Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Apr 13, 2012

MENDIDIK DIRI UTK REDHA

MENDIDIK DIRI UTK REDHA

Saat hati gundah..mencari2 sesuatu sbg penawar..terjumpa satu site ni..menarik tulisannya

Satu post yg menarik ttg redha dgn ujian..

Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima.

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.
Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?

Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.

Duduk Sebentar Berfikir

Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?
Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.
Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.
Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*


Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.
Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.
Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.
Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.
Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.


Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”
Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.
Islam ini sangat cantik!

ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.
Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-5

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.
Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.


Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia

Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?


Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.
Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.

Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!
Semoga ALLAh merahmati.

Mar 18, 2012

Corat Coret: Duhai Diri

Duhai diri..bicara ini sebagai ingatan untuk hatimu...

"Sesungguhnya dalam hati ada koyakan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.

♥ Dalam hati ada kesepian yang tidak boleh diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

♥ Dalam hati ada kesedihan yang tak mampu dihapus kecuali dengan mengenal Allah.

♥ Dalam hati ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan melainkan dengan berhimpun kerana Allah.

♥ Dalam hati ada api yang tidak mampu dipadamkan melainkan redha dengan keputusanNya.. diiringi dengan sabar menunggu saat untuk bertemu denganNya..."

(Kata-kata Ibnu Qayyim dalam kitab Al Daa' wad Dawa)

Feb 26, 2012

Pesanan Nasihat Rasulullah SAW Kepada Saidina Ali RA

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Read more: http://kurakura.my/cinta-sampai-syurga-sediakan-tisu-sebelum-baca/#ixzz1nRNwXRHP

Feb 7, 2012

Corat Coret: Kehidupan

Dalam hidup ini….

••► KURANGKAN ucapan yang mendendam, PERBANYAK ucapan yang
mengasihi.

••► KURANGKAN kata-kata yang mengejek, PERBANYAK kata-kata yang menghargai.

••► KURANGKAN kata-kata yang melemahkan, PERBANYAK kata-kata yang mendorong.

••► KURANGKAN perkataan yang menolak, PERBANYAK perkataan yang memperhatikan.

••► KURANGKAN kata-kata kritik, PERBANYAK perkataan yang membangun.

••► KURANGKN kata-kata yng sia-sia, PERBANYAK kata-kata yang mendtngkan inspirasi.

••► KURANGKAN kata-kata yang kasar, PERBANYAK kata-kata yang lemah lembut.
InsyaAllah..

.`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`.``•.¸.•`¸.``•.¸.•`¸.``•.¸.•¸.´``•.¸.•"`•.¸.•`¸.´

Jan 29, 2012

Corat Coret: Manusia Berguna

+ Seorang manusia berguna

+ Anakku..
+ Bila kau berjaya ke kemuncak langit
+ Sesekali pandanglah rumput di bumi
+ Agar tidak kau lupa
+ Tanah tempat asalmu

+ Anakku..
+ Bila kau sudah mencapai segalanya
+ Janganlah kau mendabik dada
+ Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
+ Dalam sekelip mata kau akan menjadi
+ Seorang yang meminta-minta

+ Anakku..
+ Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
+ Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
+ Jangan sekali-kali kau lupa
+ Bahawa semua itu hanya sementara

+ Anakku..
+ Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
+ Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
+ Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
+ Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

+ Anakku..
+ Hanya itu nasihat dari ku
+ Buat bekalan di hari depanmu
+ Doaku sentiasa mengiringimu
+ Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
+ Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Jan 24, 2012

corat coret 24.12.2012

 salam 24th january 2012  


PETUA KECANTIKAN DAN TIP-TIP KESIHATAN



Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

    * Membaca Al-Quran
      Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

    * Amalkan Tidur Yang Cukup
      1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

    * Mengawal Tekanan
      Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

    * Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
      Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

    * Bersenam
      Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

    * Elakkan Kemurungan
      Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    * Awasi Pengambilan Ubat
      Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

    * Belajar Sesuatu yang Baru
      Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Jan 23, 2012

Corat Coret: Kata Indah

KATA INDAH
Hari ini sebelum kita mengatakan kata- kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !