Jul 1, 2012

Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan


Untukmu, yang pernah singgah di hatiku, dan kini menjadi sebahagian daripada masa laluku. Maafkan aku, atas semua  kebodohanku, yang pernah mengagumimu, yang pernah membiarkan perasaan ini berkembang, sehingga kau pun dengan mudah menyusup ke hatiku, menyemai benih-benih harapan dan janji, di atas nama cinta yang seharusnya belum layak tumbuh dan berkembang di sana.


Maafkan kebodohan hatiku, yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas sehelai janji, dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja. Hatiku yang serapuh kaca ini berkecai, pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan kecewa.


Namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku kumpulkan serpihan itu dan meletakkannya di dalam bilik hati ini, menyimpan dalam lautan doa dan istighfar atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaran-Nya, membuatku tahu bahawa  janji itu belum layak hadir di antara kita, kerana kau tidak layak untuk mendapatkan izin untuk menulisnya, selain sekirannya apabila kita telah berikrar di atas “AKAD NIKAH’‘. Itulah janji yang seharusnya hadir di antara kita.
Maafkan untuk kelemahan akal dan fikiranku, yang pernah membiarkan hadirmu menguris semua rasaku, mengisi hati dan fikirku dengan bayangan-bayangan indahmu, di atas nama cintaCinta yang tak seharusnya kubiarkan hadir mengusikku iaitu bersama hadirmu.

Namun kini, semua kesalahan itu telah mampu kutebus, InsyaAllah.  Aku kini mampu mengusir bayanganmu dari lubuk hatiku ini. Meskipun tak dapat kunafikan bahawa hadirmu kedalam hidupku pernah menjadi sebahagian memori terindah dalam hidupku, kerana dengan kehadiranmulah aku mampu menyedari kebodohanku, dan dengan hadirmulah aku mampu membaca kembali apa yang telah di ajarkan-Nya. Dan dengan hadirmulah, aku dapat membezakan mana yang boleh, mana yang jangan, dan mana yang belum layak kuraih.
Kini, yang ada adalah rasa syukur kerana pernah mengenalmu di masa lalu, meskipun aku telah mampu mengantikan hadirmu di masa lalu dengan hadir-NYA, namun harus aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu, keranamulah aku mencari dan merasakan indahnya CINTA yang sudah di ajarkan-NYA. Cinta sejatiku.
Aku tak pernah membencimu,
Aku tak pernah menyesal dengan kehadiranmu dulu,
Dan aku tak pernah mampu melupakanmu, meskipun dirimu kini hanya jadi sebahagian dari MASA LALUKU.

“Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan saat kau hadir dan berlalu dalam kehidupanku.”

No comments:

Post a Comment