May 31, 2011

work life balance


"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. They are Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of there in the air. You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."
Work efficiently during office hours and leave on time. Give the required time to your family, friends and have a proper rest.
Bryan Dyson (Former CEO of Coca Cola)
So, what my principle seems right:
I work to live & not live to work... Epul, executive officer -operation
Keluarga, Kesihatan, Rakan2 & jiwa adalah aspek2 penting yang perlu dijaga krne walaupun kte xde keje tu sume ttp tinggal. Sedangkan rezeki ada di mana-mana, ia hak Allah. Allah nak bagi cara macam mana, itu keje Allah. Kita nie usaha, buat yang terbaik & mentadbir harta yang diberi dgn baik. 
Zaman rasulullah juga, sebagaimana ingatanku ada seorang bertanya: Ya Rasulullah, orang kaya mampu memberi sedekah & mengeluarkan zakat. Bagaimana kami yang tidak mampu. 
Rasulullah berkata, maka kamu berpuasa (sunat) serta banyakkan berzikir & solat malam. 
Kemudian beberapa hari kemudian, die berjumpa Rasulullah lagi & bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana jika mereka yang kaya itu mengeluarkan sedekah, berzakat, berzikir, berpuasa sunat & solat malam. 
Rasulullah menjawab: Itu lebih baik.
So, ikhtiarlah mencari rezeki dgn sebaiknya (in working hours) kemudian, waktu yang ada itu gunakan la untuk ec kehidupan kte untuk bersama keluarga, jaga kesihatan (bersenam, spa, sauna, gym, berehat), membantu rakan yang memerlukan nasihat serta sokongan kte, pengisian jiwa dengan ibadah, menghadiri majlis2 ilmu, berdiskusi ilmu (usrah), mengaji al-Quran & tafsir dsb... 

May 7, 2011

Corat Coret Tinta Kehidupan 7 Mei 2011 : Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri

 Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri
Well, dalam-dalam browsing internet today I happen to take a glimpse of this book: Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri - Burhan Sodiq. The origin is in Indonesia but still currently there are available in BM edition. Salah satu petikan yang menarik dalam nie,
"Don't push me to get marry soon, let me wait my time, because my God will provide me the best person when the time comes!"
Since I am yet to buy this books, so I juz shared the articles by others jer la dulu… Interested nie nk beli, I will find times to buy later as I always buy in bulks & a few month later baru g turun beli lagi… Hehe, senang nk simpan resit claim kt LHDN nanti kan… >_<
[Dipetik dari: semut2comel.blogspot.com]
"Motivasi bagi mereka yang masih sendiri"
Antara isu yang dikupas dalam buku tersebut adalah;
1. Pendapat ulama tentang cara menghadapi hidup sendiri yang pastinya membantu anda memotivasikan diri.
2. Tips bagaimana cara terbaik dalam menghadapi dilema membujang.
3. Petikan kisah kehidupan untuk dikongsi bersama bagi mereka yang bujang.
Alhamdulillah, sedikit sebanyak hati saya terubat dan termotivasi dengan pengisian yang dicoretkan di dalam buku itu. Tidak rugi saya membeli buku tersebut walaupun mengambil masa yang singkat untuk memilihnya.
Pesanan saya kepada mereka yang masih belum berumah tangga, teruskan berusaha dan berdoa.. Ingat firman Allah swt dalam surah An-Naml ayat yang ke-62;
"Bukankah Dia yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan, dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pempimpin) di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan yang lain? Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat. "
Dan juga selalulah amalkan doa ini; di petik daripada Surah An-Anbiya', ayat 89;
Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”. [Arie note: nie doa nabi Zakaria]
Dan kepada mereka yang sudah berumahtangga dan tidak lagi hidup sendirian, cubalah untuk mengerti dan memahami. Anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya kerana anda tidak berada di dalam kasut mereka yang belum bernikah, tapi ingatlah jangan lupa, sebelum bergelar isteri atau suami, anda juga dulunya tidak punyai sesiapa. Amda juga pernah hidup sendiri.
Mungkin rencah dan ragamnya tidak sama, tapi setidaknya, cubalah untuk mengerti. Jangan berikan tekanan dan desakan kepada mereka yang berkenaan. Kerana lumrah manusia normal semuanya ingin berpasangan dan bukanlah pinta mereka untuk tidak bernikah. Cuma mungkin, Tuhan masih ingin mahu menguji dan menduga mereka, melambatkan pernikahan mereka.
Dan kepada yang berkenaan juga, terutamanya wali contohnya ayah dan abang. Silalah mainkan peranan anda sebaik yang mungkin. Bantu anak-anak anda, carilah jodoh yang baik untuk mereka. Jangan biarkan mereka hidup sendiri. Sesama sahabat dan masyarakat juga tidak harus bersikap lepas tangan, hulurkanlah tangan, ringankan beban. Ikhtiarkan dan usahakan agar mereka segera mendirikan rumah tangga. Besar ganjarannya membantu insan lain membina masjid dan moga-moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Demikianlah sedikit sebanyak komentar saya terhadap buku tersebut, jika mahu tahu lebih lanjut, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku itu di pasaran.
Wassalam.

May 5, 2011

Corat Coret Tinta Kehidupan 5 Mei 2011

Tetibe pagi nie aku terfikir, based on my own experience and my personal thinking…
Mengenai salah satu sikap masyarakt kte nie which is Ramai yang suke2 nk jadi penghukum, pengkritik, penunjuk salah dsb… Aku x laa nafikan yang maybe diorang nie ikut tuntutan ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’ la kirenya… Nie aku agak2 je arr ek… Nk mudahkan penceritaan ni senang aku bg contoh situasi laa, orang tegur kte itu salah, ini salah, itu tak kena, jangan buat cenggitu, jangan buat cenggini, ustaz cakap haram ada unsur2 hiburan & karaoke di walimah, haram p jomheboh laa dsb… Erm, ok la ko ada ilmu agama kan but ape alternative pada perkara2 yang ko kata tu? Apa yang boleh pulak ek… Huhu, Raihan pun ada nasyid die ‘berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah’. Ble kte tanye kenapa, xde pulak die nak huraikan bg kte sebab musababnya. (Nie especially pada kawan2 aku, maybe diorang nie quite mix adat & hokum agama so byk laa songehnye). Ade ker die suruh aku pk sendiri, die ingat nie cete Nabil ke pe? Hampeh… Kalau la aku pk sendiri cm pe yg die pk, xde arr aku  wat pe yg aku buat tu & die tegur lak aku… Huhu…
Aku akui aku nie bukan laa warak sangat ke pe, tapi aku masih suke menghadiri majlis2 ilmu nie. Aku x kire la ade orang nk label aku nie hipokrit ker pe… I do what I want to do when I want to do it… Hehe… Apepun aku nie boleh terima pendapat orang, ape2 nasihat yang relevan, lagi2 disokong fakta yang rasional, kalau ada nas2 quran serta hadis sahih lg ngam ho… Kan tuntutan gak dalam Islam untuk menyampaikan dakwah secara berhikmah, kalau nk tegur orang tu: Berpesan2 dgn kebenaran & dgn kesabaran. Untuk menghukum tu mudah, tapi please show us the way… Haha, masuk lagu Maher Zain la pulok… So, oleh kerana pikiran aku nie dangkal, akalku terhad bek aku share la artikel2 berkaitan sebagai bahan bacaan kite arinie…
Renung2kan, Mari kte berfikir & beramal.
Kisah Pertama:
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali, ulama dan pendakwah terkenal negeri Kelantan pada zaman silam, pernah menceritakan kisah seorang anak muda yang pulang bercuti daripada pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir. Sewaktu mendengar salah satu khutbah Jumaat yang dibacakan oleh imam kampung kelahirannya, ia mendapati si imam tersilap membaca teks khutbah. Lantas dia bertindak menegur kesilapan tersebut dengan cara berdehem sebanyak tiga kali. Imam menyedari kesilapan yang dilakukannya. Walau bagaimanapun dia tidak menerima bentuk teguran yang diberikan oleh anak muda itu, dengan anggapan ia memalukan dirinya di hadapan khalayak. Oleh itu apabila selesai mengerjakan solat fardu Jumaat, imam tersebut meminta sidang Jumaat menunggu sebentar untuk mendengar sepatah nasihat daripada anak muda tersebut.
Pada kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh si anak muda membicarakan persoalan ilmu pengetahuan agama, termasuklah menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam ketika membaca khutbah sebelum itu. Setelah si anak muda menyampaikan `ceramah'nya, lantas khatib mencadangkan kepada sidang Jumaat agar mencabut janggut anak muda itu sehelai demi sehelai sebagai tanda penghormatan dan keberkatan anak watan yang berjaya menyambung pengajian di universiti terulung dunia Islam.
Dengan perasaan bangga bercampur sakit dan marah akibat dicabut janggutnya, anak muda itu terpaksa membiarkan sidang Jumaat memperlakukan sesuka hati mereka. Apabila tamat percutiannya di kampung, ia balik ke Mesir dan mengadu kepada gurunya di Universiti al-Azhar perihal kelakuan imam dan penduduk kampung terhadap dirinya. Si anak muda terperanjat dengan jawapan yang diberikan oleh gurunya, dengan merumuskan bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam penyebaran mesej Islam. Namun, ilmu yang berkaitan dengan metodologi penyebaran risalah Islam juga penting supaya ia dapat memastikan kelangsungan penerimaan risalah tersebut.
Kisah ini memberikan satu petanda bahawa ilmu yang mendalam bagi seseorang pendakwah amat diperlukan ketika menyampaikan mesej Islam kepada golongan sasaran.
Kisah kedua:
Dakwah Perlu Berhikmah
Da'ie muda sekarang agak menyakitkan hati, sebagai da'ie haruslah bijak menangani masalah dan perkara buruk yang berlaku pada keadaan di sekeliling.
Kadang-kadang mulut cabul benar nasihat orang, bagaimanalah orang hendak lembut hati terima teguran.
Para da'ie muda perlu beringat! Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan dan orang yang punya hati dan perasaan. Jadi kita sebagai da'ie perlu fahami mereka.
Setengah kita sakit hati melihat orang yang suka berperangai 'gedik', 'bajet' dan 'menunjuk-nunjuk', selepas itu mulalah rasa hendak marah dan kutuk belakang-belakang, yang baik sikit ada pula yang tawarkan diri untuk menegur, tapi bila sudah ditegur macam buat tak tahu sahaja. Apalagi menyiraplah seluruh badan marah kepada dia!
Aduh, aduh, aduh, perlu KESABARAN! Mana ada orang boleh berubah sekelip mata, perubahan perlu 'step by step'.
Teguran pertama, mereka akan berfikir "Aku buat salah ke?". Jadi pada teguran pertama seseorang itu belum lagi mengalami proses penerimaan teguran. Mereka sedang mencari mana yang silap pada diri mereka.
Selalunya ego akan menguasai diri (tidak kira lelaki atau perempuan) dan mereka akan mencari jalan membela diri yang diri mereka tak salah.
Kita sebagai da'ie harus terima pendapat mereka dan cuba menerima sifat atau tabiat diri mereka yang sukar diubah, namun dalam senyap kita terangkan tabiatnya yang perlu diperbaiki!
Sebagai contoh :
01. Kalau orang suka bergurau secara melampau (sakitkan hati orang) dengan berpendapat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Apakah harus dibuat?
Katakan bahawa betul bergurau itu mengeratkan silaturrahim, tetapi setiap perkara ada baik dan buruknya kerana Allah menjadikan sesuatu benda memang ada sudut yang baik dan sudut yang buruk.
Dan antara semua perkara yang paling baik, adalah yang di tengah-tengah. Selepas itu, bagilah keterangan apa yang buruknya tentang bergurau secara melampau.
Tapi janganlah harap dengan sekali sahaja anda tegur mereka akan berubah, anda harus bersabar dan sentiasa mengingatinya.
Dalam proses menegur sekali lagi (mengingatkan mereka ketika buat salah), haruslah pandai mengambil hati mereka dengan memuji perbuatan baik yang mereka lakukan, dengan itu mereka akan rasa dihargai.
Boleh juga puji akan perubahan yang kita nampak pada diri mereka walaupun sedikit. Ketika itu juga kaitkan dengan prinsip akhlak agar mereka berminat dan tertarik dengan ciri seorang muslim sebenar sedikit demi sedikit.
Contoh lain :
02. Ketika kita melihat mereka sudah reda sedikit daripada bergurau secara melampau dengan kutuk-kutuk orang, Apa perlu kita buat?
Pujilah mereka, "Alhamdulillah, kan elok macam itu, tidaklah orang sakit hati, bahkan geli hati lagi dengan gurauan kamu, tidak macam dahulu, ada sahaja orang kutuk-kutuk kamu di belakang sebab tidak puas hati dengan kamu, kalau kamu buat lawak tidak jadi pun tidak mengapa, yang penting kita jaga 'hablumminallah' beserta 'hablumminannas'. Tidaklah tambah musuh, Allah pun suka!"
Lebih kurang begitulah, ikutlah ayat yang biasa kita guna sehari-hari, yang atas ini cuma contoh sahaja.
Apabila kita sudah rapat dan sentiasa ambil berat tentangnya, pada masa yang sama mereka akan sedar bahawa apa yang kita nasihat dan tegur adalah untuk kebaikan dirinya. Mereka akan fikir kembali untuk menjadi yang lebih baik dan cuba buang tabiat buruk mereka.
Yang penting, kita sebagai da'ie kena bagi sokongan, bukan tomahan kalau dakwah kita tidak berkesan. Kerana sebenarnya kesannya pada hati mereka bukan kelakuan, nafsu dan akal sedang berperang.
Mereka ini ada effort tetapi belum cukup kekuatan. Kita sebagai da'ie yang penyayang dan prihatin haruslah mendoakannya sentiasa dan memahaminya.
Tulisan ini hanya menunjukkan cara dakwah yang umum atau asas kerana setiap lorong dakwah mempunyai orang dan situasi yang berbeza. Jadi cara dakwah tidak boleh serupa sahaja.
Adakala perlu tegas, adakala perlu lembut. Tapi pastikan tegur bukan kerana marah dengan mereka. Marah dengan sikap mereka itu betul, tetapi sertakan kasih dan sayang pada diri mereka, agar mereka faham betul-betul niat kita.
Pandangan orang sekarang pada para da'ie 'poyo', 'bajet alim', 'perasan diri dia je betul', sakit hati kerana macam diri orang itu sahaja yang salah.
Maka para da'ie bersikap adillah dan jadilah qudwah hasanah.
- Artikel iluvislam.com

Apr 19, 2011

"Kowe mikir opo Nduk? Kowe ngenteni opo? Dadine kapan kowe kawin, Nduk?"

"Kowe mikir opo Nduk? Kowe ngenteni opo? Dadine kapan kowe kawin, Nduk?"
(Translation: Kamu mikir apa, Anakku? Kamu menunggu apa? Kapan kamu menikah, Anakku?)
"Apakah aku masih berkesampatan melihat kau duduk di pelaminan ya Nak."
"Sudahlah Bu. Kita serahkan semuanya kepada Allah. Jika Allah menghendaki apapun bisa terjadi."

Banyak perkara berlegar di mindanya. Matanya berkaca-kaca. Kalau tidak ada kekuatan iman dalam dada ia mungkin telah memilih sirna dari dunia. Ujian yang ia derita sangat berbeza dengan orang-orang seusianya.

Orang luar memandangnya cukup berjaya bagi yang seusia dgnnya.. Hidup berkecukupan, mempunyai pekerjaan yang terhormat dan boleh dibanggakan. Bagaimana tidak, mampu meraih keputusan cemerlang dalam setiap ujian sejak zaman persekolahan hingga meraih ijazah di peringkat Universiti seawal usia 22 tahun lagi. Tidak hanya itu, dia juga pernah mendapatkan penghargaan sebagai pelajar paling berdedikasi di kolejnya. Ia sangat disegani oleh sesama rakan dan dicintai oleh teman sekerjanya. Ia juga disayang oleh keluarga dan para tetangganya. Bagi lelaki seusianya, nyaris tidak ada yang kurang pada dirinya. Sudah berapa kali ia mendengar pujian tentang kejayaannya, mempunyai kereta yang berjenama luar negara, mempunyai rumah sendiri dsb..  Almost perfect life, kate orang puteh…

Hanya dia seorang yang tahu bahawa sejatinya ia sangat menderita. Ada satu hal yang dia tangisi setiap malam. Setiap kali bermunajat kepada Sang Pencipta siang dan malam. Ia menangisi takdirnya yang belum juga berubah. Takdir sebagai seorang pemuda yang belum juga menemukan jodohnya. Dalam seharian dia tampak biasa dan ceria. Ia bisa menyembunyikan derita dan sedihnya dengan sikap tenangnya.

Ia terkadang menyalahkan dirinya sendiri kenapa tidak menikah sejak masih punya ramai peminat dahulu? Kenapa tidak berani menikah ketika ramai kenalan keluarganya meminta menikahi anak mereka ketika dia tamat pengajian dahulu? Kenapa juga ble rakan sekerjanya dulu dok kenen-kenen kan die dengan sanak saudara mereka,  dia  tolak pula… Sebab usia wanita itu lebih sedikit dari dia ker? Hmm… Sekarang wanita itu dah bahagia & dah berhenti kerja dari sini… Huhu… Dia dulu memandang remeh hal ini. Dia menganggap takkan ada masalah pasal hal-hal jodoh  nie… Tapi hakikatnya ia menyeksa jiwa raga ku kini…

Apa sebetulnya yang ia kejar? Kenapa waktu itu ia tidak juga cepat dewasa dan menyedari bahawa hidup ini berproses. Ia menitiskan airmata. Dulu banyak mutiara yang datang kepadanya ia tolak tanpa pertimbangan. Dan kini mutiara itu tidak lagi datang. Kalau pun ada seolah-olah sudah tidak lagi tersedia untuknya. Hanya bebatuan dan sampah yang kini banyak datang dan membuatnya menderita batin yang cukup dalam. Matanya berkaca-kaca. Ketika ia sedar harus rendah hati. Ketika ia sedar prestasi sejati tidaklah semata-mata prestasi akademik. Ketika ia sedar dan ingin mencari pendamping hidup yang baik. Baik bagi dirinya dan juga bagi anak-anaknya kelak. Ketika ia sedar dan ingin menjadi Muslimin seutuhnya. Ketika ia menyedari, semua yang ia temui kini, adalah jalan terjal yang panjang yang menguji kesabarannya. Umurnya sudah tidak muda lagi. Dua puluh enam tahun. Teman-teman seusianya sudah ada yang memiliki anak dua, tiga, empat, bahkan ada yang lima. Adik-adik juniornya, bahkan sudah banyak yang telah bernikah. Sudah tidak terhitung berapa kali dia menghadiri pernikahan teman-temannya. Dan dia selalu hanya bisa menangis iri menyaksikan mereka berhasil menyempurnakan separuh agamanya.

Hari ini dia kembali diuji. Meskipun pahit ia merasa masih akan bersabar meniti jalan terjal dan panjang sampai ia menemukan mutiara yang ia harapkan. Tapi bagaimana ia harus kembali memberikan pemahaman kepada ayah-ibunya yang sudah mulai renta? Tapi ia tidak mau asal menikah. Menikah adalah ibadah, tidak boleh asal-asalan. Harus dikuati benar syarat rukunnya. Meskipun ia tahu ia sudah jadi teruna tua yang sangat terlambat menikah, namun ia tidak mau gelabah dalam memilih ibu untuk anak-anaknya kelak.
"Saya pernah mendengar Baginda Nabi Muhammad Saw., pernah bersabda, 'Al 'ajalatu minasy syaithan. Tergesa-gega itu datangnya dari syaitanl' Saya tidak mahu tergesa-gesa. Saya tidak mau mengecewakan siapapun. Termasuk diri saya sendiri. "Saya tidak menunggu yang bagaimana-bagaimana. Saya menunggu wanita soleh yang pass di hati saya. Itu saja." Saya hanya ingin isteri yang baik agamanya. Baik imannya dan mampu jadi teladan untuk anak-anak kelak. Itu saja.

 "Ya Ilahi jika aku punya dosa, ampunilah dosaku. Cukupkanlah ujian-Mu. Aku mohon mudahkanlah jalanku menyempurnakan separuh agamaku sesuai syariat-Mu. Mudahkan diriku menyempurnakan ibadah kepada-Mu."

 "Yang sudah terjadi biarlah berlalu. Diratapi seperti apapun tak akan kembali. Jodoh itu terkadang dikejar-kejar tidak tertangkap. Tapi terkadang tanpa dikejar datang sendiri. Yang paling penting adalah dekat dengan Allah dalam keadaan susah dan bahagia. Senang dan sedih." Sabarkan dirimu. Kuatkan imanmu. Ini ujian bagimu dari Allah, apakah kau jadi hamba-Nya yang pilihan apa tidak. 

Kata Rasulullah, semua perkara bagi orang Mukmin itu baik. Jika dapat nikmat bersyukur, dan jika dapat musibah bersabar. Sejak itu, dia nyaris tidak pernah meninggalkan shalat malam. Ia labuhkan segala keluh-kesah dan deritanya kepada Yang Maha Menciptakan. Ia pasrahkan dirinya secara total kepada Allah. Dalam keheningan malam ia berdoa,

"Ya Rabbi, ikhtiar sudah hamba lakukan, sekarang kepada-Mu hamba kembalikan semua urusan. Ya Rabbi, aku berlindung kepada-Mu dari semua jenis kejahatan yang terjadi di atas muka bumi ini. Ya Rabbi, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang Engkau ketahui. Dan aku berlindung kepada-Mu dari segala hal buruk yang Engkau ketahui."

Kebahagiaannya malam itu menghapus semua derita yang dialaminya. Tasbih selalu mengiringi tarikan nafasnya. Ia semakin yakin, bahwa Allah bersama orang-orang yang sabar dan ihsan. Malam itu, benar-benar malam kesaksiannya atas Tasbih, Tahmid dan Takbir Cinta yang didendangkan Allah 'Azza wa Jalla kepadanya. Subhaanallaah Wal Hamdulillaah, Wa Laailaahaillallaahu Wallaahu Akbar!

19.4.11 my rumblings… uhuhu

Banyak perkara berlegar dalam pikiran aku nie… Haha… Waktu untuk menulis lerr, zaman dolu2 kte gune diary ke pe benda tok corat coret… So, bler dh zaman Sains Teknologi nie of cos ler kte gune blog post jer… hehe… So my rumblings 4 today is:

Dulu aku tak macam ni. Masih teringat waktu awal aku memasuki sekolah sains, ia adalah saat yang paling aku suka. Aku banyak belajar tentang agama, tentang kehidupan. Daripada tak tahu apa-apa, aku belajar banyak benda dalam kehidupan. Daripada tak tahu tentang agama, aku banyak belajar halal dan haram, baik dan buruk. Daripada aku tak rajin solat, aku biasakan diri dengan solat wajib dan sunat. Aku rindu saat aku di sekolah berasrama dulu.

Bila dah habis sekolah, aku masuk ke universiti. Aku mula lalai dengan kehidupan dunia. Aku mula berjinak-jinak dengan kehidupan sosial. Aku mula lupa tentang agama, lupa tentang halal dan haram. Faktor memilih kawan juga menjadi salah satu sebab aku hanyut dalam dunia dan lupa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Tapi aku tak ada masalah dalam berkawan sama ada dia baik ke, jahat ke, cacat ke atau sempurna, aku tak memilih kawan langsung. Janji aku suka ada ramai kawan.

Bila dah mula bekerja, aku makin lalai dan lupa mengerjakan kewajipan. Aku lupa tentang hukum hakam. Tapi alhamdulillah aku tak terlalu terjebak dengan perkara yang menyesatkan lagi hina. Dunia ni memang indah dan ramai manusia suka memilih dunia daripada memilih akhirat. Ia adalah satu lumrah di mana dunia ini penuh dengan keseronokkan namun pada hakikatnya dunia ini sementara dan akhirat adalah kekal selamanya.

Aku ingin sedar. Aku ingin berubah. Ya, berubah kepada yang lebih baik. Aku rindu untuk menjadi seorang yang sentiasa ingat kepada yang maha pencipta. Aku harap niat aku ni Allah permudahkan dan usaha aku untuk menjadi seorang yang lebih baik akan diberkati dan ditolong Allah. Segalanya kena bermula dengan solat. Jika tak lengkap solat seseorang tu, tak teguhlah agama yang ada padanya. Mungkin doa ibu bapaku di Mekah Allah kabulkan. Allah bukakan hati aku untuk berubah.
Kini kehidupan yang berbaki beberapa lama lagi akan aku gunakan sebaiknya. Aku tak mahu lupa kepadaNya lagi. Dia berikan rezeki setiap hari dan aku malu sebab guna rezeki dariNya tanpa sujud dan syukur kepadaNya. Dia berikan aku nafas dan nyawa untuk hidup di dunia menikmati segala yang terbentang dan melampaulah aku jika aku tak ingat langsung padaNya. Aku nak jadi lebih baik dan aku tak nak fikir banyak perkara pasal kehidupan lagi. Biar Allah tentukan dan aku kena usaha juga.
Kehidupan sebagai pekerja sekarang akan aku gunakan sebaiknya. Aku nak bekerja mencari rezeki yang telah ditetapkan Allah untukku. Sebenarnya rezeki ni ada di mana-mana, hanya tinggal kita nak cari saja. Jika dah cari tapi tak jumpa, maka tunggulah sama ada ia cepat atau lambat datang. Jika di dunia tak ada rezeki kita, di akhirat Allah akan bagi. Doa juga penting untuk dapatkan rezeki.

Sahabat aku ada kongsikan satu doa untuk minta dimurahkan rezeki dan aku ingin kongsikan bersama korang semua.
“Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia ada dibumi, keluarkanlah ia dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu. Dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih. Aminnn…”

Apr 17, 2011

DIRI MU BIDADARI, SANUBARIKU....

Bidadariku,
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku

Bidadariku
Seorang perempuan solehah yang akan jadi bidadariku, yang akan aku cintai sepenuh hati dalam hidup dan mati, yang akan aku harapkan jadi teman perjuangan merenda masa depan, dan menapaki jalan Ilahi, itu siapa? Aku tak tahu. Ia masih berada dalam alam ghaib yang belum dibukakan oleh Tuhan untukku. Jika waktunya tiba semuanya akan terang. Hadiah agung dari Tuhan itu akan datang.

Apr 15, 2011

Kenapa cinta susah datang?

Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,


Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu


Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan


Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan