Apr 30, 2012

chanteeq...

Sungguh, Wanita Sebegini CANTIK!

Sungguh! Kecantikkan sentiasa menjadi impian, idaman dan kegilaan seorang wanita. Namun tidakkah kalian (wahai wanita) tahu bahawa disebalik kecantikan di balik kulit nipis ini ada simbolik yang lebih jelas Allah s.wt ingin kalian berfikir? 

Lihat dan singkap perkara yang buat anda menjadi WANITA PALING CANTIK.

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Apr 22, 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤


❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤


❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
... Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu...smg hati kita semua tenang,sabar,dan kuat m'hadapi ujian yg d'berikn oleh allah swt utk kita,..♥♥

Apr 17, 2012

Ceritera CInta: Nikah Kahwin - Pertembungan Adat & Syariat


Orang Agama biasa cakap macam nie...
Ataupun orang yang selalu dengar kuliah Ustaz Azhari Idrus dsb:

'Perkahwinan simple mengikut kemampuan lebih baik daripada megah dan mewah namun menanggung hutang..
Yang disuruh adalah iklankan pernikahan, bukannya membebankan pernikahan..
Yang kita mahukan keberkatan, bukan menyusahkan orang yang baru bina masjid..
Utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia yang kebanyakannya mengikut nafsu..'

Memang benar.... Namun, biasa lah kita berurusan dengan manusia. Yang mempunyai pelbagai persepsi, pendapat & nilai yang tak semestinya sama..Kadang kala perancangan ibu bapa tak sama dengan kita mahukan, namun di situ lah perluanya give & take juga berbincang dan mengalah.

Bernikah dengan seseorang tu bermakna kte berkahwin dengan ahli keluarganya juga kan... Soal ambil hati & menyesuaikan diri dengan keluarga & sensitiviti mereka ialah sebahagian daripada tanggungjawab berumahtangga, Maafkan kebiasaan yang ada & cuba minimumkan apa yang agama tidak suka.

Jangan pula mahu membuang adat kte buang adab. Jangan kerana menegakkan agama kita hilang budi bahasa Jangan masuk ke rumah orang kte berjalan tempang. Kita adalah generasi jambatan antara adat & syariat. Apa yang kita boleh buat ialah agar bila tbe masanya kelak giliran kte mengatur perkahwinan anak-anak akan datang - anak-anak kita lah generasi yang dapat menikmati Islam yang ringkas dalam syariat Allah.

Ekstrak dari Aku Terima Nikahnya - muka 65-67


Apr 16, 2012

Ceritera CInta: Nikah Muda


Salah satu faktor terbesar yang membantutkan keghairahan anak muda untuk bernikah ialah tentangan ibu bapa.

Memang benar antara halangan tersebut adalah ibu bapa sendiri, baik di pihak lelaki mahupun perempuan.

Saya memang tak nafikan ramai anak-anak muda tersekat di titik ini. Mereka lebih kenal ibu bapa mereka, jadi apabila mereka menjangkakan hasrat murni mereka untuk bernikah akan dihalang, maka awal-awal lagi niat tersebut dipadamkan.

Saya sendiri bingung hendak memulakan artikel ini dari mana. Jika tajuk di atas dilihat sebagai ‘peperangan’,maka di akhir artikel nanti pihak mana yang hendak saya menangkan? Sedangkan tujuan saya menulis artikel ini jauh sama sekali dari unsur-unsur hendak berperang ataupun menyuruh orang berperang.

Oklah, kita mulakan begini. Bab halangan ibu bapa ni, boleh dikatakan 90% anak remaja yang hendak bernikah akan mendepaninya. Nak kahwin, tak boleh. Nak kahwin, belajar dulu.Nak kahwin, muda lagi, tunggu nanti habis belajar. Nak kahwin, dah gatal sangat ke? Ini semua adalah rencah perisanya.

Berbanding 10% atau mungkin kurang, yang ketika hasrat itu diluahkan, ibu bapa terus menerima dan membantunya untuk berkahwin.

Jadi halangan ibu bapa ini sebenarnya normal saja.

Antara alasan yang biasa kita dengar adalah :

Kamu masih muda, buat apa sibuk fikir pasal kahwin. Bina kemampuan dulu, kerja, kumpul duit.
Kamu masih belajar, fokus pada belajar. Nanti bila kahwin, tanggungjawab keluarga lagi, mampu ke kamu nak terus belajar? Silap-silap gagal dalam pelajaran.
Kamu belajar pun mak ayah yang bagi duit. Kamu nak kawin, siapa nak tanggung anak bini nanti? Nak bagi dorang makan pasir?
Mak ayah ni teringin sangat nak tengok kamu berjaya dalam bidang kamu ni. Biarlah tercapai dulu hasrat mak ayah ni. Jangan dilayan bisikan jiwa yang bukan-bukan.
Banyak lagilah. Samada nadanya keras atau memujuk, isinya sama. Tidak membenarkan anaknya berkahwin di usia muda atau waktu masih belajar.

Tapi kalau kita tengok balik, alasan-alasan ibu bapa untuk menghalang itu ada benarnya. Sebab itu tajuk ini bukan mengajak untuk berperang, tapi mengajak untuk berfikir. Alasan seumpama sumber ekonomi, pelajaran dan kemampuan menunaikan tanggungjawab memang ada betulnya dalam bab ‘tak bagi kahwin’ ini.

Jadi tugas anak-anak adalah mengerti kebimbangan ibu bapa terlebih dahulu. Memahami sebelum minta difahami. Jangan cepat terpengaruh dengan sentimen dan emosi. Ramai benar anak muda bersikap demikian bila hasrat mereka ditentang, maka bagaimana nak yakinkan ibu bapa sendiri yang diri mereka sudah cukup ‘matang’ ?


PENDEKATAN

Saya lebih bersetuju dengan pendekatan berperingkat-peringkat. Satu level ke satu level. Sebelum nak melenting, gunakan pendekatan bersabar dulu. Sebelum nak melawan, gunakan pendekatan berkompromi terlebih dahulu.

Bab inilah yang ramai anak muda tak sanggup buat. Kalau dia kata ‘nak kahwin’ kat mak ayah, kemudian tiba-tiba reaksi mak ayahnya cukup tegas tidak membenarkan dia kahwin lagi, maka dunia dirasakan sudah gelap. Tiada lagi cahaya dan harapan. Justeru dirinya dikuasai emosi.

Sabar dulu. Saya ingat, cara yang sama juga dinasihatkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya. Pujuk dulu hari ini, cakap elok-elok nak kahwin. Kalau tak bagi, diam dulu.Balik cuti semester nanti, pujuk lagi sekali. Tak bagi lagi, 2 bulan kemudian pujuk lagi. Begitulah seterusnya.

Tahukah anda apa sebenarnya antara kerisauan terbesar ibu bapa bila anak mudanya berbicara tentang kahwin? Kerisauan tersebut adalah anak mudanya itu terikut-ikut dengan trend, tidak ‘layak’ lagi untuk kahwin dan belum serius pun nak kahwin sedangkan masih sibuk belajar.

Jadi, berhikmahnya cara di atas adalah, apabila mereka tengok konsistennya anak mereka dengan hasrat untuk berkahwin, maka sedikit demi sedikit ia menghilangkan kerisauan awal ibu bapa, mencetus keyakinan dan seterusnya barulah mereka terbuka untuk mendengar bicara anda tentang nikah kahwin.

Kemudian, cuba yakinkan ibu bapa dengan kemampuan diri sendiri. Bernikah dalam usia yang muda, apatah lagi sedang belajar, bukan suatu yang mudah walaupun sudah ramai orang berjaya melakukannya.

Cuba tengok alasan-alasan ataupun hujah yang ibu bapa timbulkan, banyak menyentuh tentang kemampuan ekonomi, kemampuan belajar dan kemampuan mengurus keluarga. Kalau dalam bab ekonomi misalnya, anda perlu menyediakan ‘draf cadangan’ dari pihak anda sendiri. Hasil simpanan contohnya. Ataupun duit zakat mahupun biasiswa yang diterima. Pokoknya, buatlah perancangan teliti dan cuba kemukakan itu sebagai sokongan hasrat anda untuk berkahwin.

Kalau dalam bab cabaran belajar waktu kahwin, anda boleh bertemu dengan ramai orang yang telah berjaya melakukannya. Pokok pangkalnya mudah, kahwin bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran, dan bujang bukan semestinya sukses dalam pelajaran. Pepatah melayu menyebut ; di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau tidak mahu, malas, tidak berminat, maka kahwin ataupun tidak, tetap juga tidak berjaya dalam pelajaran.

Begitu juga dalam bab ibu bapa tidak yakin anda mampu mengemudi bahtera rumahtangga. Apa yang perlu anda buat bukan berbahas tentang keyakinan anda, sebaliknya cuba buktikan keyakinan anda dengan tindakan. Aspek pengurusan misalnya. Adakah anda seorang yang sudah pandai berdikari ataupun masih gagal membuat urusan sendiri? Aspek membuat keputusan misalnya. Adakah anda seorang yang sudah matang dalam membuat keputusan sendiri, atau masih bergantung pada ibu bapa?

Buktikan. Ibu bapa akan terus menilai anda dari masa ke semasa. Bayangkan bagaimana ibu bapa hendak yakin dengan anak muda mereka kiranya masih merengek minta belikan gadjet itu dan ini dengan duit ibu bapa?

KEUTAMAAN

Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah, hasrat untuk bernikah perlu dikembarkan dengan urgensi pernikahan ke atas diri anda sendiri. Ia akan membawa kepada pelan tindakan yang berbeza-beza.

Kalau hasrat untuk berkahwin, semua orang pun nak kahwin. Tapi keperluan untuk berkahwin tidak sama, ada orang keperluannya mendesak, ada orang tidak. Senang cerita, ada orang hukum kahwin ke atasnya sudah di tahap wajib, ada orang sunat ataupun harus.

Kalau keperluan berkahwin itu tidak mendesak, maka jalan ke arahnya juga janganlah mendesak. Sesuailah digunakan cara di atas. Mungkin mengambil masa sedikit sehingga diterima.

Tetapi katakan keperluan berkahwin itu cukup mendesak, di mana jika tidak berkahwin dia akan jatuh ke dalam zina ataupun maksiat, maka jalan ke arahnya mestilah lebih tegas dan nekad. Dalam keadaan tersebut, bagi anak lelaki, restu ataupun kebenaran ibu bapa tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pernikahan. Syaratnya, ada kemampuan.

Jadi kena lihat pada diri masing-masing. Mengutamakan diri sendiri bukan bermakna untuk kejar keseronokan, tetapi untuk menyelamatkan agama dan iman. Jangan sampai anda lebih selesa berkampung dalam maksiat, berbanding berjuang bagi mencapai taat.

Ada juga sesetengah anak muda, keadaannya tidaklah sampai ke tahap wajib kahwin. Tetapi boleh dikatakan jiwanya terlalu hebat meronta-ronta untuk berkahwin. Sehingga pelajarannya terganggu, fokus pada matlamat hidupnya juga melemah. Saban waktu fikirannya terganggu dengan keinginan untuk berumahtangga.

Saya ada beberapa cerita menarik untuk dikongsikan tentang bagaimana sejumlah besar anak muda berjaya mengatasi keadaan tersebut dengan berkahwin.

Ternyata, kalau hendak melayan hujah dan sudut pandang ‘kahwin ke tidak’, nescaya mereka tidak akan berada di tempat mereka sekarang. Ada yang sudah mempunyai cahaya mata. Ada yang sudah berpuluh tahun berumahtangga dan kini menjawat jawatan selesa. Ada yang siap buka ‘cawangan kedua’ dan sebagainya.

Cerita mereka memang menarik, kerana jika diletakkan diri kita di tempat mereka, kita akan dapati bahawa bukan calang-calang anak muda yang setabah itu untuk menjayakannya.

Tetapi mereka berjaya.

Sekian.

Apr 13, 2012

MENDIDIK DIRI UTK REDHA

MENDIDIK DIRI UTK REDHA

Saat hati gundah..mencari2 sesuatu sbg penawar..terjumpa satu site ni..menarik tulisannya

Satu post yg menarik ttg redha dgn ujian..

Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima.

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.
Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?

Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.

Duduk Sebentar Berfikir

Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?
Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.
Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.
Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*


Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.
Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.
Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.
Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.
Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.


Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”
Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.
Islam ini sangat cantik!

ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.
Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-5

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.
Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.


Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia

Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?


Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.
Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.

Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!
Semoga ALLAh merahmati.

Apr 7, 2012

Corat Coret: Mengenai Perihal Cinta



Siapa jatuh cinta pasti lagi in love
Kata titik puspa berjuta rasanya loh
Biar siang biar malam terbayang wajahnya

Kalau jatuh cinta bisa bikin gila
Semua enak dimakan sambil la la la la
Biar hitam biar putih manislah nampaknya

dia jauh aku cemas tapi hati rindu
dia dekat aku senang tapi salah tingkah
dia aktif aku pura-pura jual mahal
dia diam aku cari perhatian
oh repotnya

Jatuh cinta berjuta indahnya
Dipandang dibelai amboi rasanya
Jatuh cinta berjuta nikmatnya
Menangis tertawa karna jatuh cinta


Ok kan layan lagu tu dulu... Rileks sket... hehehe


Ble diri nie dilamun cinta, sedang ingin bercinta, dibius cinta dsb yang sewaktu dengannya nie kan - itu saje lah yang selalu kte fikirkan.. _ Cinta. So jom kte wat kajian sket sal Cinta dari aspek Islam secara rasional dan bukan emosional.

Cinta

Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.


Anti-Cinta

Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.


Jatuh Cinta


Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. 



Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.



Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).


Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).


Haram

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang.

Jadi apa yang dilarang?


Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. 
Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. 



Kesimpulannya

Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.


Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. 
Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. 
Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!

Apr 3, 2012

UNTUNGNYA KITA



Kita selalu merasa orang yg lebih cantek, lebih hensem, lebih pandai, lebih bijak, lebih dihormati, lebih cun, lebih gelang emasnya sampai siku, lebih kaya, lebih hebat, lebih terkenal, lebih berharta, lebih bini oppsssss salah….hehe, lebih dipuji, lebih sihat, lebih lebih lebih dan segala gala yg lebih dari kita tu amat la beruntungnya….. tapi sebenarnya ye ke mereka lebih beruntung? Belum tau beb, lum tau!!!!!!!
Kita pun tak tau rasa hati mereka, keresahan mereka, pahala mereka, ibadah mereka dan yg penting kepuasan yg mereka ada….


Adakah dengan kelebihan kelebihan yg mereka ada lebih dari kita tu sebenar benarnya membahagiakan mereka? Lebih menyenangkan mereka? Lebih memberi kepuasan mereka??? Lebih rasa selamat?? Mungkinkah jiwa jiwa mereka bergembira? Atau sebaliknya?????


Tapi yg paling untung ialah kita yg kurang segalanya dari mereka, merasa kurang cantek, kurang kaya, kurang ibadah, kurang ikhlas, kurang pandai, kurang bijak, kurang harta, kurang sihat, kurang amalan, alah……. apa apa yg kurang le… jangan kurang ajar & kurang asem je dah le… hehe


Kenapa ye??? Napa pulak budak sorang nih kata macam nih pulak???? Hehe


Sebab???


Kalau kita rasa kita lebih hensem (akulah yg selalu kata gitu hehe)… tentunya kita akan sentiasa berlagak sombong
Kalau kita rasa kita lebih pandai, tentunya kita malas nak cari ilmu yg lain..
Kalau kita rasa kita kaya, tentunya kita membazir
Kalau kita rasa kita sihat, tentunya kita berlagak gagah perkasa
Kalau kita rasa kita cun, manjang meng’eleh’kan yg kurang cun(menghina)
Kalau kita rasa lebih bagus dalam apa pun terutama ibadah, kita confident yg Allah dah terima ibadah tu…rasa confident je!!! Bukan pasti pun!
Kalau kita rasa kita lebih beriman, lebih islam, lebih taqwa, lebih hamper pada Allah, tentunya kita riak!!! Dan bila ada sikit rasa riak pun, jangan haraple Allah terima amalan kita tuh!!!! Perasaan riaklah racun pada seluruh ibadah kita!!!!


Jadi, kalau kita ni memang serba kurang apa apapun tu, bersyukurlah dengan apa yg dah ada, sebab kalau kita bersyukur Allah tambah lagi, kalau kita rasa bodoh, dan minta ilmu dari Allah, Allah akan tambah ilmu tu…kalau kita rasa dah pandai, mana mungkin kita minta lagi dari Allah kan!!
Kalau kita rasa amalan kita kurang mantap, kita akan sentiasa cuba memperbaikinya dan akan sentiasa merendah diri agar Allah terima amalan kita tu… tapi kalau kita rasa amalan kita dah mantap, agak agaknya kita berdoa tak agar amalan tu Allah terima? Tentu lah tak kan, sebab dah mantap!!!! Ye ke dah mantap??????????


Begitulah kalau kita rasa kurang yg lain lainnya, kita tak kan rasa sombong, takkan cakap besar, takkan meninggi diri, takkan RIAK, takkan rasa ibadah kita diterima lalu terus terusan beribadah beribadah dan beribadah kerana merasa takut tak de satupun yg sampai pada Allah…dan takut allah lempar balik amalan kita tuh sebab tak sempurna dari pandangan Allah…


So sentiasalah rasa kurang dan sentiasalah meminta dari Allah… sesungguhnya Allah adalah maha pemurah lagi maha penyayang lagi maha mengasihani….. dan Allah suka pada hambanya yg sentiasa sujud, sentiasa ingat dan sentiasa memujinya dengan pujian yg sejujur jujurnya pujian…..
Allah benci hambanya yg angkuh, sombong, riak, takbur!!!!!!!…….