May 10, 2012

"Adakah dia benar-benar mencintaiku?"


Wowww bagaimana dengan tajuk yang saya pilih kali ini? 
Menarik or tertarik ? :-)
 
Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya 
sesuatu yang sukar.  Dalam memilih pasangan hidup juga, 
kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping 
mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.  
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.  
 
 
"Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini 
mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup syaiful yang sah.
 
 
Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu 
mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.  
 
 
Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang 
membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku.  Dan ada 
pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.  
 
 
Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan 
pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak 
dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
 
 
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu syaiful tahu 
tentang sesuatu yang tidak diduga:
 
1.  Orang yang mencintai syaiful tidak perlu memberikan 
alasan punca dia mencintai syaiful.  Yang dia tahu, di mata 
dia, syaiful lah satu-satunya....woww
 
2.  Orang yang mencintai syaiful mungkin jarang memberikan 
pujian, tetapi didalam hatinya syaiful adalah yang terbaik 
dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr
 
3.  Orang yang mencintai syaiful mungkin akan marah atau 
mengeluh jika syaiful tidak membalas pesanan atau 
panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu 
yang buruk terjadi pada syaiful.
 
4.  Orang yang mencintai syaiful hanya menjatuhkan air 
matanya di hadapan syaiful.  Ketika syaiful cuba untuk 
menghapuskan air matanya, syaiful telah menyentuh hatinya 
dan hatinya selalu berdegup untuk syaiful.....sayunyaaa
 
5.  Orang yang mencintai syaiful akan mengingat setiap kata 
yang syaiful ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan 
dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada 
waktunya....wowww
 
6.  Orang yang mencintai syaiful tidak akan memberikan 
janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu 
mengingkari janjinya.  Dia ingin syaiful mempercayainya dan 
dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat 
selamanya.....romantis nyerrrr
 
7.  Orang yang mencintai syaiful mungkin tidak mengingati 
tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun syaiful 
tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap 
mencintai syaiful.... bestnyerrr
 
8.  Orang yang mencintai syaiful mungkin tidak mahu 
melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana 
segala yang dia lakukan untuk syaiful melalui perbuatan 
adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya 
mencintai syaiful......TQqqqqq
 
9.  Orang yang mencintai syaiful selalunya berusaha 
membuatkan syaiful tersenyum dan tertawa walaupun 
kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!
 
10. Orang yang benar-benar mencintai syaiful akan membalut 
hati syaiful yang pernah terluka dan menjaganya dengan 
setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan
syaiful apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa
menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya
 
 
Jika si dia yang merupakan teman hidup syaiful & tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata 
tentang sejauh mana dia menyintai syaiful, maka terimalah dia seadanya.  Bersyukurlah kerana dia kini telahpun 
menjadi milikmu.....
 
Sekian......
 
 
 
Yang ikhlas,
Syaiful aka ariel
 

May 6, 2012

Muhasabah Cinta

"
Assalamualaikum sahabatku sekelian..
Hayatilah madahku ini buat renungan bersama,
Andai ada cinta,janganlah ada benci.
Andai ada benci,segeralah memaafi.
Andai ada cinta,janganlah mengkhianati.
Andai ada khianat,segeralah insafi.
Andai ada cinta,janganlah mendustai.
Andai ada dusta,segeralah berhenti.
Andai ada cinta,belajarlah untuk syukuri..
Andai tidak disyukuri,bimbang cinta tiada lagi..
"

Bercinta & Mencintai

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.
Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Jika dia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia boleh mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.


May 5, 2012

Ibrah dari hari ini, 5 Mei 2012

Hari nie ekceli kte g Ceramah mengenai topik Angin Ahmar
oleh al Fadhil Ustaz Hanafiah Abd Razak, salah seorang Ustaz di Program Tanyalah Ustaz TV9.

Before kte g ke ceramah nie, kte tunggu majlis mula kat lobi Dewan Ceramah atau Club House.
Ustaz yang anjurkan ceramah nie bercerita berkaitan Poligami sebab kte bawa Solusi yang muka depan diye ade tajuk Poligami.

Dier cerita seorang Ustaz nie kawan dier masa kat Al Azhar, mula-mula diberi ujian dalam perkahwinan pertama apabila mendapat isteri yang ade penyakit kronik. Sepanjang itu, die tabah & sabar menguruskan keperluan isterinya hingga arwah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian, beliau berkenalan dengan seorang guru dari Kelantan berusia 30 tahun & melamarnya untuk dijadikan isteri. Lamarannya diterima namun bersyarat; iaitu kena menikah sekali dengan best fren guru tersebut iaitu seorang guru dari Sarawak berusia yang sama.

Alhamdulillah hingga ke hari ini rumahtangga mereka bahagia penuh rahmat.


Allah..betapa indahnya hidup bermadu jika ia berpaksikan iman dan islam..kagum dengan ketabahan ustazah Sumaiyah Sulaiman..moga ustazah dan keluarga bahagia dunia dan akhirat.

*Gambar hiasan dipetik dari FB my cousin about her lecturer di IPG Sultan Abd Halim, Kedah

Cinta & Kasih Sayang - Surah Al Rum: Ayat 21

Surah Al RUM

21. Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
Melalui ayat 21, Allah menerangkan lagi kehebatan-kehebatan ciptaanNya iaitu perasaan cinta dan kasih sayang yang terbit dari hati setiap insan di atas muka bumi ini. Perasaan cinta dan sayang ini tidak perlu diajar oleh ibu bapa di rumah atau guru-guru di sekolah kerana ia adalah anugerah dari Allah yang telah disemat di dalam hati manusia. Namun, sejauh manakah kita menghargai nikmat yang dikurniakannya? Adakah kita menggunakan nikmat cinta dan kasih sayang Allah yang suci ini ke arah jalan yang diredhaiNya? Fikir-fikirlah sendiri. Tepuk dada tanya  iman.





Hati manusia ni.

Orang x nampak

Tapi boleh rasa.. 


Kalau hati menangis..

Xde sape buleh dengar. 


Dalam hati ada macam2 rasa..


sayang,marah,geram,kecewa,gembira dan macam2 lagi. 


ALLAH ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa. 


Manusia hari ni.. Boleh buat bende2 yg pelbagai dengan kecanggihan teknologi masa kini.


tapi xde sape yg boleh cipta hati manusia.....!!!




May 3, 2012

Cemburu

♥ Saya TAK CEMBURU melihat LELAKI2 lain yang lebih KACAK berbanding diri saya..

♥ Tapi Saya sangat2 CEMBURU melihat LELAKI2 lain yang lebih SOLEH brbanding diri saya..

♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain dapat MAKWE/CEWEK yang CANTIK dan BErGAYA...
♥ Tapi saya sangat2 CEMBURU melihat LELAKI2 lain yang dapat ISTERI yang SOLEHAH...

♥ ♥ Ya ALLAH,Solehkan diriku dan Seluruh Keturunanku..
Aamiin ya Rabbal alamiin ♥
 

HUKUM BERCINTA ♥ 1 Perspektif

HUKUM BERCINTA ♥ 1 Perspektif
Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.

Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.

Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.


Anti-Cinta

Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.

Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.

Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.


Jatuh Cinta

Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)

“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)

Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.


Dua Kekasih

Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).

Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:

“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.

“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).


Haram

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!
 
Hukum Bercinta