuji Allah atas nikmat yang sedikit

Ucapan alhamdulillah setiap kali kita mendapat nikmat, sebenarnya lebih bernilai daripada nikmat itu sendiri...

Apabila kita memuji Allah atas nikmat yang sedikit, Allah menjanjikan datangnya nikmat yang lebih banyak. 

Lalu... alhamdulillah kita akan mencambahkan lebih banyak alhamdulillah!



Jul 5, 2012

Syukur... kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur



Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan. 

Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri. 
Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini...

Namun tidak salah untuk terus meminta... tetapi pintalah dengan hati yang bersyukur.
Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu.

Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa... itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!
Syukur... kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.




Jul 1, 2012

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya



Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:
Tanda Lalu Lintas Cinta 
DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.
.
JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.
.
SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.
.
PEJALAN KAKI
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.
.
JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.
.
JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.
.
AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.
.
JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah ‘declare’ sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!
 .
p/s : patuhilah keselamatan jalan raya..ingatlah orang yang tersayang

BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik




Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi
dan tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.
Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua.
JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
“Waktunya PULANG“.
Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama oanrg yang bersabar.

Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan


Untukmu, yang pernah singgah di hatiku, dan kini menjadi sebahagian daripada masa laluku. Maafkan aku, atas semua  kebodohanku, yang pernah mengagumimu, yang pernah membiarkan perasaan ini berkembang, sehingga kau pun dengan mudah menyusup ke hatiku, menyemai benih-benih harapan dan janji, di atas nama cinta yang seharusnya belum layak tumbuh dan berkembang di sana.


Maafkan kebodohan hatiku, yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas sehelai janji, dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja. Hatiku yang serapuh kaca ini berkecai, pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan kecewa.


Namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku kumpulkan serpihan itu dan meletakkannya di dalam bilik hati ini, menyimpan dalam lautan doa dan istighfar atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaran-Nya, membuatku tahu bahawa  janji itu belum layak hadir di antara kita, kerana kau tidak layak untuk mendapatkan izin untuk menulisnya, selain sekirannya apabila kita telah berikrar di atas “AKAD NIKAH’‘. Itulah janji yang seharusnya hadir di antara kita.
Maafkan untuk kelemahan akal dan fikiranku, yang pernah membiarkan hadirmu menguris semua rasaku, mengisi hati dan fikirku dengan bayangan-bayangan indahmu, di atas nama cintaCinta yang tak seharusnya kubiarkan hadir mengusikku iaitu bersama hadirmu.

Namun kini, semua kesalahan itu telah mampu kutebus, InsyaAllah.  Aku kini mampu mengusir bayanganmu dari lubuk hatiku ini. Meskipun tak dapat kunafikan bahawa hadirmu kedalam hidupku pernah menjadi sebahagian memori terindah dalam hidupku, kerana dengan kehadiranmulah aku mampu menyedari kebodohanku, dan dengan hadirmulah aku mampu membaca kembali apa yang telah di ajarkan-Nya. Dan dengan hadirmulah, aku dapat membezakan mana yang boleh, mana yang jangan, dan mana yang belum layak kuraih.
Kini, yang ada adalah rasa syukur kerana pernah mengenalmu di masa lalu, meskipun aku telah mampu mengantikan hadirmu di masa lalu dengan hadir-NYA, namun harus aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu, keranamulah aku mencari dan merasakan indahnya CINTA yang sudah di ajarkan-NYA. Cinta sejatiku.
Aku tak pernah membencimu,
Aku tak pernah menyesal dengan kehadiranmu dulu,
Dan aku tak pernah mampu melupakanmu, meskipun dirimu kini hanya jadi sebahagian dari MASA LALUKU.

“Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan saat kau hadir dan berlalu dalam kehidupanku.”