Aug 30, 2012

Sebelum Aku Bernikah - Perasaan dalam hati


Perasaan itu ada di hati.
Dulu ia terpendam, kerana sibuk studi.
Atau, "Malaslah nak fikir... belum ready..."
"Belum sampai masanya lagi..."
"Macam mana nak mulakan, tak reti..."
"Saya memang sedang mencari lah ni..."
Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.
"SubhanAllah, perasaan apakah ini..?"
Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui. Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan. Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman.
"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."
Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."
Inilah antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW saat kita telah memilih dan mengenali latarbelakang calon jua bermusyawarah dengan insan-insan berilmu dan amanah. Kita membuat keputusan memilih si dia, dan kita kemudiannya bukan meminta pada Allah agar dia menjadi jodoh kita, tapi kita meminta keputusan Allah atas usaha-usaha kita, dan pastinya atas ilmu dan kebijaksanaan Allah. Malah, itulah misteri yang sejak dulu Allah telah tetapkan.
Meh menelusuri my story a bit, ada lah jugak ala-ala bro saifulislam (Ust Hasrizal) - perasan :p
But here it is:
Sebelum membuat keputusan muktamad, saya ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Malam Ramadhan yang cerah, saya menadah tangan memohon daripada Allah agar memberkati pilihan saya ini. Namun saya semacam lega. Membuat keputusan yang baik pada malam yang baik. 
( A lil bit similar, decided on Ramadhan tapi bulan tu kan bulan menahan diri so tunggu lah 1 Syawal nak nyatakan persetujuan memulakan taarufan & decide what date to come & see her at their parents house. Agreed on 25.Aug@7 Ramadhan)
Hati saya terus tenang. 
(Nie ajer lah keyakinan yang wujud. Exactly calm. Sebagai manusia biasa kita tak dapat lari jugak dari perasaan ragu-ragu dan teragak-agak kadang-kadang. Di kala itu ayat Allah terdetik:
'Allah berfirman: "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." (Al-Baqarah: 268)
- ibrah dari ayat ini ku menyimpulkan bahawa kalau nak buat perkara baik, teruskan. Ble ragu-ragu lagi teruskan wat istiharah & berdoa minta ketetapan hati. Alhamdulillah, setiap kali selepas solat & doa ku mendapat kekuatan untuk hati & keputusan ini. Rasa tenang & yakin bahawa janji Allah itu pasti, ini yang terbaik buat ku mudah-mudahan)
Mungkin terlalu sukar untuk dibayangkan bagaimanakah begitu mudah kami berdua bersetuju untuk saling menerima, sebelum berkenalan, keluar makan-makan, berbalas-balas surat , seperti yang selalu diamalkan hari ini? (tapi ym/whatsapp ader lah - sama ker? huhuhu)
Kali pertama saya bersua muka dengan bakal isteri saya ialah di hadapan ibu serta bapanya.
(True bro, exactly the same. Dalam menjaga diri, ketegasan buat keputusan juga penting & tetap pada pendirian yang dibuat. Ini kerana 1st of all u got to take care of urself. So the first rules to ours - takde pertemuan berdua-duaan. Secara langsung ia mengelak kepada peluang/kemungkinan berlaku apa jua yang tidak tersangka dek godaan syaitan & nafsu. Bila kami meletakkan cinta selepas nikah sebagai matlamat & menetapkan proses taarufan tidak boleh lama tanpa ade sebarang keputusan maka nya dari situ kami berkongsi mengenai bakal pasangan kepada kedua ibu bapa. Dari situ dapat ditetapkan tarikh bila nya mahu meminang & bila nya mahu dilangsungkan pernikahan. InsyaAllah mudah-mudahan dapat dilangsungkan pada tahun hadapan menurut perancangan. Saling memahami & bantu membantu dari sudut komitmen kewangan turut memainkan peranan di mana saya sangat menghormati dia. Btw pada pendapat kawan-kawan yang dirujuk, ia sangat elok kerana kami sekufu dari segi kedua keluarga & kerjaya kedua kami. Semoga Allah memudahkan urusan kami & memberkati kami dengan curahan rahmat & kasih sayang Nya)
Admin notes+++
“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”,
cer teka yang mana 1 cik akak nie si dia... hehehe

diz is my family pics dis raya