Wowww bagaimana dengan tajuk yang saya pilih kali ini?
Menarik or tertarik ? :-)
Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya
sesuatu yang sukar. Dalam memilih pasangan hidup juga,
kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping
mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.
"Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini
mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup syaiful yang sah.
Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu
mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.
Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang
membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku. Dan ada
pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan
pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak
dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu syaiful tahu
tentang sesuatu yang tidak diduga:
1. Orang yang mencintai syaiful tidak perlu memberikan
alasan punca dia mencintai syaiful. Yang dia tahu, di mata
dia, syaiful lah satu-satunya....woww
2. Orang yang mencintai syaiful mungkin jarang memberikan
pujian, tetapi didalam hatinya syaiful adalah yang terbaik
dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr
3. Orang yang mencintai syaiful mungkin akan marah atau
mengeluh jika syaiful tidak membalas pesanan atau
panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu
yang buruk terjadi pada syaiful.
4. Orang yang mencintai syaiful hanya menjatuhkan air
matanya di hadapan syaiful. Ketika syaiful cuba untuk
menghapuskan air matanya, syaiful telah menyentuh hatinya
dan hatinya selalu berdegup untuk syaiful.....sayunyaaa
5. Orang yang mencintai syaiful akan mengingat setiap kata
yang syaiful ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan
dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada
waktunya....wowww
6. Orang yang mencintai syaiful tidak akan memberikan
janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu
mengingkari janjinya. Dia ingin syaiful mempercayainya dan
dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat
selamanya.....romantis nyerrrr
7. Orang yang mencintai syaiful mungkin tidak mengingati
tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun syaiful
tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap
mencintai syaiful.... bestnyerrr
8. Orang yang mencintai syaiful mungkin tidak mahu
melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana
segala yang dia lakukan untuk syaiful melalui perbuatan
adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya
mencintai syaiful......TQqqqqq
9. Orang yang mencintai syaiful selalunya berusaha
membuatkan syaiful tersenyum dan tertawa walaupun
kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!
10. Orang yang benar-benar mencintai syaiful akan membalut
hati syaiful yang pernah terluka dan menjaganya dengan
setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan
syaiful apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa
menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya
Jika si dia yang merupakan teman hidup syaiful & tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata
tentang sejauh mana dia menyintai syaiful, maka terimalah dia seadanya. Bersyukurlah kerana dia kini telahpun
menjadi milikmu.....
Sekian......
Yang ikhlas,
Syaiful aka ariel
wow...hahahaha
ReplyDeleteawesome x ariel menulis... haha, sesekali mencoret ayat nya ayat2 cinta bercerita... cinta ku pada mu
Delete