Oct 28, 2011

Munajat cinta


Munajat Cinta


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah
Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya
Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus
tiap kali aku ade masalah, pening sal xde jodoh or nak wat pilihan... inilah lagu yang ku suka layan
apakah kerna ia mempunyai bait2 yang menyentuh jiwa serta ayat memohon pasangan hidup...
juz Allah know what the best 4 us... kte bermunajat & memohon hajat padaNya
Amin Ya Allah


•✿• jika aku bukan untukmu ♥

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah at Talaq 2-3)


my dear diary... lama sudah tak mencurah rasa, meluah kata.. 
ade waktunye, terasa seperti sudut hati ini yang membeku kira-kira setahun lepas mulai mahu mencair selepas bertemu calon yang baik & menarik hati.. namun, bila berbincang secara realistik ternyata gembira itu cuma sementara.. cuma bila teringat pesan Ustaz, tatkala kamu ade masalah, kamu berdukacita, gundah gulana mengadulah pada pemilik hati yang maha kuasa, yang maha memiliki, yang maha memberi, pemilik Alam semesta & segala sesuatu di dalamnya.. Ayat surah ini juga kembali menenangkan hati yang terusik, berasa beban dengan persepsi manusia serta adat yang menyusahkan.. 


Kembali mengingatkan diri yang alpa, jika kita mengharap pada manusia nescaya kita kecewa.. Realitinya itu punca kecewa.. Jika takdir ilahi, pemilik jiwa ini menentukan tiada jodoh & rezeki di dunia untuk menyempurnakan separuh iman ku... ku mohon dipelihara sebahagian lainnya dengan bertaqwa kepada Allah.. itulah cinta yang mampu diraih, cinta suci kepada Ilahi... bimbinglah daku, tunjukkan ku jalan yg benar, jalan yang diredhaiMu ya Allah..


•✿• jika aku bukan untukmu ♥

..bkn kerna aku tak syg
..bkn jua kerna org tua kte..
..bkn pula kerna kau tak mcintai aku..
..sungguh tiada khilaf kte syg bla hati saling mnyayangi..mrindui..

namun syg..realitinya,
ALLAH pemilik nyawa dan jiwa kte..
jodoh itu ktentuan drNYA..

syg,
jika nnt ku dtakdirkn bkn utk mu..
kte perlu akur..redha utk mnerima sgala kemungkinan ea syg..

" ku akui..hadirmu cinta nan terindah yg pernah kumiliki "

Pesan Ustazah Husna kepada Syaiful

Salam, pembaca wahai blog ku (kalau ader lah)...
Sekadar berkongsi sesi perbualan yang bermanfaat dari sahabat
kena tazkirah ringkas sat... hehe... diolah serba sedikit dari versi asal


ustaz saye ajar

  • lelaki mesti berani
  • awak dah jumpe someone
    • dtg umah dia
    • jumpa mak ayah dia
      ckp direct nak meminang
      kalo tuan punye diri n mak ayah dia ok so proceed jela
      dari dok kelek anak dara org ke hulu ke hilir takde ikatan
      • tapi adik kawan saye dia wat gitu
      • dah siap beli cincin baru bitau mak ayah dia nak kawen
      • muda lagi
      • baru 23 umurnye
        tapi sebab dia yakin Allah tolong dia

        sesi perbincangan ilmiah bersama Ustazah Husna yang merupakan lulusan syariah UKM & kini berkhidmat sebagai seorang guru

puitis kata cinta buat sang bidadari

Pada suatu hari


ku berjalan melangkahkan kaki
langkahku terhenti
mulutku terkunci
sebab seorang bidadari tersenyum padaku
mata ini tak ingin berbuat zina
dan hati ini pun tak ingin dikuasai nafsu
tetapi, bidadari itu selalu hadir dalam jiwaku
siapakah bidadari itu?
ku diajak bersama seorang gadis untuk temaninya, untukku menemuinya
tapi langkahku terhenti kembali
apakah ini yang dinamakan cinta?
ku memuji kebesaran Allah
dan keindahan-Nya yang telah Dia tampakkan
sanggupkah aku mengenalnya?
demikian pula lah cinta
hanya cinta yang tinggi
yang mampu mendaki puncak keindahannya
dan hanya orang-orang yang mengerti saja
yang bisa memahami betapa indahnya cinta
Dengan senyumannya yang menawan
sebuah senyuman yang hanya diberikan untuk jiwaku
izinkan aku untuk melihat senyumnya lagi
kepada Illahi aku berharap walau untuk sekejap
sebab separuh jiwaku dipenuhi cinta
separuhnya lagi dipenuhi rindu
bolehkah aku merindui wajah yang bercahaya itu
yang terbalut dalam jilbab berwarna kelabu

ku tersenyum kepadamu
bukan karena ingin menggodamu
sebab.. aku takut..
diriku sendiri akan terbakar dalam godaan itu
jika Allah menuntun kita
sampai di ujung jalan bersama..
semoga… Allah membantu kita, menunjukkan jalan yg benar, jalan yang diredahiNya

motivasi diri dengan rasa cinta


Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi ,
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi ...

masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.

cukup2lah tu. sejahil2 kita, jgn la smp mengaibkan maruah orang. setiap org melakukan kesilapan. kita masih berakal dan msh bgelar manusia sedialah memaafkan. dunia ni bknnye lama lg pon.. diakhirat jua kekal. mari solat maghrib,sejukkn blk hati tu dgn air sembahyang.. ^^

CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu,
Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu” ~(Imam Nawawi)

Jika ia sebuah cinta,
ia tak menyiksa namun MENGISI,
ia tak memaksa namun MENGERTI,
ia tak datang dengan kata-kata,
namun
MENGHAMPIRI dengan hti,
ia tak datang karena perminta'an,
namun senantiasa hadir kerena KETULUSAN,
ia tak hadir karena kekaya'an,
namun hadir karena PENGORBANAN & KESETIA'AN,
Kita didunia bukan mencari s'seorg yg sempurna untuk di cintai,
tp belajar mencintai yg tak sempurna dgn cara yg SEMPURNA
(pasti cinta pd Allah cinta yg sempurna cinta yg utama)


Menurut Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin
1.-bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak2 yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab2 di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.
2.-kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

p/s:Awak, Sy bukan taknak berCouple² nie . . Nantikan boleh Cinta Selepas Nikah smpai akhir hayat . .. Jika benar JODOH kita, Just be yourself until the time .. . InsyaAllah . .. Sy tetap disini tak berubah hati .. . =)


perbualan isu menarik untuk dikongsi bersama

·        nie antara perbualan saya yang rase menarik untuk dikongsi bersama 
         
          mula bicaranya begini...
 ka
   k  jikalau awk ada anak perempuan... jujur eh kalau perlu berfikir, fikir dulu jgn terburu buru jawab soalan nikalau awk ada anak perempuan dan tetiba dilamar oleh seorg lelaki dan mengatakan.. pakcik saya xder duit tapi saya sgt yakin saya mampu bahagiakan anak pakcik dan saya yakin saya boleh berjaya... pakcik sejak kali pertama saya mengenali anak pakcik saya telah jatuh cinta akan tetapi saya tidak mempunyai wang dan harta yg byk utk melamarnya tp saya sgt ingin memilikinya... boleh kah saya melamar bunga di taman pakcik ini hanya dengan menggunakan senaskhah al quran yang saya memiliki sbg hantaran dan mas kahwinnya....

soalan : seorg pemuda yg jujur tak dikenali dtg bertemu awk dan menyatakan hasratnya dan awk tidak tahu latar belakang pemuda itu... anak awk baru sahaja berkenalan dgn nya... apakah jawapan yg akan awk berikan kpd pemuda itu? menyerahkan permata awk dgn ikhlasnya atau carikan pemuda lain buat permata awk yg bernilai tu? lebih lebih lagi dizaman moden dan serba canggih ni, malah awk pula dikenali dan berharta
·         nie soklan uji minda die semalam
·         huhu
·         mencabar x?

 jawapan saya pula begini:
sebagai ayah... saya akan menyiasat latar belakang lelaki tersebut... bagaimana keluarganya, bagaimana latarbelakangnya serba sedikit sebelum membuat keputusan... boleh jawab begini, anak datanglah kembali 3 hari kemudian@seminggu kemudian. InsyaAllah akan ku berikan jawapannya... Mengikut pendapat saya kini, berdasarkan hadis:
“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)"

Sabda Rasulullah saw, 
Maksudnya : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”. Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Janji Allah - rezeki
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)
Firman Allah S.W.T:

" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"


Keterangan Allah
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21)

mengenai mas kahwin
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah pun meletakkan hantaran yang mudah untuk Saidatina Fatimah... Adakah perempuan zaman skg nie lg solehah dr beliau... atau bapa zaman skg tidak lagi soleh mengikut sunnah Rasul junjungan... Pernikahan itu ibadah, bukan adat.. bersyukurlah wahai bapa, dosa anakmu sudah ade yang tanggung.. ringan beban kamu di akhirat sana.. mudahkan jangan payahkan... ayuh membangun bersama Islam & jadikan Islam the way of life... :)
hikmah mengapa dari 4 ciri yang digariskan, di suruh pilih yg beragama
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."



ulasan beliau-
saya tak tahu lah tp aper yg saya pasti setiap jawapan yg awk beri seblm ni awk akan perkukuhkan dengan dalil malah bg saya , awk adalah org yg berilmu pasti pemikiran akan sebegitu.. mana mungkin awk akan jawab seperti org kampung.. nak tahu org kat kampung akan jawab aper biasanya........
org kampung akan kata biasanya... tapi tak semua eh utk anak sendirilah bkn anak org klu anak org dia pK positif dan suruh terima tp klu anak sendiri dia akan kata.... aper jaminan yg kamu boleh maju, xder duit macam mana nak sara dia ni.... esok dah kahwin nak dok mana, kenal pun tak macam mana........... tp kalau yg datang tu bawa kereta mewah tak pula ditanyer mcm gitu pada hal dia tak tahu yg bakal menantu bawa tu semua pinjam... kereta pinjam , duit hutang, semua berlakon
ni yg saya pernah jumpa
he heeee
entah sajer jer tanyer kat awk tadi
·         mcm mana nak berdepan saya xboleh nak berjumpa apatah lagi tapi dari setiap jawapan awk akan menggambarkan siapa awk
·         dari situ jer saya dapat nilai
subhanaallah.. hebat jawapan awk.. kena istiqomah menuntut ilmu Allah ni, baru leh jadi ustazah pilihan yg solehah nanti, insyaallah... untung untung bertemu dgn imam muda yang hebat ni


Oct 27, 2011

Mas Kahwin: Antara boleh dan berkat

Mas Kahwin: Antara boleh dan berkat

Oleh al-bakistani
“Dalam MyMetro yang bertarikh 4 Febuari 2008, isnin dimuka hadapan dipaparkan satu berita yang menarik untuk dibaca, iaitu berita yang bertajuk “Menantu beri cek palsu”.
Dalam paparan berita tersebut, dinyatakan berkenaan dengan seorang Pemuda yang berumur 23 tahun yang telah menyerahkan cek palsu kepada mertuanya, sebagai penyerahan Mas Kahwin ketika menikahi anak gadis yang berumur 21 tahun[1].
Membaca berita tersebut, aku berfikir sejenak memikirkan punca perkara ini terjadi. Jika dilihat kepada isi kandungan berita tersebut, ibu mangsa menyatakan bahawa dia dimaklumkan bahawa pemuda tersebut telah melakukan tindakan yang sama sebelum ini kepada dua gadis yang lain.

Padaku, kenyataan ibu mangsa itu ada kemungkinan benarnya, dan ada kemungkinan tidak benar, ini adalah kerana, bagaimana mungkin dua kali dilakukan sedangkan belum terdapat berita seperti ini berlaku disamping dilihat kepada umur pemuda itu baru sahaja mencapai 23 tahun.

Dari berita sebegini, aku tidak melihat itu sebagai punca yang menyebabkan kejadian sebegini boleh berlaku, tetapi pada pengamatanku yang melihat kepada kawan-kawan yang ingin berumah tangga, aku agak dapat mengagakkan sesuatu yang sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut, walaupun kemungkinan agakkanku itu tidak tepat.

BERLAGAK KAYA
Malaysia dianggap sebagai Negara yang kaya. Ini dilihat kepada bangunan yang mencakar langit, disamping ucapan pemimpin-pemimpin Negara yang agak “takabbur” di Negara-negara luar. Aku masih ingat, semasa di Mesir, kerajaan Mesir telah menetapkan agar pelajar Malaysia membayar Yuran pendaftaran masuk Universiti  sebanyak lebih kurang RM 400 kepada Universiti Al-Azhar, sedangkan sebelum ini, Yuran pendaftaran kemasukan Universiti hanya 3 Junaih (lebih kurang  RM 2.50) sahaja.
Ketika bertanya kepada pegawai pendaftaran, beliau menjawab, pemimpin Negara kamu kata, negara kamu kaya, masakan tidak dapat membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan?.
Mendengar kenyataan itu, aku agak dapat memahami mengapa kejadian ini boleh berlaku. Ianya lanjutan dari beberapa orang menteri yang telah datang ke Mesir ketika itu dan mengeluarkan beberapa statement yang menyatakan Malaysia sebuah Negara yang kaya.

Apa yang berlaku ketika itu, ramailah pelajar-pelajarMalaysia yang tidak dapat melakukan pendaftaran masuk melainkan setelah mendapat bantuan hutang dari kawan-kawan.

Berlagak kaya ini telah merebak kepada masyarakat melayu dalam menetapkan mas kahwin dikala anak perempuan mereka dipinang oleh si jejaka. Disamping itu juga, dilihat kepada artis-artis yang berkahwin yang mendapat liputan media massa yang agak meluas dengan “hantaran” yang agak mengejutkan, menyebabkan ramailah orang melayu Islam mahu meniru.
Dengan keadaan sedemikianlah, maka berlakulah penetapan “hantaran” yang kadangkala mengejutkan sedangkan si jejaka tidak mampu untuk menyediakan semua itu melainkan perlu kepada bekerja bertahun-tahun terlebih dahulu, atau terpaksa berhutang.
Keadaan inilah menyebabkan, ramailah si jejaka yang telah meletakkan perasaan yang terlalu ingin berkahwin melakukan apa sahaja tindakan agar dapat memperisterikan kepada si dara yang dicintainya itu, yang kadangkala, tindakannya sebenarnya mengaibkan sehingga berita tindakannya itu masuk kedalam akhbar bacaan harian yang dimuatkan pula di muka surat hadapan.

HANTARAN YANG MEMBEBANKAN
Aku tidak menafikan fungsi “hantaran” yang diamalkan dikalangan masyarakat melayu. Ada sebilangan ulama-ulama melayu menyatakan, amalan itu perlu dilakukan disebabkan bersandar kepada kaedah fiqh yang berbunyi;
الْعَادَة مُحَكَّمَةٌ
Maksudnya;
          “adat yang dijadikan hukum” (Al-As’bah wa An-Nazair : 1/164)
Bermakna, apabila amalan “hantaran” ini menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat melayu, maka hantaran itu perlu disediakan. Padaku, kaedah itu tidaklah salah, tetapi yang salah pada cara penyesuaian hukum yang hendak dilaksanakan di kalangan masyarakat.
Apa yang pasti, kaedah ini disandarkan kepada satu hadis yang mauquf, iaitu hadis dari Abdullah bin Mas’ud yang mengatakan;
مَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ حَسَنٌ
Maksudnya;
          “Apa yang orang islam lihat cantik, maka ianya pun cantik disisi Allah SWT” (Al-Mustadraq ‘Ala Sahihain : 4439)
Dari itu, apabila dilihat kepada budaya masyarakat melayu, mas kahwin tidak dijadikan isu sangat, disebabkan mas kahwin telah menjadi sesuatu yang telah ditetapkan di setiap negeri-negeri, yang kadarnya tidaklah membebankan.
Tetapi, apa yang pastinya, masyarakat kita bermain dengan “hantaran” yang agak lumayan. Ianya diletakkan kepada pengantin lelaki dengan kadar yang membebankan.

Mas Kahwin: Antara boleh dan berkat
 
Dengan keadaan itulah menyebabkan, ramailah si jejaka yang ingin  memperisterikan si dara terpaksa menunggu untuk mencari kewangan bagi menampung “hantaran” yang ditetapkan itu.
dalam keadaan itulah, mereka sudah tidak “tahan” menyebabkan kadangkala berlaku zina diantara mereka, berpasang-pasangan ke hulu dan ke hilir, berkhalwat ditasik-tasik dan sebagainya.

Melihat keadaan inilah, adakah dikira cantik lagikah disisi Allah hantaran yang membebankan itu? jika baik, masakan Allah mengizinkan maksiat sebegini berlaku?

Inilah persoalan yang perlu bermain di kepala setiap ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang akan dipinang oleh jejaka yang bakal menjadi suami anak gadis mereka.

MAS KAHWIN MURAH ADALAH BERKAT

Tidak dinafikan, memang diizinkan kita hendak memahalkan mas kahwin mengikut kadar yang kita mahu.
Firman Allah;
وَآَتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا
Maksudnya;
          “kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (isteri) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali dari padanya barang sedikitpun”

(Surah An-Nisa’ : 20)

Juga tidak dinafikan, Saidina Omar pernah meminta agar para muslimat di zaman beliau menurunkan harga mas kahwin serendah 400 dirham, tetapi dibantah oleh seorang muslimat dengan katanya;

يا أمير المؤمنين، نَهَيْتَ الناس أن يزيدوا النساء صداقهم  على أربعمائة درهم؟قال: نعم. فقالت: أما سمعت ما أنزل الله  في القرآن؟ قال: وأي ذلك؟ فقالت: أما سمعت الله يقول: { وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا

Maksudnya;
          “Wahai Amir Al-Mu’minin, adakah kamu melarang manusia bahawa perempuan menaikan harga mas kahwin mereka melebihi 400 dirham? Berkata (Omar) : benar. Berkata (perempuan), adakah kamu tidak mendengar firman Allah dalam Al-Quran? Berkata (Omar) : apakah ia? Berkata (perempuan) : adakah kamu tidak mendengar firman Allah (yang bermaksud) “kamu telah memberikan kepada seseorang diantara mereka (isteri) dengan harta yang banyak”. (Tafsir Ibni Kathir : 2/243)

Dari ayat al-Quran dan athar yang dinyatakan ini merupakan hujjah untuk menyatakan dibenarkan kepada kita untuk memahalkan kadar mas kahwin. Pun begitu, apa yang ingin dinyatakan dalam tulisan ini adalah, apakah lebih baik si perempuan memilih jalan yang menyenangkan kepada si jejaka. Iaitu jalan senang yang membawa kepada keberkatan.

Memudahkan mas kahwin merupakan jalan kemudahan yang membawa kepada keberkatan seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW;


إن أعظم نساء أمتي بركة أقلهن مهرا


Maksudnya;
“Sebesar-besar berkat perempuan dikalangan umatku adalah serendah-rendah mas kahwinnya” (Musnad As-Syihab Al-Qida’ii : 1065)

Dan juga sabda nabi SAW;

أيسرهن مهرا أكثرهن بركة

Maksudnya;
          “semuda-mudah mereka mas kahwin, sebanyak-banyak mereka berkat” (Fatawa Muasarah : 1/447)

Begitujuga, melihat kepada amalan salaf soleh yang mengahwinkan anak mereka dengan tidak melihat kepada kadar kemampuan si jejaka membayar mas kahwin, tetapi melihat kepada kadar ketaqwaan si jejaka kepada Allah SWT.

PENUTUP

Pernah aku bersembang dengan sebilangan “orang-orang tua” tentang perkara ini, tetapi responnya agak negative. Mereka menimbulkan cerita omar untuk menegakkan amalan mereka itu.

Aku berfikir, mereka berhujjah dengan kisah omar untuk hendak dimahalkan hantaran atau mas kahwin, tetapi dalam masa yang sama, apabila melihat kepada anak-anak gadis dan anak jantan mereka, masakan aurat, bahkan ke hulu ke hilir bersama dengan pasangan masing-masing pun mereka tidak endahkan.

Kalau keadaan inilah berlaku, padaku, membiarkan keadaan anak-anak mereka yang bercampur lelaki dan perempuan merupakan perkara haram. Dan sekiranya percampuran itu berpunca dari melambatkan mereka kahwin lantaran mas kahwin atau hantara yang terlalu mahal yang di tetapkan, maka penetapan mas kahwin dan hantara yang mahal itu adalah perkara yang haram.
Akhir dari tulisan ini, aku ingin berpesan kepada diriku dan pembaca-pembaca sekelian dengan satu hadis Nabi SAW;
إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya;
          “Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://al-bakistani .blogspot. com