Jun 7, 2012

corat coret kehidupan 7 Jun 2012 (2)

Dalam berkongsi-kongsi kisah kehidupan, seorang sepupu bercerita kepada ku.. & berasa menarik untuk dikongsi bersama disini..

Mengenai keluarganya & pembantu rumahnya.. Menurut Kak Tah, die sekeluarga beruntung kerana memperoleh pembantu rumah tempatan yang baik. Makcik nie ramai anak, & bekerja bermula dari pagi ke petang pada hari-hari bekerja. Melihat makcik nie & keluarganya mengingatkan kami pada kehidupan kami suatu ketika dahulu yang susah. Apabila pergi ke rumah orang berada, berasa kagum melihat mereka & terhutang budi atas kemurahan hati mereka. Cuma sekarang apabila kita dah berjaya, bekerja dengan baik tak sangka kitaran itu berulang cuma kali ini kita di tempat yang lain pula. Apabila melihat perkara ini, Kak Tah selalu mengizinkan makcik nie mengambil sedikit makanan setiap hari untuk dibawa pulang untuk diberi kepada anak-anak.

Meskipun ringkas, kisah ini membawa keinsafan diri. Aku juga pernah susah satu masa dahulu, namun dalam keadaan ekonomi keluarga semakin baik kini kekadang kita terlupa diri pula. Berasa cukup selesa dengan kehidupan & kesenangan yang dikecapi. Cuma didikan mak ayah, bila kita ader lebih tu jangan lupa bersedekah, zakat, derma dsb.

Ok tu 1 part...
Part 2 pulak...

Dalam nak cari calon isteri nie, terasa macam berat jer jodoh pula.. Bila kita rasa kita dah jumpa orang yang sesuai & kita sedia dah nak buka hati nie semula, jadikan dier sebagai isteri tatkala itu lah krisis melanda menggoyah keyakinan. Biasa lah permulaan perkenalan, semuanya baik namun lama-lama bila kesabaran mula terkikis & ego menakluki diri maka tiada lagi komunikasi efektif, tiada tolak ansur lagi & bawa lah haluan masing-masing. Kekadang kte rase kte betul tapi tak bagi orang lain. Sebab tu juga walaupun nak tegur sesuatu, biar lah bertempat. Bila orang penat, sabar lah dulu.

Sebagai analogi, si suami baru balik kerja, penat2 dengan mandi pun belum ape pun belum & si isteri meleter. Memang lah cari kemarahan orang kan. Cuba lah bila si suami balik tu, sambut elok2, hulurkan minuman, bagi si suami berehat, mandi semua dah selesai. Keadaan dah tenang & elok tu nak tegur ker apa kan ker elok baru lah masalah boleh setel, bukan menambah masalah pula.

Kata-kata yang dilontarkan juga boleh mengguris hati pasangan selain dari segi perubahan layanan. Contoh, sebelum ini kita dikagumi, dilihat cukup baik dan sebagainya - dilayan penuh perhatian sehingga kita berasa kita menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupannya. Kita berasa seronok ader yang ambil berat, perasaan dijaga, disayangi. Terasa tidak pernah bosan, penat & letih untuk melakukan ape perkara pun bersama.

Dalam kesedihan, hanya Allah tempat mengadu. Terasa bagaimana pergantungan yang sebenar-benar & terasa bagaimana dekatnya Allah dengan kita. Terasa juga ketenangan hati & seperti permohonan diri ini didengari. Balik kampung masa sepupu kahwin juga menguji hati, terusik jua bila ramai mengusik anak bujang nie. Jawapan tulus ikhlas, sape tak nak kahwin. Saya tak tolak perkahwinan, ia perkara baik namun perihal calon isteri belum beres macam mana pula?

Kalau jadi menantu yang dibenci pun hidup tak best, sebab kita dah biasa disayangi mak ayah. Biarlah nanti jadi menantu pun yang disayangi oleh mertua seperti mak ayah sayang kita. Hal nikah kahwin bukan hal main-main, taknak lah nanti berantakan di kemudian hari sebab kita kalau boleh nak yang baik-baik ajer - nak bahagia ke akhir hayat & bercinta sampai ke syurga.

Dugaan... Jawapannya mengadu pada Allah, berdoa & tidak berputus asa. Ramai yang support perasaan sekarang nie, bagi semangat, nasihat & doa mereka yang mahu melihatku bahagia. Thanks all..

3 comments:

  1. semoga awak berjumpa dengan wanita yang memahami, menyayangi, dan penyayang agar hidup lebih sempurna.. ~AMIN~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... moga-moga berkat ari jumaat nie maqbul doanya

      Delete