Jun 30, 2012

Masa Lalu Hanya Tempat Dilawati Bukan Didiami


Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini.

Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

Jadikan hari ini lebih bermakna kerana masa depan dibina pada hari ini! 1 minit dikau bersedih membuatkan dirimu terbazir sebanyak 60 saat waktu untuk berpeluang rasa gembira dan bahagia.

Janganlah terus terperangkap dalam dimensi masa lalu, ia hanya tempat untuk dilawati sekali sekala TETAPI bukan untuk didiami. 

Meskipun Berkali-Kali Jatuh


Meskipun Berkali-Kali Jatuh



Siapakah yang dirinya tidak pernah jatuh dalam dosa?
Semua di antara kita pernah jatuh di dalam dosa. Tidak ada yang maksum antara kita melainkan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang diutus oleh Allah sahaja.
Kita? Semua kita pernah berdosa. Baik kita adalah seorang ulama’, seorang guru, seorang syeikh atau siapa saja kita ini, kita pasti pernah tersilap dan melakukan dosa. Kita tidak suci.
Namun, walau sebesar apapun dosa yang kita lakukan, kalau kita ingin kembali dan bersihkan diri kita, maka Allah tidak pernah melihat siapa kita, kedudukan apa kita, keturunan mana kita atau siapa jua kita.
Kalau kita benar-benar ingin kembali dan bersihkan diri, maka kembalilah dan janganlah ditangguh-tangguhkan lagi.

BERKALI-KALI TAUBAT, ADAKAH SAYA MEMPERMAINKAN ALLAH?
Kita ini manusia. Itu perlu diakui. Ada masa-masa kita kuat, ada masa-masa kita lemah. Iman kita ada pasang surutnya, ada turun naiknya. Mungkin bila kita terasa diri kita kuat, maka kita dapat melakukan kebaikan lebih banyak dari biasa. Tetapi, bila kita mula jatuh dalam kelemahan, kita terasa begitu susah sekali untuk melakukan walau satu kebaikan.
Bahkan, kita terasa lebih mudah pula terdorong untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Bukanlah itu keinginan dan kemahuan kita. Jauh di dalam hati kita, kita sebenarnya tidak mahu dan tidak rela untuk melakukan dosa dan kemaksiatan itu.
Tetapi, seringkali, iman kita tertewas dengan nafsu dan pujukan syaitan menyebabkan kita terjatuh dan terjerumus dalam dosa.
Kita tahu kita telah tersilap dan mahu berubah, maka kita bangun dan bertaubat. Kita bersihkan diri, kita istighfar dan minta keampunan dari Allah, di tengah keseorang kita mengalirkan air mata menangisi kesilapan kita kerana telah menjerumuskan diri dalam dosa. Jauh di sudut hati kita berbicara, kita bukanlah sengaja mahu melakukannya. Tetapi, seringkali jiwa kita kalah dengan godaan-godaan dunia menyebabkan kita tidak mampu melawan dan akhirnya kita terjatuh sekali lagi ke dalam lubang kebinasaan.
Kita bertaubat lagi, tetapi untuk kali kedua dan kali yang seterusnya, kita terasa seperti mempermainkan Allah. Kita rasa seolah-olah kita telah mengambil kesempatan terhadap peluang kehidupan dan peluang taubat yang disediakan oleh Allah s.w.t. dengan menggunakannya untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan sekali lagi.
Kadang, rintihan kita terasa tawar rasanya kerana kita seolah-olah merasakan sudah kehilangan keikhlasan dan seperti mempermainkan Allah.
Tetapi, sebenarnya tidaklah begitu.

BAGI HAMBA-NYA ITU ADA TUHAN YANG AKAN MENGAMPUNKAN DOSANYA
Apakah kita sedang mempermainkan Allah?
Kita buat dosa, kemudian kita bertaubat. Selepas itu, kita buat lagi dan bertaubat lagi. Kita ulang lagi, dan bertaubat lagi. Tidakkah itu mempermainkan peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t?
Allah s.w.t. ini tidaklah seperti yang kita rasakan. Rahmat dan kasih-Nya itu sangatlah luas. Tidak tertanding oleh apapun. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang panjang, Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. 
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Allah itu tidak zalim kepada hamba-Nya. Selagi mana hamba-Nya itu ingin kembali kepada-Nya, maka Dia sentiasa membukakan jalan untuk hamba-Nya. Dia tidak pernah menilai kita ini keturunan apa, bangsa mana, apa kedudukan kita di dalam masyarakat, kita pemimpin atau rakyat jalanan, Allah tetap bersedia menerima diri kita bila-bila masa juga asalkan kita benar-benar ikhlas untuk pulang kepada-Nya.

KATAKANLAH, ALLAH SENTIASA ADA UNTUKMU
Seringkali, rahmat Allah disempitkan oleh manusia-manusia tertentu yang merasakan dirinya lebih hebat dari Tuhan.
“Ala, tak gunalah kau bertaubat.”
“Kau dah buat jahat sampai macam ni sekali. Kemudian kau harap Allah akan ampunkan kau? Jangan mimpilah !”
“Orang macam kau ni, tak layak pun diampunkan !”
Janganlah menyempitkan dada manusia terhadap rahmat dan kasih sayang Allah. Sungguh Allah tidak pernah zalim seperti itu. Allah sentiasa membukakan pintu taubat dan rahmatnya kepada mana-mana jua manusia yang berdosa asalkan manusia itu bertaubat dan membersihkan dirinya dengan bersungguh-sungguh.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud :
“Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),  janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Layanlah pendosa seperti mana kita melayan manusia lain juga. Layanlah dia dengan kasih sayang, agar dia nanti melihat bahawa masih ada ruang untuk dia di sisi Allah. Janganlah dengan sebab layanan buruk kita dan hukuman yang kita berikan, menyebabkan dia semakin bergerak menjauhi Allah s.w.t.

PENUTUP : BANGUNLAH MESKI BERKALI-KALI JATUH
Allah tahu segala apa yang ada di jiwa kita. Allah tahu kalau kita ini benar-benar ikhlas ingin membersihkan diri kita, ingin kembali kepada-Nya, maka Allah akan sentiasa ada untuk menyambut kita.
Tinggal lagi, kita sahaja yang ingin bersungguh-sungguh atau tidak.
Betapa luasnya rahmat Allah s.w.t., janganlah kita merasa sempit jika terjatuh dalam dosa. Tetapi, keluasan rahmat Allah ini janganlah sampai kita pula mengambil mudah dengan menjerumuskan diri ke dalam dosa. Tidak. Sepatutnya tidaklah begitu.
Jaga dan berwaspadalah daripada dosa dan kemaksiatan kerana ia dapat membinasakan kita. Sebab itu, bila terjatuh dan terjerumus dalam dosa, cepat-cepatlah kembali kepada Allah s.w.t.
Jatuh lagi, bangun lagi dan kembalilah.
Jatuh lagi? Bangun dan kembalilah. Allah tidak pernah jemu menerima kita sehingga kitalah yang jemu dan malu untuk berbuat dosa dan mengulang-ulang seperti itu.
Teruslah bangun kerana di hadapan ada Allah yang sedia menyambutmu.

Medan Lake Toba


Yesza dah book sesiap pakej melancong, so letz enjoy ourself in Medan in July before Ramadhan...
Hehehehe... Good time, good place, hope all my stress go away... Shoooo Shooooo....
Hope I will rejuvenate, revitalize, relax & rest & get back refresh + energetic
Let's go Indonesia :)

Medan lake toba - NORTH SUMATRA
(Visit MEDAN Year 2012-2013)


5D/4N MEDAN LAKE TOBA TOUR
1N PARAPAT, 1N BERASTAGI, 2N MEDAN
DAY 1 : ARRIVAL MEDAN – PARAPAT (L,D)
You will be greeted by your tour guide on arrival at Polonia International Airport in
Medan. Stop at licensed money changer. You will have a chance to visit Maimoon
Palace, the palace of the Sultan of Deli, which was built in 1888. Transfer to local
restaurant for lunch. After lunch, proceed to Parapat Lake Toba. Enroute stop at Patent
Shop to buy local food products such as Teng Teng or Ting Ting. Stop at Woven Galery
and Kwan Im temple Pematang Siantar . Arrive at Parapat, a town on the shore of
serene Lake Toba. Check in to hotel for accommodation. Dinner at hotel.


DAY 2 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – PARAPAT – BERASTAGI (B,L,D)
After breakfast at hotel, cruise Lake Toba by ferry boat for about 45 minutes. Visit Tomok
Village to see the ancient tomb of King Sidabutar, then visit Ambarita Village to see the
famous stone chairs and execution place of King Siallagan (Only for groups of minimum 10
persons). Back to Parapat. Transfer to local restaurant for lunch. After lunch, tour continues
to Berastagi. Enroute stop at Simarjarunjung to enjoy ginger tea and fried bananas
(personal expenses). Visit Pematang Purba to see Long House of King Purba . Stop at
Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall and an extraordinary
view of Lake Toba from the north side. Proceed to Berastagi. Upon arrival in Berastagi visit
the Central Fruit Market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check into the hotel,
where you will be having dinner.


DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
Breakfast at hotel. Drive back to Medan Visit Shwedagon Pagoda Replica at Taman
Alam Lumbini . Upon arrival visit Wood Gallery and Velangkany Church . Lunch at
local restaurant. You will have a chance to visit , Grand Mosque , Vihara Gunung
Timur Chinese temple , Sri Mariaman Hindu’s temple , Visit Batik center and Pasar
Ikan Lama (traditional market) and Medan Mall. Afternoon check in to hotel for
accommodation. Dinner at local restaurant or hotel.


DAY 4 : MEDAN FULL DAY SHOPPING (B,L,D)
After breakfast at the hotel, enjoy a full day shopping at Pasar Petisah (traditional market)
and Sun Plaza (branded shops). Lunch arranged at local restaurant. Afternoon back to
hotel. Dinner at local restaurant or hotel. Enjoy the warm atmosphere of Merdeka Walk ,
City Hall , Post Office at your own leisure , Transfer to Hotel for overnight


DAY 5 : MEDAN – DEPARTURE (B)
Breakfast at hotel, then free and easy until transfer to airport for your next destination. Feel
Lovely with us..

Corat Coret 30 Jun 2012

Wajar kalau kita tidak buat perbandingan diri kita dengan orang lain kerana kita sesungguhnya tidak tahu apa yang orang lain lalui. Grass always looks greener on the other side kan?

Setiap orang ada kelebihan. Kita juga ada kelebihan..mungkin kita masih belum expore enough lagi..
so tugas kita untuk mencari kelebihan kita dan gunakan kelebihan itu untuk memberi manfaat kepada orang lain...
not to show off but to help others..insyaAllah tuhan akan memberi kita kepuasan yang tidak terhingga andainya kita IKHLAS.

Tapi ukuran kejayaan yang saya pegang ialah cara mana kita menjalani kehidupan kita itu sendiri. 
Ketika berhadapan dengan masalah, apa tindakan kita, begitu juga ketika kita berhadapan dengan kesenangan, apa reaksi kita.

Usahakan supaya diri kita penuh dengan pelbagai ilmu....everything is inside your brain if I can say" hehehe.. of course tu exaggerate. Not everything is inside my brain. Banyak lagi yang tak tahu but I'm in the learning process.

Sesungguhnya ilmu dan amal itu memuliakan kita.


-------------------------------------------------------------------------------
Owh, hari nie ade kursus penyembelihan. Setiap orang dapat 2 ekor ayam & kena lah sembelih sendiri.
Tapi masalahnya saya ada fobia Ayam... Huhuhu... 
Puncanya masa kecik2 dulu pernah kena kejar & patuk dengan ibu ayam - so sampai sekarang the fobia tak ilang2 lagik... huhuhu,...
tapi takper, sekarang nak ayam beli jer kan kat pasar - senang

Jun 28, 2012

Seandainya telah engkau takdirkan............. Dia bukan milikku

ya Allah..........
Seandainya telah engkau takdirkan.............
Dia bukan milikku..............
Bawalah ia jauh dari pandangan ku..........
Luputkanlah ia dari ingatanku.........
Dan peliharalah aku dari kekecewaan............

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti........
Berikanlah aku kekuatan...........
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...........
Hilang bersama senja nan merah............
Agarku bisa bahagia..............
Walaupun tanpa bersama dengannya............

Dan ya Allah yang tercinta...........
Gantikanlah yang telah hilang..........
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.........
Walaupun tidak sama dengan dirinya..........

Ya Allah ya tuhanku............
Pasrahkan lah aku dengan takdirmu.............
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan.......
Adalah yang terbaik buatku.............
Kerana engkau maha mengetahui...........
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..........

Ya Allah..............
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.......
Di dunia dan di akhirat..........
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini......
Jangan engkau biarkan aku sendirian.........
Di dunia ini mahupun di akhirat.........
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...........
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman.............
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..........
Ke jalan yang Engkau redhai.....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh.....
AMIN...


Jun 27, 2012

Sceneries - Putrajaya Wetland & Flamingo By The Lake

WETLAND PUTRAJAYA

There's only a few pictures taken here, in the evening.
It's a nice place but there are not much sceneries that captures my view.
With the wind blowing peacefully, it's an ideal places for a chit chat with friends.
There are also a cafe here, so that you can eat or just take a sip of drinks when u r thirsty.




FLAMINGO HOTEL, JALAN AMPANG - KUALA LUMPUR

Berani lak for the first time drive masuk KL.. 2x lak tuuu... Nasib baek ade GPS kan


takde sape nak ambil pics saya dah so kena ler amek sendiri jer... sob3 :'(








As the names suppose - Flamingo By The Lake

Terlupa jap kte nie kat tengah2 bandar KL



Here is the entrance to the hotel...


Santek kan swimming pool dier nie...  Huhu
In the same viccinity, there are bowling centre also


So kte maen lah bowling 2 frame... hehe

Pilih2 bola mana nak kte ke longkang kan... Haha

So jom kte baling menuju ke longkang... Haha... Dapat gak 3 strike & 3 spare walau ade ke longkang




Jun 26, 2012

Izinkanku Berbicara, Mengungkap Seribu Bahasa

Izinkanku Berbicara, Mengungkap Seribu Bahasa
Izinkanku Berbicara, Dari Hati Yang Penuh Luka
Izinkanku Berbicara, Untuk Mengubati Hati Kita
Izinkanku Berbicara, Ikhlas Dari Hati Saya

Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Paras Rupa
Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Harta Sikaya
Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Ilmu si Dia
Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Pekerti Baginda

Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Kelebihan
Aku Insan Biasa, Hanya Tahu Makan
Aku Insan Biasa, Berbicara Mengikut Lisan
Aku Insan Biasa, Mungkin Melakukan Kesilapan

Aku Insan Biasa, Miliki Keluarga Juga Jiwa
Aku Insan Biasa, Miliki Hati Dan Raga
Aku Insan Biasa, Miliki Hanya Badan Sementara
Aku Insan Biasa, Miliki Rasa Cinta

Aku Insan Biasa, Ingin Ada Rasa Bahagia
Aku Insan Biasa, Ingin Punyai Keluarga
Aku Insan Biasa, Ingin Miliki Cinta
Aku Insan Biasa, Ingin Punyai Penyejuk Mata

Aku Insan Biasa, Selalu Saja Tersalah Langkah
Aku Insan Biasa, Selalu Saja Menerima Padah
Aku Insan Biasa, Selalu Saja Menyesal Tak Sudah
Aku Insan Biasa, Selalu Saja Menanti Mau'izah

Aku Insan Biasa, Tidak Mampu Membeli Hati
Aku Insan Biasa, Tidak Mengerti Erti Hati
Aku Insan Biasa, Tidak Fahami Erti Kasihi
Aku Insan Biasa, Tidak Miliki Dua Hati

Aku Insan Biasa, Tidak Bisa Memaksa Cinta
Aku Insan Biasa, Tiada Kuasa Miliki Cinta
Aku Insan Biasa, Tidak Bisa Beli Cinta
Aku Insan Biasa, Yang Selalu Abaikan Cinta

Aku Insan Biasa, Yang Ingin Dihargai
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Dikasihi
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Difahami
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Dicintai

Aku Insan Biasa, Tidak Sesempurna Baginda
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Mengikut Sunnahnya
Aku Insan Biasa, Dambakan Seperti Khadijah Isteri Baginda
Aku Insan Biasa, Baunya Tidak Sewangi Wangian Syurga

Aku Insan Biasa, Perlukan Cinta
Aku Insan Biasa, Perlukan Kasih Mesra
Aku Insan Biasa, Ingin Penyejuk Mata
Aku Insan Biasa, Perlukan Seperti Fatimah AzZahra

Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kesilapan
Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kesalahan
Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kekhilafan
Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kekurangan

Aku Insan Biasa, Perlukan Pelengkap Hidupnya
Aku Insan Biasa, Juga Ingin Hidup Sempurna
Aku Insan Biasa, Kekuatanku Dari Maha Pencinta
Aku Insan Biasa, Kerana Cinta Aku Didunia

Aku Insan Biasa, Mohon Doa Pada Maha Esa
Aku Insan Biasa, Berikan Kekuatan Menjaga Cinta
Aku Insan Biasa, Mohon Kefahaman Erti Cinta
Aku Insan Biasa, Perlukan Dia Azzahra

Aku Insan Biasa, Tidak Tahu Isi Hati
Aku Insan Biasa, Tidak Tahu Apa Ada DiHati
Aku Insan Biasa, Mohon Ikhlas Dihati
Aku Insan Biasa, Mohon Setia Pada Diri

Aku Insan Biasa, Aku Cuba Hargai
Aku Insan Biasa, Aku Cuba Mencintai
Aku Insan Biasa, Aku Cuba Fahami
Aku Insan Biasa, Yang Perlu Mencintai

Aku Insan Biasaa......Maafi Diri Ini
Aku Insan Biasaaaa......

Corat coret 26 Jun 2012

Hai, my heart diary...
Huhu, lama tak menjengah ruangan dalam hati..
Maybe will be closed temporarily till after Eid..
Nak kena renovation, kasi cuci2 hati bagi bersih menjelang Ramadhan

I don't like to pressure people & I think if I have some meaning in their life, they will show it through their actions without being asked what to do or so on.

Sometimes people looks on my outward appearances.
I seems so calm, though on emotional stress, & seems cheerful
But it is to cover from what in my innermost state of mind, soul & heart
I got to control my outward looks - as I carry my family name
I got to make my parents proud of me. I cannot show my weakness to others.
I still gotta lot to do, to help other people who in need, who need my counsel, motivation.
Sometimes people said when you are too kind, you will be in a problem.
It may be true, when my bona-fide intention to help my friend had been misunderstood
Nothing to regret when u do good deeds, hope only from God that will return the favour to us.

But life offer us with a great opportunity.

When will my frozen time in my heart being melt again by chance. When will my heart become warm again & the bloods start to flow to my very deep vein..?

Jun 24, 2012

Aku berbicara, Atas dasar rasa dan jiwa

Aku berbicara,

Atas dasar rasa dan jiwa,

Juga dari lensa mata tanpa kaca,

Moga ia menjadi panduan buat diriku jua,

Satu hari nanti,

Dengan izin-Nya…

Jika kamu seorang isteri,

Hiasilah dirimu,

Walau bukan dengan merah bergincu,

Walau bukan dengan tebalnya bedak berdebu,

Tapi memadai dengan kemas dan bersihnya dirimu..

Juga segaris senyuman penghias wajahmu..

Jika kamu seorang isteri,

Kikislah sedikit rasa cemburumu,

Sentiasa berdoa usah jemu,

Semoga dia sentiasa dekat dihati dan jiwamu

Jika kamu seorang isteri,

Jangan pernah kamu terdetik dihati,

Menyesalnya menerima ikatan berwali,

Walaupun bahteramu diuji dan teruji.

Anggaplah ia sebagai penguat tali dua hati

Malah panjatkanlah rasa syukur pada Ilahi,

Kerna jodohmu ada di dunia ini.

Jika kamu seorang isteri,

Belajarlah adab dan santun menjadi bidadari,

Terima dirinya, kekurangannya seikhlas hati,

Usah sesekali kasar dan melukai hati,

Kerana pintu syurgamu adalah dia sebagai kunci.

Dia..

Suamimu..

Penjagamu,

Pelindungmu..




Untuk aku, untuk dia, untukmu...

Bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri. 


Bangkitlah dan mulakan cinta baru kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. 


Usah mengharap pada yang tak pasti. 


Usah merayu pada yang tak sudi. 

Cinta pandang pertama tak semestinya yang terbaik.


 Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri.

Janganlah terus terikat pada yang sudah pergi.

Jun 21, 2012

Jika Manusia...

Jika manusia mengecewakanmu,

Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu . .

Jika manusia menzalimimu,

Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .

Jika manusia melukaimu,


Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

Jika manusia menyayangimu,



ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu . .

Jun 20, 2012

Terbaik Untuk Kita !


Terbaik Untuk Kita !





Kita mesti pernah merancang sesuatu perkara kan. Tetapi, rancang punya rancang perkara itu akhirnya tidak menjadi.

Pernah mengalaminya?

Kadangkala, ianya bukan kerana kita tidak merancang dengan teliti. Tapi, Allah ada perancangan yang lebih BAIK untuk kita. Dan perancangan Allah untuk kita itu mengatasi segala-galanya.

Kerana itu, janganlah mengeluh. Janganlah berputus asa. Janganlah cepat merungut.

Kembalikan semua urusan itu kepada Allah s.w.t . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sesungguhnya Allah suka dengan golongan yang menggantungkan harapan kepadaNya.

Dia tahu apa yang terbaik !

"....dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.", (albaqarah 216)

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Jun 19, 2012

...Adam & Hawa...

Wahai Adam dan Hawa
kalau semua manusia sempurna,
bukan bermakna cintamu berjaya,
kerna kekurangan dan kelainan sebenarnya berharga,
untuk kamu menjadi pelengkap antara keduanya,
untuk kamu saling menasihati ketika bersama,
dan untuk kamu menerima apa adanya,
sebagai tanda kamu ikhlas.. bersamanya.




Jun 18, 2012

Corat Coret Kehidupan 18 Jun 2012

♥♥ Ketika keadaan mengharuskan untuk menangis,,menangis la…tak semua air mata bererti lemah..

♥ ♥ Menangis dan sedih bukanlah bermakna kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. 

♥ ♥ Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.

♥ ♥ Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...

♥ ♥ Percayalah bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih.....

♥ TETAPI Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. ♥



Corat coret 170612

Laman sosial sekarang nie kan memacam.. Zaman dedulu ada tagged, friendster, hi-5 dsb lah kot
Da lupe agaknyer... Tapi yang paling femes masa zaman kita study dulu juz friendster saje
banyak kot pics kat sane, juz that sekarang dah takder lagi ler benda tuu dah..
Yang femes sekarang nie facebook & twitter lah, tapi dah tak seligat dulu rasenya
Takder ler rajin sangat nak maen macam dedolu..

Buat kekawan yang baik-baik:
'Ku mendoakan: Semoga kebaikan mu selama ini, Allah sahaja membalasnya dengan kebaikan yang lebih baik..'

Jika suatu hari nanti, terbuka hati untuk menghulur salam persahabatan - InsyaAllah tiada masalah
Kerana kemaafan adalah dendam terindah
Sekadar ingatan diri sendiri: Keampunan Ilahi mendahului kemurkaanNya
Semoga kita meski sebagai manusia biasa tetap mampu mengambil teladan pengajaran


Jun 16, 2012

Expectation

Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. 

Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan pasangan sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan.

Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredha.

- USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL -

Jun 15, 2012

Kasihku Abadi


Kasihku Abadi                       

Artist: In-Team

Song Category: Nasyid
Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...
Disebut dalam satu hadis : 
إن الله عز وجل يُصلح بصلاح الرجل الصالح ولده وولد ولده.. فما يزالون في حفظ الله تعالى ما دام فيهم
Ertinya: Sesungguhnya melalui KESOLEHAN seorang lelaki, lalu Allah akan memperelokkan anak & cucunya, dan ahli yang berdekatan dengannya dan sentiasalah mereka dalam peliharaan Allah selagi mana mereka sebegitu (menjaga kesolehannya) - (Riwayat Ibn Mardawaih dan ibn Abi Hatim, Fath Al-Qadir, Asyawkani).
Sahabat, ingin ku titip sedikit pesanan, tentang siapa lelaki idaman yang kalian impikan sebagai imam dan pemimpin kalian :

1-Suami yang menawan buat seorang isteri, bukanlah yang kacak paras rupanya, tetapi yang membuat isterinya merasa tercantik di dunia.

2- Suami yang gagah buat seorang isteri bukan yang kekar otot tubuhnya, tetapi yang sudi mendengar, memahami dan mendidik penuh sabar.

3-Suami yang soleh buat seorang isteri bukan yang paling banyak ilmu agama, juga kerap ibadahnya, tetapi juga yang paling mulia akhlaknya.

4- Suami yang baik untuk seorang isteri, bukan yang tidak pernah berprasangka dan marah, tetapi dia yang prasangka tidak mengalahkan budipekertinya, yang kemarahan tidak mengunci pintu maafnya.

5- Suami yang mewah buat seorang isteri, bukanlah yang mampu membelikan segalanya, tetapi yang ada di sisi di setiap tawa dan tangisnya.

6- Suami yang kaya untuk seorang isteri, bukan yang banyak hartanya, tapi yang tetap mengungkapkan syukur serta berterima kasih atas khidmat bakti isterinya nan tercinta.

Alhamdulillah, mendapatnya seperti telah beroleh syurga sebelum syurga :))

Jun 13, 2012

CARA-CARA MENGORAT PEREMPUAN...

CARA-CARA MENGORAT PEREMPUAN...
Hehe... Kena ler test dolu betul ker idok..


Buatku Di Sana





Buatku Di Sana - Mafa ft. Ronnie OIM 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Source: http://lagubestbest.blogspot.com/2012/05/buatku-di-sana-mafa-ft-ronnie-oim-lirik.html#ixzz1xgKMoJcL

Jun 12, 2012

Kekuatan...



♥ walau diri pernah ternoda oleh dosa & maksiat, TETAPLAH BERHARAP KEPADA ALLAH...


♥ sesiapa yang memutuskan hubungan dengan Allah maka dia akan terputus daripada kesenangan dunia & di akhirat pula menanti azab yang kekal selama-lamanya...


♥ d0a & harapan kepada Allah adalah senjata yang paling TAJAM untuk membunuh IBLIS & SYAITAN...d0a seorang hamba MELEMAHKAN SEMANGAT IBLIS untuk menyesatkannya dari jalan Allah...disebabkan TANGISAN KETAKUTAN, HARAPAN & CEMAS mengiringi doa seorang hamba membuat iblis berputus asa..

Firman Allah : "Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi."
(Surah Hud ayat: 47)

Jun 11, 2012

Positif

"‎(¯`´¯) ✿✿✿✿✿✿
´*.¸.•´ POSITIF IMAN

❤ Jangan marah saat ada yg MENGHINA, 
doakan hinaan berbalik menjadi KEMULIAAN.
❤ Jangan marah saat ada yg MEMBENCI, 
doakan kebencian menjadi KASIH SAYANG.
❤ Jangan marah saat ada yg MENYAKITI, 
doakan sakit itu berubah mjadi KEBAHAGIAAN.
❤ Jangan marah saat ada MASA'ALAH,
 doakan masalah kita menjadi ladang AMAL yang bermanfaat."

Kita memasuki usrah kerana bukan kita nie sedia ada baik, namun kita join sebab kita nie berusaha nak jadi baik 

Corat Coret Kehidupan 11 Jun 2012

~✿ Bila kita memang dijodohkan, apapun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan. 
Namun bila memang kita tidak dijodohkan, apapun usaha pastikan tiada hasilnya ✿~

>>> Ya ALLAH, ajarkan kami mencintai dgn sederhana, ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu. 

>>>Ya ALLAH, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, aku mencintainya kerana-Mu, aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut kehendak Engkau ya ALLAH..(✿◠‿◠)

Jun 10, 2012

IMAM AL-GHAZALI PeSaNaN KePaDa aNaK PeReMPuaNnYa Di HaRi PeRKaHWiNaNnYa

Buat bakal Isteriku, meski ku belum tahu & pasti akan QadarNYa, siapa diri mu
semoga ku kongsi kan bersama untuk peringatan sepanjang hayat kita yang mendatang


IMAM AL-GHAZALI

PeSaNaN KePaDa aNaK PeReMPuaNnYa Di HaRi PeRKaHWiNaNnYa



Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...


sEmOgA mNjAdi IsTeRi YG sOLeHah



"*sabar la,tunggu HalaL ye,yup yg tu lebih Indah,Comey dan molek*"


InsyaAllah saya tunggu awak, dengan doa, istiharah & saya jaga diri saya, hati saya, iman saya elok2 yer... Semoga kita bercinta sampai syurga... Saya akan sayangkan awak selepas 'Aku Terima Nikahnya' sebagai manifestasi cinta dalam menjunjung cinta Ilahi, menerimanya sebagai satu tanggungjawab & amanah dari Allah SWT