May 17, 2012

Sekadar resipi... Daging Masak Kicap...

nie amek gambo pakai flash... huhu... nampak terang sket

nie lah daging kicap masakan kte malam nie

memang lazat lagi menyelerakan

kalau ade belen boleh bawa kat opis esok nie... hehe

tenks my fren coz share resipi nie...
Simple ajer, nak ker resipinya:

daging 600 gram
bawang merah
lada hijau
halia
bawang putih
lada hitam
sos tomato
kicap
sos tiram
rempah kari

Tumis jer semua bahan2 selain daging, pastu masukkan air bila mendidih masuk daging
Bler dah empuk, masukkan bawang merah lg, lada hijau lg & garam gula secukup rasa
Siap lah... hehe, dalam 30-40 minit jer dah setel & boleh dimakan bersama nasi

May 16, 2012

Raih anugerah seiring debaran menanti kelahiran anak


Raih anugerah seiring debaran menanti kelahiran anak

SHAH ALAM: Menelaah pelajaran sambil menjadi ibu dan isteri bukanlah penghalang bagi seorang wanita mendapat Anugerah Dekan setiap semester sehingga melayakkannya menerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.
Lebih manis, Suhana Nordin, 32, dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, kejayaan itu diiringi dengan debaran menanti kelahiran anak kedua dan dia kini mengandung tujuh bulan.

Mengakui mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang seni halus serta mendapat sokongan penuh daripada insan tersayang, membuatkan Suhana terus berusaha mencapai cita-cita sebagai artis seni halus.

Suhana yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.73, berkata, biarpun rata-rata rakan sekelas berbeza hampir tujuh tahun dengan usianya, perkara itu tidak langsung menyebabkannya rasa terpinggir.

“Usia bukan penghalang malah kami satu kelas saling bekerjasama walaupun saya agak berusia daripada yang lain dan mereka menghormati serta melayan saya dengan baik,” katanya.

Mengulas mengenai status berkahwin ketika bergelar pelajar, Suhana yang kini boleh dianggap sedang sarat mengandung berkata, pengorbanan masa dan kewangan menjadi perkara utama tetapi tidak menjadikannya sebagai satu bebanan.

Raihanugerahseiringdebaranmenantikelahirananak

Sweetnyer apabila semua orang berfikiran terbuka & bersangka baik, ternyata ia bukan menyekat malah menjadi perangsang kepada semangat seseorang untuk lebih berjaya malah buat lebih baik dalam sesuatu perkara tersebut.

Untuk Dia - Najwa & SLeeq


Satu lagi lagu yang sedap di dengar Untuk dia dari Najwa Latif Ft Sleeq , happening jek .. lagu macam ni lah yang orang suka santai jek .. tak perlu buat lagu berbelit-belit , dayu-dayu sangat sampai meremang bulu roma orang dengar , lepas tu tertidur .. ahaks… Tak de lah.. saya rasa radio-radio dah boleh pertimbangkan untuk menyiarkan lagu-lagi macam ni di radio , kurangkan lagu dari seberang tu.Najwa Latif ni memang makin hari makin sedap lagunya ek.. Sleeq ni pun sama banyak je berkerjasama dengan penyanyi baru , best.

Lirik lagu Untuk Dia
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Sesuai untuk santai2 minda nie time syaiful stress2 sokmo... Huhuhu... Xder mood nak bercakap dengan sape2 & lebih selesa melayan perasaan mencari inspirasi & muhasabah diri wat masa ini... :)

May 14, 2012

Sebelum Aku Bernikah - Inspired dari pengalaman Hilal Asyraf


Siapa berharap untuk difitnah, dituduh yang bukan-bukan?
“Ya, saya memang berharap saya difitnah. Biar jadi seorang yang kontroversi.” Ya. Saya rasa orang yang bercita-cita begitu, mereng akalnya.
Saya tidak berharap untuk difitnah sebagai ‘pemaksa anak orang’. Apatah lagi difitnah oleh mereka yang dekat dengan diri saya. Mereka yang selama ini saya anggap seperti keluarga, yang bergerak sama di atas jalan dakwah dan perjuangan ini. Yang saya hargai, yang saya cintai, yang saya selama ini meletakkan pertamanya adalah sangka baik kepada mereka.
Membuatkan saya rasa seperti terperusuk ke satu lubang yang sempit, gelap. Hari-hari bertanya, di mana salah aku? Di mana salah aku? Diulang-ulang. Tertekan, sakit. Ada waktu hingga demam, memikirkan fitnah yang berjalan. Apatah lagi apabila sampai ke telinga ini betapa cerita itu berjalan dan berjalan, dari masa ke semasa, bertransformasi menjadi sesuatu yang lain. Dari tak melamar langsung, bertukar menjadi ‘lamar sampai 4 kali!’. Teruk tidak teruknya cerita itu berubah dan berubah.
Rasa gelap masa hadapan.
Terasa seperti tiada lagi yang mampu dipercayai.
Rasa marah, mahu balas dendam, mahu sahaja saya tulis satu cerpen, satu novel, untuk memburukkan semula mereka ini seburuk-buruknya. Kalau mereka boleh burukkan saya pada satu kumpulan masyarakat, maka saya boleh burukkan mereka untuk seluruh Malaysia. Saya kata pada masa itu, kalau benar-benar nak burukkan nama aku, baik aku jadi buruk betul-betul!
Perasaan amarah itu berkocak, berlawan dengan rasional di dalam minda, yang menyatakan bahawa saya tidak akan untung apa-apa pun bersikap sedemikian. Tertekan, hingga saya akhirnya menangis kepada Allah SWT dan mempersoalkan, mengapa mesti diuji lagi saya sebegini rupa?
Tetapi akhirnya, saya tersedar, betapa apabila Allah uji sebegini, saya belajar macam-macam. Saya jadi lebih jelas akan sikap manusia. Bukan semua manusia yang kita baik kepadanya, akan bersangka baik kepada kita, apatah lagi hendak berbuat baik semula kepada kita. Jadi, kita tidak sepatutnya meletakkan pergantungan penuh kepada manusia. Kita sepatutnya bergantung penuh kepada Allah SWT!
Di situ, saya berjaya meningkatkan lagi kematangan, pertimbangan, dan dapat pula merasai betapa manisnya sabar, juga belajar akan hakikat apabila hidup di dunia.
Itu semua menambah kekuatan saya.
 Catatan syaiful:
Alhamdulillah, dah mula follow website Hilal Asyraf nie. Tak sangka banyak pengajaran & perkongsian yang berguna. Suatu masa yang lalu, saya jua pernah menghadapi & merasai pengalaman serupa ini hingga hampir hilang pedoman & hampir hanyut menuju keseronokan dunia merawat hati nan duka. Namun bersyukur ia cuma sekejap & diri ini cepat tersedar sebelum lebih hanyut jauh lagi. Tetibe teringat memori lama banyak2 pulak minggu nie, entah kenapa. Namun ape dah lepas biar lah ia sebagai memori, jadikan ia pengalaman & ambil pengajaran untuk masa akan datang menambah kekuatan & kematangan diri ini.
ps, 7.7 nie dier dah nak nikah dah... Syukur Allah dah hadirkan jodoh nya di tarikh yang sama dengan hari lahir ku... Diri ini? Hmmmm... Entah bila jodoh itu dihadirkan dalam hidup ku, tahun lepas punya tak nak lah berkahwin sampai sengaja memboroskan diri sebab takut ayah suruh kawen. 
Benda baik lebih terasa nikmatnya andai dikongsi bersama & family is the treasure worth the most (Quote from movie: Dark Shadows)


2012 - tahun mencari calon, dengan harapan moga-moga 2013 nanti adalah seorang peneman hidup bergelar isteri kelak. Kekadang teringin juga nak berpuasa & berbuka bersama seseorang, berhari raya nanti kunjung berkunjung ke rumah saudara mara kita & saudara mara isteri... Salam dengan ibu bapa kte & mentua.. Huhuhu, dari rasa tak sedia dulu tu dah jadi rasa teringin pulak nak ade seorang peneman di sisi.. Harap-harap lah Allah takdirkan jodoh itu tiba next year, dengan ikatan pernikahan.. Sebab dalam hati nie dah ade seseorang yang kte suka, yang kte hormat, yang jaga solatnya dengan baik. Dengan harapan mudah-mudahan hubungan ini dipermudahkan & mendapat rahmat Allah jua restu kedua ibu bapa kami. Amin.






Hilal Asyraf - Confirm nak cari buku dier tu: Sebelum Aku Bernikah

sewaktu cinta tak dibalas





Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan. Sebagai manusia biasa khususnya lelaki (termasuk saya..) mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita. Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..
Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah. Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu. Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera.

Kalau di tolak, pasrahlah. Percayalah Allah akan memberi yang lebih baik. Meskipun seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu bergelora, namun apakan daya jika cinta bertepuk sebelah tangan?

Pendamlah rasa itu, kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu. Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita. Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Anggap saja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.
Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, nescaya kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan. Jodoh adalah perkara ghaib. Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal. Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.
Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun ia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.
Terima Kasih Allah, Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.




Catatan syaiful:

Cinta & Jodoh itu hanya akan diketahui siapa yang sebenar, hijab yang ghaib itu akan tersingkap tatkala 'Aku Terima Nikahnya'. Maka itu lah cinta sejati kita, & juga jodoh yang telah Allah aturkan buat kita. Ikhlaskan hati menerima siapa saja dia yang telah ditakdirkan oleh Allah buat kte, terima lah apa jua kelebihan & kekurangannya dan semoga dia jua begitu.. Bersama-sama membina Syurga Rumahtangga, memupuk kebahagiaan, bersama meningkat keimanan menuju ke SyurgaNya yang abadi.

Maka Bercinta lah mereka hingga ke syurga dalam rahmat Ilahi dalam mencari redhaNya. Alangkah indah apabila perjalanan kita ada yang menemani di dunia hingga ke akhirat, apabila salah ada yang mengingatkan & segala apa yang dilakukan dalam ikatan itu dianugerahi limpahan rahmat & kasih sayang Allah lantas memupuk rasa kasih & sayang di dalam hati pasangan mereka yang bercinta dalam mencari redhaNya.





May 13, 2012

Aku ini hanya seorang manusia biasa


Aku ini hanya seorang manusia biasa,
Yang tidak mewah hartanya,
Yang tidak menawan paras rupanya,
Yang tidak indah perilakunya,
Yang tidak tinggi IQnya.

Tetapi dengan ketidaksempurnaan itulah aku mencuba,
Sekurang-kurangnya untuk menjadi sempurna,
Walau hakikatnya aku tahu manusia itu tiada yang sempurna,
Melainkan kekasih-Nya.

Segala khilafku cuba aku buang dalam perjalanan masa,
Segala dosa aku cuba untuk meminta keampunan dari-Nya,
Segala kekurangan aku sedang cuba diperbetulkan,
Agar setanding dengan keindahan yang diberi Tuhan.

Aku ini sedang mencuba,
Untuk perbetulkan semuanya,
Untuk mengindahkan ciptaan-Nya.

Kerana itu-,
Aku mohon bantulah aku,
Berilah aku kekuatan untuk menjalani hari-hariku,
Berilah aku kesempatan untuk mengubah perilaku ku,
Agar aku bisa menjadi hamba yang patuh pada Yang Satu.

Kerana itu-,
Aku memohon bantuan darimu,
Jangan memperkecilkan niatku,
Walau aku tahu aku tidak sesempurna kamu,
Jangan menjatuhkan diriku,
Kerana aku tidak setanding kamu.

Yang aku mahu cuma semangat darimu,
Untuk diriku,
Melalui liku-liku,
Yang terindah mahupun terburuk dalam hidupku.

Kerana aku cuma manusia,
Yang hina,
Yang banyak dosanya,
Yang sedang mencuba.

Untuk mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya

Cinta sejati


Salam Sejahtera My Loveliness,
 
Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu 
ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, 
namun akhirnya bersama dengan orang lain. 
 
Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak 
pernah kita duga dan kadangkala ia membuatkan 
kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. 
 
 
Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta 
dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin 
akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika 
anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari 
orang yang cantik atau kacak.
 
 
Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. 
Setiap manusia mempunyai keiginan mereka yang 
tersendiri. Hati akan sentiasa mencari jalan 
untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam 
hati. 
 
Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan 
seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan 
di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang 
tersebut secara tidak sengaja.
 
 
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura
– pura kerana ia menguasai hati anda secara 
menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di
peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah 
satu kuasa yang misteri. 
 
Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. 
Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda 
tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang 
yang selalu anda jumpa.
 
 
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba 
– tiba, janganlah anda menerima cinta dari 
seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi 
anda cinta sejati. 
 
Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana 
terpaksa memlih antara dua. Akhir sekali, cinta 
sejati adalah cinta yang lahir dari hati yang 
suci & murni.
 
 
Sekian dulu dari saya. Semoga bermanfaat...