Sep 30, 2012

Corat coret 29-30 September 2012

Assalamualaikum my lovely blog readers, thank you for coming visit and follow my blog.

Hihihi...
Okey, malam nie sementara nak tunggu masuk Isya' rasenya mo laa mengarang blog sikit. Hehehe...
Okey, big progress sabtu nie ialah abah orang tanya apa perancangan orang dengan si dia. Abah orang minta orang tanya, about her family style before this mengenai merisik, meminang, bertunang, hantaran dan majlis perkahwinan. So malam tu I ask a few questions to her about the info needed. Abah orang pon ingatkan orang hal nie dah kena jangan malu malu lagi untuk dibincangkan sebab dah tak lama lagi kan. Abah orang suggest our family nak buat walimah dalam cuti sekolah bulan Mei/Jun. So at least this year nak kena lah merisik/tunang/melamar si dia. Just that I got to propose the date to them and the details to be discussed. For her family, bila nak buat walimah tu terpulang lah sebab keluarga lelaki cuma menghantar pengantin lelaki saja. Tentatively in March/April 2013, juz proposed date 1.3.13 nikah & 2.3.13 walimah. But it still may be changes. Tunggu ajer laa kad nanti yer, tu baru confirm tarikhnya.

My mom pesan, kita nie nak mintak anak orang kita kena buat ikut cara keluarga mereka. Ikut kebiasaan diorang buat sebelum-sebelum nie sebab mereka dah susah payah besarkan anak dara mereka, kita jangan ikut cara kita. Her family feedback is really good - buat yang mudah untuk keluarga kami lakukan. Kalau nak meminang cum merisik & bertunang at least bawa lah 1 cincin yang ada batu & satu lagi cincin belah rotan, Hadiah hadiah yang lain tu terpulang lah pada kami tentukan apa nak bagi mereka. Buat simpe-simple antara keluarga je pun dah ok sangat. Lega rasanya.

And then hari ahad nie orang tolong akak ipar si dia belikan Jubah-Jubah kain lycra di pasar kemboja. Katanya di KL lebih mahal & di sini murah banyak. About akak ipar si dia nie ada berita gembira yang diberitahu - goodies untuk majlis walimah kami nanti already sponsored. Fuhhh - a really good news. Rezeki Allah bagi dari sumber-sumber yang tak disangka-sangka.

Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Corat Coret 22 September

Assalamualaikum wbt

Selamat petang buat pembaca blog yang dikasihi..

Well well well...
Today nak bercerita pasal one day before kami bercuti ke Bali - of coz me n my sis
Orang sampai KL dalam jam 4.30 petang dari JB & my sis arrive at TBS dalam kul 5.00 petang.
We both take ERL to Putrajaya, saje nak kenalkan my sis to my wifey to be.. Hehehe
Kitorang makan-makan kat Taman Warisan Pertanian, then shopping2 kat Alamanda.
Si dia bawa akak dia + anak sedara dia sorang and me with my sis. We go by her car, si dia jemput di Putrajaya Sentral.

That nite, jeng jeng jeng we both come to agreement regarding our engagement ring (yang ada batu) plus merisik ring (yang belah rotan).. So, beli lah kat Tomei Alamanda tu coz survey kat Habib sombong yahamat staff dier malam tuu.. Before that dah survey juge kat local gold shop last week and Tomei JPO.. But berkenan kat sini coz the design simple, new and refreshing - dapat lah within our budget i.e 1k. Alhamdulillah dah setel satu hal



Malam tu lepas setel semua, akak orang mintak anto ke Putrajaya Sentral jer but then she voluntarily sent her to Nilai - rumah mak su.. Baiknya hati, sebab risau keselamatan akak orang memalam tuu.. Huhu..

Pagi esok tu si dia buatkan sarapan siap-siap before anto orang ke LCCT for flight to Bali. Terasa bahagia sangat, best nya rase dalam ati dapat orang yang baik macam nie sebagai wifey to be. Mesti it will be better bila dah jadi wifey nanti. InsyaAllah.

Sebab tu tak kisah jer belanjer caramel latte kat coffee bean bila orang balik dari Bali di LCCT aritu :).. Coz u r worth more than that my dear.. Am happy bila ada orang selalu risaukan orang, ambil berat, cemburu, nasihat, marah (erk?? :p) hahaha... tapi orang tau semua tu sebab sayang kan..

Orang lagi 1 amat terharu sebab si dia dah put komitmen towards our plan to get married next year dengan buat undi/kutu amounted yang agak besar per month. So that next year, by early year si dia dah ada bajet jugak nak tempah apa-apa before orang bagi duit hantaran. Orang pulak in January/ February at most boleh la dapat dividen asb, interim bonus sebulan dan undi/kutu jer. Sebab tak ready or prepared first place nak bertemu pasangan kot dalam masa terdekat, tapi perancangan Allah kita manusia nie mana nak tau. Terbuka ati nie nak menerima si dia menjadi suri, my partner till jannah. Usia perkenalan memang agak singkat jika nak dihitung namun Alhamdulillah Allah permudahkan banyak urusan antara kami & kedua keluarga kami. Semua ini sebenarnya kuasa doa, & Allah memperkenankan doa kami berdua jua keluarga kami sewaktu mama abah ku dan mama papa si dia di Tanah Suci.
(I like her father answer when her mother getting worried about her daughter: kalau awak risau pasal anak kita, awak bangun malam & berdoa untuk dia.)
Sesungguhnya para ulama jua berkata doa ibu sememangnya doa yang mustajab untuk anak-anak.

Si dia juga boleh ku katakan ada pakej sesuai - got her first class degree in Accounting (Although I think the minimum - ada degree pon da ok da. Since my parents suka bakal menantu yang ada pelajaran) but Allah give more than that - Alhamdulillah. She got a good job & good prospect as accountant at TM. Si dia pun style agak sederhana & simple aja, suka si dia begitu. Her family background pun ok, her father although now retired was a lecturer with overseas Ph.D. Ok sangat lah tuu.. Yang penting si dia boleh masuk dengan my family. Macam tu bagus lah, sebab bila kahwin kan kita kahwin dengan seluruh ahli keluarga. Nak hidup bersama tu dalam tempoh yang panjang sebab tu tak boleh ambil remeh pelbagai faktor. Dengan her brother family pun orang ok juga dah, so far so good.





Sep 29, 2012

Corat Coret Hati.. 15-16 Sept 2012

Assalamualaikum wbt dan selamat malam pada pembaca blog yang serba serbi sederhana ini.

Well, kali nie mo cerita pasai kisah hati laaa.... Lalalala

Nak wat camno, got to remind back some of the memories from 2 weeks back.
Ok ceritanya gini.. Bakal my wifey to come pay our family a visit on 15-16 September 2012
She come with 4 of her escort, akak ipar (Yuzy), adik kak Yuzy, and two of her child. Huhuhu... Sori lah, pak supir hanya ade kereta vios yang kecil nak sumbat seme,.. Jadi  lah yerrrr.... :p

Hihi, well what to say: All well end well
My father approved of her, kira dah berkenan lah wat menantu.
Maklum ler, sesampai jer my parents ajak makan & nak masakkan udang galah + ikan siakap 3 rasa fresh from Kota Tinggi/ MY dad yang siang sume tuu, tuu yg my mom kate mahal hidangan tuu.. Kalau tak, biasa mak jer masak sesorang kan selalunya.. Tapi ade tetamu special nie, semangat lak abah orang.. Huhuhu...

Then after maghrib weols gerak beraya kat Taman Pulai Indah, visiting her bestfren & hubby + 2 princess.. Quite late gak at nite baru balik dan gerak nak hantar dier ke hotel semula. Agak penat kot si dia, terlena tidur bile orang drive.. Sabar jer ler kan.,. hik3... :D

Then pagi esoknya abah orang belanja makan kat Bunner Kabana, a Pakistani Restaurant - makan roti nan & puri with tandoori and lamb curry.. Lazattttttttt... Orang lagik arr pepagi menum mango lassi.. hihihi

Lepas tu kami jenjalan sekitar kota tinggi such as Laman Tun Sri Lanang, Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang & the best part shopping kat kedai kemboja. Before anto deyols kat JPO for departure to Banting weols melanjer depa makan Nasi Ayam Baser - the best Nasi Ayam here & quite famous juger..

My dad memang laa suka dah.. Kata si dia sporting, lembut & rugged lah..
My mom - juz worried a bit about her skill in cooking, sebab kan si dia anak bongsu.. huhu
Tapi kesimpulannya kedua mereka setuju about us.

selingan: JPO







There are also some shocking fact, sebenarnya we both pernah keep in touch sekitar 2007 but tak ke mana pun dan agak lupa sampai laa orang jumpe si dia nie balik pada 2012 nie. Ada hikmahnya jua, belum kenal lelama lagi.. Huhuhu..


Qurban @ aidiladha

Assalamualaikum wbt
Hari nie terasa tangan ringan mahu mencoret serba sedikit perihal kehidupan ku,
Memandangkan tahun ini Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari jumaat maka pada tahun ini dikira sebagai haji akbar.

Hari nie - memenuhi kenduri kahwin & kenduri arwah dengan makanan yang enak lagi menyelerakan. Nyum3... Heheh
and then petang lepas asar kami menziarahi my cousin yang baru seminggu lepas melahirkan bayi perempuan. Congratz dear cozen..

Ok dalam pada petang tu, sewaktu kami menziarahi keluarga sepupu saya tersebut maka berceritalah dia yang pada mulanya mahu membuat akikah cucu mereka di Johor. Namun keluarga lelaki mahu membuatnya di Terengganu. Pak cik saya terpaksa membatalkan tempahan kambing tersebut, namun bila kami datang - kami order pula 2 ekor kambing untuk diQurbankan pada Aidiladha akan datang ini dari penjual tersebut.

Alhamdulillah, hilang rezeki seekor kambing namun Allah ganti pula dengan dua ekor kambing. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya sesuai aturan Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Sep 13, 2012

Corat Coret SI Dia: Titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta


Ayah, saya nak kahwin. Ayah janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. 

Bolehkah ayah?

 


Ya ALLAH, titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta ini tulus buat bakal isteri halalku, isteri yang bakal aku nikahi, isteri yang akan bersama-sama denganku mengejar cinta-MU, ya ILLAHI..


Bila borak dengan kawan-kawan, entah lah gi rumah terbuka dsb. Bila orang usik ker apa sekarang just senyum jerrr... Hihi, bila orang tanya just a simple answer: Kembali Senyum :)
Coz she bring back the smile that i truly had lost.. Thank You Allah..

Alhamdulillah

ps: Lelaki memang suka perempuan yang cantik . Tetapi lelaki lebih senang jatuh cinta dekat perempuan yg pandai ambil hatinya dan buat dia tersenyum..:)

You are one of the reason i'm able to smile :)

Sep 12, 2012

Sebelum Aku Bernikah: Solemnization



Hari ini jom kita share knowledge pasal pernikahan pula.

Entry nie tajuk asal nya: Pernikahan tapi cik buah hati saya tu pagi tadi tetiba use this kind of words.

At first meng'google' lah jugak ape maknanya. Rupanya an act of religious marriage or in other simplified works for us muslims - 'Nikah'.

Ok, start our topics here. :)


Islam memberikan perhatian yang sangat besar dalam pembentukan sebuah keluarga, karena keluarga merupakan suatu organisasi asas yang bakal menentukan terbentuknya sebuah masyarakat yang lebih luas. Mendirikan dan membentuk sebuah keluarga yang islamik, sakinah, mawaddah wa rahmah harus dimulai dengan meletakkan batu asa keislaman yang teguh, yang dimulai dengan memilih jodoh yang solehah, proses walimatul ‘urus, membangun keluarga dari tahap awal, dan mendidik anggota keluarga bermula dari diri sendiri.

Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan kahwinkanlah orang bersendirian (belum kawin) di antara kamu” (an-Nur: 32)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, niscaya telah membenci aku.”

”Ambillah isteri, karena beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu.” (HR. Thusiy)

“Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia menikah kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”

“Jika yang datang meminang kepada kamu orang yang kamu percaya tentang agamanya dan amanatnya, maka sebaik-baiknya kamu menikahkannya saja. Jika tidak, dikawatirkan akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kecelakaan yang besar.”

Bersabda Rasulullah s.a.w:

Jika mati anak Adam terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: Ilmu yang boleh dimanfaatkan, sedekah jariah (yang manfaatnya terus-menerus) serta anak yang saleh yang mendoakannya (dengan yang baik).

Bukankah untuk mendapatkan anak yang soleh & solehah itu harus melalui nikah terlebih dahulu.

Berkata Ibnu Abbas r.a.:

Belum sempurna ibadat orang yang beribadat sehingga ia menikah.

Nikmat bernikah

Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.

Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"
(Surah Maryam ayat 96)

Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.

"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri."

Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza. Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada Allahur Rahman.

"Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk... Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."

Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.

"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia"
(Surah Fussilat ayat 34)

Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan.

Seorang isteri... senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya mengharap pertolongan Allah Yang Maha Membantu.

Seorang suami... harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. SemuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan kepada Tuhan.

Apabila suami dan isteri berusaha membugarkan iman dan apabila pernikahan digerakkan di landasan iman.. itulah syurga dunia yang diidamkan.


Corat Coret Si DIa: Maaf Saat Ini Saya Lagi Jauh Dari Kamu

Merindui awak adalah 'HOBI' saya,
Menjaga awak adalah 'KERJA' saya,
Membuat awak gembira adalah 'IMPIAN' saya,
Mendoakan kebahagiaan awak adalah 'RUTIN' saya,
Menyemai cinta buat awak adalah 'HIDUP' saya ..
tapi maaf saat ini saya lagi jauh dari kamu..
jadi saya akan jaga kamu dalam DOA...♥


Alangkah bahagianya bila berukhwah saling menghargai,bila bersama saling menyayangi, bila terluka selalu memaafi, bila keliru tetap memahami, bila terleka kerap menasihati, bila tersilap terus
meneguri. Maka bertambahlah manisnya apabila semua kerana ILAHI :)


Sep 9, 2012

Sebelum Aku Bernikah: Prosedur permohonan perkahwinan di Selangor

Assalamualaikum.. First of all, sebelum nikah kena la tau apa prosedur pernikahan di negeri bakal pasangan.. Hihi..
Sempena musim kenduri kendara nie & kebetulan research sikit pasal topik nie..
So let me share a bit about the procedure memohon kebenaran berkahwin kat Selangor.
Sebab apa??? Hihihi, insyaAllah jika takde aral melintang memang nie lah perancangannya - calon nya orang Selangor so kita study lah yang kat negeri nie punya prosedur... :)

So orang kena dapatkan kebenaran nikah lelaki dari JAIJ then bagi kat pihak perempuan.
Nie borang 2C (Untuk pengantin perempuan)



Then nie pulak borang 2D



Admin notes:
Hihihi... Orang dah paham dah :)
Dah boleh kahwin dah lah ea, sebab da paham prosedur... 
Syukur Alhamdulillah, Allah menghadirkan dia - & atas restu Allah direstui kedua-dua keluarga kami..
Subhanallah - Sesungguhnya janji Allah itu pasti ~ setiap kesusahan disertai kesenangan

Jeng3... So sesiap sediakan belanja untuk cincin risik & tunang (bajet 1k kot) 
& jugak mas kahwin as initial start (:.. 1 dinar ~ 4.25 gram emas +/-
Nak kena jimat-jimat jugak & menyimpan sebab tahun depan nak pakai banyak duit... Tapi plan nak jimat kat barang hantaran lah, takmo kasik benda-benda yang sekadar nak menunjuk kat orang.. Hadiah-hadiah apa-apa kan boleh kasi kemudian jer kat wifey.. Allah tak suka kita nak menunjuk-nunjuk.. Huhu.. Biar jer antara Allah, dia & saya saja tahu lebih baik... 
Bulan Berapa??? Wallahualam, plan dah ada dalam minda but not yet finalised
Nanti akan ada update-update seterusnya.. Story-mory... Haha... excited sudah


Sumber rujukan:




Sep 8, 2012

Corat Coret Si Dia: Perempuan yg manja memang cepat merajuk dan kuat menangis.

"Perempuan yg manja memang cepat merajuk dan kuat menangis. 
Cuma lelaki yang sweet dan bersikap matang je mampu pujuk dan cairkan dia" 

Awak, awak... Description first line nie seswai tak untuk awak... ?
So dari statement nie (yang kedua) kan, kira saya nie sweet lah yer... Hehehe...

Nie nak share satu cerita menarik untuk renungan bersama buat tauladan kehidupan mendatang:~


Si isteri merajuk sebab suami busy..

ISTERI : (mesej suami) Sayangg busy.. Majok :(
SUAMI : (reply mesej) Tunggu abang balik, miss u.

Suami balik kerja, sampai di rumah hampir senja...

SUAMI : Assalamualaikum, sayangg..
ISTERI : Salam sambut suami tapi muka muncung..
SUAMI : Alolo.. Boleh sidai ampaian ni ( sambil tarik lembut bibir isterinya) Pejam mata sayang..(dipimpin tangan isteri masuk bilik, sandarkan di dinding, rapatkan badan) Abang ada sesuatu, buka mata. Tadaaaa.. coklat kegemaran!heee..
ISTERI : Abanggg ni, suka manja2 sweet cmni. Belasah kang!hehe..(peluk sembam muka kt dada suami)
SUAMI : Jangan merajuk lagi yea, abang nak mandi siap2 kita Maghrib sama. Jom :)
 


Sep 5, 2012

Sebelum Aku Bernikah : Langkah-langkah menuju nikah

Jom share apa dia langkah-langkah menuju nikah... 
Hihi... Semangat lak pepagi arinie... :)

1. Disunnatkan melihat bakal isteri sebelum berkawin,

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Apabila Allah telah mentakdirkan cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihat kepadanya (wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan perhubungan antara keduanya.”

Dalam hal ini pacaran dilarang dalam ajaran Islam. Bukankah pacaran itu sama saja dengan mendekati zina. Jika masing-masing sudah cocok maka segera saja melamar dan menikah.

2. Khitbah

Khithbah adalah meminang (melamar) yaitu permintaan seorang laki-laki kepada anak perempuan orang lain untuk dinikahi, sebagai pendahuluan pernikahan, namun belum berupa aqad nikah. Khitbah merupakan permintaan dan janji untuk mengadakan pernikahan. Dalam melakukan khithbah ini perlu diperhatikan adab-adabnya, antara lain :

- Tidak boleh (haram) meminang pinangan orang lain.

Umar bin Khatab berkata dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : Nabi SAW melarang sebagian kamu menawarkan atas penawaran sebagian yang lain, dan tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya hingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mengizinkannya.

- Peminang (laki-laki) tetaplah orang lain bagi wanitanya (bukan muhrim).

Karena khithbah ini bukanlah aqad nikah, maka status peminang masih tetap sebagai orang lain bagi yang dipinang (bukan mahram), dan tidak diperkenankan untuk berkhalwat (pacaran, atau berdua-duaan).

- Dianjurkan menemui dan memberi hadiah.

Pertemuan yang sopan bagi laki-laki yang meminang dan wanita yang dipinang ialah dengan kehadiran mahram wanita, karena hal tersebut akan menambah kemudahan untuk saling mengenal. Dengan pemberian hadiah dari peminang kepada wanita yang dipinang diharapkan akan mempererat lagi tali silaturrahim di antara mereka.

3. Aqad Nikah

Setelah menyelesaikan khithbah, tahap selanjutnya adalah aqad nikah. Setelah aqad nikah inilah, si laki-laki perempuan secara syah telah menjadi suami isteri. Silahkan kalau mau pacaran (berkhalwat), atau bahkan lebih dari itu.

4. Walimahtul ‘Urus

Walimah adalah berkumpul dan ‘urs adalah pernikahan, jadi walimatul ‘urs adalah kenduri yang diselenggarakan dengan tujuan menyebarkan berita tentang telah terjadinya suatu pernikahan agar diketahui umum, sehingga terhindar dari fitnah. Jumhur ulama berpendapat bahwa hukum walimatul ‘urs adalah sunnah, walaupun ada sebagian ulama Syafi’iyah yang mewajibkannya, berdasarkan perintah Nabi SAW kepada Abdur Rahman bin Auf :

“Selenggarakanlah walimah, meskipun hanya dengan seekor kambing”.

Akhirnya jadikanlah keluarga, anak istri (suami), menjadi keluarga yang diridloi Allah SWT.

Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah Kami dari isteri-isteri dan keturunan kami cahayamata kami.” (al-Furqan: 74)

“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)

Wallahu A’lam bishawab.

Sep 2, 2012

Corat Coret Lelagu Cinta - If You're Not The One

Pepagi nie tetiba dapat ilham berkata puitis plak, ubah suai some of the lyrics from this song... 
Hehehe, but my dear I try to make ur day everyday. Make u cheerful, happy & lovely. So does you kan. Walaupun suke memaen merajuk, suke nak jeles, suke nak ngetest orang but that just so you & I like you the way you are. Bak kata Backstreet boys: I like you that way. Heheh...

If you're not the one, then why does my soul feel glad today?
If you're not the one, then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine, then why does your heart return my call?
If you you are not mine, would I have the strength to stand at all?


(kekadang dalam cinta zaman sekarang tidak dapat dinafikan, hati ini mahu begini begitu. Menurut sifat pencinta yang kiblatnya, contohnya tidak yang benar - di saluran televisyen, pawagam dan sebagainya. Itu yang terkadang salah laku, terlupa hukum yang benar. Haram menyentuh yang bukan muhrim sebagaimana sabda Rasulullah:


“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)


Gejala Ikhtilath (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa. Mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk-tampar, bersenda-gurau, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Lebih merisaukan apabila ada yang menganggap bahawa ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Di antara sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin adalah kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidak-tahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas. )
I never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through and I hope
You are the one I share my life with

(kat sini sebenarnya there are point to be considered honest & true - bagus lah nie. Jangan menyentuh hati wanita kalau kamu tidak berniat untuk menjadikannya isteri. Kalau kita nak kawan dengannya boleh, dengan syarat kita nak berkahwin dengannya. Maka dibolehkan kita pergi berjumpa dengannya. Makruh pula kalau tak pergi tengok, tak jumpa dul sebelum decide further. Nabi pun suruh kita pergi tengok dulu bakal isteri. Alhamdulillah, dah buat macam nie. Tenkiu Ustaz.

Boleh tengok youtube nie untuk sesama dengar.)

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?
(Dalam Islam mudah - kalau nak, nyatakan hasrat itu kepada wanita tersebut & kalau dia setuju jumpa keluarganya untuk meminang pastu nikah lah. Yang wajib mahar, yang cincin dsb tu sunat sahaja. Lepas tu nak peluk ke nak pegang tangan, lebih dari tu pun tak apa. Dah boleh dah.. heehee)


If I don't need you, then why am I crying on my bed?
If I don't need you, then why does your name resound in my head?
If you're not for me, then why does this distance name my life?
If you're not for me, then why do I dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through and I hope
You are the one I share my life with

And I wish that you could be the one I die with
And I pray that you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

'Cause I miss your body and soul so strong
That it takes my breath away
And I breath you into my heart
And I pray for the strength to stand today

'Cause I love you whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
And though my heart is by your side


Hehe... dengar lelagu cinta pun dok ingat & relate hukum Islam lagi. Jiwang-jiwang pon sempadan iman masih terpelihara. Thank You Allah mengurniakan taufiq & hidayah kepada ku, atas kasih sayang Mu Ya Allah. Tanpa Mu ku lemah, ku tidak berdaya, tanpa sebarang daya upaya. Hanya kepada Mu ku memohon pertolongan & ku berharap.

Akhirnya kita mendapati bahawa islam itu sempurna lagi jalan selamat. semoga kefahaman yang baik dapat menjadi benteng kepada kita dari terus dikelirukan selama ini.. insyaallah.

p/s: Cuplik kekata Irma Hasmie. Jodoh ini bukan saya yang pilih, tapi hadiah dari Allah.
 ~ sweet sangat...

Admin notes: 

94_5-6
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah: 5-6]

Itulah janji Allah Subhanahu wa Ta’aala terhadap setiap cabaran yang kita baca ia sebagai suatu kesusahan dalam hidup. Bahawa kesusahan itu bukanlah sebuah beban. Ia adalah sebuah persediaan untuk menyambut kebaikan dan kesenangan. 


Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Sep 1, 2012

Sebelum Aku Bernikah: Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Kekadang bila kita berasa lemah & putus asa, sibuk menyalahkan diri atas sesuatu perkara yang terjadi;  musibah yang melanda kita misalnya- kita terlupa sesuatu iaitu berdoa.

Sebagai manusia yang lemah, alpa & selalu terlupa tidak dapat tidak kadangkala kita dihanyutkan oleh emosi yang membuai lantas terdedah kepada bisikan syaitan. Maka tatkala tersedar kembali kerana kasih sayangNya maka bersyukurlah & berdoa kepadaNya memohon perlindungan peliharaan, rahmat, rezeki, ilmu yang bermanfaat dan apa-apa lagi lah ikut kita nak apa. Saya sangat suka berdoa supaya Allah memudahkan setiap urusan saya terutama dengan orang lain & ternyata selalunya ia begitu. Alhamdulillah. Yang penting bak pesan Prof Muhaya: Yang pertama kita jaga hak Allah & Allah akan jaga hak kita. Semoga istiqamah begini, kerana iman nie sebagai manusia biasa memang adakalanya turun naik juga. Huhuhu...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi. Allah permudahkan lisan ini yang sangat berat mahu berbicara mengenai soal hati. Berkongsi dengan abah & mama mengenai bakal pasangan yang ingin diperkenalkan. It takes a few days jugak berperang dengan my inner self, macam mana nak susun ayat untuk perkenalkan si dia. Mengatur kata yang sebaiknya agar membuka kata dengan baik & tidak emosi. Dan buat pertama kalinya tanpa dipinta, ku memulakan bicara dengan lafaz bismillah & selawat. Tarikh dicadangkan dipersetujui, malah abah pulak gigih berpesan: nanti tanya dia suka makan apa, kita beli lauk & masak lah untuk dia bila dia berkunjung ke sini. Wahhhh - leganya rasa. Abah berkenan sudah, banyak jugak abah berpesan. Mama pulak banyak soalannya. Huhu... 
Soalan utamanya lah: 'Kamu dah buat istikharah, apa yang kamu nampak?' 

- Mama, orang tidak lah sampai nampak or bermimpi pula nampak si dia lepas buat istiharah. Cumanya orang rasa tenang gitu & yakin nak bertemu si dia & keluarga seterusnya meneruskan langkah untuk memperkenalkan si dia kepada keluarga kita pula. Orang dah berkenan lah kiranya dengan si dia & bercadang untuk memperisterikan dia.

- Abah pula komen: Abah takde halangan, kalau kamu rasa sesuai & berkenan; orangnya baik & jaga solat tu dah cukup baik. Kamu pun bekerja ada pendapatan sendiri, dia pun sama - kamu tengok lah macam mama & abah sekarang. Kamu pun bukan nak tumpang senang dia, tak kira lah gaji dia besar dari kamu ke apa, ayah dia profesor ke apa. Kamu tu pun kurang-kurang dah ada kerjaya stabil, kereta sendiri & kecil-kecil pun kamu dah ada rumah sendiri. Bagitahulah si dia pasal diri kamu tu serba sedikit, biar dia tahu. Dia dah setuju nak ke sini pun maknanya dia suka lah tu pada kamu, biar dia datang tengok sendiri keluarga kita macam mana, cara kita macam mana.
Cumanya kali nie abah rasa berkenan lah, rasa sedap ati dengan calon kamu nie.
(karang balik ikut ayat sendiri based on apa abah cakap @'rephrase')

Ya Allah, ku memohon pada mu agar pertemukan jodoh ku, permudahkan urusan antara kami & keluarga kami, satukan kami dengan pernikahan serta berkatilah kehidupan kami seterusnya.
Sebenarnya doa ini telah agak lama ku pohonkan namun, kita merancang & Allah menentukan. 
Tatkala ku hampir berputus asa, Allah menghadirkan sinar itu jua ke dalam kehidupan ini. 
Sekitar Jun-Julai memang tidak dapat dinafikan muka ini tak lagi bermaya, kelihatan sangat ia lesu, kusam & muram. Namun pertengahan Julai, ku merehatkan minda ke Medan kemudian Ramadhan hadir membawa penyucian jiwa & harapan baru. Syawal tiba memberi jawapan & pengharapan kepada jiwa yang berharap. Ternyata kini seri wajah itu hadir kembali. Berserta keceriaan jua penerimaan kedua keluarga yang sangat bagus.

Mama & papa si dia juga kelihatannya berkenan pada orang - positif, malah mama si dia kagum & memuji orang kerana berani jumpa mama & papa nya bila hati dah berkenan dengan anaknya. Dari awal lagi ada petanda jadi bakal menantu kesayangan nie. Hihi... 

Kadangkala dalam adat budaya orang melayu nie anggap nak kena kawan lelama dulu kot baru nak move on & decide, but not in Islam. Kami dah sepakat, si dia pun guide orang yang elok-elok adab bertaaruf dalam Islam & stage-stage that we will face sampai 'Aku terima nikahnya' - itu cinta bersyarat si dia & Islam itu indah kerana itu ku terima cinta bersyaratnya itu.

Ku berdoa kepada Allah: 'Biarlah kami berkasih sayang ke firdaus. Ku menyayanginya kerana Allah.
Semoga hubungan kami ini diberkati & dirahmati, dipelihara oleh Allah SWT.'

Sebagai peringatan bersama...
Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" 
(Al-Baqarah 2:186)

Subhanallah…
Segala Puji hanya bagi Allah.
Sudahkah anda bersyukur hari ini?
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan? (Surah ar-Rahman:30)

Sebelum Aku Bernikah: Panduan & Rujukan - Model Sample Perkahwinan Ustaz Don Daniyal


OK... Nie sebagai panduan sample 1 perkahwinan yang boleh dijadikan rujukan

Sekitar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal...

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3.
Make up Husna tidak tebal
, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna
bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)


7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

~ Credit to Nadia Zahari - picsa.