Mar 28, 2012

Kisah Teladan: Nabi Ismail - Tukarkan Pintu Rumahmu

Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Oleh: Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Mar 26, 2012

Corat Coret: Saya Pernah...

(✿◠‿◠)saya pernah SETIA,
 tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah PERCAYA,
 tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah MENCINTAI,
 tapi DISAKITI..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah MEMILIKI,
 tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah JUJUR,
 tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah BERHARAP,
 tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

Kadangkala masa lalu kte dipenuhi dengan kenangan-kenangan yang membuat kte serik untuk mencuba
Namun, ia juge memberi pengajaran dan pengalaman.. Menjadikan kte orang yang lebih baik
Ble kte disakiti, kte akan tahu ape rasanya dan kita tidak akan menyakiti orang lain
Ble kte memahami erti kehilangan, kte akan memahami nilai menghargai apa yang kita ada
Ble kte ditipu, ia mengajar nilai kejujuran dalam kehidupan dan juga berwaspada dengan apa yang mendatang
Ble harapan kte sia-sia, kte akan berusaha tidak mewujudkan harapan palsu dan tidak mengecewakan harapan orang lain yang menaruh harapan pada kte...

Cherish every moment of life, grab the opportunity when the right person come at the rigth time and the right place.. It may left u, if u let it go.. and leave you with regret for the whole life


Mar 22, 2012

Buat Sahabat Baikku yang dirundung dukacita

BuaT sahabat baikku, tatkala ku gembira kini kamu pula yang berduka..
Kadangkala sukar untuk kte duga apa yang menanti kte di masa hadapan, ku simpati mendengar kisah mu.. Hati & perasaan menjadi mainan, namun sebagai manusia biasa apa lah daya ku.. Hanya mampu mendengar keluh kesah mu sesuai dengan keinginan mu, kerana buat masa ini kamu tak mahu mendengar sebarang nasihat atau kata-kata memujuk hati meski dari sahabat mu ini.. Ku nukilkan buat mu pesanan indah, tatkala hati mu telah sembuh kelak akan ku berikan pada mu sebagai pedoman untuk hari mendatang.. Sabar lah duhai sahabat.. Sandarkan lah harapan, mengadu lah segala masalah pada Yang Maha Mendengar, hanya Allah mampu selesaikan segala masalah yang kita hadapi di dunia ini.


Masihkah engkau mendambakan dia yang telah berlalu?
Masihkah engkau menenggelamkan hatimu menyelami lautan rindu?
Masihkah jiwamu terbuai harapan pada seseorang di masa lalumu?


Mungkinkah dia penentu kebahagian hidupmu?
... Yakinkah dia mampu melipurkan lara di jiwamu?
Akankah dia datang mengobati pilunya rindu di hatimu?


Sahabat ~ sahabatiku ,
Sadarlah dari kemabukanmu..
Bangunlah dari mimpi ~ mimpi keindahan yang semu..
Bukankah ALLAH yang menjauhkan dia darimu?


Kerana di sudut lain dalam kehidupanmu,
Ada seseorang yang berdo'a dalam istikharahnya,
Memohonkan segala kebaikanmu untuknya..


Dan ALLAH Maha Tahu..
Seseorang itu lah yang TERBAIK bagimu..
Kerana tidak semata-mata ALLAH memisahkan
Tidak semata-mata ALLAH menjauhkan
Melainkan ALLAH Maha Tahu apa yg terbaik bagimu..

Corat Coret Tinta Kehidupan 22 Mac 2012

Tetiba teringat kat satu lagu nie...
Terasa bait-bait lirik lagu nie menjadi sangat bermakna



Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepadamu teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan segala-galanya

Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu

Kepadamu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telahku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci



Mar 21, 2012

Corat Coret Tinta Kehidupan 21 Mac 2012

Haiii, tak habis-habis dalam usrah ana kena usik sebab kte sorang jer lah yang bujang... Huhuhu, siap pak-pak ustaz tu offer nak tolong carikan.. Well, ape salah nya kalau nak kenalkan sorang dua... Hahaha, maklumlah kte nie bujang lagi kan... Tapi dalam diam ku berfikir jua, semua orang dok cakap si Sepul tu rumah dah ade, keje ok, kereta pon dah ade, duit ade, entah ble nya nak kawen tuuu? Pernah terlintas tahun lepas kan, macam dah selesa & hepi ajer dok membujang kot... Maybe hati belum terbuka ke arah itu, belum ade sesiapa menyentuh hati ini lagi.. Cewahhh... Tapi google2, ade hadis nie. Kte nak syafaat nabi di akhirat kelak nak lah die mengaku kte nie jadi pengikut die kan..:


Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".


Untung kan kalau dapat wanita yang mendapat kurnia seperti ini dan jauhkanlah wanita yang jahat itu dari kehidupan ku:


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Ble difikir-fikir semula Allah dah janji & ia pasti maka barulah ku yakin akan institusi perkahwinan itu merupakan antara taman-taman syurga yang diberi Allah sebagai nikmatnya di dunia ini bagi membentuk dan menuju ke syurga yang abadi di akhirat kelak. Rasa kasih sayang anugerah Allah yang diberi kepada kte sesama insan, mengapa tidak nikmatinya dengan cara yang diberikan oleh Maha Pencipta - apa tunggu lagi?.. hehehe:

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")


Untung orang perempuan nie taw, mudah nak masuk syurga ble dah menjadi seorang isteri...
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

Dalam membina keluarga kelak, ku yakin Rasulullah sebagai model terbaik.. Ku cuba mencontohi cara baginda terhadapa kelurgaNya sedaya mungkin:


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).


InsyaAllah, dari tak ready nak kawen.. Mengenang suruhan Allah, saranan Rasulullah, demi agama ku maka ku redha andai diri ini ditemukan jodoh yang baik, menikahinya & menjadi suami orang... Rasa ana dah ready.. tunggu masa yang sesuai, orang yang sesuai (?) & restu ibu bapa maka akan terlaksana lah impian itu kelak.. Buat masa ini ia masih rahsia ilahi

Part 2... Makan3...

nie nikmat dunia lagi 1 yang kte dah boleh menikmati tika & saat ini

Seperti sunnah Rasulullah amalkan memakan buah-buahan dahulu sebelum makan... Nyum3... dah separa kenyang dah... sedap betul anggur, epal & limau nie.. Manis-manis belaka kaedahnya.. :)
ayam goreng kepsi... lama tak jumpe rindu rasenya... wahaha... makan masa lapar memang lah sedap
coleslaw tu kepsi punye tapi sambal pencicah ayam tu saya yang wat... mudah aje cara nya blend lada merah, tomato, gule, garam, perahan limau nipis & siap lah.. lebih tu simpan dalam fridge, kalau nak tahan lama simpan kt tempat beku... :)
minum pulpy after sedap2 makan

and then had an ice cream sundae
nie lah full course malam nie... hehehe... oops, eksrem belum kuar fridge lg masa nie

haaaa... nie lah saya - macam dah cerah balik kot sekarang nie, sejak kena sunburn aritu; etam banyak




Mar 20, 2012

Corat Coret Tinta Kehidupan 20 Mac 2012 (2)

Setiap kejadian yg berlaku tu adalah aturan sunatullah yang terkadang kte x faham logik akal
Terkadang kte dpt lain dr ape yg kte nak asalnya, namun Allah lebih tahu
die x beri kte ape yg kte nak, namun beri apa yg terbaik buat kte
mungkin ape yg kte nak bkn yg terbaik wat kte, tapi kte xtau ape yang terselindung sedangkan Allah tahu segala yang ghaib & terselindung
Secara mudah analoginya begini: budak2 kecil suke maen gunting kerana pada mereka bnde tu best


Namun mereka taktaw bahaya ape bakal menimpa akibat mereka bermain bnde tuuu
Jadi sbb tu ibu bapa x bg mereka main bnde yang merbahaya tu kan
Sebab itu mereka ambil dr budak tu, tp budak tu rase marah sbb benda yg diye suke diambil
cume tak kte sedari, ia dilakukan untuk kebaikan kte & Ia melindungi kte dari bencana yang tidak kte sedari...

Corat coret sesaja jer karangan diri ini yang tak seberapa

Mar 18, 2012

Corat Coret: Duhai Diri

Duhai diri..bicara ini sebagai ingatan untuk hatimu...

"Sesungguhnya dalam hati ada koyakan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.

♥ Dalam hati ada kesepian yang tidak boleh diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

♥ Dalam hati ada kesedihan yang tak mampu dihapus kecuali dengan mengenal Allah.

♥ Dalam hati ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan melainkan dengan berhimpun kerana Allah.

♥ Dalam hati ada api yang tidak mampu dipadamkan melainkan redha dengan keputusanNya.. diiringi dengan sabar menunggu saat untuk bertemu denganNya..."

(Kata-kata Ibnu Qayyim dalam kitab Al Daa' wad Dawa)

Corat Coret Tinta Kehidupan 17 Mac 2012

Semalam petang (jumaat) tengok al Kuliyyah kat tv3 – Tajuk dia nikah gantung.. Hehe.. But tak dengar enough clearly sebab rumah tengah dalam proses pasang kipas siling… Huhu… Kena tengok di tonton kot pasnie.. So, da siap gak lah fasa ke 4 rumah kita… Hehe… Eh, belum nak berapa siap lagi… nak cari lampu tidur lah petang nie…

> nie linknye... hehe nikah gantung

Erm, pastu malam tadi dok layan muvies Woman In Black pula.. Well, ok aa cete dier.. Ade unsur logic, seram, misteri dsb… Yang menarik dier twist end cerita nie, Woman In Black (hantu) tu tujuan dier nak wat orang lain sedih kehilangan anak macam dier juger… tapi twistnye, ending cerita nie – hero nie nak selamatkan anak dier tapi mati sesame kena langgar kereta api.. should be sedih lah kan, tapi jadi happy ending sebab niat hantu tu tak Berjaya sebab roh satu family nie disatukan bersama (mak dier da mati masa lahirkan anak dier) so hero, anak dier & bini dier macam bersatu lah kata lam lain – happy pulak… huhuhu… Ok lah kan..


Malam tadi b4 muvies dok masuk Harris Bookstore, ader 2 buku yang menarik tapi lum beli lagi aar: thin line between friendship & love pastu buku school for husband… hehe… menarik gak baca synopsis & selak-selak buku2 tuuu – ingat nak g beli nanti2 laaa.. lum amik member card popular agik.. huhu

Mar 15, 2012

Corat Coret: Jodohku

Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima kekasih kita

Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama dia
Kita tetap tidak akan bersama dia

Jika Allah menulis jodoh kte bersamanya
Maka kita akan tetap bersamanya

Corat Coret Tinta Kehidupan 15 Mac 2012

Hari Khamis, 22 Rabiul Akhir 1433 Hijrah

Alhamdulillah, niat memulakan arinie dengan puasa hampir berjaya - InsyaAllah.. Moga dipermudahkan kemampuan kte beribadah & mendekatkan diri kepadaNya.


Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:


54- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه الترمذي)


54- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)

(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Orang yang berpuasa kan doanya tidak ditolak Alla, pastu kan semasa berbuka waktu doa yang amat maqbul.. So, grab the opportunity.. Minta lah & jom kte jadi orang yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaanNya kepada kita.

Ok, juz nak muhasabah diri sikit di tengahari nie..



Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan. 


Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang…


Ya.. Kita kan hamba padaNya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.


Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.