Assalamualaikum wbt
Hari nie terasa tangan ringan mahu mencoret serba sedikit perihal kehidupan ku,
Memandangkan tahun ini Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari jumaat maka pada tahun ini dikira sebagai haji akbar.
Hari nie - memenuhi kenduri kahwin & kenduri arwah dengan makanan yang enak lagi menyelerakan. Nyum3... Heheh
and then petang lepas asar kami menziarahi my cousin yang baru seminggu lepas melahirkan bayi perempuan. Congratz dear cozen..
Ok dalam pada petang tu, sewaktu kami menziarahi keluarga sepupu saya tersebut maka berceritalah dia yang pada mulanya mahu membuat akikah cucu mereka di Johor. Namun keluarga lelaki mahu membuatnya di Terengganu. Pak cik saya terpaksa membatalkan tempahan kambing tersebut, namun bila kami datang - kami order pula 2 ekor kambing untuk diQurbankan pada Aidiladha akan datang ini dari penjual tersebut.
Alhamdulillah, hilang rezeki seekor kambing namun Allah ganti pula dengan dua ekor kambing. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya sesuai aturan Allah.
Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?
Love isn't about being sexually attracted. That's lust. It's about caring about someone.
Sep 29, 2012
Sep 13, 2012
Corat Coret SI Dia: Titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta
Ayah, saya nak kahwin. Ayah janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan.
Bolehkah ayah?
Ya ALLAH, titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta ini tulus buat bakal isteri halalku, isteri yang bakal aku nikahi, isteri yang akan bersama-sama denganku mengejar cinta-MU, ya ILLAHI..
Bila borak dengan kawan-kawan, entah lah gi rumah terbuka dsb. Bila orang usik ker apa sekarang just senyum jerrr... Hihi, bila orang tanya just a simple answer: Kembali Senyum :)
Coz she bring back the smile that i truly had lost.. Thank You Allah..
Alhamdulillah
You are one of the reason i'm able to smile :)
Sep 12, 2012
Sebelum Aku Bernikah: Solemnization
Hari ini jom kita share knowledge pasal pernikahan pula.
Entry nie tajuk asal nya: Pernikahan tapi cik buah hati saya tu pagi tadi tetiba use this kind of words.
At first meng'google' lah jugak ape maknanya. Rupanya an act of religious marriage or in other simplified works for us muslims - 'Nikah'.
Ok, start our topics here. :)
Islam memberikan perhatian yang sangat besar dalam pembentukan sebuah keluarga, karena keluarga merupakan suatu organisasi asas yang bakal menentukan terbentuknya sebuah masyarakat yang lebih luas. Mendirikan dan membentuk sebuah keluarga yang islamik, sakinah, mawaddah wa rahmah harus dimulai dengan meletakkan batu asa keislaman yang teguh, yang dimulai dengan memilih jodoh yang solehah, proses walimatul ‘urus, membangun keluarga dari tahap awal, dan mendidik anggota keluarga bermula dari diri sendiri.
Allah s.w.t telah berfirman:
“Dan kahwinkanlah orang bersendirian (belum kawin) di antara kamu” (an-Nur: 32)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, niscaya telah membenci aku.”
”Ambillah isteri, karena beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu.” (HR. Thusiy)
“Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia menikah kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”
“Jika yang datang meminang kepada kamu orang yang kamu percaya tentang agamanya dan amanatnya, maka sebaik-baiknya kamu menikahkannya saja. Jika tidak, dikawatirkan akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kecelakaan yang besar.”
Bersabda Rasulullah s.a.w:
Jika mati anak Adam terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: Ilmu yang boleh dimanfaatkan, sedekah jariah (yang manfaatnya terus-menerus) serta anak yang saleh yang mendoakannya (dengan yang baik).
Bukankah untuk mendapatkan anak yang soleh & solehah itu harus melalui nikah terlebih dahulu.
Berkata Ibnu Abbas r.a.:
Belum sempurna ibadat orang yang beribadat sehingga ia menikah.

Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.
Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"
(Surah Maryam ayat 96)
Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.
"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri."
Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza. Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada Allahur Rahman.
"Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk... Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."
Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.
"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia"
(Surah Fussilat ayat 34)
Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan.
Seorang isteri... senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya mengharap pertolongan Allah Yang Maha Membantu.
Seorang suami... harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. SemuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan kepada Tuhan.
Apabila suami dan isteri berusaha membugarkan iman dan apabila pernikahan digerakkan di landasan iman.. itulah syurga dunia yang diidamkan.
Corat Coret Si DIa: Maaf Saat Ini Saya Lagi Jauh Dari Kamu
Merindui awak adalah 'HOBI' saya,
Menjaga awak adalah 'KERJA' saya,
Membuat awak gembira adalah 'IMPIAN' saya,
Mendoakan kebahagiaan awak adalah 'RUTIN' saya,
Menyemai cinta buat awak adalah 'HIDUP' saya ..
tapi maaf saat ini saya lagi jauh dari kamu..
jadi saya akan jaga kamu dalam DOA...♥
Alangkah bahagianya bila berukhwah saling menghargai,bila bersama saling menyayangi, bila terluka selalu memaafi, bila keliru tetap memahami, bila terleka kerap menasihati, bila tersilap terus
meneguri. Maka bertambahlah manisnya apabila semua kerana ILAHI :)

Sep 9, 2012
Sebelum Aku Bernikah: Prosedur permohonan perkahwinan di Selangor
Assalamualaikum.. First of all, sebelum nikah kena la tau apa prosedur pernikahan di negeri bakal pasangan.. Hihi..
Sempena musim kenduri kendara nie & kebetulan research sikit pasal topik nie..
So let me share a bit about the procedure memohon kebenaran berkahwin kat Selangor.
Sebab apa??? Hihihi, insyaAllah jika takde aral melintang memang nie lah perancangannya - calon nya orang Selangor so kita study lah yang kat negeri nie punya prosedur... :)
So orang kena dapatkan kebenaran nikah lelaki dari JAIJ then bagi kat pihak perempuan.
Nie borang 2C (Untuk pengantin perempuan)
Then nie pulak borang 2D
Admin notes:
Hihihi... Orang dah paham dah :)
Dah boleh kahwin dah lah ea, sebab da paham prosedur... 

Syukur Alhamdulillah, Allah menghadirkan dia - & atas restu Allah direstui kedua-dua keluarga kami..
Subhanallah - Sesungguhnya janji Allah itu pasti ~ setiap kesusahan disertai kesenangan
Jeng3... So sesiap sediakan belanja untuk cincin risik & tunang (bajet 1k kot)
& jugak mas kahwin as initial start (:.. 1 dinar ~ 4.25 gram emas +/-
Nak kena jimat-jimat jugak & menyimpan sebab tahun depan nak pakai banyak duit... Tapi plan nak jimat kat barang hantaran lah, takmo kasik benda-benda yang sekadar nak menunjuk kat orang.. Hadiah-hadiah apa-apa kan boleh kasi kemudian jer kat wifey.. Allah tak suka kita nak menunjuk-nunjuk.. Huhu.. Biar jer antara Allah, dia & saya saja tahu lebih baik...
Bulan Berapa??? Wallahualam, plan dah ada dalam minda but not yet finalised
Nanti akan ada update-update seterusnya.. Story-mory... Haha... excited sudah
Sumber rujukan:
Sep 8, 2012
Corat Coret Si Dia: Perempuan yg manja memang cepat merajuk dan kuat menangis.
"Perempuan yg manja memang cepat merajuk dan kuat menangis.
Cuma lelaki yang sweet dan bersikap matang je mampu pujuk dan cairkan dia"
Awak, awak... Description first line nie seswai tak untuk awak... ?
So dari statement nie (yang kedua) kan, kira saya nie sweet lah yer... Hehehe...
Nie nak share satu cerita menarik untuk renungan bersama buat tauladan kehidupan mendatang:~

Si isteri merajuk sebab suami busy..
ISTERI : (mesej suami) Sayangg busy.. Majok :(
SUAMI : (reply mesej) Tunggu abang balik, miss u.
ISTERI : (mesej suami) Sayangg busy.. Majok :(
SUAMI : (reply mesej) Tunggu abang balik, miss u.
Suami balik kerja, sampai di rumah hampir senja...
SUAMI : Assalamualaikum, sayangg..
ISTERI : Salam sambut suami tapi muka muncung..
SUAMI : Alolo.. Boleh sidai ampaian ni ( sambil tarik lembut bibir isterinya) Pejam mata sayang..(dipimpin tangan isteri masuk bilik, sandarkan di dinding, rapatkan badan) Abang ada sesuatu, buka mata. Tadaaaa.. coklat kegemaran!heee..
ISTERI : Abanggg ni, suka manja2 sweet cmni. Belasah kang!hehe..(peluk sembam muka kt dada suami)
SUAMI : Jangan merajuk lagi yea, abang nak mandi siap2 kita Maghrib sama. Jom :)

Sep 5, 2012
Sebelum Aku Bernikah : Langkah-langkah menuju nikah
Jom share apa dia langkah-langkah menuju nikah...
Hihi... Semangat lak pepagi arinie... :)
1. Disunnatkan melihat bakal isteri sebelum berkawin,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila Allah telah mentakdirkan cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihat kepadanya (wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan perhubungan antara keduanya.”
Dalam hal ini pacaran dilarang dalam ajaran Islam. Bukankah pacaran itu sama saja dengan mendekati zina. Jika masing-masing sudah cocok maka segera saja melamar dan menikah.
2. Khitbah
Khithbah adalah meminang (melamar) yaitu permintaan seorang laki-laki kepada anak perempuan orang lain untuk dinikahi, sebagai pendahuluan pernikahan, namun belum berupa aqad nikah. Khitbah merupakan permintaan dan janji untuk mengadakan pernikahan. Dalam melakukan khithbah ini perlu diperhatikan adab-adabnya, antara lain :
- Tidak boleh (haram) meminang pinangan orang lain.
Umar bin Khatab berkata dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : Nabi SAW melarang sebagian kamu menawarkan atas penawaran sebagian yang lain, dan tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya hingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mengizinkannya.
- Peminang (laki-laki) tetaplah orang lain bagi wanitanya (bukan muhrim).
Karena khithbah ini bukanlah aqad nikah, maka status peminang masih tetap sebagai orang lain bagi yang dipinang (bukan mahram), dan tidak diperkenankan untuk berkhalwat (pacaran, atau berdua-duaan).
- Dianjurkan menemui dan memberi hadiah.
Pertemuan yang sopan bagi laki-laki yang meminang dan wanita yang dipinang ialah dengan kehadiran mahram wanita, karena hal tersebut akan menambah kemudahan untuk saling mengenal. Dengan pemberian hadiah dari peminang kepada wanita yang dipinang diharapkan akan mempererat lagi tali silaturrahim di antara mereka.
3. Aqad Nikah
Setelah menyelesaikan khithbah, tahap selanjutnya adalah aqad nikah. Setelah aqad nikah inilah, si laki-laki perempuan secara syah telah menjadi suami isteri. Silahkan kalau mau pacaran (berkhalwat), atau bahkan lebih dari itu.
4. Walimahtul ‘Urus
Walimah adalah berkumpul dan ‘urs adalah pernikahan, jadi walimatul ‘urs adalah kenduri yang diselenggarakan dengan tujuan menyebarkan berita tentang telah terjadinya suatu pernikahan agar diketahui umum, sehingga terhindar dari fitnah. Jumhur ulama berpendapat bahwa hukum walimatul ‘urs adalah sunnah, walaupun ada sebagian ulama Syafi’iyah yang mewajibkannya, berdasarkan perintah Nabi SAW kepada Abdur Rahman bin Auf :
“Selenggarakanlah walimah, meskipun hanya dengan seekor kambing”.
Akhirnya jadikanlah keluarga, anak istri (suami), menjadi keluarga yang diridloi Allah SWT.
Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah Kami dari isteri-isteri dan keturunan kami cahayamata kami.” (al-Furqan: 74)
“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)
Wallahu A’lam bishawab.

Subscribe to:
Posts (Atom)