Nov 30, 2011

Tahniah Peserta Pertandingan Pidato Politik PM

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri melabuh tirai dengan menyaksikan seorang guru, Mohd. Syamsul Salleh dinobatkan sebagai johan menewaskan 11 peserta lain pada peringkat akhir hari ini.
Kejayaan itu membolehkan guru Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi itu membawa pulang piala pusingan, trofi dan wang tunai RM5,000, sekali gus melayakkannya menjadi pemidato jemputan Pergerakan Pemuda UMNO.
Pada peringkat akhir itu, Mohd. Syamsul menyampaikan pidato bertajuk ‘Muafakat bangsa, negara terbela’ berjaya menarik minat juri dan penonton.
Dia yang ditemui berkata, golongan muda perlu merebut peluang itu bagi menyampaikan pendapat tentang dasar kerajaan dan pelbagai isu lain.
“Selagi diberikan peluang untuk berpidato, saya akan terus menyumbang idea kepada generasi muda demi bangsa, agama dan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pertandingan tersebut yang disertai 118 peserta bermula 16 November lalu di lima zon iaitu tengah, timur, Borneo, selatan dan utara.
Sementara itu, tempat kedua pertandingan yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 itu dimenangi peserta orang kurang upaya (OKU), Mohd. Noorfirdaus Che Aman.
Beliau membawa pulang trofi dan RM3,000, sekali gus membuktikan OKU mampu bersaing dan menyumbang pandangan serta pendapat tentang pembangunan negara.
“Platform yang disediakan ini memberi peluang baik kepada anak muda seperti saya untuk menunjukkan bakat yang sebelumnya bercakap di warung-warung kopi sahaja,” katanya.
Tempat ketiga pula dimenangi Azmi Ismail yang menyifatkan pertandingan itu mampu melahirkan tokoh-tokoh muda yang mampu menyampaikan maklumat betul kepada masyarakat.
Amuutha Valli, 26, yang memenangi tempat kelima berkata, pertandingan itu yang terbuka kepada semua kaum perlu dicontohi pihak lain.
Tai Zee How, 23, berkata, pertandingan itu merupakan tempat sesuai bagi golongan muda menyampaikan pendapat berkaitan pelbagai isu semasa.
 Source: Utusan Online
Corat Coret:
Nape aku tampal artikel nie?
Sebab aku asal dari Kota Tinggi ker & sebab pemenang dia dari  Kota Tinggi
Oh no, juz sebab terbaca pemenang tempat ke 5 tu.. Amutha Valli.. Dah berjaya rupanye my mentee dari Kelab Pengucapan Awam UUM kiranya. Hehe... Aku nie yang mentor nya, orang biase-biase jer sekarang nie. Tak aktif pun wat Pengucapan Awam sekarang.. Oh, once so proud Syaiful... Huhu...
Takper-takper... So that I know, if people practices my way they will success although it hard at first. Erm, my mentee sebaya dengan aku tapi dia dari STPM n i'm from matriculation so kat U of cos laa aku senior dia... Haha, apepun good job Amutha & wish u success wherever you are & whatever you do.

1 comment: