Apr 19, 2011

19.4.11 my rumblings… uhuhu

Banyak perkara berlegar dalam pikiran aku nie… Haha… Waktu untuk menulis lerr, zaman dolu2 kte gune diary ke pe benda tok corat coret… So, bler dh zaman Sains Teknologi nie of cos ler kte gune blog post jer… hehe… So my rumblings 4 today is:

Dulu aku tak macam ni. Masih teringat waktu awal aku memasuki sekolah sains, ia adalah saat yang paling aku suka. Aku banyak belajar tentang agama, tentang kehidupan. Daripada tak tahu apa-apa, aku belajar banyak benda dalam kehidupan. Daripada tak tahu tentang agama, aku banyak belajar halal dan haram, baik dan buruk. Daripada aku tak rajin solat, aku biasakan diri dengan solat wajib dan sunat. Aku rindu saat aku di sekolah berasrama dulu.

Bila dah habis sekolah, aku masuk ke universiti. Aku mula lalai dengan kehidupan dunia. Aku mula berjinak-jinak dengan kehidupan sosial. Aku mula lupa tentang agama, lupa tentang halal dan haram. Faktor memilih kawan juga menjadi salah satu sebab aku hanyut dalam dunia dan lupa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Tapi aku tak ada masalah dalam berkawan sama ada dia baik ke, jahat ke, cacat ke atau sempurna, aku tak memilih kawan langsung. Janji aku suka ada ramai kawan.

Bila dah mula bekerja, aku makin lalai dan lupa mengerjakan kewajipan. Aku lupa tentang hukum hakam. Tapi alhamdulillah aku tak terlalu terjebak dengan perkara yang menyesatkan lagi hina. Dunia ni memang indah dan ramai manusia suka memilih dunia daripada memilih akhirat. Ia adalah satu lumrah di mana dunia ini penuh dengan keseronokkan namun pada hakikatnya dunia ini sementara dan akhirat adalah kekal selamanya.

Aku ingin sedar. Aku ingin berubah. Ya, berubah kepada yang lebih baik. Aku rindu untuk menjadi seorang yang sentiasa ingat kepada yang maha pencipta. Aku harap niat aku ni Allah permudahkan dan usaha aku untuk menjadi seorang yang lebih baik akan diberkati dan ditolong Allah. Segalanya kena bermula dengan solat. Jika tak lengkap solat seseorang tu, tak teguhlah agama yang ada padanya. Mungkin doa ibu bapaku di Mekah Allah kabulkan. Allah bukakan hati aku untuk berubah.
Kini kehidupan yang berbaki beberapa lama lagi akan aku gunakan sebaiknya. Aku tak mahu lupa kepadaNya lagi. Dia berikan rezeki setiap hari dan aku malu sebab guna rezeki dariNya tanpa sujud dan syukur kepadaNya. Dia berikan aku nafas dan nyawa untuk hidup di dunia menikmati segala yang terbentang dan melampaulah aku jika aku tak ingat langsung padaNya. Aku nak jadi lebih baik dan aku tak nak fikir banyak perkara pasal kehidupan lagi. Biar Allah tentukan dan aku kena usaha juga.
Kehidupan sebagai pekerja sekarang akan aku gunakan sebaiknya. Aku nak bekerja mencari rezeki yang telah ditetapkan Allah untukku. Sebenarnya rezeki ni ada di mana-mana, hanya tinggal kita nak cari saja. Jika dah cari tapi tak jumpa, maka tunggulah sama ada ia cepat atau lambat datang. Jika di dunia tak ada rezeki kita, di akhirat Allah akan bagi. Doa juga penting untuk dapatkan rezeki.

Sahabat aku ada kongsikan satu doa untuk minta dimurahkan rezeki dan aku ingin kongsikan bersama korang semua.
“Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia ada dibumi, keluarkanlah ia dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu. Dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih. Aminnn…”

No comments:

Post a Comment