May 31, 2011

work life balance


"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. They are Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of there in the air. You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."
Work efficiently during office hours and leave on time. Give the required time to your family, friends and have a proper rest.
Bryan Dyson (Former CEO of Coca Cola)
So, what my principle seems right:
I work to live & not live to work... Epul, executive officer -operation
Keluarga, Kesihatan, Rakan2 & jiwa adalah aspek2 penting yang perlu dijaga krne walaupun kte xde keje tu sume ttp tinggal. Sedangkan rezeki ada di mana-mana, ia hak Allah. Allah nak bagi cara macam mana, itu keje Allah. Kita nie usaha, buat yang terbaik & mentadbir harta yang diberi dgn baik. 
Zaman rasulullah juga, sebagaimana ingatanku ada seorang bertanya: Ya Rasulullah, orang kaya mampu memberi sedekah & mengeluarkan zakat. Bagaimana kami yang tidak mampu. 
Rasulullah berkata, maka kamu berpuasa (sunat) serta banyakkan berzikir & solat malam. 
Kemudian beberapa hari kemudian, die berjumpa Rasulullah lagi & bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana jika mereka yang kaya itu mengeluarkan sedekah, berzakat, berzikir, berpuasa sunat & solat malam. 
Rasulullah menjawab: Itu lebih baik.
So, ikhtiarlah mencari rezeki dgn sebaiknya (in working hours) kemudian, waktu yang ada itu gunakan la untuk ec kehidupan kte untuk bersama keluarga, jaga kesihatan (bersenam, spa, sauna, gym, berehat), membantu rakan yang memerlukan nasihat serta sokongan kte, pengisian jiwa dengan ibadah, menghadiri majlis2 ilmu, berdiskusi ilmu (usrah), mengaji al-Quran & tafsir dsb... 

May 7, 2011

Corat Coret Tinta Kehidupan 7 Mei 2011 : Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri

 Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri
Well, dalam-dalam browsing internet today I happen to take a glimpse of this book: Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri - Burhan Sodiq. The origin is in Indonesia but still currently there are available in BM edition. Salah satu petikan yang menarik dalam nie,
"Don't push me to get marry soon, let me wait my time, because my God will provide me the best person when the time comes!"
Since I am yet to buy this books, so I juz shared the articles by others jer la dulu… Interested nie nk beli, I will find times to buy later as I always buy in bulks & a few month later baru g turun beli lagi… Hehe, senang nk simpan resit claim kt LHDN nanti kan… >_<
[Dipetik dari: semut2comel.blogspot.com]
"Motivasi bagi mereka yang masih sendiri"
Antara isu yang dikupas dalam buku tersebut adalah;
1. Pendapat ulama tentang cara menghadapi hidup sendiri yang pastinya membantu anda memotivasikan diri.
2. Tips bagaimana cara terbaik dalam menghadapi dilema membujang.
3. Petikan kisah kehidupan untuk dikongsi bersama bagi mereka yang bujang.
Alhamdulillah, sedikit sebanyak hati saya terubat dan termotivasi dengan pengisian yang dicoretkan di dalam buku itu. Tidak rugi saya membeli buku tersebut walaupun mengambil masa yang singkat untuk memilihnya.
Pesanan saya kepada mereka yang masih belum berumah tangga, teruskan berusaha dan berdoa.. Ingat firman Allah swt dalam surah An-Naml ayat yang ke-62;
"Bukankah Dia yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan, dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pempimpin) di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan yang lain? Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat. "
Dan juga selalulah amalkan doa ini; di petik daripada Surah An-Anbiya', ayat 89;
Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”. [Arie note: nie doa nabi Zakaria]
Dan kepada mereka yang sudah berumahtangga dan tidak lagi hidup sendirian, cubalah untuk mengerti dan memahami. Anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya kerana anda tidak berada di dalam kasut mereka yang belum bernikah, tapi ingatlah jangan lupa, sebelum bergelar isteri atau suami, anda juga dulunya tidak punyai sesiapa. Amda juga pernah hidup sendiri.
Mungkin rencah dan ragamnya tidak sama, tapi setidaknya, cubalah untuk mengerti. Jangan berikan tekanan dan desakan kepada mereka yang berkenaan. Kerana lumrah manusia normal semuanya ingin berpasangan dan bukanlah pinta mereka untuk tidak bernikah. Cuma mungkin, Tuhan masih ingin mahu menguji dan menduga mereka, melambatkan pernikahan mereka.
Dan kepada yang berkenaan juga, terutamanya wali contohnya ayah dan abang. Silalah mainkan peranan anda sebaik yang mungkin. Bantu anak-anak anda, carilah jodoh yang baik untuk mereka. Jangan biarkan mereka hidup sendiri. Sesama sahabat dan masyarakat juga tidak harus bersikap lepas tangan, hulurkanlah tangan, ringankan beban. Ikhtiarkan dan usahakan agar mereka segera mendirikan rumah tangga. Besar ganjarannya membantu insan lain membina masjid dan moga-moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Demikianlah sedikit sebanyak komentar saya terhadap buku tersebut, jika mahu tahu lebih lanjut, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku itu di pasaran.
Wassalam.

May 5, 2011

Corat Coret Tinta Kehidupan 5 Mei 2011

Tetibe pagi nie aku terfikir, based on my own experience and my personal thinking…
Mengenai salah satu sikap masyarakt kte nie which is Ramai yang suke2 nk jadi penghukum, pengkritik, penunjuk salah dsb… Aku x laa nafikan yang maybe diorang nie ikut tuntutan ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’ la kirenya… Nie aku agak2 je arr ek… Nk mudahkan penceritaan ni senang aku bg contoh situasi laa, orang tegur kte itu salah, ini salah, itu tak kena, jangan buat cenggitu, jangan buat cenggini, ustaz cakap haram ada unsur2 hiburan & karaoke di walimah, haram p jomheboh laa dsb… Erm, ok la ko ada ilmu agama kan but ape alternative pada perkara2 yang ko kata tu? Apa yang boleh pulak ek… Huhu, Raihan pun ada nasyid die ‘berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah’. Ble kte tanye kenapa, xde pulak die nak huraikan bg kte sebab musababnya. (Nie especially pada kawan2 aku, maybe diorang nie quite mix adat & hokum agama so byk laa songehnye). Ade ker die suruh aku pk sendiri, die ingat nie cete Nabil ke pe? Hampeh… Kalau la aku pk sendiri cm pe yg die pk, xde arr aku  wat pe yg aku buat tu & die tegur lak aku… Huhu…
Aku akui aku nie bukan laa warak sangat ke pe, tapi aku masih suke menghadiri majlis2 ilmu nie. Aku x kire la ade orang nk label aku nie hipokrit ker pe… I do what I want to do when I want to do it… Hehe… Apepun aku nie boleh terima pendapat orang, ape2 nasihat yang relevan, lagi2 disokong fakta yang rasional, kalau ada nas2 quran serta hadis sahih lg ngam ho… Kan tuntutan gak dalam Islam untuk menyampaikan dakwah secara berhikmah, kalau nk tegur orang tu: Berpesan2 dgn kebenaran & dgn kesabaran. Untuk menghukum tu mudah, tapi please show us the way… Haha, masuk lagu Maher Zain la pulok… So, oleh kerana pikiran aku nie dangkal, akalku terhad bek aku share la artikel2 berkaitan sebagai bahan bacaan kite arinie…
Renung2kan, Mari kte berfikir & beramal.
Kisah Pertama:
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali, ulama dan pendakwah terkenal negeri Kelantan pada zaman silam, pernah menceritakan kisah seorang anak muda yang pulang bercuti daripada pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir. Sewaktu mendengar salah satu khutbah Jumaat yang dibacakan oleh imam kampung kelahirannya, ia mendapati si imam tersilap membaca teks khutbah. Lantas dia bertindak menegur kesilapan tersebut dengan cara berdehem sebanyak tiga kali. Imam menyedari kesilapan yang dilakukannya. Walau bagaimanapun dia tidak menerima bentuk teguran yang diberikan oleh anak muda itu, dengan anggapan ia memalukan dirinya di hadapan khalayak. Oleh itu apabila selesai mengerjakan solat fardu Jumaat, imam tersebut meminta sidang Jumaat menunggu sebentar untuk mendengar sepatah nasihat daripada anak muda tersebut.
Pada kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh si anak muda membicarakan persoalan ilmu pengetahuan agama, termasuklah menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam ketika membaca khutbah sebelum itu. Setelah si anak muda menyampaikan `ceramah'nya, lantas khatib mencadangkan kepada sidang Jumaat agar mencabut janggut anak muda itu sehelai demi sehelai sebagai tanda penghormatan dan keberkatan anak watan yang berjaya menyambung pengajian di universiti terulung dunia Islam.
Dengan perasaan bangga bercampur sakit dan marah akibat dicabut janggutnya, anak muda itu terpaksa membiarkan sidang Jumaat memperlakukan sesuka hati mereka. Apabila tamat percutiannya di kampung, ia balik ke Mesir dan mengadu kepada gurunya di Universiti al-Azhar perihal kelakuan imam dan penduduk kampung terhadap dirinya. Si anak muda terperanjat dengan jawapan yang diberikan oleh gurunya, dengan merumuskan bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam penyebaran mesej Islam. Namun, ilmu yang berkaitan dengan metodologi penyebaran risalah Islam juga penting supaya ia dapat memastikan kelangsungan penerimaan risalah tersebut.
Kisah ini memberikan satu petanda bahawa ilmu yang mendalam bagi seseorang pendakwah amat diperlukan ketika menyampaikan mesej Islam kepada golongan sasaran.
Kisah kedua:
Dakwah Perlu Berhikmah
Da'ie muda sekarang agak menyakitkan hati, sebagai da'ie haruslah bijak menangani masalah dan perkara buruk yang berlaku pada keadaan di sekeliling.
Kadang-kadang mulut cabul benar nasihat orang, bagaimanalah orang hendak lembut hati terima teguran.
Para da'ie muda perlu beringat! Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan dan orang yang punya hati dan perasaan. Jadi kita sebagai da'ie perlu fahami mereka.
Setengah kita sakit hati melihat orang yang suka berperangai 'gedik', 'bajet' dan 'menunjuk-nunjuk', selepas itu mulalah rasa hendak marah dan kutuk belakang-belakang, yang baik sikit ada pula yang tawarkan diri untuk menegur, tapi bila sudah ditegur macam buat tak tahu sahaja. Apalagi menyiraplah seluruh badan marah kepada dia!
Aduh, aduh, aduh, perlu KESABARAN! Mana ada orang boleh berubah sekelip mata, perubahan perlu 'step by step'.
Teguran pertama, mereka akan berfikir "Aku buat salah ke?". Jadi pada teguran pertama seseorang itu belum lagi mengalami proses penerimaan teguran. Mereka sedang mencari mana yang silap pada diri mereka.
Selalunya ego akan menguasai diri (tidak kira lelaki atau perempuan) dan mereka akan mencari jalan membela diri yang diri mereka tak salah.
Kita sebagai da'ie harus terima pendapat mereka dan cuba menerima sifat atau tabiat diri mereka yang sukar diubah, namun dalam senyap kita terangkan tabiatnya yang perlu diperbaiki!
Sebagai contoh :
01. Kalau orang suka bergurau secara melampau (sakitkan hati orang) dengan berpendapat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Apakah harus dibuat?
Katakan bahawa betul bergurau itu mengeratkan silaturrahim, tetapi setiap perkara ada baik dan buruknya kerana Allah menjadikan sesuatu benda memang ada sudut yang baik dan sudut yang buruk.
Dan antara semua perkara yang paling baik, adalah yang di tengah-tengah. Selepas itu, bagilah keterangan apa yang buruknya tentang bergurau secara melampau.
Tapi janganlah harap dengan sekali sahaja anda tegur mereka akan berubah, anda harus bersabar dan sentiasa mengingatinya.
Dalam proses menegur sekali lagi (mengingatkan mereka ketika buat salah), haruslah pandai mengambil hati mereka dengan memuji perbuatan baik yang mereka lakukan, dengan itu mereka akan rasa dihargai.
Boleh juga puji akan perubahan yang kita nampak pada diri mereka walaupun sedikit. Ketika itu juga kaitkan dengan prinsip akhlak agar mereka berminat dan tertarik dengan ciri seorang muslim sebenar sedikit demi sedikit.
Contoh lain :
02. Ketika kita melihat mereka sudah reda sedikit daripada bergurau secara melampau dengan kutuk-kutuk orang, Apa perlu kita buat?
Pujilah mereka, "Alhamdulillah, kan elok macam itu, tidaklah orang sakit hati, bahkan geli hati lagi dengan gurauan kamu, tidak macam dahulu, ada sahaja orang kutuk-kutuk kamu di belakang sebab tidak puas hati dengan kamu, kalau kamu buat lawak tidak jadi pun tidak mengapa, yang penting kita jaga 'hablumminallah' beserta 'hablumminannas'. Tidaklah tambah musuh, Allah pun suka!"
Lebih kurang begitulah, ikutlah ayat yang biasa kita guna sehari-hari, yang atas ini cuma contoh sahaja.
Apabila kita sudah rapat dan sentiasa ambil berat tentangnya, pada masa yang sama mereka akan sedar bahawa apa yang kita nasihat dan tegur adalah untuk kebaikan dirinya. Mereka akan fikir kembali untuk menjadi yang lebih baik dan cuba buang tabiat buruk mereka.
Yang penting, kita sebagai da'ie kena bagi sokongan, bukan tomahan kalau dakwah kita tidak berkesan. Kerana sebenarnya kesannya pada hati mereka bukan kelakuan, nafsu dan akal sedang berperang.
Mereka ini ada effort tetapi belum cukup kekuatan. Kita sebagai da'ie yang penyayang dan prihatin haruslah mendoakannya sentiasa dan memahaminya.
Tulisan ini hanya menunjukkan cara dakwah yang umum atau asas kerana setiap lorong dakwah mempunyai orang dan situasi yang berbeza. Jadi cara dakwah tidak boleh serupa sahaja.
Adakala perlu tegas, adakala perlu lembut. Tapi pastikan tegur bukan kerana marah dengan mereka. Marah dengan sikap mereka itu betul, tetapi sertakan kasih dan sayang pada diri mereka, agar mereka faham betul-betul niat kita.
Pandangan orang sekarang pada para da'ie 'poyo', 'bajet alim', 'perasan diri dia je betul', sakit hati kerana macam diri orang itu sahaja yang salah.
Maka para da'ie bersikap adillah dan jadilah qudwah hasanah.
- Artikel iluvislam.com