Jun 24, 2012

Aku berbicara, Atas dasar rasa dan jiwa

Aku berbicara,

Atas dasar rasa dan jiwa,

Juga dari lensa mata tanpa kaca,

Moga ia menjadi panduan buat diriku jua,

Satu hari nanti,

Dengan izin-Nya…

Jika kamu seorang isteri,

Hiasilah dirimu,

Walau bukan dengan merah bergincu,

Walau bukan dengan tebalnya bedak berdebu,

Tapi memadai dengan kemas dan bersihnya dirimu..

Juga segaris senyuman penghias wajahmu..

Jika kamu seorang isteri,

Kikislah sedikit rasa cemburumu,

Sentiasa berdoa usah jemu,

Semoga dia sentiasa dekat dihati dan jiwamu

Jika kamu seorang isteri,

Jangan pernah kamu terdetik dihati,

Menyesalnya menerima ikatan berwali,

Walaupun bahteramu diuji dan teruji.

Anggaplah ia sebagai penguat tali dua hati

Malah panjatkanlah rasa syukur pada Ilahi,

Kerna jodohmu ada di dunia ini.

Jika kamu seorang isteri,

Belajarlah adab dan santun menjadi bidadari,

Terima dirinya, kekurangannya seikhlas hati,

Usah sesekali kasar dan melukai hati,

Kerana pintu syurgamu adalah dia sebagai kunci.

Dia..

Suamimu..

Penjagamu,

Pelindungmu..




No comments:

Post a Comment