Nov 30, 2011

Corat Coret cuplik dari Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim

“Daripada Anas ra berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
Saya pernah menerima SMS yang mengejutkan saya daripada tidur,
“setiap kali saya membaca kisah tuan, menyebabkan saya susah hati. Tuan berdosa mencerita aib sendiri kepada masyarakat. Tunggulah pembalasan Tuhan”
Pembalasan Tuhan? Ia mengundang untuk saya menulis,
“Aib apakah yang telah saya ceritakan?”
“Kisah-kisah tuan tidak solat, tidak tahu membaca Quran….”
“Barangkali tuan tidak membaca kisah Saiyidna Omar. Beliau menangis di masjid menceritakan kisah lampau beliau yang membunuh anak perempuan”
“Beliau lakukan sebelum memeluk Islam… Tuan orang Islam”.
“Bila saya menceritakan saya tidak pandai membaca al-Quran? Bila saya sudah khatam al-Quran dan terjemahan. Bila saya ceritakan saya lalai solat? Bila saya sudah mula merasai nikmat bersolat. Tuan tidak nampak mesej sebenar yang ingin saya sampaikan”.
“Tuan memberi isyarat yang salah kepada anak-anak murid saya. Tidak mengapa untuk melakukan dosa…..”
“Tuan memikirkan hanya satu golongan sahaja di dunia ini. Golongan yang baik-baik. Apa yang tuan lakukan terhadap mereka yang tidak tahu membaca quran, lalai dengan solat, orang yang cukup solat lima waktu tetapi tidak mahu berjemaah..”
“Ikut tuanlah… tetapi tunggulah pembalasanNya, baru tuan tahu”.
Melalui nombor hpnya, saya tahu beliau seorang yang terlibat dengan Maahad Taafiz. Orang yang hampir dengan Allah SWT.
Saya terkenang pesan abah, “sehingga sampai masanya”, moga Allah membantu saya meneruskan kehidupan ini di atas landasan yang lurus! Mohon Ampun ya Allah!
Nota MKI: Hujah betapa Saidina Omar Al-Kattab pernah membunuh anak perempuannya merupakan pandangan yang diragui kebenarannya. Dikatakan ia adalah satu pembohongan dan manupulasi sejarah hidup beliau bagi memperkecil dan mempelekehkan Saidina Omar. Kini, saya tidak lagi berhujah menggunakan kisah ini.
Saya mohon keampunan Allah.

credit kepada Prof Mudh Kamil Ibrahim http://muhdkamil.org/blog/category/hijrah/

Saya tertarik mencari maklumat berkenaan beliau selepas menonton rancangan hijrah diri belaiau di Astro Oasis dan beberapa ceramah beliau kemudiannya. Inspired by this person.


Bumi mana tidak basah ditimpa hujan, bak kata orang-orang tua zaman dahulu. Kita ini manusia biasa, dari bahasa Arab juga diambil dari perkataan al-Insan yang bermaksud senantiasa lupa. Wallahualam, begitulah saya difahamkan.


Tertarik pula mengenai perbualan SMS beliau dengan golongan ulama tersebut, saya kira beliau itu agak riya' dalam beribadah. Sebenarnya mereka yang merasa diri telah cukup baik, sempurna dan sebagainya nie sangat merbahaya. Saya juga bukanlah seorang hafiz, hanya seorang lelaki akhir zaman yang berusaha menjadi baik. Namun saya melihat keperibadian agamawan dan orang sekeliling saya ~ Ustaz yang mengendali Usrah mingguan kami, Ustaz/ustazah/Prof/Prof Madya/Dr dsb di TV & radio yang saya dengar hari-hari adalah sangat terbuka & menyebabkan masyarakat mendekati Islam.


Teringat juga babak seorang Ustaz dalam cerita Nur Kasih the movie, begitulah sikap Ustaz di Darul Quran tersebut. Mungkin dakwah mereka berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mahu memperbaiki diri menuju ke arah kebaikan semata. Mereka boleh diibaratkan seperti katak besar di kolam yang kecil. Sedangkan dunia dakwah ini sangat luas & besar - dari segi politik, ekonomi, pendidikan, perbezaan & perbandingan agama dan sebagainya lagi. Di mana, dakwah untuk menarik golongan muda berminat mendaulatkan Islam. Jika mereka mengambil pendekatan jumud ini semata, bagaimana masalah kebejatan sosial hendak diatasi. Apakah mereka yang tidak pandai mengaji, tidak tahu solat ini diabaikan semata & terus dibiarkan sesat tanpa bantuan ke akhir hayat. Kita ini dilahirkan sebagai Imam (pemimpin), bagaimana tanggungjawab kita kepada mereka pula? jika kita menjauhi mereka yang dianggap tidak baik ini tanpa memberi solusi, agar mereka memperoleh peluang untuk berubah. Kita berusaha mendekati mereka agar mereka boleh menerima dakwah kita bukan membuatkan mereka hanyut dengan dunia mereka semata. Sekurangnya nanti di akhirat, apabila kita ditanya apakah yang telah kita buat bagi mencegah kemungkaran ada jawabannya. Bukan semata mengecam namun memberi solusi. baru aman negara, maju bangsa dengan perpaduan Ummah.


Tugas kita, adalah sebagai Da'ie bukannya hakim. Biarlah yang menhukum itu Allah, kerana Allah maha adil lagi bijaksana. Tugas kita menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran. Dengan bukan hanya keras mengkritik tetapi memberi solusi.

No comments:

Post a Comment