Feb 29, 2012

Corat Coret: Bicara Hati, Jiwa & CInta

Saya tidaklah mencari wanita yang cantik jelita.
Saya tidaklah mencari wanita yang kaya raya berharta.
Saya tidaklah mencari wanita yang tinggi ilmunya di dada.
Saya tidaklah mencari wanita yang bijak pandai semua perkara.
Saya tidaklah mencari wanita yang cukup sempurna keseluruhannya.

Dan kerana hal itu juga..
MAHAR ku untuk bakal isteri tidak setinggi mana,
wang hantaran juga tidak berpuluh ribu RM dibelanja,
barang hantaran juga tidaklah ramai dayang yang membawa,
tapi cukuplah lafaz akad nikah, ijab qabul kerana redha Allah Azza Wajalla
 
bercakap mengenai hati dan perasaan..
bagi aku ia adalah sesuatu yang unik..
kenkdg kita xtahu pun yang kita akan jatuh cinta..
kenkadng kita pun xfaham kenapa kita jatuh cinta..
sebelum kenalnya apa itu cinta..
terasa amatlah bodoh org itu jika menolak cinta yang dikira baik..
sentiasa mengingatkan diri, bila ada seorg yang baik datang menghulurkan cinta..
akan ku terima cinta itu tanpa bnyk bicara..
akan ku sambut cinta itu..akan ku buktikan pada semua bahawa cinta ini hanyalah pada perkataan sahaja..xde soul yang hidup di dalamnya..
tetapi bila hari itu tiba juga, bila seseorg baik datng untuk menagih cintaku..
hatiku mula tergaman..hatiku bagai terkunci..
hanya otak sahaja yg berbicara mengingatkan betapa angkuhnya aku dahulu mempersoalkan tentang cinta..hati kata tidak..tapi otak kata ya..(macam lirik lagu cinta muka buku lak)...
bila berperang akhirnya hati itu menang...
rupanya kita xkan sewenang-wenangnya menerima CINTA itu...kerna ia meilbatkan banyak perkara..bukanlah semudah ABC..hehehe..

tapi aku still percaya CINTA boleh dipupuk..hehehehe.........

"risaunya nak berkahwin........"

Kekadang rasa ati nie nak jer cepat-cepat berkahwin, nak menamatkan zaman bujang. Namun tetiba terasa cam ragu-ragu lah pula. Banyak persoalan berputar di minda. Adakah ku dah bersedia?
Halangan paling utama, nak mengumpul belanja. Yer lah duit hantaran nie berapa ribu nak kumpul, nak duit beli barang hantaran lagi. Macam mana nak kumpul duit banyak macam tu? Kalau difikirkan macam tak ada jer harapan nak kahwin di usia muda(?) nie. Banyak sangat yang membataskan. Yer lah, duit gaji nak guna buat bayar hutang pelbagai, bil, ansuran bulanan dan sebagainya. Mana celah pulak nak menyimpan nie.. Setakat 500 sebulan, mau 24 bulan lagi lah jawabnya. Tapi tu baru RM12,000 jer. Cukup ke? Kata my cousin, mau-mau ade RM20000 kot kalau nak kahwin. Tu pun style kampung jer.

haa baru jer huraikan 1 masalah..
Perihal calon lak, nak memilih mana yang terbaik pun dah satu hal. Dulu masa bujang trang tang tang, dengan takde calon isteri nie memang ler tak terfikir lak nak simpan duit, nak kahwin bagai nie. Adooiiii, da gatai berkawan dengan anak dara orang - bila berbincang serius baru lah otak ni berfikir sal persiapan perkahwinan. Sal calon pon bukan jer ada satu hal - masa nie lah pulak banyak calon-calon berpotensi baik yang lain muncul menghulur salam perkenalan dan jalinan mesra. Mula tergugat gak nie sama ada nak cuba-cuba dengan yang lain lak. huhu - nakal lak masa-masa camnie... Cubalah untuk setia duhai diri.

Risau lah jugak dengan amalan diri sendiri, kekadang rasa iman nie nipis jer cam kulit bawang. Macam mana nak bimbing anak dara orang nie. Mampukah menjadi imam yang baik? Erm, yer lah lafaz aku terima nikahnya tu banyak makna tersiratnya juga. Mulai hari tersebut semua dosa isteri kan suami yang kena tanggung. Apakah dia akan menjadi isteri yang dengar kata? Adakah ini bakal menjadi saham akhirat ke syurga atau neraka? Ble persoalan-persoalan ini diajukan aku mula risau & semakin risau... Sediakah aku untuk berkahwin?

Mengambil risiko tu part of life. Sama lah jua dengan perkahwinan, so kena lah ambil calculated risk & exposure to risk in acceptable manageable level. No risk no gain, nak main selamat jer apa pun tak jadi kan. So apapun yang terjadi, ingat-ingat lah. Masalah dan kehidupan tak dapat dipisahkan, so kte kena lah duduk bersama berbincang selalu dengan pasangan agar rumahtangga kekal harmoni. Sentiasa belajar untuk tambah baik kualiti perhubungan, keluarga kita dengan ilmu rumahtangga & kekeluargaan kelak. Bertolak ansur lah dengan pasangan jua keluarga kte. Jadikan Rasulullah sebagai model ikutan kte dalam setiap aspek kehidupan, moga-moga setiap apa kita lakukan diiringi dengan rahmat & berkat. Baru lah taman syurga di dunia mampu dicipta dan dibina menuju syurga yang kekal abadi di akhirat sana.

Feb 26, 2012

Pesanan Nasihat Rasulullah SAW Kepada Saidina Ali RA

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Read more: http://kurakura.my/cinta-sampai-syurga-sediakan-tisu-sebelum-baca/#ixzz1nRNwXRHP

Feb 19, 2012

Cara Dating Sebenar Yang Betul !

Cara Dating Sebenar Yang Betul !



Nak tahu cara dating yang betul tak? Mesti nak kan? Kan kan kan? Hehe.. Apa yang korang dok dating selama ni sebenarnya errr .. err.. amat lah tak sesuwai woo.. Seriusss.. Kalau nak tau cara sebenar, jom ikuti temubual bersama Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah.. Meh meh, jangan la blushing blushing.. Kejap je pun.. Hehe..




Soalan



Camne eh nak dating ikut cara ISLAM?





Jawapan :




Dating dalam erti kata berdua-duaan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada mudarat. Iaitu mendedahkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.


Mula-mula dating dalam telefon, kemudian ajak keluar makan. Mula-mula naik kenderaan berasingan. Lama kelamaan naik satu kenderaan bukan sekadar makan tetapi pegang tangan, tidur atas bahu kekasih. Sehingga kadang-kadang sampai melakukan perzinaan.


Walaupun pada mulanya rasa bersalah terhadap perbuatan yang terkutuk itu, lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa. Sebab itulah Islam menegah sama sekali pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.


Allah s.w.t berfirman,
Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra’: 32)


Peringatan dalam ayat ini ialah tegahan keras Allah supaya jangan sekali-kali cuba menghampiri zina. Kaedah fikah menjelaskan ‘Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram. Dan mencegah adalah lebih baik dari mengubat.


Sekiranya usaha menghampirinya jelas ditegah apatah lagi sengaja terlibat. Islam mengajak penganutnya menjauhkan diri dari terdedah kepada maksiat. Menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tidak berguna.


Kalau terjebak..


Allah s.w.t menegah umatnya mendedahkan diri terjebak dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t, …

dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…. (al-Baqarah: 195).



Dalam ayat ini Allah sebut mencampakkan, maksudnya sengaja melibatkan dan mendedahkan diri dalam sesuatu perbuatan yang boleh membawa kebinasaan.


Allah s.w.t menyuruh setiap lelaki dan perempuan menundukkan pandangan. Ini kerana dengan menundukkan pandangan seseorang itu dapat memelihara kehormatannya. (al-Nur: 30-31). Ketika mentafsirkan ayat ini sebahagian ulama menyatakan bahawa; pandangan adalah panah beracun bagi hati, sebab itulah Allah s.w.t menghimpunkan dua perkara dalam ayat ini, iaitu merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan (kemaluan). Disebut juga bahawa mata adalah punca kepada zina. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:18, hlm:214 )
.
Dating diharuskan bagi mereka yang sudah bertunang. Itupun dengan izin wali perempuan dan bersama mahram ahli keluarga perempuan. Bertunang adalah lesen awal untuk seorang lelaki mengenali tunangnya. Mungkin juga langkah awal untuk seorang lelaki dan seorang perempuan mengenal bakal pasangan hidupnya dengan lebih dekat lagi.


Namun Islam tidak membenarkan seorang pasangan yang bergelar tunang untuk berdatingKalau nak dating mesti dengan memelihara hak Allah. Ulama haruskan pertemuan lelaki dan perempuan selepas pertunangan semata-mata untuk melihat sifat zahirnya, seperti melihat kepada rupanya untuk mengenal pasti kesempurnaan fizikalnya.


Namun percintaan dan dating yang halal ialah selepas diijab kabul, sementara itu pasangan kekasih hendaklah tunduk kepada perintah Allah. Adalah tidak wajar mencari kebahagiaan hidup dengan melanggar perintah Allah. Mungkin juga ada yang bertanya: kalau begini susahlah bagi pasangan kekasih mengenali antara satu sama lain.


Tidak ada pengenalan yang sempurna bagi lelaki terhadap pasangan kekasihnya melainkan selepas perkahwinan.



Nota : Takde istilah COUPLE ISLAM pun ekceli.. Well.. Berdoalah agar Allah bagi hidayah kat kita.. Mencintai tu tak salah. Tapi kalau ikut hukum hakam tu yang buatkan ia lagi manis dan syok.. Percaya la.. Hehe.. Renung renungkan yeee.. 

Feb 7, 2012

Corat Coret: Kehidupan

Dalam hidup ini….

••► KURANGKAN ucapan yang mendendam, PERBANYAK ucapan yang
mengasihi.

••► KURANGKAN kata-kata yang mengejek, PERBANYAK kata-kata yang menghargai.

••► KURANGKAN kata-kata yang melemahkan, PERBANYAK kata-kata yang mendorong.

••► KURANGKAN perkataan yang menolak, PERBANYAK perkataan yang memperhatikan.

••► KURANGKAN kata-kata kritik, PERBANYAK perkataan yang membangun.

••► KURANGKN kata-kata yng sia-sia, PERBANYAK kata-kata yang mendtngkan inspirasi.

••► KURANGKAN kata-kata yang kasar, PERBANYAK kata-kata yang lemah lembut.
InsyaAllah..

.`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`.``•.¸.•`¸.``•.¸.•`¸.``•.¸.•¸.´``•.¸.•"`•.¸.•`¸.´

Feb 6, 2012

Corat Coret: ☆¨¯`♥ MUKJIZAT NABI MUHAMMAD ☆¨¯`♥

Sempena maulidurrasul nie, mari kte menambah ilmu bermanfaat nie...




❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ ❤•

☆¨¯`♥ MUKJIZAT NABI MUHAMMAD ☆¨¯`♥

Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w –

Mukjizat sebelum menjadi RASUL

- Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.


- Ketika melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.


- Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.


- Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.


- Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.


- Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”


- Dikisahkan ketika Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi ketika Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badwi. Setelah kejadian itu, Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran detail bahawa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengeluarkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad diisra’kan ke Jerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.


- Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai nampak setelah ibu dan datuknya meninggal. Dikisahkan bahawa Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa mengantuk yang teramat dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut, kerana dia dipelihara oleh Allah dari berpesta mengikut umat jahiliyyah.


- Pendeta Bahira menceritakan bahawa dia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Muhammad ketika itu berusia 12 tahun sedang beristirehat di wilayah Bushra dari perjalanannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syiria. Pendeta Bahira menceritakan bahawa kedatangan Muhammad ketika itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad dan menyaksikan adanya sebuah “cop kenabian” (tanda kenabian) di kulit lambungnya.


- Mukjizat lain adalah Muhammad pernah memendekkan perjalanan. Kisah ini terjadi ketika pulang dari Syiria. Muhammad diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah ketika perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad.


Peristiwa-peristiwa di dalam Ghuzwah


- Air keluar dari jari-jemari Rasulullah S.a.w.

Dari Tsabit r.a bahawa Rasulullah S.a.w berdoa untuk mendapatkan air. Lalu baginda datang dengan membawa sebuah bejana yang cukup besar yang di dalamnya ada sedikit air. Baginda S.a.w meletakkan jari-jari tangannya di dalam bejana itu. Ku lihat air memancar dari sela-sela jarinya. Semua orang mengambil wudhu’ dari air itu padahal aku memperkirakan mereka yang wudhu’ ada seramai tujuh puluh hingga ke lapan puluh orang. Riwayat Bukhari dan Muslim


Dan banyak lagi hadith-hadith berkenaan air keluar dari jari-jemari Rasulullah …….


- Perigi yang kering kembali berair.


Muslim meriwayatkan dari Salamah bin Al Aqwa ia berkata , “Kami yang berjumlah seribu empat ratus orang tiba di Hudaibiyyah bersama nabi S.a.w. Kami semua dan empat puluh ekor kambing yang dibawa tidak mendapatkan air. Selanjutnya nabi S.a.w berjongkok di bibir sebuah perigi (yang kering). Entah baginda berdoa atau meludah ke sana, namun yang jelas tiba-tiba memancar air yang sangat deras. Akhirnya kami dapat minum sepuas-puasnya, begitu pula dengan kambing-kambing kami”.


- Turunnya hujan dengan serta-merta selepas Rasulullah S.a.w berdoa


Abu Nu’aim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa ada sekelompok orang datang kepada Rasulullah S.a.w. Mereka memohon agar beliau berdoa kepada Allah S.w.t supaya menurunkan hujan kepada mereka. Maka beliau bersabda, “Ya Allah, siramilah kami dengan air hujan yang merata, menyenangkan, dapat menyuburkan tanah , yang melimpah, mencukupi, bermanfaat dan tidak menimbulkan bahaya, segera turun dan tidak terlambat”.


Maka hujan turun kepada mereka selama tujuh hari berturut-turut.



- Pokok sujud dan bersaksi di atas kerasulan Muhammad S.a.w – ianya diriwayatkan oleh Ad Darimy, Abu Ya’la, At Thabrani, Al Bazzar, Ibnu Hibban Al Baihaqi dan Abu Nu’aim …….


- Pokok memberi salam kepada Rasulullah S.a.w – ianya diriwayatkan oleh Ahmad, At Thabrani, Al Baihaqi …..


Binatang, tumbuhan, alam dan benda mati- Seekor serigala berbicara kepada Muhammad.- Berbicara dengan unta yang lari dari pemiliknya yang menyebabkan masyarakatnya meninggalkan solat Isya’.- Berbicara dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahawa hadiah tersebut bukan untuk Abu Jahal melainkan untuk Muhammad.- Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.


- Dua Sahabat Nabi S.a.w dibimbing oleh cahaya di waktu malam yang gelap gelita.


- Mimbar menangis setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah.


- Pohon kurma dapat berbuah dengan seketika.


- Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad.


- Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad.


- Berbicara dengan gunung untuk mengeluarkan air bagi Uqa’il bin Abi Thalib yang kehausan.


- Berbicara dengan batu gilingan tepung Fatimah yang takut dijadikan batu-batu neraka.


- Mengubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy.


- Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya.


- Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak di bunuh oleh Syaibah bin ‘Utsman pada Perang Hunain.


Ghaib dan menidurkan musuh


- Menghilang / ghaib ketika akan dibunuh oleh utusan Amr bin at-Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijriah atau Tahun Utusan


- Menghilang ketika akan dilempari batu oleh Ummu Jamil, ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.


- Menghilang ketika akan dibunuh oleh Abu Jahal dimana ketika itu dia sedang solat.


- Menidurkan 10 pemuda Mekkah yang merancang untuk membunuhnya dengan taburan pasir.



Hal ghaib dan ramalan


- Mengetahui seksa kubur dua orang dalam makam yang dilewatinya kerana dua orang tersebut selalu shalat dalam keadaan kotor kerana kencingnya selalu mengenai pakaian solat.


- Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang disiksa dalam kuburnya.


- Meramalkan seorang isterinya ada yang akan menunggangi unta merah, dan di sekitarnya ada banyak anjing yang menggonggong dan orang tewas. Hal itu terbukti pada Aisyah pada ketika Perang Jamal di wilayah Hawwab yang mengalami kejadian yang diramalkan Muhammad.


- Meramalkan isterinya yang paling rajin bersedekah akan meninggal tidak lama setelahnya dan terbukti dengan meninggalnya Zainab yang dikenal rajin bersedekah tidak lama setelah kematian Muhammad


- Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapa para khalifah” yang terbukti pada keturunan Abdullah bin Abbas yang menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.


- Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.


- Meramalkan Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan, dan ramalan-ramalan seperti di bawah


- Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam


- Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang


- Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani


- Akan wujudnya Golongan Anti Hadith dari kalangan umat Islam sendiri


- Islam Kembali asing sebagaimana datangnya dulu


- Memperingatkan tentang Bahaya Kemewahan


- Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi


- Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit


- Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak


- Zaman Dimana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapatkan Harta


- Harta Riba Wujud Di Merata Tempat


- Orang Meminum Khamar dan Menamakannya Bukan Khamar. Terbukti sekarang ramai yang menghisap DADAH, PIL-PIL KHAYAL dan seumpamanya.


- Sedikit Lelaki dan Banyak Perempuan


- Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan Yang Mencakar Langit


- Ahli Ibadat Yang Jahil dan Ulama Yang Fasiq


- Orang Yang Berpegang Dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api


- Golongan Ruwaibidhah


- Peperangan Demi Peperangan


- Masa Akan Menjadi Singkat


- Munculnya Galian-galian Bumi


- Tanah Arab Yang Tandus Menjadi Lembah Yang Subur


- Ujian Dahsyat Terhadap Iman


- Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan. Terbukti bahawa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq tidak lama dulu.


- Ulama Tidak Dipedulikan


- Islam pada Nama Sahaja


- Al Quran Akan Hilang dan Ilmu Akan Diangkat


- Lima belas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala


- Umat Islam Bermegah-megah Dengan Masjid


- Menggadaikan Agama Kerana Dunia


Mukjizat terbesar



- Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.


Bukhari meriwayatkan dari Ibnu mas’ud r.a. berkata, “Pada zaman Rasulullah s.a.w, bulan pernah terbelah menjadi dua. Sebelah berada di atas gunung dan satunya lagi di tempat lain, lalu baginda bersabda , “Saksikanlah”.


Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa penduduk Mekkah meminta kepada Rasulullah S.a.w untuk memperlihatkan tanda kerasulannya kepada mereka. Maka baginda S.a.w memperlihatkan bulan yang terbelah menjadi dua , sehingga mereka pun melihat jarak antara keduanya.


Dan beberapa hadith lagi …….



- Isra ke Masjidil Aqsa, Palestine dari Masjidil Haram, Mekkah lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.


- Menerima Al-Quran sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.



Rujukan :


1 – AlQuran


2 – Hikmah mukjizat Rasulullah S.a.w – Said Hawwa


3 – 50 mukjizat Rasulullah – Fuad Kauma