May 13, 2012

Aku ini hanya seorang manusia biasa


Aku ini hanya seorang manusia biasa,
Yang tidak mewah hartanya,
Yang tidak menawan paras rupanya,
Yang tidak indah perilakunya,
Yang tidak tinggi IQnya.

Tetapi dengan ketidaksempurnaan itulah aku mencuba,
Sekurang-kurangnya untuk menjadi sempurna,
Walau hakikatnya aku tahu manusia itu tiada yang sempurna,
Melainkan kekasih-Nya.

Segala khilafku cuba aku buang dalam perjalanan masa,
Segala dosa aku cuba untuk meminta keampunan dari-Nya,
Segala kekurangan aku sedang cuba diperbetulkan,
Agar setanding dengan keindahan yang diberi Tuhan.

Aku ini sedang mencuba,
Untuk perbetulkan semuanya,
Untuk mengindahkan ciptaan-Nya.

Kerana itu-,
Aku mohon bantulah aku,
Berilah aku kekuatan untuk menjalani hari-hariku,
Berilah aku kesempatan untuk mengubah perilaku ku,
Agar aku bisa menjadi hamba yang patuh pada Yang Satu.

Kerana itu-,
Aku memohon bantuan darimu,
Jangan memperkecilkan niatku,
Walau aku tahu aku tidak sesempurna kamu,
Jangan menjatuhkan diriku,
Kerana aku tidak setanding kamu.

Yang aku mahu cuma semangat darimu,
Untuk diriku,
Melalui liku-liku,
Yang terindah mahupun terburuk dalam hidupku.

Kerana aku cuma manusia,
Yang hina,
Yang banyak dosanya,
Yang sedang mencuba.

Untuk mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya

1 comment: