May 25, 2012

SMS....


SMSPDFCetakE-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012
SMS Asnani Kepada Ikhwan:
Abg…dh 6 ptg. Dh keluar ofis ke x? JANGAN asyik overtime je. Nanti g Tesco atau Giant,
belikan lampin utk Aina. Huggies je, sz S. Jgn beli yang murah2.

SMS Ikhwan Kepada Asnani:
Ya, kat ofis. Tengoklah…bila nak balik, baliklah. Kerja byk. U duk rumah je, g lah beli sendiri.

texting.jpeg
Di atas adalah contoh komunikasi SMS (Sistem Pesanan Ringkas) antara pasangan suami isteri 
Ikhwan dan Asnani.
 Ikhwan bekerja dan kerana kesibukan tugas, masih di pejabat meskipun waktu sudah mencecah 
enam petang. Asnani juga bekerja namun kini dalam rangka cuti bersalin kerana baru melahirkan
 cahaya mata mereka yang pertama, Aina Farhana.
Jika dicermati SMS di atas, agaknya ia adalah satu kebiasaan. Tiada apa-apa yang salah, 
tiada apa-apa yang hendak dibangkitkan. Akan tetapi, sebagai bakal suami isteri yang cemerlang, 
sudah tentu kita tidak mahu berada di tahap sekadar “kebiasaan”. Kita ingin kecemerlangan 
dalam pelbagai aspek, termasuklah komunikasi di antara suami dan isteri. Bagaimana kita boleh 
perbaiki komunikasi di atas, meskipun hanya melalui SMS? Berikut saya berikan beberapa cadangan. 

Ringkas Tetapi Jangan Terlalu Ringkas.
Memang, SMS bererti Sistem Pesanan Ringkas. Kita menyampai sesuatu mesej yang ringkas atau pendek
 kepada orang lain. Lawan kepada ringkas ialah tulisan umpama cerpen yang panjangnya dua tiga mukasurat
 kertas A4.
Akan tetapi dalam rangka menyampaikan mesej yang ringkas, cuba elakkan menggunakan ejaan yang ringkas. 
Menulis dengan ejaan yang penuh dan ayat yang sempurna mencerminkan kesungguhan kita 
dalam berkomunikasi. Ia menggambarkan kita benar-benar memaksudkan apa yang hendak disampaikan. 
Kesungguhan ini akan dapat dikesan serta ditangkap oleh orang yang menerima SMS dan ini tentu dihargainya. 
Seterusnya dia akan membalas SMS tersebut dengan yang seumpama atau yang lebih baik lagi.

Memberi Salam.
Sekalipun hanya SMS, jangan memandang ringan etika memberi salam. Rasulullah berpesan: 
Tidaklah kalian akan memasuki syurga sehinggalah kalian beriman dan 
tidaklah kalian beriman sehinggalah kalian saling mencintai. Mahukah aku 
tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya 
kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian. [Shahih Muslim, no: 54]
Oleh itu berilah salam dan berilah secara bersungguh-sungguh: “Assalamu’alaikum”. Elakkan memberi 
salam separuh jalan seperti “Asm”, “Akum”, “Salam”, “asSalam” atau apa-apa lain yang seumpama. 
Juga elakkan dari menjawab separuh jalan juga umpama “wslm”.
Tidak ketinggalan, jika hendak diberikan apa-apa ucapan taiplah secara penuh umpama “Selamat pagi” 
atau “Good night”. Elakkan “Slm pg” atau “night” sahaja.

Gunakan Gambar.
Ketahuilah bahawa apabila dua orang berkomunikasi, 60% maklumat sampai melalui gaya badan
 (body language), 30% melalui perbezaan nada suara sementara hanya 10% melalui perkataan yang diucapkan.
Nah! Apabila dua orang saling berSMS, mereka berkomunikasi hanya melalui perkataan yang mampu 
menyampaikan 10% sahaja daripada maklumat sebenar yang ingin disampaikan. Ini adalah cara 
komunikasi yang amat tidak berkesan.
Oleh itu untuk bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi melalui SMS, lazimkan diri melampirkan
 gambar, menyertakan smiley atau menggunakan tanda tertentu yang mewakili wajah yang tersenyum 
dan sebagainya.

Gembirakan, Walau Pun Melalui SMS.
Jangan memandah rendah kepada kemampuan SMS. Walau pun ia sekadar mesej-mesej yang ringkas,
 ia mampu menggembirakan atau menyedihkan, memotivasikan atau memalaskan, menenangkan atau 
menggusarkan.
Merujuk kepada suasana Ikhwan dan Asnani dalam contoh di atas, apa yang mereka berdua sangat
 inginkan pada waktu lewat petang itu ialah kefahaman dan penghargaan daripada pasangan masing-masing. 
Ikhwan sibuk dengan tugas di pejabat, Asnani sibuk dengan tugas menjaga bayi di rumah. 
Ikhwan keletihan untuk singgah membeli lampin bagi Aina, Asnani tidak dapat keluar rumah memandu 
untuk membeli lampin kerana baru saja melahirkan Aina.
Menyatakan penghargaan (appreciation) sebenarnya merupakan sesuatu yang ditekankan dalam Islam. 
Menyatakan penghargaan termasuk dalam rangka berterima kasih dan dalam perkara ini Rasulullah 
telah bersabda: Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih 
kepada manusia. [al-Adab al-Mufrad, no: 218]

Baiklah, berdasarkan tiga cadangan di atas, bagaimanakan Asnani dan Ikhwan dapat memperbaiki SMS 
mereka agar mencapai kecemerlangan dalam berkomunikasi? Berikut saya berikan contohnya:
SMS Aslina Kepada Ikhwan:
Assalamu’alaikum abang, terima kasih bekerja keras untuk Aina dan Nani. Semoga
Allah membalas segala usaha abang. Oh ya, lampin yang Nani pesan pagi tadi,
abang tak payah beli. Nani dah pesan kepada jiran sebelah yang kebetulan nak
keluar ke Tesco. Nanti abang balik kita makan malam bersama ya.

SMS Ikhwan Kepada Asnani:
Wa’alaikumussalam sayang. Terima kasih juga kerana menjaga Aina. Abang dan
Aina saayyaang kepada mama. Wah! Masih sempat memasak ya? Hati-hati,
jangan banyak bergerak kerana masih dalam pantang. Macam ini kalau abang
balik sekarang, tiba tiba rasa lapar. Kerja tak habis ini abang sambung esok pagi insya-Allah.

Aries note: A great lesson in relations

May 21, 2012

Travelog Cinta & Impian - Author by Kak Roza
























Wow, magnificient books... For a few days, every night I spent my time reading this two books.. Ikut saranan penulis, mulakan dengan Travelog Cinta Abadi & kemudian Travelog Impian Abadi.. Sebab follow the timeline baru lah seronok, tak potong stim

Biasanya slow ajer baca buku-buku sebelum nie walaupun minat membaca lah jugak.. Hehe, banyak gak pengajaran2 menarik dari kedua buku nie

May 19, 2012

Anger Management - Indahnya Memaafkan & Menahan Marah



Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga.
Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam perasaan. Aku lebih rela memendamkannya jauh ke dalam tasik hati daripada menimbulkan pertelingkahan dengan dia yang ku sayang.
Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri.
 Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh-temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah "bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta, maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu.
Setelah agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Dalam hidup, setiap pasangan harus bijak mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar

  • "Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)
  • Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
  • Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)
  • "Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)
  • "Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)
  • Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orangDan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan " (Ali Imran : 133-134)
Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?
Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?




May 17, 2012

Sekadar resipi... Daging Masak Kicap...

nie amek gambo pakai flash... huhu... nampak terang sket

nie lah daging kicap masakan kte malam nie

memang lazat lagi menyelerakan

kalau ade belen boleh bawa kat opis esok nie... hehe

tenks my fren coz share resipi nie...
Simple ajer, nak ker resipinya:

daging 600 gram
bawang merah
lada hijau
halia
bawang putih
lada hitam
sos tomato
kicap
sos tiram
rempah kari

Tumis jer semua bahan2 selain daging, pastu masukkan air bila mendidih masuk daging
Bler dah empuk, masukkan bawang merah lg, lada hijau lg & garam gula secukup rasa
Siap lah... hehe, dalam 30-40 minit jer dah setel & boleh dimakan bersama nasi

May 16, 2012

Raih anugerah seiring debaran menanti kelahiran anak


Raih anugerah seiring debaran menanti kelahiran anak

SHAH ALAM: Menelaah pelajaran sambil menjadi ibu dan isteri bukanlah penghalang bagi seorang wanita mendapat Anugerah Dekan setiap semester sehingga melayakkannya menerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.
Lebih manis, Suhana Nordin, 32, dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, kejayaan itu diiringi dengan debaran menanti kelahiran anak kedua dan dia kini mengandung tujuh bulan.

Mengakui mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang seni halus serta mendapat sokongan penuh daripada insan tersayang, membuatkan Suhana terus berusaha mencapai cita-cita sebagai artis seni halus.

Suhana yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.73, berkata, biarpun rata-rata rakan sekelas berbeza hampir tujuh tahun dengan usianya, perkara itu tidak langsung menyebabkannya rasa terpinggir.

“Usia bukan penghalang malah kami satu kelas saling bekerjasama walaupun saya agak berusia daripada yang lain dan mereka menghormati serta melayan saya dengan baik,” katanya.

Mengulas mengenai status berkahwin ketika bergelar pelajar, Suhana yang kini boleh dianggap sedang sarat mengandung berkata, pengorbanan masa dan kewangan menjadi perkara utama tetapi tidak menjadikannya sebagai satu bebanan.

Raihanugerahseiringdebaranmenantikelahirananak

Sweetnyer apabila semua orang berfikiran terbuka & bersangka baik, ternyata ia bukan menyekat malah menjadi perangsang kepada semangat seseorang untuk lebih berjaya malah buat lebih baik dalam sesuatu perkara tersebut.

Untuk Dia - Najwa & SLeeq


Satu lagi lagu yang sedap di dengar Untuk dia dari Najwa Latif Ft Sleeq , happening jek .. lagu macam ni lah yang orang suka santai jek .. tak perlu buat lagu berbelit-belit , dayu-dayu sangat sampai meremang bulu roma orang dengar , lepas tu tertidur .. ahaks… Tak de lah.. saya rasa radio-radio dah boleh pertimbangkan untuk menyiarkan lagu-lagi macam ni di radio , kurangkan lagu dari seberang tu.Najwa Latif ni memang makin hari makin sedap lagunya ek.. Sleeq ni pun sama banyak je berkerjasama dengan penyanyi baru , best.

Lirik lagu Untuk Dia
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Sesuai untuk santai2 minda nie time syaiful stress2 sokmo... Huhuhu... Xder mood nak bercakap dengan sape2 & lebih selesa melayan perasaan mencari inspirasi & muhasabah diri wat masa ini... :)

May 14, 2012

Sebelum Aku Bernikah - Inspired dari pengalaman Hilal Asyraf


Siapa berharap untuk difitnah, dituduh yang bukan-bukan?
“Ya, saya memang berharap saya difitnah. Biar jadi seorang yang kontroversi.” Ya. Saya rasa orang yang bercita-cita begitu, mereng akalnya.
Saya tidak berharap untuk difitnah sebagai ‘pemaksa anak orang’. Apatah lagi difitnah oleh mereka yang dekat dengan diri saya. Mereka yang selama ini saya anggap seperti keluarga, yang bergerak sama di atas jalan dakwah dan perjuangan ini. Yang saya hargai, yang saya cintai, yang saya selama ini meletakkan pertamanya adalah sangka baik kepada mereka.
Membuatkan saya rasa seperti terperusuk ke satu lubang yang sempit, gelap. Hari-hari bertanya, di mana salah aku? Di mana salah aku? Diulang-ulang. Tertekan, sakit. Ada waktu hingga demam, memikirkan fitnah yang berjalan. Apatah lagi apabila sampai ke telinga ini betapa cerita itu berjalan dan berjalan, dari masa ke semasa, bertransformasi menjadi sesuatu yang lain. Dari tak melamar langsung, bertukar menjadi ‘lamar sampai 4 kali!’. Teruk tidak teruknya cerita itu berubah dan berubah.
Rasa gelap masa hadapan.
Terasa seperti tiada lagi yang mampu dipercayai.
Rasa marah, mahu balas dendam, mahu sahaja saya tulis satu cerpen, satu novel, untuk memburukkan semula mereka ini seburuk-buruknya. Kalau mereka boleh burukkan saya pada satu kumpulan masyarakat, maka saya boleh burukkan mereka untuk seluruh Malaysia. Saya kata pada masa itu, kalau benar-benar nak burukkan nama aku, baik aku jadi buruk betul-betul!
Perasaan amarah itu berkocak, berlawan dengan rasional di dalam minda, yang menyatakan bahawa saya tidak akan untung apa-apa pun bersikap sedemikian. Tertekan, hingga saya akhirnya menangis kepada Allah SWT dan mempersoalkan, mengapa mesti diuji lagi saya sebegini rupa?
Tetapi akhirnya, saya tersedar, betapa apabila Allah uji sebegini, saya belajar macam-macam. Saya jadi lebih jelas akan sikap manusia. Bukan semua manusia yang kita baik kepadanya, akan bersangka baik kepada kita, apatah lagi hendak berbuat baik semula kepada kita. Jadi, kita tidak sepatutnya meletakkan pergantungan penuh kepada manusia. Kita sepatutnya bergantung penuh kepada Allah SWT!
Di situ, saya berjaya meningkatkan lagi kematangan, pertimbangan, dan dapat pula merasai betapa manisnya sabar, juga belajar akan hakikat apabila hidup di dunia.
Itu semua menambah kekuatan saya.
 Catatan syaiful:
Alhamdulillah, dah mula follow website Hilal Asyraf nie. Tak sangka banyak pengajaran & perkongsian yang berguna. Suatu masa yang lalu, saya jua pernah menghadapi & merasai pengalaman serupa ini hingga hampir hilang pedoman & hampir hanyut menuju keseronokan dunia merawat hati nan duka. Namun bersyukur ia cuma sekejap & diri ini cepat tersedar sebelum lebih hanyut jauh lagi. Tetibe teringat memori lama banyak2 pulak minggu nie, entah kenapa. Namun ape dah lepas biar lah ia sebagai memori, jadikan ia pengalaman & ambil pengajaran untuk masa akan datang menambah kekuatan & kematangan diri ini.
ps, 7.7 nie dier dah nak nikah dah... Syukur Allah dah hadirkan jodoh nya di tarikh yang sama dengan hari lahir ku... Diri ini? Hmmmm... Entah bila jodoh itu dihadirkan dalam hidup ku, tahun lepas punya tak nak lah berkahwin sampai sengaja memboroskan diri sebab takut ayah suruh kawen. 
Benda baik lebih terasa nikmatnya andai dikongsi bersama & family is the treasure worth the most (Quote from movie: Dark Shadows)


2012 - tahun mencari calon, dengan harapan moga-moga 2013 nanti adalah seorang peneman hidup bergelar isteri kelak. Kekadang teringin juga nak berpuasa & berbuka bersama seseorang, berhari raya nanti kunjung berkunjung ke rumah saudara mara kita & saudara mara isteri... Salam dengan ibu bapa kte & mentua.. Huhuhu, dari rasa tak sedia dulu tu dah jadi rasa teringin pulak nak ade seorang peneman di sisi.. Harap-harap lah Allah takdirkan jodoh itu tiba next year, dengan ikatan pernikahan.. Sebab dalam hati nie dah ade seseorang yang kte suka, yang kte hormat, yang jaga solatnya dengan baik. Dengan harapan mudah-mudahan hubungan ini dipermudahkan & mendapat rahmat Allah jua restu kedua ibu bapa kami. Amin.






Hilal Asyraf - Confirm nak cari buku dier tu: Sebelum Aku Bernikah

sewaktu cinta tak dibalas





Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan. Sebagai manusia biasa khususnya lelaki (termasuk saya..) mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita. Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..
Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah. Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu. Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera.

Kalau di tolak, pasrahlah. Percayalah Allah akan memberi yang lebih baik. Meskipun seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu bergelora, namun apakan daya jika cinta bertepuk sebelah tangan?

Pendamlah rasa itu, kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu. Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita. Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Anggap saja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.
Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, nescaya kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan. Jodoh adalah perkara ghaib. Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal. Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.
Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun ia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.
Terima Kasih Allah, Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.




Catatan syaiful:

Cinta & Jodoh itu hanya akan diketahui siapa yang sebenar, hijab yang ghaib itu akan tersingkap tatkala 'Aku Terima Nikahnya'. Maka itu lah cinta sejati kita, & juga jodoh yang telah Allah aturkan buat kita. Ikhlaskan hati menerima siapa saja dia yang telah ditakdirkan oleh Allah buat kte, terima lah apa jua kelebihan & kekurangannya dan semoga dia jua begitu.. Bersama-sama membina Syurga Rumahtangga, memupuk kebahagiaan, bersama meningkat keimanan menuju ke SyurgaNya yang abadi.

Maka Bercinta lah mereka hingga ke syurga dalam rahmat Ilahi dalam mencari redhaNya. Alangkah indah apabila perjalanan kita ada yang menemani di dunia hingga ke akhirat, apabila salah ada yang mengingatkan & segala apa yang dilakukan dalam ikatan itu dianugerahi limpahan rahmat & kasih sayang Allah lantas memupuk rasa kasih & sayang di dalam hati pasangan mereka yang bercinta dalam mencari redhaNya.





May 13, 2012

Aku ini hanya seorang manusia biasa


Aku ini hanya seorang manusia biasa,
Yang tidak mewah hartanya,
Yang tidak menawan paras rupanya,
Yang tidak indah perilakunya,
Yang tidak tinggi IQnya.

Tetapi dengan ketidaksempurnaan itulah aku mencuba,
Sekurang-kurangnya untuk menjadi sempurna,
Walau hakikatnya aku tahu manusia itu tiada yang sempurna,
Melainkan kekasih-Nya.

Segala khilafku cuba aku buang dalam perjalanan masa,
Segala dosa aku cuba untuk meminta keampunan dari-Nya,
Segala kekurangan aku sedang cuba diperbetulkan,
Agar setanding dengan keindahan yang diberi Tuhan.

Aku ini sedang mencuba,
Untuk perbetulkan semuanya,
Untuk mengindahkan ciptaan-Nya.

Kerana itu-,
Aku mohon bantulah aku,
Berilah aku kekuatan untuk menjalani hari-hariku,
Berilah aku kesempatan untuk mengubah perilaku ku,
Agar aku bisa menjadi hamba yang patuh pada Yang Satu.

Kerana itu-,
Aku memohon bantuan darimu,
Jangan memperkecilkan niatku,
Walau aku tahu aku tidak sesempurna kamu,
Jangan menjatuhkan diriku,
Kerana aku tidak setanding kamu.

Yang aku mahu cuma semangat darimu,
Untuk diriku,
Melalui liku-liku,
Yang terindah mahupun terburuk dalam hidupku.

Kerana aku cuma manusia,
Yang hina,
Yang banyak dosanya,
Yang sedang mencuba.

Untuk mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya

Cinta sejati


Salam Sejahtera My Loveliness,
 
Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu 
ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, 
namun akhirnya bersama dengan orang lain. 
 
Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak 
pernah kita duga dan kadangkala ia membuatkan 
kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. 
 
 
Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta 
dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin 
akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika 
anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari 
orang yang cantik atau kacak.
 
 
Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. 
Setiap manusia mempunyai keiginan mereka yang 
tersendiri. Hati akan sentiasa mencari jalan 
untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam 
hati. 
 
Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan 
seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan 
di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang 
tersebut secara tidak sengaja.
 
 
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura
– pura kerana ia menguasai hati anda secara 
menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di
peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah 
satu kuasa yang misteri. 
 
Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. 
Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda 
tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang 
yang selalu anda jumpa.
 
 
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba 
– tiba, janganlah anda menerima cinta dari 
seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi 
anda cinta sejati. 
 
Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana 
terpaksa memlih antara dua. Akhir sekali, cinta 
sejati adalah cinta yang lahir dari hati yang 
suci & murni.
 
 
Sekian dulu dari saya. Semoga bermanfaat...