Nov 1, 2013

Perbelanjaan sara keluarga paling baik di sisi Islam

Perbelanjaan sara keluarga paling baik di sisi Islam

Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad, hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu perbelanjaan kerana kaum keluarga, untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan kawan-kawan kerana menegakkan agama Islam.

Faedah berbelanja 

Islam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal. 

Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.

Belanja paling baik di sisi Islam

Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW: “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan wang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu.” (Riwayat Muslim) 

Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan saja. Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.Antara perbelanjaan yang paling baik di sisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali zakat yang wajib.

Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.

Jun 21, 2013

Perkongsian & kupasan perihal mencela ibu bapa

Tiba-tiba terdetik ingin dikongsikan mengenai perihal mencela ibu bapa sebagai panduan dan peringatan kita bersama. Saya ini juga insan yang dangkal pemikiran & ilmu ku terhad namun cuba berkongsi apa yang boleh setakat terdaya. Wallahualam.. Semoga bermanfaat.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu membenci bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir. (Riwayat Muslim) 

Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak mereka sama seperti anak berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. Islam melarang keras anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. 

Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Tunjuk pergaulan baik Oleh itu bagi mendapatkan anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak. Apabila anak soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain. 

Daripada Abdullah bin Umar, Nabi Muhammad bersabda: Percayalah perbuatan berbakti yang paling besar adalah apabila seseorang itu menjaga hubungan baik dengan orang yang dikasihi ayahnya. (Riwayat Muslim) 

Dosa besar 
Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda: Antara dosa besar adalah jika seorang itu memaki hamun ibu bapanya sendiri. Sahabat bertanya: Wahai utusan Allah, apakah ada orang yang sanggup memaki hamun ibu bapanya sendiri? Baginda menjawab: Ya, apabila seseorang itu memaki ayah orang lain dan orang itu pula memaki ayahnya. Seseorang yang memaki ibu orang lain dan orang itu memaki ibunya pula. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jun 9, 2013

Kehidupan merupakan ujian

Seluruh kehidupan merupakan ujian. Namun ramai yang tidak sedar atau tidak ambil kisah dengan konsep kehidupan ini. Ada yang menyangka laluan kehidupan ini seolah-olah tidak bernokhtah. Sudahkah kita dibacakan ayat 214, surah Al-Baqarah yang bermaksud,

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Allahu Akbar!

Rupa-rupanya Allah sengaja menguji hambaNya dan meminta kita bersabar dengan tunduk sujud menyembahNya. Akhirnya setiap ujian yang disertai dengan "sabar dan solat" mendapat pertolongan Allah SWT. Ia di luar batas pemikiran manusia. Namun, Allah juga bercerita tentang tingkahlaku manusia yang tidak tahu bersyukur apabila penyelesaian yang diberi Allah tidak memenuhi kehendak hati mereka.

Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang tidak manusia ketahui? Masih belumkah kita dibacakan dengan surah Al-Fajr, ayat 15-16 yang bermaksud,

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!

Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!

Allahu Akbar! Bergetar hati sanubari apabila dibacakan ayat ini. Ya Allah janganlah kiranya daku termasuk dalam golongan hamba yang tidak tahu mensyukuri nikmat limpah kurnia dariMu.

Di dalam surah An-Nisa’ ayat 147, Allah telah nyatakan, 

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Jun 7, 2013

4 Tahun 4 Bulan : semoga kita bersama mengambil peringatan.

  • Sebuah kisah menyentuh hati, tetapkan matlamat hidup kita & keluarga kita pada apa yang sepatutnya agar tidak menyesal di kemudian hari. Terutama buat pasangan-pasangan yang masing-masing berkerjaya. Semoga kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran & kesabaran, agar perkongsian-perkongsian kita membawa manfaat yang akan mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana di akhir kehidupan kita sudah pasti akan bertemu kembali dengan Rabb Ilahi.


    Kisah ini dipetik dari laman web Prof Kamil Ibrahim, tulisan roza roslan & boleh dibaca di link sperti berikut:


    http://www.muhdkamil.org/pensyarah_tamu/roza_roslan


    4 Tahun 4 Bulan

    13 Rejab 1434

     Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

    (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

    Surah al-Insan, ayat 2 dan 3.

    Alhamdulillahirabilalamin! Terima kasih Allah. 
    Allah.. Allah ya Allah. Itulah ucapan yang keluar dari bibir hampir setiap pagi apabila membuka mata. Kami masih berada di rumah kecil berhadapan Jabal Uhod. Bernafas di bumi Allah, berpijak di bumi anbia’. Dalam berjuta umat Islam yang impikan tinggal di bumi Rasullah SAW, kami sekeluarga berada di sini. 
    Allahu Akbar. Di sini kami berpeluang mengenali banyak wajah. Kami memerhatikan pelbagai tingkahlaku dan gelagat manusia yang digambarkan di dalam quran. Sungguh benar, barangkali ketika bersembahyang di dalam masjid al-Nabawi – tiada siapa yang peduli – darjat, pangkat, keturunan malah berapa banyak harta yang kita miliki. Siapa sahaja mampu bersembahyang di saf yang sama. Apa yang membezakan mereka di sisi Allah adalah yang lebih taqwanya. 
    Di dalam surah al-Hujurat, ayat 13 Allah berfirman;
     Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

    Malahan Allah berpesan, agar tidak berlaku sombong sesama manusia melalui surah al-Israa’ ayat 37 firman Allah bermaksud;
    Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

    Namun, manusia sifatnya suka bermegah-megah dengan pencapaian diri, kejayaan anak-anak, harta benda, pangkat darjat dan kuasa yang dimiliki. Walaupun hanya baru berkenalan, mereka sudah mahu memperagakan ciri-ciri kelebihan yang dimiliki.
    Ini kad perniagaan saya. Alamat dan nombor telefon ada tercatat di belakang.

    Biasanya kami tidak mahu melihat latar belakang apabila menerima tetamu Allah di rumah kecil kami. Bimbang terasa kekok jika tidak berbahasa – barangkali mereka bergelar Tan Sri, Datuk, Professor, Tengku atau Tuanku. Biar kami melayani mereka secara sama rata, dengan izin Allah kerana Allah.
    Biar mereka menerima kami seadanya. Rumah kecil kami di Jabal Uhod tiada berkerusi meja. Tiada apa-apa. Jadi, setiap kali mempersilakan tetamu Allah masuk ke rumah – secara berseloroh kami mempelawa;
    Haji dan Hajjah. Jemput masuk. Silalah bersila.

    Di rumah kecil kami, hidangan disediakan di dalam dulang besar. Ada yang  menyeduknya ke dalam pinggan pelastik masing-masing dan ada yang makan di dalam dulang beramai-ramai. 
    Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar! Setelah tetamu pulang ada yang memaklumkan tentang tetamu yang berkunjung ke rumah kami. Barulah kami mengetahui latar belakang mereka. Dalam diam hati berbisik-bisik perlahan; 
    Mohon maaf – Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Professor, Dr, Tuanku dan Tengku –  jika kami tidak melayani seperti yang sepatutnya.

    Allahu Akbar!
    Salah seorang tetamu Allah yang pernah mengunjungi rumah kami menghubungi melalui e-mail. Beliau membahasakan dirinya sebagai kak Engku. Rupa-rupanya beliau salah seorang kerabat di raja. Bekas isteri pembesar. Namun dalam bahasa merendah diri beliau menulis panjang; 
    Kak engku suka melihat puan – suami isteri – melayani tetamu. Terasa sayu apabila melihat bagaimana seorang tua sanggup datang walau bertongkat. Bertambah sayu melihat tuan puan melayani mereka.

    Allahu Akbar! Kak Engku pernah berpeluang melayani tetamu ketika suami bertugas di keduataan di luar negara.  Namun tetamu kita berbeza perawakannya.

    Sungguh benar. Tetamu kami jemputan Allah. Mereka datang beribu batu, bertahun-tahun mengumpul wang dan tidak jemu-jemu memohon agar dijemput Allah ke Tanah Suci menunaikan haji atau umrah. Terpancar kebahagiaan apabila diterima menjadi tetamuNya. Kebanyakannya, tutur kata luhur dari hati yang ikhlas. 
    Mereka sudah bersedia untuk berubah menjadi orang baru yang diredhai Allah. Mereka mahukan haji yang mabrur dan umrah yang diterima oleh Allah. 
    Dalam setahun hanya beberapa bulan sahaja kak Engku dapat menemani suami di Luar Negara, menghabiskan cuti tahunan dan dicampur cuti tanpa gaji.

    Katanya, beliau sayang melepaskan jawatan tinggi, kuasa serta gaji lumayan. Beliau salah seorang pengarah di dalam sebuah syarikat yang besar. Beliau menolak setiap kali suami merayu agar beliau tinggal lama bersamanya. Alasannya anak-anak masih bersekolah. Apabila anak-anak mulai membesar dan memasuki universiti, suami berusaha mendapatkan universiti di negara tempat beliau bertugas. Mereka berjaya mendapatnya. 
    Beberapa kali suami memujuknya agar berhenti kerja untuk tinggal bersama di Luar Negara. Mereka mahukan kehidupan berkeluarga. Mereka mahukan seorang ibu yang menguruskan keperluan mereka. Kak Engku masih menolak walaupun beliau berseorangan di Malaysia. 
    Allahu Akbar! 
    Kak Engku mencipta alasan lain. Hakikatnya, beliau bimbang melepaskan jawatan yang disandang. Takut-takut kebosanan menjadi suri sepenuh masa. Juga, bimbang suami akan mempersia-siakannya. Akhirnya, anak-anak berjaya menamatkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan yang baik. Ada pula berumahtangga. Suami pula di arah berpindah tempat bertugas di negara lain. Kak Engku menulis lagi, 
    Kerasnya hati ini. Langsung tiada simpati kepada anak dan suami. Bagi kak Engku, kerjaya harus diletakkan nombor satu.

    Kuasa Allah, ketika kegawatan ekonomi memuncak, syarikat mereka terjejas teruk. Syarikat terpaksa menghentikan ramai pekerja. Malahan ada pengarah menarik diri secara sukarela. Akhirnya yang tinggal beberapa kerat. Mereka inilah yang berhempas pulas memulihkan kembali kestabilan syarikat. Kak Engku salah seorang yang terpaksa berkerja berlipat kali ganda usahanya. 
    Tekanan ekonomi dan tekanan perasaan sangat hebat. Bertimpa-timpa melanda. Kak Engku tiada berpeluang bersuka-suka apatah lagi untuk mengambil cuti menemani suami. Kak Engku sedar mereka merasa hampa. Kecewa dengan sikap kak Engku yang mementingkan diri sendiri.

    Apabila mencecah usia pertengahan 50an, suami memujuk lagi. Kali ini, kak Engku termasuk hati dengan ucapan yang dilafazkan oleh suami. Masih tengiang-tengiang kata dihujung telefon, 
    Apa yang you mahukan dengan harta benda dan wang yang melimpah ruah? Kita semakin tua – anak-anak sudah berkeluarga – mereka semakin tidak memerlukan kita. Lagi pun, hidup kita semakin singkat. Kita sudah hampir mati. Pangkat, kuasa, hartabenda dan wang ringgit tidak di bawa ke kubur.

    Kak Engku terduduk. Ia benar-benar menusuk jantung. Diam-diam beliau bermuhasabah diri. Mengenangkan betapa banyak masa yang telah dipersia. Akhirnya beliau mengambil keputusan bercuti untuk bersama suami. Beliau nekad. Syarikat yang digalas selama ini sudah tidak menjadi isu penting lagi. 
    Kak Engku mengambil cuti mengikut suami selama setahun. Beliau tidak tahan berdiam diri lalu tahun berikutnya beliau belajar secara sambilan. Beliau memohon cuti belajar. Begitulah. Kak Engku menulis lagi, 
    Empat tahun bersama keluarga merupakan tempoh yang sangat hebat dan bahagia yang pernah dirasainya. Anak-anak menziarahi mereka dan suami kelihatan sangat gembira. Di hujung minggu, kami berjalan menghirup udara pagi sambil berpimpinan tangan.

    Kak Engku dan suami pulang ke Malaysia apabila suami tamat tempoh perkhidmatan wajib. Beliau pula kembali bertugas. Selama tiga bulan hatinya mula meronta-ronta mahu berhenti kerja. Beliau terasa sudah berusia dan mahu beramal ibadat bersama suaminya. Suaminya menyatakan,
                 Bersara sahajalah. Mari kita menunaikan haji.
     Sungguh, ibadat itu sahaja yang belum ditunaikan lagi. Suaminya telah beberapa kali mengerjakan umrah bersama anak-anak dan sekali menunaikan haji tanpa kak Engku. Kali ini beliau sudah bersedia. Lalu ia diterjemah dengan mendaftar dengan salah sebuah syarikat swasta.
    Kemudian, kak Engku melihat suaminya berubah tingkah laku. Beliau lebih banyak beriktikaf di masjid.  Suatu hari – setelah pulang dari  masjid – suami berpesan kepadanya,
    Kata ustaz, kita dan zuriat keturunan beriman, Insya Allah dapat bertemu semula di syurga dengan rahmatNya. Zaman muda sudah berlalu – marilah kita bertaubat dan beramal ibadat kerana Allah. Allah maha pengasih lagi penyayang – Dia mengampunkan dosa-dosa hamba yang memohon keampunan dariNya.

    Tidak mahukah kita bertemu kembali di syurga?

    Pesan kepada anak-anak agar tidak meninggalkan sembahyang. Jangan syirik kepada Allah. Pangkat, darjat, bangsa keturunan dan harta benda tidak menjamin masuk syurga. Pesan kepada anak perempuan agar aurat sentiasa dijaga dengan sempurna. Maafkan saya kerana selama ini tidak bertegas sebagai ayah dan suami.

    Tidak mahukah kita bertemu kembali di syurga?

    Kata kak Engku,
    Saya gelihati melihat tingkahlaku suami berlagak seperti ustaz. Saya tidak menghiraukannya dan membiarkan beliau sendirian di sofa.

    Keesokan harinya, beliau menunggu suami pulang dari masjid untuk bersarapan. Namun suaminya tidak muncul-muncul. Telefon tangan suami yang dihubungi berdering di sofa. Lebih teruk lagi kak Engku tidak mengetahui di manakah masjid yang sering dikunjungi oleh suaminya selama ini.
    Allahu Akbar!
    Pada siapa mahu mengadu? Di manakah kariah masjid yang sama-sama bersembahyang dengan suaminya? Puas beliau menelefon kaum kerabat dan sahabat handai namun tiada yang tahu. Ada yang mencadangkan agar beliau membuat laporan polis.
    Pada ketika itu beliau benar-benar terasa kehilangan suaminya. Jika semalam kak Engku tertawa tetapi kini beliau terasa seluruh alam mentertawakannya.  Lalu beliau terfikir – sedangkan di dunia beliau tidak tahu di mana suaminya – inikan pula di padang mahsyar!
    Dapatkah kami bertemu kembali di syurga? Layakkah isteri sebegini bertemu suaminya di syurga? Apakah daku menepati ciri-ciri wanita untuk memasuki syurga?

    Ketika ini jugalah Allah memberi ilham. Pesan suami agar solat sunat dua rakaat dan tunduk sujud mengadu kepada Allah jika menghadapi sebarang masalah menerpa minda. Sungguh benar, tiada sesiapa yang dapat membantunya selain Allah!
    Ia kisah bernokhtah. Ketika hampir zohor, sebuah kenderaan polis muncul di perkarangan rumah kak Engku. Benar, apa yang dikhuatiri dan fikirkannya menjadi kenyataan. Suaminya pergi buat selamanya. Jenazahnya dijumpai telah meninggal dunia di parkir kereta. Bersamanyaa empat keping roti canai dan dua bungkus teh tarik.
    Allahu Akbar!
    Rumah besar, hartabenda, pangkat, kuasa dan limpahan wang ringgit tidak dapat mengembalikan suaminya yang terlalu baik hati. Suami yang sentiasa berpesan-pesan mengajak isteri dan anak-anak ke arah kebaikan. Suami yang berdoa mahu bertemu isteri dan zuriat keturunannya di syurga.
    Kak Engku mengakhiri kisahnya dengan menyatakan,
    Anak-anak dan seluruh keluarga mempersalahkan saya kerana membiarkan suami sendirian. Selama ini memang mereka tidak berpuas hati kerana sikap saya yang tidak mahu menemani suami. Saya seorang isteri dan ibu yang gagal di mata mereka.

    Kini beliau sendirian. Namun, biarlah di akhir hayatnya beliau mahu menghabiskan usia tuanya dengan menghampiri kepada Allah SWT. Dia yang Maha Pengampun. Benar, beliau merindui suaminya dan terkenangkan 4 tahun 4 bulan terakhir ketika saat-saat bahagia bersamanya. Beliau mahu bertemu kembali suami di syurga.
    Masa yang berlalu telahpun berlalu. Terlalu banyak yang telah dipersiakan. Hari ini, beliau mahu mengutip sisa-sisa yang ada dengan tunduk sujud kepada Tuhan. Berseorangan.
    Lalu, nikmat Allah yang mana satukah mahu didustakan?

Apr 2, 2013

Corat Coret: Sebulan Bergelar Suami


Jodoh itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita tenang, bertambah rasa aman, malah bertingkat keimanan.

Yang sedih jadi gembira, yang lemah jadi kuat, yang takut jadi berani, yang gagal jadi berjaya dan yang seorang jadi sempurna berdua.. Carilah si dia yang buat anda rasa begitu..


Alhamdulillah, Allah dah temukan ku dengan jodoh yang baik, serasi & hari ke hari semakin bertambah rasa sayang & kesyukuran kepada Ilahi kerana menjodohkan ku dengan nya. Kini telah genap lebih sebulan kami menjadi suami isteri. Meski masih berjauhan (Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan meluluskan permohonan perpindahannya ke JB) namun tautan hati sentiasa kukuh.

Bak kata orang tua-tua kita, bertemu tidak jemu & berpisah usah gelisah. Kerana ku mencintainya kerana Allah. Bersama kami selari dalam perjalanan kehidupan dengan matlamat akhir memperolehi redha Ilahi, kerana di akhir kehidupan ini kami pasti akan bertemu denganNya.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."

-Surah Al-Furqan: 74-

Untung orang yang mendapat jodoh & dah berkahwin nie, nak dapat hapus dosa dari Allah.

"Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” (Al-Hadith)

SubhanAllah

Mar 19, 2013

Corat Coret 19.03.13


Assalamualaikum,

Lama juga rasanya tidak mencoret di sini, agak sibuk bila bekerja, belajar & berkeluarga nie. Tanggungjawab kerja tidak pernah berkurang, bertambah ada lah. Mungkin GM nak bagi challenging task to enable me for promotion. Alhamdulillah, kalau berjaya menyahut cabaran tugasan yang cukup mencabar nie. Takut juga dan kekadang berfikir, naik gaji cam biasa tapi tak nak naik pangkat boleh tak? Sebab bukan apa, takut tengok peringkat pengurus ke atas kat pejabat tu. Ramai sangat stress, sampai sakit jantung dan pelbagai penyakit lagi lah. 

Selesa juga jadi eksekutif ni, kalau tak ada tambahan bebanan kerja melampau dari yang sedia ada. I am more to a family man, harap ada kerjaya & pendapatan stabil sudah cukup rasa nya. Biar ada masa untuk luangkan bersama keluarga, membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian & kasih sayang, membawa isteri melancong ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara saban tahun kelihatan lebih menarik dari tekanan kerja peringkat pengurus.

Apa lagi yer nak share di sini.. Berkaitan pengalaman menjadi pelajar Master. Buat part time nie memang sedikit menekan juga, apatah lagi GM tak berapa menggalakkan buat masa ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master. Mungkin pengalaman beliau tidak berjaya menyudahkan MBA nya di Berkeley, dan hanya dianugerahkan post grad diploma menyebabkan dia begitu.

Tapi kami Group MBA Januari 2013 OUM Johor Bahru ada strategi kami tersendiri. Kami menubuhkan Study Group yang saling berkongsi maklumat, menyokong dan mendorong semangat masing-masing untuk terus menyelesaikan tugasan yang menghimpit kami. Mujur, just barely submit on time for all the deadline given. My class mate, you all rocks lah. 

Pasal salah satu assignment, ada cerita suka duka di sini. Bila mana perlu menghantar tugasan tersebut, masa semakin suntuk yang berbaki untuk menyudahkannya. Kerangka asas sudah ada, iaitu bahan-bahan mentah assignment seperti annual report, artikel dari internet, buku nota kelas dan buku rujukan management terbentang. So, bila bahan semua dah lengkap. Chef hanya perlu memulakan proses penyediaan tugasan tersebut.

Bermula pada jam 7 hingga 7.30.. Lebih 12 jam diluangkan untuk menyudahkan tugasan in one shot dan terus print. Terlupa nak makan lunch dan dinner sampai aritu. 8.30 malam pula terus berkumpul di ofis kawan kami di Setia Tropika. Nak selesaikan subjek ekonomi pula. Mujur malam tu perbincangan lancar dan cepat.

Esok hari nya pula datang ke ofis cukup awal untuk sediakan bahan pembentangan dalam mesyuarat jawatankuasa khas. Hai, GM lantik jadi secretary mesyuarat tu kan. Banyak kerja nak buat sebenarnya. Mujur staf-staf lain banyak membantu dalam penyediaan bilik mesyuarat, jamuan, laptop & projektor dsb. Selesai satu lagi tugasan dengan jayanya.

Hari nie, buka emel lecturer maklumkan:

Dear Syaiful

Askum

Your overall mark is 50/60 a good attempt.  Highest score is 52/60. 

Areas which could have done better:

1. For Leadership Behaviour, how the leader makes use of knowledge, experience, character and values for the organization.  Their relationship with above & below levels, use of power, decision making style, adaptability.  

2. Motivation - should include how a good leader (not JCorp per se) motivates through interpersonal communication and managerial skills via power and authority at his disposal.  Also through challenging job design, knowing needs and satisfying them, empowerment, performance assessment & attractive reward system.

3. Quality & Innovation - these are some of the drivers of Competitive Advantage.  To ensure quality, there must be good R&D and feedback for continuous sustainment & enhancement. Innovation must be encouraged not only through R&D but also reward and performance systems.  You may need to read up Competitive Advantage and sources.
 
Lastly, take note of the question points so as not to leave anything out.  Hope these comments highlight areas you need to work on for exams.

Good luck with exams!

Regards.


Let me share part of this assignment:
BMOM5203 - ORGANISATIONAL & BUSINESS MANAGEMENT
NATIONAL CORPORATE PERSONALITY: 
TAN SRI DATO’ MUHAMMAD ALI HASHIM
I had known the former chairman and CEO of the Johor Corporation (JCorp) and Kulim Malaysia Berhad (KMB), Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim for almost two years. Sometimes deal with his senior officers and often get to know about the subsidiaries development of JCorp such as KPJ Helathcare, Sindora Berhad, Johor Land, KMB, KFCH and QSR Brands Berhad . Throughout my being an executive in one of the company which is KMB, I am very comfortable working and so easy to get the views and ideas of him. To be honest I have to say, he was one of the very CEO I admire and respect. Methods and strategies Tan Sri Ali Hashim to apply Islamic Concept in the organization under his administration should be praised and given awards.

I know Tan Sri Ali Hashim through idealism that is often a multi-party discussion of "Business Jihad" and "Economic Jihad" and I am pretty lucky to have time to hear, discuss and learn with him in respect of both these concepts.

He is a proven successful corporate figures that could translate the New Economic Policy in a very practical ways and implementing Islamic morals in organizational management so effective. This combination creating a unique identity for JCorp and it help to drive the organisation to excellence. I believe in his way to separate corporate world with the political world rhythm that makes defamation and lies, as magic tool to prove the greatness. That is why he makes an enemy of many politicians because he honestly manages JCorp as pure business entity and makes it rise to the greatness.

Mar 14, 2013

Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?

Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?


Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.


Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?






Kerana itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.


Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.


Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.


Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.


Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.


Dulu Mrs Teddy pun tidak faham kenapa saya mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan kepada beliau kenapa saya jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya. (thanks dear~) 


Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya.  

Source: Forum Cari