Sep 1, 2012

Sebelum Aku Bernikah: Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Kekadang bila kita berasa lemah & putus asa, sibuk menyalahkan diri atas sesuatu perkara yang terjadi;  musibah yang melanda kita misalnya- kita terlupa sesuatu iaitu berdoa.

Sebagai manusia yang lemah, alpa & selalu terlupa tidak dapat tidak kadangkala kita dihanyutkan oleh emosi yang membuai lantas terdedah kepada bisikan syaitan. Maka tatkala tersedar kembali kerana kasih sayangNya maka bersyukurlah & berdoa kepadaNya memohon perlindungan peliharaan, rahmat, rezeki, ilmu yang bermanfaat dan apa-apa lagi lah ikut kita nak apa. Saya sangat suka berdoa supaya Allah memudahkan setiap urusan saya terutama dengan orang lain & ternyata selalunya ia begitu. Alhamdulillah. Yang penting bak pesan Prof Muhaya: Yang pertama kita jaga hak Allah & Allah akan jaga hak kita. Semoga istiqamah begini, kerana iman nie sebagai manusia biasa memang adakalanya turun naik juga. Huhuhu...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi. Allah permudahkan lisan ini yang sangat berat mahu berbicara mengenai soal hati. Berkongsi dengan abah & mama mengenai bakal pasangan yang ingin diperkenalkan. It takes a few days jugak berperang dengan my inner self, macam mana nak susun ayat untuk perkenalkan si dia. Mengatur kata yang sebaiknya agar membuka kata dengan baik & tidak emosi. Dan buat pertama kalinya tanpa dipinta, ku memulakan bicara dengan lafaz bismillah & selawat. Tarikh dicadangkan dipersetujui, malah abah pulak gigih berpesan: nanti tanya dia suka makan apa, kita beli lauk & masak lah untuk dia bila dia berkunjung ke sini. Wahhhh - leganya rasa. Abah berkenan sudah, banyak jugak abah berpesan. Mama pulak banyak soalannya. Huhu... 
Soalan utamanya lah: 'Kamu dah buat istikharah, apa yang kamu nampak?' 

- Mama, orang tidak lah sampai nampak or bermimpi pula nampak si dia lepas buat istiharah. Cumanya orang rasa tenang gitu & yakin nak bertemu si dia & keluarga seterusnya meneruskan langkah untuk memperkenalkan si dia kepada keluarga kita pula. Orang dah berkenan lah kiranya dengan si dia & bercadang untuk memperisterikan dia.

- Abah pula komen: Abah takde halangan, kalau kamu rasa sesuai & berkenan; orangnya baik & jaga solat tu dah cukup baik. Kamu pun bekerja ada pendapatan sendiri, dia pun sama - kamu tengok lah macam mama & abah sekarang. Kamu pun bukan nak tumpang senang dia, tak kira lah gaji dia besar dari kamu ke apa, ayah dia profesor ke apa. Kamu tu pun kurang-kurang dah ada kerjaya stabil, kereta sendiri & kecil-kecil pun kamu dah ada rumah sendiri. Bagitahulah si dia pasal diri kamu tu serba sedikit, biar dia tahu. Dia dah setuju nak ke sini pun maknanya dia suka lah tu pada kamu, biar dia datang tengok sendiri keluarga kita macam mana, cara kita macam mana.
Cumanya kali nie abah rasa berkenan lah, rasa sedap ati dengan calon kamu nie.
(karang balik ikut ayat sendiri based on apa abah cakap @'rephrase')

Ya Allah, ku memohon pada mu agar pertemukan jodoh ku, permudahkan urusan antara kami & keluarga kami, satukan kami dengan pernikahan serta berkatilah kehidupan kami seterusnya.
Sebenarnya doa ini telah agak lama ku pohonkan namun, kita merancang & Allah menentukan. 
Tatkala ku hampir berputus asa, Allah menghadirkan sinar itu jua ke dalam kehidupan ini. 
Sekitar Jun-Julai memang tidak dapat dinafikan muka ini tak lagi bermaya, kelihatan sangat ia lesu, kusam & muram. Namun pertengahan Julai, ku merehatkan minda ke Medan kemudian Ramadhan hadir membawa penyucian jiwa & harapan baru. Syawal tiba memberi jawapan & pengharapan kepada jiwa yang berharap. Ternyata kini seri wajah itu hadir kembali. Berserta keceriaan jua penerimaan kedua keluarga yang sangat bagus.

Mama & papa si dia juga kelihatannya berkenan pada orang - positif, malah mama si dia kagum & memuji orang kerana berani jumpa mama & papa nya bila hati dah berkenan dengan anaknya. Dari awal lagi ada petanda jadi bakal menantu kesayangan nie. Hihi... 

Kadangkala dalam adat budaya orang melayu nie anggap nak kena kawan lelama dulu kot baru nak move on & decide, but not in Islam. Kami dah sepakat, si dia pun guide orang yang elok-elok adab bertaaruf dalam Islam & stage-stage that we will face sampai 'Aku terima nikahnya' - itu cinta bersyarat si dia & Islam itu indah kerana itu ku terima cinta bersyaratnya itu.

Ku berdoa kepada Allah: 'Biarlah kami berkasih sayang ke firdaus. Ku menyayanginya kerana Allah.
Semoga hubungan kami ini diberkati & dirahmati, dipelihara oleh Allah SWT.'

Sebagai peringatan bersama...
Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" 
(Al-Baqarah 2:186)

Subhanallah…
Segala Puji hanya bagi Allah.
Sudahkah anda bersyukur hari ini?
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan? (Surah ar-Rahman:30)

No comments:

Post a Comment