Apr 2, 2013

Corat Coret: Sebulan Bergelar Suami


Jodoh itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita tenang, bertambah rasa aman, malah bertingkat keimanan.

Yang sedih jadi gembira, yang lemah jadi kuat, yang takut jadi berani, yang gagal jadi berjaya dan yang seorang jadi sempurna berdua.. Carilah si dia yang buat anda rasa begitu..


Alhamdulillah, Allah dah temukan ku dengan jodoh yang baik, serasi & hari ke hari semakin bertambah rasa sayang & kesyukuran kepada Ilahi kerana menjodohkan ku dengan nya. Kini telah genap lebih sebulan kami menjadi suami isteri. Meski masih berjauhan (Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan meluluskan permohonan perpindahannya ke JB) namun tautan hati sentiasa kukuh.

Bak kata orang tua-tua kita, bertemu tidak jemu & berpisah usah gelisah. Kerana ku mencintainya kerana Allah. Bersama kami selari dalam perjalanan kehidupan dengan matlamat akhir memperolehi redha Ilahi, kerana di akhir kehidupan ini kami pasti akan bertemu denganNya.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."

-Surah Al-Furqan: 74-

Untung orang yang mendapat jodoh & dah berkahwin nie, nak dapat hapus dosa dari Allah.

"Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” (Al-Hadith)

SubhanAllah

Mar 19, 2013

Corat Coret 19.03.13


Assalamualaikum,

Lama juga rasanya tidak mencoret di sini, agak sibuk bila bekerja, belajar & berkeluarga nie. Tanggungjawab kerja tidak pernah berkurang, bertambah ada lah. Mungkin GM nak bagi challenging task to enable me for promotion. Alhamdulillah, kalau berjaya menyahut cabaran tugasan yang cukup mencabar nie. Takut juga dan kekadang berfikir, naik gaji cam biasa tapi tak nak naik pangkat boleh tak? Sebab bukan apa, takut tengok peringkat pengurus ke atas kat pejabat tu. Ramai sangat stress, sampai sakit jantung dan pelbagai penyakit lagi lah. 

Selesa juga jadi eksekutif ni, kalau tak ada tambahan bebanan kerja melampau dari yang sedia ada. I am more to a family man, harap ada kerjaya & pendapatan stabil sudah cukup rasa nya. Biar ada masa untuk luangkan bersama keluarga, membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian & kasih sayang, membawa isteri melancong ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara saban tahun kelihatan lebih menarik dari tekanan kerja peringkat pengurus.

Apa lagi yer nak share di sini.. Berkaitan pengalaman menjadi pelajar Master. Buat part time nie memang sedikit menekan juga, apatah lagi GM tak berapa menggalakkan buat masa ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master. Mungkin pengalaman beliau tidak berjaya menyudahkan MBA nya di Berkeley, dan hanya dianugerahkan post grad diploma menyebabkan dia begitu.

Tapi kami Group MBA Januari 2013 OUM Johor Bahru ada strategi kami tersendiri. Kami menubuhkan Study Group yang saling berkongsi maklumat, menyokong dan mendorong semangat masing-masing untuk terus menyelesaikan tugasan yang menghimpit kami. Mujur, just barely submit on time for all the deadline given. My class mate, you all rocks lah. 

Pasal salah satu assignment, ada cerita suka duka di sini. Bila mana perlu menghantar tugasan tersebut, masa semakin suntuk yang berbaki untuk menyudahkannya. Kerangka asas sudah ada, iaitu bahan-bahan mentah assignment seperti annual report, artikel dari internet, buku nota kelas dan buku rujukan management terbentang. So, bila bahan semua dah lengkap. Chef hanya perlu memulakan proses penyediaan tugasan tersebut.

Bermula pada jam 7 hingga 7.30.. Lebih 12 jam diluangkan untuk menyudahkan tugasan in one shot dan terus print. Terlupa nak makan lunch dan dinner sampai aritu. 8.30 malam pula terus berkumpul di ofis kawan kami di Setia Tropika. Nak selesaikan subjek ekonomi pula. Mujur malam tu perbincangan lancar dan cepat.

Esok hari nya pula datang ke ofis cukup awal untuk sediakan bahan pembentangan dalam mesyuarat jawatankuasa khas. Hai, GM lantik jadi secretary mesyuarat tu kan. Banyak kerja nak buat sebenarnya. Mujur staf-staf lain banyak membantu dalam penyediaan bilik mesyuarat, jamuan, laptop & projektor dsb. Selesai satu lagi tugasan dengan jayanya.

Hari nie, buka emel lecturer maklumkan:

Dear Syaiful

Askum

Your overall mark is 50/60 a good attempt.  Highest score is 52/60. 

Areas which could have done better:

1. For Leadership Behaviour, how the leader makes use of knowledge, experience, character and values for the organization.  Their relationship with above & below levels, use of power, decision making style, adaptability.  

2. Motivation - should include how a good leader (not JCorp per se) motivates through interpersonal communication and managerial skills via power and authority at his disposal.  Also through challenging job design, knowing needs and satisfying them, empowerment, performance assessment & attractive reward system.

3. Quality & Innovation - these are some of the drivers of Competitive Advantage.  To ensure quality, there must be good R&D and feedback for continuous sustainment & enhancement. Innovation must be encouraged not only through R&D but also reward and performance systems.  You may need to read up Competitive Advantage and sources.
 
Lastly, take note of the question points so as not to leave anything out.  Hope these comments highlight areas you need to work on for exams.

Good luck with exams!

Regards.


Let me share part of this assignment:
BMOM5203 - ORGANISATIONAL & BUSINESS MANAGEMENT
NATIONAL CORPORATE PERSONALITY: 
TAN SRI DATO’ MUHAMMAD ALI HASHIM
I had known the former chairman and CEO of the Johor Corporation (JCorp) and Kulim Malaysia Berhad (KMB), Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim for almost two years. Sometimes deal with his senior officers and often get to know about the subsidiaries development of JCorp such as KPJ Helathcare, Sindora Berhad, Johor Land, KMB, KFCH and QSR Brands Berhad . Throughout my being an executive in one of the company which is KMB, I am very comfortable working and so easy to get the views and ideas of him. To be honest I have to say, he was one of the very CEO I admire and respect. Methods and strategies Tan Sri Ali Hashim to apply Islamic Concept in the organization under his administration should be praised and given awards.

I know Tan Sri Ali Hashim through idealism that is often a multi-party discussion of "Business Jihad" and "Economic Jihad" and I am pretty lucky to have time to hear, discuss and learn with him in respect of both these concepts.

He is a proven successful corporate figures that could translate the New Economic Policy in a very practical ways and implementing Islamic morals in organizational management so effective. This combination creating a unique identity for JCorp and it help to drive the organisation to excellence. I believe in his way to separate corporate world with the political world rhythm that makes defamation and lies, as magic tool to prove the greatness. That is why he makes an enemy of many politicians because he honestly manages JCorp as pure business entity and makes it rise to the greatness.

Mar 14, 2013

Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?

Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?


Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.


Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?






Kerana itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.


Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.


Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.


Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.


Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.


Dulu Mrs Teddy pun tidak faham kenapa saya mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan kepada beliau kenapa saya jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya. (thanks dear~) 


Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya.  

Source: Forum Cari

Feb 28, 2013

Baraka Allahu Lakuma


Assalamualaikum.


Actually, about sometimes before I just like to hear this song but didn't know about the meanings or what it actually is. As time goes by, and many of our da'ie has said in their talk. Later than that I know actually it is a doa recite by our prophet Muhammad SAW to the newly weds. Here it is, I share the doa and the song by Maher Zain. Pray for me, as I will be someone husband after the Ijab & Qabul tentatively at 3.00 pm on 1.3.13.

Syaiful :)


Baraka Allahu Lakuma Lyrics

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما

Feb 1, 2013

Celik Wang: Hutang & Kad Kredit


Selain ASB, terdapat pelbagai instrument pelaburan lain seperti AHB, ASN, AS1M, Saham Bank Rakyat, Pelaburan Koperasi seperti Tentera & Felda, Unit trust seperti CIMB & Public Bank dsb.

Actually, ader few things that I wanna share here. Mak ayah kita biasanya ajar anak-anak supaya jangan lah berhutang, kalau mampu gunakan cash. Jauhi kad kredit & kurangkan berhutang. Itu sebenarnya betul juga in a way.

Meanwhile masa saya study Financial Management dulu pula, my lecturer kata berhutang tu bagus sebab ia menyediakan satu track record buat bank untuk menganalisa risk exposure mereka dalam memberi tahap kredit/jumlah pinjaman pada kita. Which is also true, sebab bila kita tak pernah wat any loan before. Tiada rekod kita wat pinjaman. Pada suatu masa pula, kita memohon sejumlah pinjaman yang besar mungkin permohonan kita ditolak oleh bank. Apapun ia tertakluk juga pada debt to income ratio kita. Kalau pendapatan tak seberapa, nanti tak boleh rolling bayar pinjaman jangan lah sesuka hati berhutang. Jadi black listed lagi susah nak mohon pinjaman, mungkin abang long saja yang terima dengan tangan terbuka (amaran: elakkan berhutang Along, Agensi Kawalan & Pengurusan Kredit waima Jabatan Insolvensi pun tak mampu tolong). Belajar ilmu kewangan peribadi, supaya celik kewangan (financial literate) untuk mengenal pasti apa hutang yang baik & tidak baik serta mengawal aliran kewangan anda.

Mengenai kad kredit, ia sebenarnya baik jika digunakan secara berhemah. Ada yang memberi rebet, mata ganjaran, diskaun khas dan sebagainya. Malah transaksi anda sedia direkodkan. Pilih electronic statement, mudah untuk anda simpan & cetak bila diperlukan. Lagi-lagi sekarang ini LHDN minta kita hantar resit-resit/ bil berkaitan potongan cukai pendapatan. Bagus bila kita boleh provide bukti-bukti pembayaran seperti buku, pelajaran, alatan sukan, internet dsb yang layak dapat pelepasan. Saya pernah juga diminta provide pada LHDN bukti-bukti tersebut & dokumen soft-copy ini banyak membantu. Pelepasan cukai pendapatan saya diluluskan & dikecualikan cukai.

Case Study Of An Investment Analysis: ASB (2)


Analysis

Analysis 1
1.      The analysis determines the future value of an investment, with the exact same amount of monthly payment at RM199, RM332, RM658, RM990, RM1189, and RM1316.
2.      In this analysis, we calculate and compare the FV after 20 years of investment.
NO.
ASB LOAN
ANNUITY
VARIANCES
FV OF 20 YEARS INVESTMENT
A = Modal / Investment
LOAN AMOUNT PER MONTH
FV
A     (MONTHLY INVESTMENT)
FV
RM
%
1
30000
199
139829
199
109280
30,549
28%
2
50000
332
233048
332
182316
50,732
28%
3
100000
658
466096
658
361336
104,759
29%
4
150000
990
699144
990
543652
155,491
29%
5
180000
1189
838972
1189
652932
186,041
28%
6
200000
1316
932191
1316
722673
209,518
29%



Analysis 2           
1.      The analysis determines the future value of an investment, with the exact same amount of monthly payment at RM177, RM294, RM582, RM876, RM1053, and RM1164.
2.      In this analysis, we calculate and compare the FV after 25 years of investment.

NO.
ASB LOAN
ANNUITY
VARIANCES
FV OF 25 YEARS INVESTMENT
A = Modal / Investment
LOAN AMOUNT PER MONTH
FV
A     (MONTHLY INVESTMENT)
FV
RM
%
1
30,000
177
205,454
177
155,277
50,177
32%
2
50,000
294
342,424
294
257,918
84,506
33%
3
100,000
582
684,848
582
510,572
174,276
34%
4
150,000
876
924,544
876
768,490
156,055
20%
5
180,000
1,053
1,164,241
1,053
923,767
240,474
26%
6
200,000
1,164
1,369,695
1,164
1,021,144
348,551
34%





















Analysis 3
1.      The analysis determines the future value of an investment, with the exact same amount of monthly payment at RM155, RM256, RM506, RM762, RM917, and RM1012.
2.      In this analysis, we calculate and compare the FV after 30 years of investment.

NO.
ASB LOAN
ANNUITY
VARIANCES
FV OF 30 YEARS INVESTMENT
A = Modal / Investment
LOAN AMOUNT PER MONTH
FV
A     (MONTHLY INVESTMENT)
FV
RM
%
1
30,000
155
301,880
155
210,707
91,173
43%
2
50,000
256
503,133
256
348,006
155,127
45%
3
100,000
506
1,006,266
506
687,856
318,410
46%
4
150,000
762
1,509,399
762
1,035,862
473,537
46%
5
180,000
917
1,811,278
917
1,246,568
564,710
45%
6
200,000
1,012
2,012,531
1,012
1,375,711
636,820
46%






















Findings

Macam dah terlalu formal dah pulak analisa kewangan kali nie.. Huhu.. Ok, nie saya tulis informal lak..
Korang boleh tengok sendiri dari ketiga-tiga analisa nie, mana yang realistic & menguntungkan untuk jangka panjang. Sebab tu dalam pelaburan, jumlah mula melabur kecil tak apa. Itu konsep time value of money (TVM). Kalau korang muda lagi, & berhajat nak jadi jutawan kelak aku suggest tengok kat analisa 3 tu dengan tabungan sebanyak RM500 secara konsisten selama 30 tahun, dengan buat loan pelaburan ASB sebanyak RM100,000 akan memberikan pulangan sebanyak lebih sejuta ringgit di masa 30 tahun dari sekarang. Kalau korang takut nak buat loan tapi tetap juga nak jadi jutawan di masa 30 tahun akan datang, dalam jangka masa yang sama korang perlu menabung kira-kira RM750 sebulan ke dalam instrument pelaburan seperti ASB atau sebagainya. RM250 extra sebulan tuu. Setahun dah 3,000 dan 30 tahun dah RM90,000 bezanya. Boleh beli kereta cash woo, Polo Sedan lagi.

Ok, apa purpose saya bagi contoh ASB yer??? Cer teka, cer teka..
Sebab ia mudah untuk membuat anggaran & risiko nya kurang, di mana tiada risiko kerugian.
(part nie yang menyebabkan Majlis Fatwa Selangor mengharamkan ASB, selain pelaburan utama ASB dalam Maybank yang syubhah statusnya – bercampur halal haram. Kalau korang dok pakai ATM kad/kredit kad Maybank, Loan Maybank dsb tapi tak nak invest dalam ASB sebab haram katanya, terpulanglah. Majlis Fatwa Kebangsaan & beberapa negeri lain mengharuskan pelaburan ASB atas hujah darurat ekonomi & percampuran peratusan halal majority berbanding syubhah). Wallahualam.

Method Pertama
Kalau kita kira semula RM500 sebulan maka tabungannya akan menjadi RM60,00 setahun dan jika ditambah secara linear akan menjadi RM180,000 selama 30 tahun sahaja. Tabungan ini suatu kebiasaan bagi orang kita, masuk ke dalam tabungan seperti akaun bank (saving account). Jika kita membuat pelaburan ASB dengan membuat ASB loan ini, peluang wang yang sama banyak itu akan berkembang lagi sebanyak RM820,000 menjadikan nilai akhir pelaburan itu sebanyak lebih RM1,000,000.00. Return of investment (ROI) sebanyak 456%. Lebih untung kan?

Method Kedua
Jika kita menabung dengan jumlah tabungan yang sama sebanyak RM500 sebulan atau RM180,000 selama 30 tahun terus ke dalam buku ASB maka pulangannya kira-kira RM500,000 menjadikan nilai Akhir pelaburan sebanyak RM680,000. Return of investment (ROI) sebanyak 278%.

Apabila kita membuat perbandingan kedua method ini (Method pertama & kedua), secara jelas perbezaan ROI sebanyak 178%. Malah dengan membuat pelaburan secara pinjaman ASB, dengan komitmen bulanan yang sama akan mendapat mendapat jumlah akhir RM320,000 lebih banyak pada tahun ke-30.

Method ketiga
Kalau kita buat tabungan konsisten RM750 sebulan pula, jumlah tabungan kita dikira secara linear sebanyak RM270,000. Dengan pulangan kira-kira RM730,000 anda masih akan menjadi jutawan dengan jumlah tabungan Akhir selepas 30 tahun sebanyak lebih RM1,000,000.00. Return of investment (ROI) sebanyak 270%.

Apabila kita membuat perbandingan kedua method ini (Method pertama & ketiga), secara jelas perbezaan ROI sebanyak 186%. Malah dengan membuat pelaburan secara pinjaman ASB, komitmen bulanan 50% lebih rendah (RM500 vs RM750) untuk mendapat jumlah RM1,000,000 pada tahun ke-30.

Conclution

Hipoteses Rejected.
Investment Using Loan Is Better Than Invest Directly Through Monthly Consistent Cash Amount.