Nov 4, 2012

kurang 3 minggu... Hari Asyura @ 10 Muharam

Assalamualaikum cinta...

Apa agaknya khabar mu disana? Ceh, cam feelink nak nyanyi lah plak kan... Huhuhu
9.9/10 menyatakan kalau ku nyanyi mmg ler out sangatttt...... terima ler hakikat :p

meh kita relate back to topics, apo kono eh jang ~ kurang tiga minggu neh...
Huhuhu... Sebenarnya, ceq dah nak jadik tunang orang nie..
Tunang betui-betui, ikut adat melayu untuk meminang anak dara orang ler nie...
*malu ler plak, blushing*
hihi... tarikh dipilih, 24.11.2012 bersamaan 10 Muharam 1433 H yakni Hari Asyura
wow, wow... Hari baik bulan baik nie, syukran Alhamdulillah

meh share sket info berkaitan hari tersebut




Tazkirah Ringkas Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan MuharramOleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

Dalam  keghairahan kita bakal menempuh tahun baru ini, masih ingatkah akan satu peristiwa penting terjadi dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan Muharram?
Itulah dia Hari Asyura.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura, bererti sepuluh di dalam Bahasa Arab.  Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Sebelum kita melangkah lebih jauh, adalah lebih baik kiranya kita sama-sama mengimbas kembali sirah Rasulullah SAW yang menjadi titik tolak kepada peristiwa Hari Assyura ini.
SEJARAH
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”.
Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian
Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Nabi Adam a.s. dicipta.
-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
KELEBIHAN BERPUASA
Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab:
“Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.”  Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab:  “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.”  (HR Muslim)
Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.
AMALAN SUNAT YANG LAIN
Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.
Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.
Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: “Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.
Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga. Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin.


No comments:

Post a Comment