Sep 29, 2012

Qurban @ aidiladha

Assalamualaikum wbt
Hari nie terasa tangan ringan mahu mencoret serba sedikit perihal kehidupan ku,
Memandangkan tahun ini Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari jumaat maka pada tahun ini dikira sebagai haji akbar.

Hari nie - memenuhi kenduri kahwin & kenduri arwah dengan makanan yang enak lagi menyelerakan. Nyum3... Heheh
and then petang lepas asar kami menziarahi my cousin yang baru seminggu lepas melahirkan bayi perempuan. Congratz dear cozen..

Ok dalam pada petang tu, sewaktu kami menziarahi keluarga sepupu saya tersebut maka berceritalah dia yang pada mulanya mahu membuat akikah cucu mereka di Johor. Namun keluarga lelaki mahu membuatnya di Terengganu. Pak cik saya terpaksa membatalkan tempahan kambing tersebut, namun bila kami datang - kami order pula 2 ekor kambing untuk diQurbankan pada Aidiladha akan datang ini dari penjual tersebut.

Alhamdulillah, hilang rezeki seekor kambing namun Allah ganti pula dengan dua ekor kambing. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya sesuai aturan Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

No comments:

Post a Comment