Jan 29, 2012

Corat Coret: Manusia Berguna

+ Seorang manusia berguna

+ Anakku..
+ Bila kau berjaya ke kemuncak langit
+ Sesekali pandanglah rumput di bumi
+ Agar tidak kau lupa
+ Tanah tempat asalmu

+ Anakku..
+ Bila kau sudah mencapai segalanya
+ Janganlah kau mendabik dada
+ Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
+ Dalam sekelip mata kau akan menjadi
+ Seorang yang meminta-minta

+ Anakku..
+ Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
+ Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
+ Jangan sekali-kali kau lupa
+ Bahawa semua itu hanya sementara

+ Anakku..
+ Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
+ Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
+ Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
+ Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

+ Anakku..
+ Hanya itu nasihat dari ku
+ Buat bekalan di hari depanmu
+ Doaku sentiasa mengiringimu
+ Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
+ Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Jan 28, 2012

Corat Coret Tinta Kehidupan Ku: Janji Allah & Ujian

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

(Wahai Muhammad) Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan Kami telah meringankan bebanmu. Yang memberatkan belakangmu. Dan Kami telah mengangkat namamu. Dan sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan. Oleh itu apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap. 
[Al-Insyirah: 1-8]

Wokey my loveliness (ader ker?) huhuhu... so, ape nak citer nie ea... Juz seronok lak baca tafsir surah al Insyirah nie.. Allah dah janji lepas kesukaran tu ade kemudahan dengan syarat kte kena terus lakukan perkara kebaikan secara berterusan. 

Allah mendatangkan musibah itu dengan berserta pengajaran - sama ader kita nak berfikir mengenainya dan jadikan iktibar dan juga pengalaman di masa depan. Semoge kita terhindar dari musibah lebih besar lagi. Wallahualam.

Kekadang kiter rase better Allah tangguh murkanya, hukumannya - syukurlah jika Allah tutup keaiban kita. Tapi mahukah jika kita terlupa & terus terlupa untuk bertaubat, hingga hari di mana sesalan jua taubat tiade berguna lagi. Maka marilah kita bersama sentiasa memohon keampunan & memaafkan semua orang setiap hari.

Corat Coret Tinta Kehidupan Ku: 2011 vs 2012

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you



~ nie ler dier tahun 2011.. tahun semangat cam yo-yo, watper pun tak jadik... lupekan segalanya lah


~2012 membuka lembaran baru penuh harapan & jua keyakinan


1) Jemputan Umrah - syukur sangat
2) Holiday makan angin, suker suki - Bali, Krabi, Medan & Tawau


Ok lah tu main point... Nak list banyak sangat, nanti orang kata riak takbur plaks... :p


First, a lot of thanks for my parents & my family for simply being here for me - terutamanya dalam mengharungi susah payah kehidupan. Mom, dad, my uncle & auntie simply help me by being there to assist me when i fall in trouble.


Bisakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi

Kan ku doakan kamu
Agar terus dilimpahi rahmat keberkatan
Akan ku buatkan semua yang terindah

Relakah ku tanpamu




Ayah & ibuku: Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik & rezeki yang halal lagi berkat. Adikku Mohd Syafiq, selamat belajar di MRSM Serting. Adikku Aziah, selamat berjaya mengambil UPSR. Teruskan legasi cemerlang keluarga kita.
Sebab my sis missing in action dalam family potrait di atas, nie letak penampilan khas di bawah... Heehee. My sis, selamat mengambil ujian memandu. Jua semoga berjaya lulus mendapat lesen.
My mom: selamat memandu kereta nie...











Jan 25, 2012

Corat Coret: kesyukuran

Rasa syukur membuat yang sedikit terasa cukup,

Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki menjadi lebih berharga,

Rasa syukur mengubah masalah yang kita hadapi menjadi hikmah yang bernilai,

Rasa syukur mengubah makanan biasa terasa menjadi istimewa,

Rasa syukur mengubah rumah yang sempit terasa lapang dan nyaman,

Rasa syukur mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga,

Rasa syukur mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan,

Rasa syukur mengubah kemacetan menjengkelkan kita lalui dengan senang,

Rasa syukur membuat sesuatu yang tidak nyaman menjadi menyenangkan,

Rasa syukur membuat sesuatu penolakan menjadi penerimaan,

Rasa syukur mengubah kebencian menjadi kasih sayang,

Rasa syukur membuat kedamaian di hati kita,

Rasa syukur mengubah emosi kemarahan menjadi latihan kesabaran,

Rasa syukur membuat masa lalu menjadi kenangan manis,

Rasa syukur membuat masa sekarang menjadi menyenangkan,

Rasa Syukur membuat masa depan penuh dengan harapan,

Rasa syukur membuat hari ini menjadi indah dan damai,

Rasa syukur menciptakan visi ke depan yang penuh harapan,

Ternyata salah satu rahasianya membuat hidup indah itu hanya perlu rasa syukur dalam hati,

Sudahkan Anda bersyukur hari ini…….

Sudahkah Anda memulai aktivitas hari ini dengan rasa syukur di hati....


Jan 24, 2012

corat coret 24.12.2012

 salam 24th january 2012  


PETUA KECANTIKAN DAN TIP-TIP KESIHATAN



Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

    * Membaca Al-Quran
      Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

    * Amalkan Tidur Yang Cukup
      1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

    * Mengawal Tekanan
      Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

    * Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
      Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

    * Bersenam
      Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

    * Elakkan Kemurungan
      Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    * Awasi Pengambilan Ubat
      Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

    * Belajar Sesuatu yang Baru
      Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Jan 23, 2012

Corat Coret: Kata Indah

KATA INDAH
Hari ini sebelum kita mengatakan kata- kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


Jan 22, 2012

bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan

bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan



Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan banyak lagi laaa…

Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;

Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!

Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;

Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”

”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)
  • 2. Kenali perangai kawan anda

Bak kata pepatah Melayu ;

”Tak kenal, maka tak cinta”.

Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.
  • 3. Menjadi pembela kepada kawan anda

Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.
  • 4. Saling memaafkan

Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.
  • 5. Setia dalam persahabatan

Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.
  • 6. Saling mendoakan

Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.

Nota: pernah x awak ada kawan yang tikam awak dari belakang?

Jan 19, 2012

Corat Coret: Durian Runtuh

Assalamualaikum...
Ader sesape ker??? ehehe...

Ok lah berenti merepek, ekceli nie about ASB kempen by RHB bank
nape aku biase gune bank nie, sebab company aku bank in my salary here... n dekat gak dgn ofis aku
Ape nak cete nie, kempen nie kan tahun lepas?? Ok, sekarang punye kempen menang Myvi 1.5 lagi best... Huhu...


Eh, nak cete ape nie epul? ceccite, ceccite
Actually kan, sebabnye epul paste pasal mender nie kan kat sini kan, sebab kan En. Epul lah yang menang pakej umrah tuuu... Hehe, baru dapat tau dalam dis week. bebudak opis yang biasa p RHB Bank tu pun dah tau, patot lah en. Ustaz, dan en.2 len dok congratz aku jer arituuu...

Haaa, nilai pakej nie dalam RM16000. Syukran ya Allah, ketika hatiku teringin menemuiMu - Engkau dengan caraMu memberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Baru wat gurau dengan adik, nak dapat jemputan Umrah dari Astro Oasis. Tak sangka lah dapat jemputan dari Allah.

Bersyukur jua kepada Prof Mohd Kamil Ibrahim pemilik Blog Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (http://muhdkamil.org/blog/) jua sebagai penulis bestseller Travelog Haji, kerana mengkongsikan amalan beliau menjadi tetamu Allah sehingga dengan ku mencontohi amalannya ku jua dijemput menjadi tetamu Allah dengan rezeki yang istimewa. Semoga ia menjadi sesuatu yang signifikan dalam mengubah sempadan Iman.

Wallahualam

Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Surah Ar Rahman. 
Ayat ini diulang-ulang dalam Surah ini dan ayat terakhir surah ini:
Maha Berkat nama Tuhan Engkau Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurniaNya. KepadaMu ku bersujud





Jan 14, 2012

corat coret lagu spider ~ tapi bagaimana


Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini


Well, about this song.. Ader la sesikit kaitan dengan what happens to my life recently - sorry I don't want to say goodbye coz I don't want to see u cry. But I got to walk away juz like that, sebab saya taknak terus beri harapan palsu dan sesiakan masa kamu mengharap sesuatu yang mustahil mampu saya lakukan. Kamu baik, kamu cantik, kamu memang ok takde apa kamu salah or wat silap pun cume itu lah - I got to be cruel to let u go peacefully and forget about me. Please understand that it's not an easy choice to make. But it must happen, coz I cannot lie to myself about the feel anymore. Hope and pray that u will meet someone better than me.

Hehe, akhir kata: memang tak ader lelaki sebaik aku namun yang lebih baik banyak...

Jan 13, 2012

corat coret hari jumaat

MUHASABAH DIRI DIPAGI HARI JUMAAT



1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?
2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?
3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?
4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?
5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?

6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?
7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?
8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?
9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?
10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?
11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Bermulut Lazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?
12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?
13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?
14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?

Nota: Oleh itu, saya menyeru kepada anda dan kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri sentiasa. Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma. Sentiasa tanya diri ;

Apakah kita sudah bersedia menghadapinya???

Jan 12, 2012

Corat Coret Tinta Kehidupan bab kecantikan

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
kita sering melihat ramai akhwat ( akhwat = merujuk kepada wanita muslimah yang mungkin secara penampilannya lebih jelas mengikuti aturan syariat. Contohnya betudung labuh), kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan diri. Tampil cantik dan rapi dianggap sebagai sesuatu perkara yang dianggap terlarang. Lantaran kekeliruan yang dialami, mereka tampil dengan tidak sewajarnya  dan menyebabkan orang sekeliling memandang sinis kepada mereka. 
Mereka tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum. Yang saya maksudkan secara minimum itu adalah berhias secara tidak berlebihan. Cukuplah seseorang muslimah itu tampil dengan wajah yang segar, normal, tidak berminyak,  tidak layu sayu atau kelihatan murung seperti dilanda kesedihan yang mendalam.
Seseorang muslimah sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan selalu berseri – seri. Wajah yang tenang dan tidak kelihatan seperti berada didalam kesusahan dan kesempitan. Kategori minimum juga termasuk tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau tidak enak, sehingga menggangu orang sekeliling. Tudung juga tidak sepatutnya dibiarkan berkedut seribu, lusuh dan tidak rapi dan dipakai secara berulang – ulang tanpa dibasuh. Jadi macam mana orang lain boleh menerima kita jika penampilan kita comot dan berbau busuk kan? 
Sebenarnya kita hanya keliru. Berhias adalah dibenarkan, tetapi hendaklah tidak sampai kepada hiasan yang tabarruj. Berlebihan dalam berdandan, menampakkan bentuk sanggul, dan bermekap secara berlebihan.
Ramai juga muslimah yang silap faham bahawa memakai minyak wangi adalah dilarang. Memakai wangi-wangian adalah dibolehkan untuk menutup bau badan, tetapi tidak boleh berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang di sekitar kita. ( Tapi lain pula untuk yang berada dirumah bersama suami, digalakkan untuk memakai wangian untuk menyenangkan suami) 
Untuk yang sudah bersuami:
  • Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya tidak terjaga dan terurus. Suami berhak mendapatkan penampilan terbaik yang mampu mereka zahirkan berdasarkan apa yang mereka miliki. Paras ayu yang menggetarkan kalbu. Mata yang cantik yang tidak akan terusik. Indah dan selalu mempesona pandangan mata suami yang dicintai.

Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri. Islam muncul bukan sebagai pembelengu kecantikan, namun hanya mengawal dan mengatur saatnya bila kecantikkan itu harus ditampilkan dan bila kita harus menyembunyikan kecantikan yang dimiliki. . :)
Nota Rujukan:
1. Engkau Memang Cantik (Ust. Burhan Sodiq )


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-solehah-cantik/#ixzz1jExHAGr8