Jun 7, 2012

Saya rasa...

Saya rasa sikap saya yang kekal tak berubah adalah sebuah kejujuran. Rasanya belum pernah lagi saya menipu, kalau menipu mesti obvious sangat so kekadang better just not say any kot.. Huhu...
Mengikut analisa sifat peribadi, saya lebih kepada jenis diplomasi.. Rasenya bila berdepan orang, saya jarang nak marah-marah. Kira boleh control lagi lah diri nie.
Cuma kadang-kadang a bit emotional, sentimental & jiwang sebab tu hati nie kadang sensitif, suka dibelai.

Bila melihat & mendengar pasangan2 bahagia di radio, terasa nak jer diri nie dilayan, disayang, dihargai, gembira2.. Rasanya tak banyak kot syarat diminta.
Cumanya kalau hati nie terluka & dibiarkan, lama-lama dah malas nak fikir.
Kalau kita nie penting, orang akan cari kita lagi namun kalau tak penting orang tak cari kita dah.
So, dari situ dapat kita ukur bagaimana sikapnya.
Kalau kita keras & pasangan keras juga, takde sapa nak mengalah so anggap je lah dah takde keserasian lagi.


Relationship is built based on trust & mutual feelings, kalau dah takde semua nie maka takde dah ertinya lagi. Set in mind, semoga ada yang lebih baik kelak Allah nak beri di hari mendatang. Semoga nanti ada yang sudi menerima diri ini seadanya, melayan tanpa rasa penat, dengan ikhlas hingga ke akhir hayat nanti.

Kekadang saya suka nak elak konfrontasi, kalau dah nak memarah jer dah lah sebab saya tak suka memarah & kena marah. Saya suka berdiam diri, menahan marah namun kadangkala perasaan tu boleh tenang & dapat dilupakan dengan bersabar sedikit. Mungkin orang itu kte masih belum kenali namun keyakinan Allah akan hadirkan dia ke dalam hidup kita amat positif, mungkin dia anak yang solehah, yang baik akhlaknya, menjaga hubungan baik dengan Allah juga sesama manusia, mungkin dia dah tamat pengajiannya di dalam atau luar negara, mungkin juga dia sudah bersedia untuk dilamar & keluarganya sudi menikahkannya dengan lelaki yang diredhai akhlak & agamanya, mungkin juga dia telah bekerja sebagai apa jua, mungkin dia sekarang berdoa agar Allah menemukannya dengan seseorang sebagai pasangan halalnya, mungkin sekarang ini dia menjaga hatinya tidak pernah tersentuh mana-mana lelaki sebelum ini sementara menunggu dilamar & dinikahi sebelum menyerah cinta suci itu kepada suaminya selepas lafaz 'Aku terima nikahnya'

Sayangku, bakal isteriku.. Ku tahu Allah telah menulis di Luh Mahfuz diri mu sebagai pasangan hidup ku. Namun sukarnya mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi aku pasti jika nama mu yang tertulis untuk ku nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.

ps. Gambar hiasan my cousin wedding
Baraka-alahu-lakuma
Wa Baraka alakuma 
Wa jama bainakuma fi khair

(haishhh, wat orang tak sabo jer nie... huhuhu)



3 comments:

  1. carilah permatamu walau dimana ia berada kerana pada permata itu terdapat silauan kaca yang melukakan dan menyakitkan.... bersabarlah kerana cinta insan yang dicari kan hadir kelak dengan izin ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. (: insyaAllah awak
      tengah bebanyak sabar dah nie...

      Delete