Feb 29, 2012

"risaunya nak berkahwin........"

Kekadang rasa ati nie nak jer cepat-cepat berkahwin, nak menamatkan zaman bujang. Namun tetiba terasa cam ragu-ragu lah pula. Banyak persoalan berputar di minda. Adakah ku dah bersedia?
Halangan paling utama, nak mengumpul belanja. Yer lah duit hantaran nie berapa ribu nak kumpul, nak duit beli barang hantaran lagi. Macam mana nak kumpul duit banyak macam tu? Kalau difikirkan macam tak ada jer harapan nak kahwin di usia muda(?) nie. Banyak sangat yang membataskan. Yer lah, duit gaji nak guna buat bayar hutang pelbagai, bil, ansuran bulanan dan sebagainya. Mana celah pulak nak menyimpan nie.. Setakat 500 sebulan, mau 24 bulan lagi lah jawabnya. Tapi tu baru RM12,000 jer. Cukup ke? Kata my cousin, mau-mau ade RM20000 kot kalau nak kahwin. Tu pun style kampung jer.

haa baru jer huraikan 1 masalah..
Perihal calon lak, nak memilih mana yang terbaik pun dah satu hal. Dulu masa bujang trang tang tang, dengan takde calon isteri nie memang ler tak terfikir lak nak simpan duit, nak kahwin bagai nie. Adooiiii, da gatai berkawan dengan anak dara orang - bila berbincang serius baru lah otak ni berfikir sal persiapan perkahwinan. Sal calon pon bukan jer ada satu hal - masa nie lah pulak banyak calon-calon berpotensi baik yang lain muncul menghulur salam perkenalan dan jalinan mesra. Mula tergugat gak nie sama ada nak cuba-cuba dengan yang lain lak. huhu - nakal lak masa-masa camnie... Cubalah untuk setia duhai diri.

Risau lah jugak dengan amalan diri sendiri, kekadang rasa iman nie nipis jer cam kulit bawang. Macam mana nak bimbing anak dara orang nie. Mampukah menjadi imam yang baik? Erm, yer lah lafaz aku terima nikahnya tu banyak makna tersiratnya juga. Mulai hari tersebut semua dosa isteri kan suami yang kena tanggung. Apakah dia akan menjadi isteri yang dengar kata? Adakah ini bakal menjadi saham akhirat ke syurga atau neraka? Ble persoalan-persoalan ini diajukan aku mula risau & semakin risau... Sediakah aku untuk berkahwin?

Mengambil risiko tu part of life. Sama lah jua dengan perkahwinan, so kena lah ambil calculated risk & exposure to risk in acceptable manageable level. No risk no gain, nak main selamat jer apa pun tak jadi kan. So apapun yang terjadi, ingat-ingat lah. Masalah dan kehidupan tak dapat dipisahkan, so kte kena lah duduk bersama berbincang selalu dengan pasangan agar rumahtangga kekal harmoni. Sentiasa belajar untuk tambah baik kualiti perhubungan, keluarga kita dengan ilmu rumahtangga & kekeluargaan kelak. Bertolak ansur lah dengan pasangan jua keluarga kte. Jadikan Rasulullah sebagai model ikutan kte dalam setiap aspek kehidupan, moga-moga setiap apa kita lakukan diiringi dengan rahmat & berkat. Baru lah taman syurga di dunia mampu dicipta dan dibina menuju syurga yang kekal abadi di akhirat sana.

No comments:

Post a Comment