Aug 2, 2012

Corat Coret 2 Ogos 2012

Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.

Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.
Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..

Isterinya bertanya, “Ada apa denganmu sayang?”

Suaminya menjawab, “Demi Allah kamu sangat cantik rupawan.”
Isterinya berkata, “Bergembiralah, aku dan kamu akan masuk Syurga.”

Suami bertanya, “Dari mana kamu tahu itu?”
Isterinya menjawab, “Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur, sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk Syurga.”




Haish, mana lah nak cari orang yang macam nie yer.. Mesti best hidup berumahtangga andai matlamat bersama ingin bergandingan ke syurga. Ble dah ade matlamat yang sama, we begin the relations with the end in mind so mesti lah pengisiannya ape pun akan ke arah yang sama tersebut.

No comments:

Post a Comment