Oct 24, 2014

Selamat menyambut tahun baru hijrah. Semoga bertambah iman, amal soleh dan taqwa kita kepada Allah.

Bersama kita berdoa memohon keampunanan, muhasabah diri kita atas kesilapan lalu dan berazam menjadi yang lebih baik untuk masa akan datang.

Di kesempatan ini jom kita berdoa untuk akhir tahun ini selepas asar dan awal tahun mendatang selepas magrib ini


Oct 21, 2014

rhb credit card redemption: smart tag

Assalamualaikum
Hari ni saya nak share pasal 1 benda.
Smart tag.. Hehe, hari ni 21st Oct 2014 baru la nak merasa guna benda ni. B4 dis pernah ler jugak guna tapi orang lain punya. Kira mahal gak kan benda ni, so tangguh la dahulu kehendak sebab guna touch n go pun dah kira ok sgt2 sebelum ni.

Alhamdulillah, ada rezeki tahun ni dari point kad kredit rhb saya so redeem lah smart tag ni. Cambest jugak ada benda ni, tapi kalau nak beli of coz lah saya fikir 29kali..

Apapun saya dah ada smart tag secara rasmi hari ni. Esok boleh guna nak balik banting. Doakan kami selamat sampai selamat balik. Selamat hari deepavali to all Malaysian.

Kita sefamily nak ke Gold Coast Morib resort ni esok. Saja2 makan angin n melayan anak buah ke water theme park di sana.
Ps: siapa ada kad kredit rhb boleh dqpat 8% additional discount dari agoda kalau buat payment guna kredit kad diorang untuk destinasi dalam malaysia. Tempahan perlu dibuat sebelum Nov'14 dan boleh digunakan untuk menginap sehingga Mac 2015.




Feb 14, 2014

Panduan dalam berhutang mengikut Al-Quran

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Baqarah 282)