May 16, 2012

Raih anugerah seiring debaran menanti kelahiran anak


Raih anugerah seiring debaran menanti kelahiran anak

SHAH ALAM: Menelaah pelajaran sambil menjadi ibu dan isteri bukanlah penghalang bagi seorang wanita mendapat Anugerah Dekan setiap semester sehingga melayakkannya menerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.
Lebih manis, Suhana Nordin, 32, dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, kejayaan itu diiringi dengan debaran menanti kelahiran anak kedua dan dia kini mengandung tujuh bulan.

Mengakui mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang seni halus serta mendapat sokongan penuh daripada insan tersayang, membuatkan Suhana terus berusaha mencapai cita-cita sebagai artis seni halus.

Suhana yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.73, berkata, biarpun rata-rata rakan sekelas berbeza hampir tujuh tahun dengan usianya, perkara itu tidak langsung menyebabkannya rasa terpinggir.

“Usia bukan penghalang malah kami satu kelas saling bekerjasama walaupun saya agak berusia daripada yang lain dan mereka menghormati serta melayan saya dengan baik,” katanya.

Mengulas mengenai status berkahwin ketika bergelar pelajar, Suhana yang kini boleh dianggap sedang sarat mengandung berkata, pengorbanan masa dan kewangan menjadi perkara utama tetapi tidak menjadikannya sebagai satu bebanan.

Raihanugerahseiringdebaranmenantikelahirananak

Sweetnyer apabila semua orang berfikiran terbuka & bersangka baik, ternyata ia bukan menyekat malah menjadi perangsang kepada semangat seseorang untuk lebih berjaya malah buat lebih baik dalam sesuatu perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment