May 14, 2012

Sebelum Aku Bernikah - Inspired dari pengalaman Hilal Asyraf


Siapa berharap untuk difitnah, dituduh yang bukan-bukan?
“Ya, saya memang berharap saya difitnah. Biar jadi seorang yang kontroversi.” Ya. Saya rasa orang yang bercita-cita begitu, mereng akalnya.
Saya tidak berharap untuk difitnah sebagai ‘pemaksa anak orang’. Apatah lagi difitnah oleh mereka yang dekat dengan diri saya. Mereka yang selama ini saya anggap seperti keluarga, yang bergerak sama di atas jalan dakwah dan perjuangan ini. Yang saya hargai, yang saya cintai, yang saya selama ini meletakkan pertamanya adalah sangka baik kepada mereka.
Membuatkan saya rasa seperti terperusuk ke satu lubang yang sempit, gelap. Hari-hari bertanya, di mana salah aku? Di mana salah aku? Diulang-ulang. Tertekan, sakit. Ada waktu hingga demam, memikirkan fitnah yang berjalan. Apatah lagi apabila sampai ke telinga ini betapa cerita itu berjalan dan berjalan, dari masa ke semasa, bertransformasi menjadi sesuatu yang lain. Dari tak melamar langsung, bertukar menjadi ‘lamar sampai 4 kali!’. Teruk tidak teruknya cerita itu berubah dan berubah.
Rasa gelap masa hadapan.
Terasa seperti tiada lagi yang mampu dipercayai.
Rasa marah, mahu balas dendam, mahu sahaja saya tulis satu cerpen, satu novel, untuk memburukkan semula mereka ini seburuk-buruknya. Kalau mereka boleh burukkan saya pada satu kumpulan masyarakat, maka saya boleh burukkan mereka untuk seluruh Malaysia. Saya kata pada masa itu, kalau benar-benar nak burukkan nama aku, baik aku jadi buruk betul-betul!
Perasaan amarah itu berkocak, berlawan dengan rasional di dalam minda, yang menyatakan bahawa saya tidak akan untung apa-apa pun bersikap sedemikian. Tertekan, hingga saya akhirnya menangis kepada Allah SWT dan mempersoalkan, mengapa mesti diuji lagi saya sebegini rupa?
Tetapi akhirnya, saya tersedar, betapa apabila Allah uji sebegini, saya belajar macam-macam. Saya jadi lebih jelas akan sikap manusia. Bukan semua manusia yang kita baik kepadanya, akan bersangka baik kepada kita, apatah lagi hendak berbuat baik semula kepada kita. Jadi, kita tidak sepatutnya meletakkan pergantungan penuh kepada manusia. Kita sepatutnya bergantung penuh kepada Allah SWT!
Di situ, saya berjaya meningkatkan lagi kematangan, pertimbangan, dan dapat pula merasai betapa manisnya sabar, juga belajar akan hakikat apabila hidup di dunia.
Itu semua menambah kekuatan saya.
 Catatan syaiful:
Alhamdulillah, dah mula follow website Hilal Asyraf nie. Tak sangka banyak pengajaran & perkongsian yang berguna. Suatu masa yang lalu, saya jua pernah menghadapi & merasai pengalaman serupa ini hingga hampir hilang pedoman & hampir hanyut menuju keseronokan dunia merawat hati nan duka. Namun bersyukur ia cuma sekejap & diri ini cepat tersedar sebelum lebih hanyut jauh lagi. Tetibe teringat memori lama banyak2 pulak minggu nie, entah kenapa. Namun ape dah lepas biar lah ia sebagai memori, jadikan ia pengalaman & ambil pengajaran untuk masa akan datang menambah kekuatan & kematangan diri ini.
ps, 7.7 nie dier dah nak nikah dah... Syukur Allah dah hadirkan jodoh nya di tarikh yang sama dengan hari lahir ku... Diri ini? Hmmmm... Entah bila jodoh itu dihadirkan dalam hidup ku, tahun lepas punya tak nak lah berkahwin sampai sengaja memboroskan diri sebab takut ayah suruh kawen. 
Benda baik lebih terasa nikmatnya andai dikongsi bersama & family is the treasure worth the most (Quote from movie: Dark Shadows)


2012 - tahun mencari calon, dengan harapan moga-moga 2013 nanti adalah seorang peneman hidup bergelar isteri kelak. Kekadang teringin juga nak berpuasa & berbuka bersama seseorang, berhari raya nanti kunjung berkunjung ke rumah saudara mara kita & saudara mara isteri... Salam dengan ibu bapa kte & mentua.. Huhuhu, dari rasa tak sedia dulu tu dah jadi rasa teringin pulak nak ade seorang peneman di sisi.. Harap-harap lah Allah takdirkan jodoh itu tiba next year, dengan ikatan pernikahan.. Sebab dalam hati nie dah ade seseorang yang kte suka, yang kte hormat, yang jaga solatnya dengan baik. Dengan harapan mudah-mudahan hubungan ini dipermudahkan & mendapat rahmat Allah jua restu kedua ibu bapa kami. Amin.






Hilal Asyraf - Confirm nak cari buku dier tu: Sebelum Aku Bernikah

2 comments:

  1. suka baca cerita awk ni... jangan berputus asa ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) InsyaAllah
      awak pon jangan malas2 belajar... fokus3...
      Goodluck yer

      Delete