Oct 10, 2012

Corat Coret: Rahsiakan Pertunangan??? Perlu ker,,

Assalamualaikum wbt

Mesti ramai kan pernah dengar pasai hadis satu nie..

"Zahirkan perkahwinan dan sembunyikan/rahsiakan pertunangan "

korang tau x ape status sebenar hadis nie????

Hadith ini riwayat Ad Dailamiyy dalam Musnad Al Firdaus. Hadith ini dha'eef.

Dha'eef kerana perawi bernama Umm 'Alqaamah adalah Majhuulah Al Haal. 

Silsilah no. 2494


So??????


Bila dalilnya berstatus lemah, maka hukumnya dikembalikan kpd uruf..

Uruf arab dan melayu, majlis khitbah atau peminangan diumumkan kpd kaum keluarga terdekat atau sahabat handai dengan majlis kenduri yg kecil  Tujuannya, supaya wanita itu tidak akan dipinang oleh org lain. 

Maknanya, ~ kalau perempuan cukuplah sekadar bgtau dah bertunang & memadai dgn keluarga dan sahabat handai saja yg tau. sebab tu kenduri tunang ni kena buat kecik je, kalau buat besar, kemungkinan ia org kaya.

JAWAPAN SEMPOI:

hadith larangan umumkan pertunangan tu adalah TIDAK SAHIH. Maka tiada larangan dari Nabi bab umumkan pertunangan ni,

maka ia berbalik kpd situasi empunya diri seperti di bawah:

1- aweks yg rasa diri dia tu lawa dan comel dan rasa dirinya byk org minat, maka bila dh bertunang maka better better better umumkan pertunangan, supaya mamat2 jekaka perasan dpt terima hakikat yg anda dh berpunya, supaya mamat2 jejaka perasan dpt persiap diri mencari aweks lain. Tidaklah nnti jejeka perasan pergi meminang anda last2 bru tau anda dh bertunang, malu yg teramatlah si jejaka perasan tu, kesian dia nnti.

2- aweks yg nakal dan byk musuh dgn ex-boyfriends, maka better rahsiakan pertunangan, sbb kalau umum nnti semua ex-boyfriend yg memusuhi anda akan pegi sabotaj pertunangan anda dgn bakal suami anda dgn menabur fitnah2 bahawa anda ni seorang yg playboy byk boy-friends dan kaki boy-friends, dan akhirnya bakal suami anda akan cancelkan pertunnagan itu dan cari aweks lain utk dibuat isteri.

** kes 1 & 2 diatas juga apply bg lelaki. 


konklusi: ia berbalik pada diri, dan tujuan dia istyhar dh tunang dan tujuan dia tak nak istyhar dh tunang

sbb perempuan ni ada byk jenis, ada yg jenis yg sentiasa saja ada org masuk meminang, atau buat pre-book, tp dia tolak sbb nk tunggu yg satu tu. So yg jenis ni bila yg satu tu dh masuk minang dan dh sah mereka tunang, maka better aweks yg jenis ramai peminat ni bgtau dh bertunang

ada yg jenis, xda sapa2 minat sgt, just terus find sorang je dan terus tunang, jenis ni rahsia pun xpe..

ni berbalik pada kondisi muslimah tu, dia yg tahu nilai sendiri nk istyhar ke tak nak....


adapun hadeeth ''rahsiakan pertunangan'' ia dhaeef. 

ia dhaif, tp fiqhnya mcm mana? di sini ulama' khilaf, plg kurang kpd 3 pendapat: 

1- fiqhnya sahih, dan pertunangan perlu sebaiknya di rahsiakan, sbbnya mcm yg enta sebutkn td lah. Fiqh sebegini bukan hanya bergantung dgn hadeeth ni semata, bahkan ia lebih kpd kedah fiqh , pertimbang mudharat VS maslahah. Hadeeth dhaif ni sokongan je pd fiqh. 

2- pertunangan tak perlu dirahsiakan sbb takut nanti jadi pertunangan atas pertunangan, hadeeth minta rahsia pertunagan tu pun dhaeef. 

3- kompromi antara dua pendapat: ia bergantung kpd situasi individu itu sendiri samada dia rasakan lebih baik rahsia pertunangan atau nk beritahu dia dh bertunang.


No comments:

Post a Comment