Mar 15, 2012

Corat Coret Tinta Kehidupan 15 Mac 2012

Hari Khamis, 22 Rabiul Akhir 1433 Hijrah

Alhamdulillah, niat memulakan arinie dengan puasa hampir berjaya - InsyaAllah.. Moga dipermudahkan kemampuan kte beribadah & mendekatkan diri kepadaNya.


Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:


54- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه الترمذي)


54- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)

(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Orang yang berpuasa kan doanya tidak ditolak Alla, pastu kan semasa berbuka waktu doa yang amat maqbul.. So, grab the opportunity.. Minta lah & jom kte jadi orang yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaanNya kepada kita.

Ok, juz nak muhasabah diri sikit di tengahari nie..



Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan. 


Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang…


Ya.. Kita kan hamba padaNya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.


Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.



No comments:

Post a Comment