Nov 25, 2012

24.11.2012 @ Engagement Day

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu

Apa khabar? Harap semua sihat belaka :)
Tuan punya blog Alhamdulillah sihat walafiat, pastu ceria +++ bahagia gitu
Hehehe...

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya
Syukur semua yang dirancang berjalan lancar & segala urusan dipermudahkan Allah SWT


 Dua pasang cincin menjadi tanda ikatan perjanjian untuk melangkah ke alam pernikahan pada tahun hadapan. Cincin emas yang takda permata tu namanya cincin meminang atau merisik and then cincin yang ada permata tuu namanya cincin bertunang. Kiranya ini lah watak utama dalam majlis nie selain tuan punya blog dan bakal pasangannya.. Hehhe... Ooops, tak buleh kata camtu gak kan sebab tanpa sedara mara yang mengsponsor, tolong gubahkan dan ahli keluarga yang kuat beri sokongan takkan menjadi semua nie. Syukur Alhamdulilllah.

Tersarung cincin di jari bermakna penerimaan keluarga bakal pasangan terhadap perancangan kami secara rasmi. Semoga Allah merahmati majlis ini & menyatukan kami dengan ikatan pernikahan serta merahmati kehidupan kami dengan limpahan kasih sayang, keberkatan & kebahagiaan.








Nie ambil gambar dulu barangan iringan untuk dihadiahkan kepada bakal pasangan... Tulus Ikhlas dari kami.. Syukur ade bantuan untuk gubahan, beberapa barangan di sponsor (jimat skit duit tuan punya blog)... Terima kasih dari hati atas kesudian sedara mara hadir secara sukarela (tak payah hulur duit minyak) Sokongan anda kami hargai & hanya Allah membalasnya.
[note: sebab tengok ramai sekarang orang yang sedara mara mintak duit minyak & tol & penginapan sebab jauh menghantar + iringi rombongan meminang. Bukan kedekut pun kalau dorang mintak, tapi sokongan moral macam nie sangat membantu.. So jimat sangat duit yang kena keluar dari poket tuan punya blog.. Hehehe... Alhamdulillah... TQ Allah, mudahkan segalas urusan kami]




Yang baju biru tu adik saya & juga 2 orang lagi tu sepupu saya.

 Mekasih yer sayang atas hadiah-hadiah nie... Saya bawa pulang semuanya..
Dah sesiap letak hantaran yang diberi untuk bawa balik kat depan pintu... Strategik thinking nie
 Sementara tunggu giliran, tuan punya blog bergambar jer selamber kat kerusi depan rumah tuuu... Hehehe...
 Abah merasmikan makan petang tu.. Sangat sedap, nasi minyak basmathi, udang goreng sambal, rendang, ayam opor (kot?) dan kuih muih serta minuman yang sangatttt besttt... Sirap bandung soda memang curlasttt ... nyum3...
Nie pon antara menu fevret yang diserang malam tu lepas sampai rumah.
Kek nie sangat sedap... Most suka yang nie... ( yo lah, pak cik & mak cik kan)
Yang orang memuda harus laa suke red velvet.. hehe
 K



Nov 7, 2012

Menghidupkan Sunnah: Antara Sunnah Ketika Makan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera..
Hari nie cik epul nak share cete pasal sunnah ketika makan, dalam menghargai nikmat makan yang kita berpeluang menikmatinya setiap hari.. Mengamalkan sunnah itu ibadah, bila beribadah dapat pahala.. So, jom kita sesama baca perkongsian ilmu ini.

Antara Sunnah Ketika Makan
1- Makan dengan tangan kanan dan yang paling dekat: Dari Umar bin Abu Salamah r.a berkata, "Semasa kecil, saya berada di bawah asuhan Rasulullah s.a.w, dan saya pernah menghulurkan tangan untuk mengambil makanan yang berada pada satu piring. Kemudian Baginda bersabda: Wahai anak kecil, sebutlah nama Allah Ta'ala serta makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan yang dekat denganmu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2-Makan jangan sekaligus: Dari Jabalah bin Suhaim berkata: "Suatu ketika kami bersama-sama dengan Ibn Zubair mengalami musim kekurangan makanan, kemudian tiba-tiba kami mendapat rezeki kurma. Ketika itu Abdullah bin Umar r.a lalu, sedangkan kami tengah makan kurma. Kemudian beliau berkata: "Janganlah kamu makan sekaligus dua butir kurma atau lebih. Kerana sesungguhnya Nabi s.a.w melarang untuk makan sekaligus dua butir kurma atau lebih. Kemudian ia berkata lagi, "Kecuali bila ia minta izin kepada 
kawannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3-Nasihat kepada orang yang tidak kenyang: Dari Wahsyi bin Harb r.a bahawasanya sahabat2 Rasulullah berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak merasa kenyang." Rasulullah bersabda: Mungkin kamu semua makan sendiri-sendiri. Mereka menjawab: Benar." Baginda bersabda: "Maka berkumpullah kamu kalau makan, dan sebutlah nama Allah Ta'ala nescaya kamu semua mendapat keberkatan di dalam makanan itu." (Riwayat Abu Daud)
4-Ambil makanan dari tepi, jangan dari tengah pinggan: Dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Barakah turun pada tengah-tengah makanan. Maka makanlah kamu semua dari tepi dulu, dan jangan mulai dari tengah." (Riwayat Abu Daud)
5-Makruh makan bersandar: Dari Abu Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak pernah makan dengan bersandar." (Riwayat Bukhari)
6-Memperbanyakkan orang untuk makan: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan dua orang itu cukup untuk tiga orang, dan makanan tiga orang itu cukup untuk empat orang." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
7-Bersihkan sisa-sisa makanan yang melekat dijari dan pinggan: Dari Jabir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w menyuruh untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat pada jari dan pinggan, lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua tidak tahu pada bahagian mana dari makananmu itu yang mengandungi berkata." (Riwayat Muslim)


Sumber: Majalah al Ustaz

Nov 6, 2012

Congratulazione my fren... Cik bintang hati...

Assalamualaikum
Selamat pagi... kui 1 nie... huhu
eden idok bulih tidoq lak... aisehhhhh
hope esok keje tak sleepy banget..
so, aktiviti tak buleh tidoq arinie iz tulih belog sikit ler... hihi

ade per yer yang menarik
mo ucapkan tahniah kat cik bintang & pasangan
yang bakal melangsungkan mejelis pada 25.11 nie... pergh, keretapi laju tuuu
tak terkojar den... but, am happy my fren sorang demi sorang dah ketemu pasangan hati masing masing...
den nie sobar jo monanti, tika & masanya... dup dap dup dap





share ler kad kawen & bunting depa...
aisehhh... baru jer den mo buat ala tema fb gini, udah ade puleks member wat dulu
huhu... pehnie kena wat twitter ker, ym ker, skype ker... yang tersebut nyer tu punye tema laks kot... hik... 
buleh laaaa... InsyaAllah

6 hari lagi dah nak berangkat ke Shanghai, China
then less than 3 weeks to go to our E-Day
hope semua berjalan lancar & Allah izinkan ikatan kami ke pernikahan
seterusnya hidup bahagia ever after, till jannah.. Amin

ps.. diri sendiri pun dah tak sabar dah ekceli nak melafazkan "Aku Terima Nikahnya" tapi mulut cakap "Setia Menanti" *Blushing*

Nov 4, 2012

kurang 3 minggu... Hari Asyura @ 10 Muharam

Assalamualaikum cinta...

Apa agaknya khabar mu disana? Ceh, cam feelink nak nyanyi lah plak kan... Huhuhu
9.9/10 menyatakan kalau ku nyanyi mmg ler out sangatttt...... terima ler hakikat :p

meh kita relate back to topics, apo kono eh jang ~ kurang tiga minggu neh...
Huhuhu... Sebenarnya, ceq dah nak jadik tunang orang nie..
Tunang betui-betui, ikut adat melayu untuk meminang anak dara orang ler nie...
*malu ler plak, blushing*
hihi... tarikh dipilih, 24.11.2012 bersamaan 10 Muharam 1433 H yakni Hari Asyura
wow, wow... Hari baik bulan baik nie, syukran Alhamdulillah

meh share sket info berkaitan hari tersebut




Tazkirah Ringkas Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan MuharramOleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

Dalam  keghairahan kita bakal menempuh tahun baru ini, masih ingatkah akan satu peristiwa penting terjadi dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan Muharram?
Itulah dia Hari Asyura.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura, bererti sepuluh di dalam Bahasa Arab.  Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Sebelum kita melangkah lebih jauh, adalah lebih baik kiranya kita sama-sama mengimbas kembali sirah Rasulullah SAW yang menjadi titik tolak kepada peristiwa Hari Assyura ini.
SEJARAH
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”.
Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian
Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Nabi Adam a.s. dicipta.
-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
KELEBIHAN BERPUASA
Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab:
“Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.”  Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab:  “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.”  (HR Muslim)
Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.
AMALAN SUNAT YANG LAIN
Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.
Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.
Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: “Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.
Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga. Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin.


Oct 22, 2012

Corat Coret 22.10.12

Assalamualaikum, lama tak menjengah blog nie & menulis...
Biler selsema & demam, rasa tak sihat sangat & nak wat ape ape pun tak larat... Huhuhu

Tahukah anda, lelaki sampai satu tahap dia sangat matang dalam membuat pilihan. Tahu bila?

Bila dia menolak kecantikan semata2 dlm diri seorang wanita, dan memandang dgn mulia keseluruhan yg ada pada wanita itu krn BERJAYA buat dirinya tenang, selesa, dan sentiasa ada untuk dirinya :)

Rasa-rasanya admin dah sampai ke tahap matang nie dah... :)
Alhamdulillah, akhirnya ketemu jua siapa orangnya yang membuat diri ini tenang, selesa & selalu care pasal orang everyday. Perasaannya cukup gembira & cukup bahagia.

Counting days: 
130 days more to our big day - akad nikah & walimah
and 32 more days to our engagement day.. A week after our family holidays to Shanghai.

Mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan Allah.
InsyaAllah

Bismillahhirrahmanirrahim... Ya ALLAH, titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta ini tulus buat isteri halalku, isteri yang bakal aku nikahi, isteri yang akan bersama-sama denganku mengejar cinta-MU, ya ILLAHI.. Amin

Oct 16, 2012

Corat Coret.. DIskusi Jodoh Seseorang ituu..

Assalamualaikum
arinie juz I want to share some interesting stories dari FB :)

Suatu hari di sebuah universiti tempatan, kelas syariah berlangsung seperti biasa. Hari itu diskusi bab munakahat. Tampaknya lebih diminati oleh para pelajar, mana taknya semua hadir tanpa seorang pun absent. Perhatian lebih fokus, pelajar lelaki tersengih-sengih. Pelajar perempuan malu-malu kucing.

Lantas seorang student muslimah mengajukan soalan menarik pada tutornya, Ustaz Ahmad Saifuddin..

Student: "Pada hemat ustaz, bagaimanakah cara yang munasabah, baik, dan syari'e untuk seseorang wanita itu mendapatkan jodoh? Sememangnya jodoh itu telah ditetapkan, maksud saya di sini..dari segi usaha dan ikhtiarnya. Boleh ustaz jelaskan?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Moga Allah merahmati kamu. Soalan yang baik. Pertama sekali, cari dan nilai sendiri, lihat kepada mana-mana lelaki yang berkenan dan layak untuk kita. Beritahu sendiri atau melalui rakan-rakan baik lelaki itu. Apabila lelaki itu terima, maklumkan sahaja kepada ibu bapa dan langsungkan segera. Pastikan lelaki itu masih tiada sesiapa. Nanti malu pula."

Pelajar lelaki mencelah: "Ya ustaz, metode kedua please!"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Baik, jalan yang kedua adalah, minta orang lain cari. Sebaiknya minta daripada orang-orang yang berpengalaman dan soleh untuk mencari jodoh yang sesuai untuk kita termasuk ibu bapa kita juga. Kita terima sahaja apa yang dicadangkan oleh beliau. Tanpa melihat rupa, kerjaya dan apa sahaja. Jika tidak mampu untuk menerimanya, kembali kepada cara pertama. Apabila sudah ada, solat istikharah dan rasa kecenderungan hati. Jangan tunggu mimpi. Bila ada rasa cenderung padanya, terima dengan hati terbuka."

Student muslimah: "Ada jalan alternatif?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Berserah kepada Allah sepenuhnya. Tidak mencari dan tidak meminta sesiapa mencarinya. Namun terus berserah kepada Allah 100%. Buka pintu hati untuk menerima mana-mana lelaki yang ikhlas untuk memikul tanggungjawab itu. Solat istikharah memohon restu dari Allah. Rasa kecenderungan hati itu dan cuba bertanya kepada orang yang berpengalaman. Sekiranya terlintas di fikiran, "Dia belum ada kerja lagi," atau "Dia kurang kacaklah," atau "Dia degree pun tidak ada." Sekiranya terlintas demikian, itu kita sudah membuat penilaian sendiri. Jika mahu berpegang dengan apa yang kita nilai itu. Sebaiknya kembali kepada cara pertama."

Student muslimah: "Tidak salah kan jika wanita memilih?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Memilih tidak salah. Terlalu memilih dan cerewet mungkin salah. Wanita tidak banyak peluang untuk memilih berbanding lelaki yang terbuka slotnya empat kali.

Pilihlah yang buat hati kamu tenang, buat agama kamu menjadi lebih baik, buat ilmu kamu makin bertambah, buat kehidupan lebih bermakna, buat Allah lebih cinta, buat kamu lebih kasih pada Dia. Susah senang dia bersama."

Student muslimah tersenyum kecil.

credit to..
Syabab Musafir Kasih

Admin notes: Realistik, rasional & jangan putus asa dengan rahmat Allah. :)
InsyaAllah.

Oct 15, 2012

Corat Coret 15.10.12

(Ustaz Azhar Idrus)
BILA DATANG LELAKI yang COMEL AGAMANYA.. (Alhamdulillah comel orangnya.. hik3)
bukan dia ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, HANYA ORANG BIASA.. :)
tetapi, sembahyang 5 waktu, tak makan haram, tutup aurat dan ada orang AJAR DI SURAU.. (errrr, tengok youtube ust azhar, dengar ceramah kat ikimfm dan tanyalah ustaz pun kira ok juger ler kan)

DIA PERGI walaupun seminggu 2 kali, dah dikira baik pada agama..KAHWINKAN SEGERA dengan lelaki baik seperti itu, walaupun jalan kaki, naik motor..tak ada kereta kerana REZEKI DI TANGAN ALLAH bukan di tangan manusia.. (InsyaAllah Ustaz, tak lama lagi dah nie. Dengan izin Allah)

SEMUANYA DARI ALLAH :)

♥ JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH.
♥ Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..
♥ Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,

♥ InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. (:

♥ Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. (haaa - biasanya peringkat awal rasa hati nie lah yang main peranan. Mimpi timbul kemudian kemudian sikit.. bila hati rasa tenang, yakin & Alhamdulillah Allah permudahkan jalannya. Yakin ajer itu yang terbaik & buat yang terbaik untuk segerakan peminangan dan pernikahan. InsyaAllah sedang diusahakan. Semoga Allah terus permudahkan)
♥ Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. (InsyaAllah, pilihanku dengan petunjukMu)
♥ Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

♥ Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,
♥ Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
♥ Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.. (Alhamdulillah TQ Allah yang menghadirkan rasa cinta & sayang)

LOVE IS MARRIAGE.♥♥ The person U married is ur love, be the one called husband or wife. ♥♥ That is love.♥♥♥

Oct 10, 2012

Corat Coret: Rahsiakan Pertunangan??? Perlu ker,,

Assalamualaikum wbt

Mesti ramai kan pernah dengar pasai hadis satu nie..

"Zahirkan perkahwinan dan sembunyikan/rahsiakan pertunangan "

korang tau x ape status sebenar hadis nie????

Hadith ini riwayat Ad Dailamiyy dalam Musnad Al Firdaus. Hadith ini dha'eef.

Dha'eef kerana perawi bernama Umm 'Alqaamah adalah Majhuulah Al Haal. 

Silsilah no. 2494


So??????


Bila dalilnya berstatus lemah, maka hukumnya dikembalikan kpd uruf..

Uruf arab dan melayu, majlis khitbah atau peminangan diumumkan kpd kaum keluarga terdekat atau sahabat handai dengan majlis kenduri yg kecil  Tujuannya, supaya wanita itu tidak akan dipinang oleh org lain. 

Maknanya, ~ kalau perempuan cukuplah sekadar bgtau dah bertunang & memadai dgn keluarga dan sahabat handai saja yg tau. sebab tu kenduri tunang ni kena buat kecik je, kalau buat besar, kemungkinan ia org kaya.

JAWAPAN SEMPOI:

hadith larangan umumkan pertunangan tu adalah TIDAK SAHIH. Maka tiada larangan dari Nabi bab umumkan pertunangan ni,

maka ia berbalik kpd situasi empunya diri seperti di bawah:

1- aweks yg rasa diri dia tu lawa dan comel dan rasa dirinya byk org minat, maka bila dh bertunang maka better better better umumkan pertunangan, supaya mamat2 jekaka perasan dpt terima hakikat yg anda dh berpunya, supaya mamat2 jejaka perasan dpt persiap diri mencari aweks lain. Tidaklah nnti jejeka perasan pergi meminang anda last2 bru tau anda dh bertunang, malu yg teramatlah si jejaka perasan tu, kesian dia nnti.

2- aweks yg nakal dan byk musuh dgn ex-boyfriends, maka better rahsiakan pertunangan, sbb kalau umum nnti semua ex-boyfriend yg memusuhi anda akan pegi sabotaj pertunangan anda dgn bakal suami anda dgn menabur fitnah2 bahawa anda ni seorang yg playboy byk boy-friends dan kaki boy-friends, dan akhirnya bakal suami anda akan cancelkan pertunnagan itu dan cari aweks lain utk dibuat isteri.

** kes 1 & 2 diatas juga apply bg lelaki. 


konklusi: ia berbalik pada diri, dan tujuan dia istyhar dh tunang dan tujuan dia tak nak istyhar dh tunang

sbb perempuan ni ada byk jenis, ada yg jenis yg sentiasa saja ada org masuk meminang, atau buat pre-book, tp dia tolak sbb nk tunggu yg satu tu. So yg jenis ni bila yg satu tu dh masuk minang dan dh sah mereka tunang, maka better aweks yg jenis ramai peminat ni bgtau dh bertunang

ada yg jenis, xda sapa2 minat sgt, just terus find sorang je dan terus tunang, jenis ni rahsia pun xpe..

ni berbalik pada kondisi muslimah tu, dia yg tahu nilai sendiri nk istyhar ke tak nak....


adapun hadeeth ''rahsiakan pertunangan'' ia dhaeef. 

ia dhaif, tp fiqhnya mcm mana? di sini ulama' khilaf, plg kurang kpd 3 pendapat: 

1- fiqhnya sahih, dan pertunangan perlu sebaiknya di rahsiakan, sbbnya mcm yg enta sebutkn td lah. Fiqh sebegini bukan hanya bergantung dgn hadeeth ni semata, bahkan ia lebih kpd kedah fiqh , pertimbang mudharat VS maslahah. Hadeeth dhaif ni sokongan je pd fiqh. 

2- pertunangan tak perlu dirahsiakan sbb takut nanti jadi pertunangan atas pertunangan, hadeeth minta rahsia pertunagan tu pun dhaeef. 

3- kompromi antara dua pendapat: ia bergantung kpd situasi individu itu sendiri samada dia rasakan lebih baik rahsia pertunangan atau nk beritahu dia dh bertunang.


Oct 2, 2012

Corat Coret 2.10.12

Assalamualaikum makmumku, perkenalkan diri saya Syaiful Bahari Bin Che Aziz.
Huhuhu, xleh tidur + penangan cerita salam cinta... (:

✿..Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik d
an sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..✿





Cinta itu pilihan, andai dia tahu akan buruk baik kamu, kekurangan kebaikan kamu, kelemahan kelebihan kamu namun dia masih memilih mu & menerima kamu.





Cinta itu kesempatan, sekiranya dia hanya tahu kelebihan mu, kebaikan mu, & bertemu dengan mu di satu saat yang tepat semata.. namun sewaktu mengetahu keburukan, kelemahan & kekurangan kamu dia menjauhi kamu dan tidak dapat menerima perkara tersebut.





Sesungguhnya manusia itu mampu berubah, disokong oleh doa yang tulus & dengan izin Allah kerana hidayah itu hak Allah & semua orang mempunyai masa depan - diberi ruang & peluang untuk berubah. Siapa kita untuk menghukum, kita hanya mampu berpesan-pesan dengan kebenaran & juga kesabaran. Itu jalan dakwah kita. Kadang kala dalam perjalanan kita menuju Allah, kita diuji dan diberi ujian cubaan yang menggugat iman. Sabar adalah jalan terbaik namun sebagai manusia biasa, kita ada kelemahan masing-masing yang tergugat imannya dilanda ujian. Ujian datang dalam bentuk kesenangan - sama ada kamu bersyukur atau alpa & ujian datang dalam bentuk kesusahan sama ada kamu bersabar atau berkeluh kesah.





Selagi masih diberi peluang oleh Allah, ayuh kita berusaha.





Allah s.w.t. berfirman: 


Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. 


Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. 


Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. 


Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. 


Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.

Salam Cinta

Salam Cinta

Malam nie tak leh tdo lak, terlebih energy sbb dah tdo after maghrib or terlebih happy ker ape ceq tak taw lahh... Huhuhu... Apabila kata-kata cinta mula bererti, tengok filem cinta camnie rase bagus juger. Ade mesej yang baik di dalam nya and jalan cerita nya mudah difahami & bagus. Mengenai makna kehidupan, cinta, ujian & di akhirnya semuanya kerana Allah. Suke cerita nie - sangat.

Dengan kalimah Bismillah, ku hulurkan salam cinta.
Actually ia sarat mengajar akan erti cinta yang sebenar.

Bertemu dengan orang yang tepat di masa dan ketika yang tepat adalah kesempatan & kita selalu menggapai kesempatan tersebut.
Menerima kelebihan jua kekurangannya yang terlihat kemudian, ia adalah pilihan.
Terima lah si dia seadanya.

Ku memilih untuk mencintai bukan orang yang ingin ku cintai, ku mencintai orang yang Allah hadirkan ke dalam kehidupan ku untuk di cintai.
Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt. Wahai makmum ku, ku mencintai mu kerana Allah yang menghadirkan cinta & mentakdirkan perkenalan ini. Semoga kita bercinta kerana Allah, ~ selepas Aku Terima Nikahnya sesuai syariat Islam. Semoga kita bercinta sehingga ke syurga. InsyaAllah.

Assalamualaikum makmumku (^_^)

Oct 1, 2012

Corat Coret 1.10.12

Assalamualaikum & selamat malam to my lovely blog readers

Alhamdulillah, Satu hal udah selesai malam nie.. Tarikh merisik, cum meminang & bertunang... Hehehe... Pergh, so this coming November bakal jadik tunang orang lah jawabnyer yer. Seronoknyaaaa rase - cincin berbatu & cincin belah rotan pon dah beli sesiap so setel ler. Then nie juz nak kena beli sejadah, telekung ajer lagi kot. Setel. Buah & kek nanti suruh makcik kat seremban jer tempahkan. Hehehe... Bereh bereh bereh

Tahun depan dalam bulan 3 dah jadi hubby to someone perhaps, InsyaAllah.

Happy nyerrr lah rase coz dah setel satu perkara.

Semoga Allah memudahkan urusan kami & keluarga kami.

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al-Furqan:74)


Amin.

Subhanallah hi wabihamdi, subhanallah al azim. 2 kalimah yang ringan di lidah namun berat timbangannya di sisi Allah.

Sep 30, 2012

Corat coret 29-30 September 2012

Assalamualaikum my lovely blog readers, thank you for coming visit and follow my blog.

Hihihi...
Okey, malam nie sementara nak tunggu masuk Isya' rasenya mo laa mengarang blog sikit. Hehehe...
Okey, big progress sabtu nie ialah abah orang tanya apa perancangan orang dengan si dia. Abah orang minta orang tanya, about her family style before this mengenai merisik, meminang, bertunang, hantaran dan majlis perkahwinan. So malam tu I ask a few questions to her about the info needed. Abah orang pon ingatkan orang hal nie dah kena jangan malu malu lagi untuk dibincangkan sebab dah tak lama lagi kan. Abah orang suggest our family nak buat walimah dalam cuti sekolah bulan Mei/Jun. So at least this year nak kena lah merisik/tunang/melamar si dia. Just that I got to propose the date to them and the details to be discussed. For her family, bila nak buat walimah tu terpulang lah sebab keluarga lelaki cuma menghantar pengantin lelaki saja. Tentatively in March/April 2013, juz proposed date 1.3.13 nikah & 2.3.13 walimah. But it still may be changes. Tunggu ajer laa kad nanti yer, tu baru confirm tarikhnya.

My mom pesan, kita nie nak mintak anak orang kita kena buat ikut cara keluarga mereka. Ikut kebiasaan diorang buat sebelum-sebelum nie sebab mereka dah susah payah besarkan anak dara mereka, kita jangan ikut cara kita. Her family feedback is really good - buat yang mudah untuk keluarga kami lakukan. Kalau nak meminang cum merisik & bertunang at least bawa lah 1 cincin yang ada batu & satu lagi cincin belah rotan, Hadiah hadiah yang lain tu terpulang lah pada kami tentukan apa nak bagi mereka. Buat simpe-simple antara keluarga je pun dah ok sangat. Lega rasanya.

And then hari ahad nie orang tolong akak ipar si dia belikan Jubah-Jubah kain lycra di pasar kemboja. Katanya di KL lebih mahal & di sini murah banyak. About akak ipar si dia nie ada berita gembira yang diberitahu - goodies untuk majlis walimah kami nanti already sponsored. Fuhhh - a really good news. Rezeki Allah bagi dari sumber-sumber yang tak disangka-sangka.

Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Corat Coret 22 September

Assalamualaikum wbt

Selamat petang buat pembaca blog yang dikasihi..

Well well well...
Today nak bercerita pasal one day before kami bercuti ke Bali - of coz me n my sis
Orang sampai KL dalam jam 4.30 petang dari JB & my sis arrive at TBS dalam kul 5.00 petang.
We both take ERL to Putrajaya, saje nak kenalkan my sis to my wifey to be.. Hehehe
Kitorang makan-makan kat Taman Warisan Pertanian, then shopping2 kat Alamanda.
Si dia bawa akak dia + anak sedara dia sorang and me with my sis. We go by her car, si dia jemput di Putrajaya Sentral.

That nite, jeng jeng jeng we both come to agreement regarding our engagement ring (yang ada batu) plus merisik ring (yang belah rotan).. So, beli lah kat Tomei Alamanda tu coz survey kat Habib sombong yahamat staff dier malam tuu.. Before that dah survey juge kat local gold shop last week and Tomei JPO.. But berkenan kat sini coz the design simple, new and refreshing - dapat lah within our budget i.e 1k. Alhamdulillah dah setel satu hal



Malam tu lepas setel semua, akak orang mintak anto ke Putrajaya Sentral jer but then she voluntarily sent her to Nilai - rumah mak su.. Baiknya hati, sebab risau keselamatan akak orang memalam tuu.. Huhu..

Pagi esok tu si dia buatkan sarapan siap-siap before anto orang ke LCCT for flight to Bali. Terasa bahagia sangat, best nya rase dalam ati dapat orang yang baik macam nie sebagai wifey to be. Mesti it will be better bila dah jadi wifey nanti. InsyaAllah.

Sebab tu tak kisah jer belanjer caramel latte kat coffee bean bila orang balik dari Bali di LCCT aritu :).. Coz u r worth more than that my dear.. Am happy bila ada orang selalu risaukan orang, ambil berat, cemburu, nasihat, marah (erk?? :p) hahaha... tapi orang tau semua tu sebab sayang kan..

Orang lagi 1 amat terharu sebab si dia dah put komitmen towards our plan to get married next year dengan buat undi/kutu amounted yang agak besar per month. So that next year, by early year si dia dah ada bajet jugak nak tempah apa-apa before orang bagi duit hantaran. Orang pulak in January/ February at most boleh la dapat dividen asb, interim bonus sebulan dan undi/kutu jer. Sebab tak ready or prepared first place nak bertemu pasangan kot dalam masa terdekat, tapi perancangan Allah kita manusia nie mana nak tau. Terbuka ati nie nak menerima si dia menjadi suri, my partner till jannah. Usia perkenalan memang agak singkat jika nak dihitung namun Alhamdulillah Allah permudahkan banyak urusan antara kami & kedua keluarga kami. Semua ini sebenarnya kuasa doa, & Allah memperkenankan doa kami berdua jua keluarga kami sewaktu mama abah ku dan mama papa si dia di Tanah Suci.
(I like her father answer when her mother getting worried about her daughter: kalau awak risau pasal anak kita, awak bangun malam & berdoa untuk dia.)
Sesungguhnya para ulama jua berkata doa ibu sememangnya doa yang mustajab untuk anak-anak.

Si dia juga boleh ku katakan ada pakej sesuai - got her first class degree in Accounting (Although I think the minimum - ada degree pon da ok da. Since my parents suka bakal menantu yang ada pelajaran) but Allah give more than that - Alhamdulillah. She got a good job & good prospect as accountant at TM. Si dia pun style agak sederhana & simple aja, suka si dia begitu. Her family background pun ok, her father although now retired was a lecturer with overseas Ph.D. Ok sangat lah tuu.. Yang penting si dia boleh masuk dengan my family. Macam tu bagus lah, sebab bila kahwin kan kita kahwin dengan seluruh ahli keluarga. Nak hidup bersama tu dalam tempoh yang panjang sebab tu tak boleh ambil remeh pelbagai faktor. Dengan her brother family pun orang ok juga dah, so far so good.





Sep 29, 2012

Corat Coret Hati.. 15-16 Sept 2012

Assalamualaikum wbt dan selamat malam pada pembaca blog yang serba serbi sederhana ini.

Well, kali nie mo cerita pasai kisah hati laaa.... Lalalala

Nak wat camno, got to remind back some of the memories from 2 weeks back.
Ok ceritanya gini.. Bakal my wifey to come pay our family a visit on 15-16 September 2012
She come with 4 of her escort, akak ipar (Yuzy), adik kak Yuzy, and two of her child. Huhuhu... Sori lah, pak supir hanya ade kereta vios yang kecil nak sumbat seme,.. Jadi  lah yerrrr.... :p

Hihi, well what to say: All well end well
My father approved of her, kira dah berkenan lah wat menantu.
Maklum ler, sesampai jer my parents ajak makan & nak masakkan udang galah + ikan siakap 3 rasa fresh from Kota Tinggi/ MY dad yang siang sume tuu, tuu yg my mom kate mahal hidangan tuu.. Kalau tak, biasa mak jer masak sesorang kan selalunya.. Tapi ade tetamu special nie, semangat lak abah orang.. Huhuhu...

Then after maghrib weols gerak beraya kat Taman Pulai Indah, visiting her bestfren & hubby + 2 princess.. Quite late gak at nite baru balik dan gerak nak hantar dier ke hotel semula. Agak penat kot si dia, terlena tidur bile orang drive.. Sabar jer ler kan.,. hik3... :D

Then pagi esoknya abah orang belanja makan kat Bunner Kabana, a Pakistani Restaurant - makan roti nan & puri with tandoori and lamb curry.. Lazattttttttt... Orang lagik arr pepagi menum mango lassi.. hihihi

Lepas tu kami jenjalan sekitar kota tinggi such as Laman Tun Sri Lanang, Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang & the best part shopping kat kedai kemboja. Before anto deyols kat JPO for departure to Banting weols melanjer depa makan Nasi Ayam Baser - the best Nasi Ayam here & quite famous juger..

My dad memang laa suka dah.. Kata si dia sporting, lembut & rugged lah..
My mom - juz worried a bit about her skill in cooking, sebab kan si dia anak bongsu.. huhu
Tapi kesimpulannya kedua mereka setuju about us.

selingan: JPO







There are also some shocking fact, sebenarnya we both pernah keep in touch sekitar 2007 but tak ke mana pun dan agak lupa sampai laa orang jumpe si dia nie balik pada 2012 nie. Ada hikmahnya jua, belum kenal lelama lagi.. Huhuhu..