BuaT sahabat baikku, tatkala ku gembira kini kamu pula yang berduka..
Kadangkala sukar untuk kte duga apa yang menanti kte di masa hadapan, ku simpati mendengar kisah mu.. Hati & perasaan menjadi mainan, namun sebagai manusia biasa apa lah daya ku.. Hanya mampu mendengar keluh kesah mu sesuai dengan keinginan mu, kerana buat masa ini kamu tak mahu mendengar sebarang nasihat atau kata-kata memujuk hati meski dari sahabat mu ini.. Ku nukilkan buat mu pesanan indah, tatkala hati mu telah sembuh kelak akan ku berikan pada mu sebagai pedoman untuk hari mendatang.. Sabar lah duhai sahabat.. Sandarkan lah harapan, mengadu lah segala masalah pada Yang Maha Mendengar, hanya Allah mampu selesaikan segala masalah yang kita hadapi di dunia ini.
Masihkah engkau mendambakan dia yang telah berlalu?
Masihkah engkau menenggelamkan hatimu menyelami lautan rindu?
Masihkah jiwamu terbuai harapan pada seseorang di masa lalumu?
Mungkinkah dia penentu kebahagian hidupmu?
... Yakinkah dia mampu melipurkan lara di jiwamu?
Akankah dia datang mengobati pilunya rindu di hatimu?
Sahabat ~ sahabatiku ,
Sadarlah dari kemabukanmu..
Bangunlah dari mimpi ~ mimpi keindahan yang semu..
Bukankah ALLAH yang menjauhkan dia darimu?
Kerana di sudut lain dalam kehidupanmu,
Ada seseorang yang berdo'a dalam istikharahnya,
Memohonkan segala kebaikanmu untuknya..
Dan ALLAH Maha Tahu..
Seseorang itu lah yang TERBAIK bagimu..
Kerana tidak semata-mata ALLAH memisahkan
Tidak semata-mata ALLAH menjauhkan
Melainkan ALLAH Maha Tahu apa yg terbaik bagimu..
No comments:
Post a Comment