Apr 13, 2011

Corat Coret Tinta Kehidupan


13.4.11 my rumblings… uhuhu... nie taip kt ofis tadi pagi-pagi

Haha, dulu topic kawen nie memang suke3 sangat aku bincang dgn kawan2, dsb. Coz masa tu memang memasang angan & impian, even calonnya dah ada la konon2… Ehehe… Tapi sekarang nie lak, ermm cm nyampah lak dengor… Hahaha… Maaf la kawan2, aku tau niat korang tu baik. Cam time open tender senin & selasa (11& 12 April 2011), korang saje jerk kan cete2 best korang ada anak, ble balek keje tu la hiburan korang – ada wife/hubby.. Huhu, tapi kan ble belum Nampak dengan sape, ble & cmner? Tu r aku pon xder jawapan. Aku tau best, aku pun berhajat & berkeinginan juga sebab aku pun manusia biasa cam korang gak…

Mengenai soal kahwin atau jodoh aku serahkan semua kepada Allah kerana Dia telah tetapkan seseorang untuk aku nanti. Aku yakin tulang rusuk kiri aku yang pernah hilang ini akan kembali kepadaku dengan izinNya. Semuanya telah dicatatkan di Luh Mahfuz dan aku hanya perlu redha siapakah wanita yang telah Allah tetapkan untuk aku hidup bersamanya. Jika aku baik, maka baiklah wanita itu dan jika aku jahat maka jahatlah wanita itu. Moga ada lagi nyawa untukku habiskan bersamanya kelak.

Siapa yang tidak mengharapkan wanita yang akan dinikahinya adalah sebaik-baik wanita. Orang jahat pun nak isterinya seorang yang baik akhlaknya, cantik rupanya dan sempurna orangnya. Tapi walau hartanya banyak, keturunannya bagus, wajahnya cantik, ia takkan sama dengan kesempurnaan agama yang dimiliki wanita itu. Maka pilihlah yang beragama, yang faham tentang agama, yang patuh dengan agama. Haa, nie pesan Nabi yang sewajarnya menjadi tauladan wat kte semua namun seringkali kte alpa apabila berdepan pilihan2 yang comey lote, mengkaburkan pandangan hati kte… Uhuhu… Nasihat untuk diri sendiri gak nie haa…

Life must go on sama ada nak atau tak. Janganlah jadi seorang yang berputus asa. Ini nasihat aku kepada diri sendiri dan semua orang. Janganlah banyak meminta  pada orang lain dan banyakkanlah sedekah. Jika hidup ini adalah satu beban pada seseorang, sesungguhnya Allah sedang mengujinya dan menghapuskan dosanya jika dia sabar dan redha terhadap ujian itu. Aku nak jadi seorang yang kuat dan tabah serta redha dengan ketentuan Allah. Harap ia dipenuhi. So, this is my objektif. Ble kte ade objektif kn mudah arr kte nk merangka kerangka kerja & action plan untuk mencapai apa objektif kte tu… Hehe, x sia2 company anto aku p kursus ISO9001. Banyak dah aku leh praktik dalam kehidupan, untuk apa aku nak capai nie… Caiyok2 encik Epul…

Sebagai penutup entry kali ni, sama-sama la kita renungkan & selamat beramal. Kita buat kita dapat kan.
‘Doa adalah senjata orang Islam yang tak dapat dirampas oleh sesiapa pun, maka banyakkanlah doa mengharap redha dan rahmat dari Allah. Doalah dengan penuh penghayatan perasaan umpama ia adalah hajat terakhir yang akan dimakbulkan Allah. Doalah dengan rasa percaya pada Allah dan doalah dengan penuh rasa keimanan dalam diri. Menangislah sepuasnya dan mengadulah pada Allah, nescaya Allah berikan nikmat ketenangan dalam jiwa.’
~Moga Allah perkenankan doa aku dan permudahkan niat ini. Amin~ ^_^

No comments:

Post a Comment