Jan 4, 2012

3 bentuk gangguan syaitan:
1. Sihir - perbuatan mengenakan sihir kepada orang lain (surah al falaq)
2. Al ain - pandangan mata yang penuh kebencian (surah al falaq)
3. Was-was (boleh fahamkan surah an_nas)
 


Petua: amalkan surah al fatihah, & 3 kul.
my own tips - doa pendinding & penggerak.




1:1
Malay
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1:2
Malay
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
1:3
Malay
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1:4
Malay
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
1:5
Malay
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
1:6
Malay
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
1:7
Malay
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
114:1
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
114:2
Malay
"Yang Menguasai sekalian manusia,
114:3
Malay
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
114:4
Malay
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
114:5
Malay
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
114:6
Malay
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
113:1
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
113:2
Malay
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
113:3
Malay
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
113:4
Malay
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
113:5
Malay
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

112:1
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
112:2
Malay
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
112:3
Malay
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
112:4
Malay
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".



Bacalah ( بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم ) tiga kali di waktu pagi dan


petang dengan ikhlas, bersungguh serta yakin, nescaya akan terhindar dari MUSIBAH secara

tiba2 yang tidak tertanggung di pagi dan malam tersebut. Demikian pesan Nabi dalam hadis yang 


sohih. Ertinya bacaan itu "Dengan nama Allah yang tiada mudarat dengan namaNya

sesuatu apapun di bumi dan di langit, dan Dialah yg maha mendengar lagi mengetahui". 


Hadis riwayat ibn majah & tirmidzi.

Jan 3, 2012

surah al Baqarah effect: my own experience

Kita biasa dengar axe effect aje baru-baru nie sampaikan ade orang saman axe sebab takde pun raining woman cam pe dia iklan, tu kes kat endon or india rasanye. Ok lah, saje jek kasik intro takde kaitan dengan pe nak tulis arinie. Sesajek stimulus a bit, mood menulis. Ahad malam senin cam biase ler aku ade kelas Hafazan & Tafsir Quran seminggu sekali dalam 2 jam gitu. Fokus utama lebih kepada Juz amma or kita kata Juz 30 lah, kebanyakan surah pendek-pendek dan guna serta baca & hafal tafsir per kata. Pengajaran boleh ku dapat adalah at least hari-hari pagi n petang kte kena amalkan fatihah n juga 3 kul untuk Allah lindungi kte sebab makna dari ayat-ayat tu adalah memohon perlindungan Allah malah asbab nuzul surah al falaq pon sebab Rasulullah disihir penyihir wanita yahudi menggunakan patung tali yang dicucuk jarum di mana jika patung tali itu dicucuk jarum maka Rasulullah akan berasa sakit di bahagian tersebut. Dengan rahmat Allah jua baginda disembuhkan.

Manakala kita disarankan sekurangnya 3 hari sekali membaca atau memasang surah al baqarah di rumah. Menurut muktabar ulama', pasang bacaan surah al Baqarah secara mp3 juga sudah memadai... So, mudah jer lah. Ku on laptop masa tidur - dengan play surah tersebut continuosly sajer lah. Here is the effect, semalam kan nak bangun subuh amat lah liat sekali. Hari nie, mudah jer nak bangun. Ternyata ada bezanya, maka nikmat Allah yang manakah hendak kita dustakan? Dah diberi pelbagai kemudahan di zaman serba moden ini, maka terpulanglah kepada kita bagaimana mendekatkan diri, melindungi diri dan memohon keberkatan dari Allah. Macam-macam ada. Dah diberi ilmu, maka perlulah amal, dah amal tu plak kte sampaikan lah. Moga bermanfaat

Jan 2, 2012

3 Langkah Asas Bagaimana Meletak Azam Untuk Tahun 2012

3 Langkah Asas Bagaimana Meletak Azam Untuk Tahun 2012

1. Jika Anda Masih Mahu Teruskan Azam Lama, Kali Ini Lebihkan Usaha.
Mungkin Anda tak mahu set azam baru simply Anda mahu capai azam lama.  Mesti ada sebab kenapa Anda masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun 2011, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri Anda untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.
2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)

Tulis azam di atas kertas supaya minda Anda ‘menangkap’apa yang anda mahu capai lalu menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang Anda senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding. Jika anda kurang selesa dengan cara ini sebab takut orang lain nampak azam yang Anda, tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Kenapa Anda perlu buat ni? Tujuannya untuk menjadikan minda Anda terfokus pada azam Anda, bukan pada perkara lain. Bila minda sudah terfokus pada perkara lain, sia-sia sajalah Anda meletak azam sebab Anda tidak merasai dorongan nak mencapainya.

3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.
Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus Anda tidak bercelaru,sekejap itu, sekejap ini. Ini bukan masa untuk bereksperimen. Ini masa untuk membentuk hidup yang lebih baik, sebab itu azam perlu tetap. Tetapkan apa Anda mahu capai. Jika Anda seorang pekerja, apa Anda mahu capai sebagai seorang pekerja dalam tahun 2012? Mungkinkan adakah Anda mahu capai tahap gaji yang lebih tinggi? Kenaikkan pangkat? Atau simply mahu memajukan diri dalam kerjaya Anda? Jika Anda seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak, apakah yang Anda mahu capai dalam tahun 2012? Jika Anda seorang usahawan, apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012 nanti? Tetapkan azam, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Sebab ramai dari kita suka bertukar-tukar azam, macam tukar baju daaaa.

nota : Kunci pada pencapaian azam adalah usaha. Usaha, usaha, usaha!
 

Corat Coret Tinta Kehidupan 2 Januari 2012

Okies, lady friend out there... cewah, ladya jer fren dak epul nie naa... ehehe... arinie nak tulis entri pasal penampilan n cara kte berpakaian... it juz yesterday that I got Class of tafsir Quran at 9pm to 11pm++ at Ustaz Rahim Sahalan house situated at Bestari Indah. After end of the lesson, i went by to 7e nearby my house at Taman Bukit Tiram. Buy Gardenia Breakthru for breakfast. At that place actually located a pirate dvd seller.. But bcoz of what I wear, they don't bother me to sell the DVD. If i juz wear some shirts n shorts of cos they will offer what they sell to me... hehehe... rasenye tu jer kot leh ku tulis..
Moral of d story: pakaian membantu juga kita menghindari maksiat

haa ~ komen ku suke sal pics nie kt fb
  • tiap kali tgk...kakak pun nak ikut senyum jugak...
  • macam real senyum depan mata...kekekeke
  • hehe..ye..ye..nampak ikhlasnya..sebab tu sampai ke hati, terconnect dgn urat senyum....
  • adoila....hahahaha....

my investment: CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund

haa, juz wanna share my experience a bit in investment of our epf acs 1 fund...
as allowed by law, we can withdraw 20% of the fund less the minimum amount
let say me, I got 30k and at age 27 my min acs should be 12 k
so the amount allowed to be invested will be 30k-12 k = (18k) x 20% = 3600
it can be repeated every 3 month...

i juz started recently, in Dec 2011
at that time the unit cost is rm1.15
n when i check on the website today it value at rm1.20
it's 5 sen increase... and i am happy that if this is the trend monthly...
return of more than 10% per annum won't be a dreams... it almost double in percentage compared to let it stay in epf... hehe... currently with recent economics situation, it does sound good...

here is the link for more info on this topics...
http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1273
http://www.cwealthadvisors.com.my/
http://www.lamanunitamanah.com/mengenai-unit-amanah-islamik/memulakan-pelaburan/pengeluaran-pelaburan/

Dec 30, 2011

Sesi berfikir & bertukar pendapat mengupas isu

:: drama king ::

by Fatimah Azahrah on Thursday, December 29, 2011 at 3:49pm
Beberapa minggu lepas, dalam satu pertemuan dengan adik-adik, salah seorang daripada mereka bertanya, "Apa pendapat abang tentang dua golongan manusia ini, yang golongan pertama ialah golongan yang suka solat berjemaah, suka baca al-Quran, suka buat amal ibadah tapi hilang sensitiviti dalam agama. Bila solat, baca Quran... tak ada apa-apa kesan bagi dia. Dan apa pendapat abang tentang golongan kedua yang jarang-jarang solat berjemaah, jarang-jarang baca al-Quran tapi bila mereka beribadah, hati mereka sangat terkesan"

Lama saya terdiam hingga muka adik tadi berubah payau sedikit. Mungkin dia bimbang saya tak menyukai soalannya. Tak. Saya cuma berfikir, dan terus berfikir. Rumitnya soalan ini.

Pertamanya, apa yang dimaksudkan dengan hilang sensitiviti dalam agama?

Adakah, dengan banyak perilaku buruk-buruk? Banyak terlibat dengan benda langha? Banyak terlibat dengan perkara melalaikan seperti mengata orang, mengumpat orang, dan mengosipkan orang? Adakah hilang sensitiviti itu kerana mengagung-angungkan hiburan yang tak sihat?

Jika maksudnya begitu, saya sekeras-keras mengiyakan. Memang selama ini, saya perhatikan ramai manusia yang begini. Dia rajin ke surau. Dia rajin membelek mushaf, tapi dia juga rajin ketawa mengekek bila mengata orang. Ironis bukan?

Dan saya pasti, sedikit sebanyak keburukan ini ada pada kita kerana kita sama sekali tak pernah sempurna. 

Saya suka mahu menegaskan dan memperingatkan diri saya sendiri khususnya, bahawa sifat solat yang sempurna ialah ia dapat menjadi satu pagar yang memisahkan diri kita daripada kelakuan keji dan juga perbuatan-perbuatan mungkar. 

Banyak solat, banyak puasa sunat, banyak baca al-Quran... tapi mungkin sahaja Allah belum terima amal mereka. Sebab jika amal itu diterima, kesannya kita boleh nampak. Paling jelas pada peribadi. Sebagai contoh, dalam bab haji. Kita sering didoakan supaya memperolehi haji yang mabrur. Tapi mabrur itu bagaimana? Adakah dengan selepas pulang ke tanah air, kita kembali kepada sikap kita yang seperti siamang itu? Bukankah tanda-tandanya ialah kita berterusan dalam kebaikan, sebagaimana kita di tanah suci dahulu.

Inilah yang dia tandanya amal yang diterima Allah- Allah melorongkan hati dan jiwa kita untuk sentiasa istiqomah dan berterusan di dalam ketaatan.

Saya juga akan mengatakan bahawa tak semestinya orang yang banyak solat sunat, banyak puasa sunat, dan banyak beramal itu sebagai baik dan orang yang kurang amal itu sebagai tak baik. Saya tak kata. 

Kerana kita berada di zaman akhir, yang banyak benar fitnah. Banyak benar tribulasi dan mehnah pada kesihatan iman kita.

Ada orang yang terselamat bukan kerana dia punya iman yang kuat pun, tapi terselamat kerana dia tak terdedah dengan angin jahiliyyah. Ada orang yang umpama lalang, meliuk-liuk dipukul jahiliyyah bukan kerana tak ada iman, tapi kerana dia tak cukup kuat sahaja. Tapi orang begini adalah lebih baik kerana dia merasai nikmat taubat. Dia juga merasai nikmat penyesalan.

Jika kita telusuri sejarah, kita lihat Fudhail bin Iyyad juga pernah punya sejarah hidup yang kelam. Dalam sebuah kisah hidupnya, dia ialah seorang samseng. Dia suka mengganggu orang di jalanan hingga para penduduk berasa takut untuk melalui jalan itu sekiranya ada Fudhail di hadapan. Sanggup mereka berpatah balik dan mencari jalan alternatif. Lihat, betapa dahulu Fudhail ini sangat tidak disukai masyarakat.

Satu hari, dalam kebiasaannya mengganggu orang, dia memanjat rumah orang. Dan pada satu rumah itu, ada seorang wanita cantik yang sedang membaca al-Quran. Isi rumah itu sedang membaca ayat ini:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ 

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk dan tunduk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik" (al-Hadid ayat 16)

Lalu merembeslah keluar air mata Fudhail Bin Iyyad. Bibirnya merintih, "Ya Allah. Telah tiba masanya. Telah tiba masanya". Lalu dia bertaubat- taubat nasuha. Taubat sungguh-sungguh hingga tiada lagi daki jahiliyyah yang merintik. Semuanya diseka, semuanya dicuci dengan amal soleh dan pembaikian diri.

Itu suatu kisah yang sangat menakjubkan. Orang yang paling buruk, Allah pusing sedikit sahaja hatinya lalu dia berubah menjadi orang yang paling baik! Allah beri dia mendengar satu ayat al-Quran sahaja, dan hatinya terus sahaja berubah paksi. Sedang kita? Setiap sebulan khatam sekali bacaan al-Quran, tapi adakah ia benar-benar meninggalkan bekas dalam hati kita? Atau adakah kita membaca al-Quran, hanya wayang sahaja? Satu sandiwara menipu untuk menimbulkan titik-titik kekaguman dalam hati orang lain- kononnya aku lebih baik dari kamu.

Saudaraku. Suka saya saya mengingatkan tentang iblis. Dahulu, dialah penghulu semua malaikat. Dahulu, dialah ketua segenap ketaatan. Dahulu, dialah makhluk yang paling soleh. Tapi kerana satu keingkaran sahaja, Allah hinakan dia. Semasa Allah memerintahkan segenap malaikat untuk tunduk hormat (sujud) kepada Nabi Adam a.s, iblis enggan. Iblis ingkar! Kerana apa? Kerana dia merasakan dirinya adalah lebik baik daripada nabi Adam. Dia diciptakan daripada api, sedang Adam diciptakan dari tanah.

Hati-hatilah. Ada dua punca utama orang menjadi takbur. Pertama, kerana ilmunya dan kedua kerana amalnya. Mungkin kerana amal dia banyak, dia jadi hilang sensitiviti. Ada orang meminta-minta, dia rasa tak terpanggil untuk membantu. Jika ada orang perlukan nasihat, dia akan mencemuh dan mengherdik orang itu dahulu. Mungkin juga jika ada orang yang meminta tolong, dia akan berdolak-dalih. 

Dan paling jelas, dia tak akan dapat menerima nasihat jika orang yang menasihatinya itu ialah orang yang lebih kebawah darjatnya berbanding dia, iaitu orang yang tak sehebat dia dalam beramal. 

Bukankah dahulu pernah berlaku satu kisah antara dua orang bani Israel. Satu orang alim, warak. Satu orang lagi fasik, bermaksiat. Ditakdirkan Allah, kedua-dua mereka ditemukan di satu jalan. Lelaki warak menarik wajahnya daripada memandang si fasik dan lelaki fasik itu menoleh ke arah lain- daripada memandang wajah si alim tadi. Tapi atas dasar apa?

Lelaki warak itu enggan memandang wajah lelaki fasik itu kerana lelaki itu terlalu banyak dosanya. Tiada langsung ketaatannya. Dan hatinya menyumpah seranah orang itu. Menyampah sungguh! Mual!

Manakala lelaki fasik dan banyak bermaksiat itu lain pula ceritanya. Dia menarik muka bukan kerana benci tapi kerana malu. Hatinya tak henti-henti mengeluh kesal, "Lelaki itu tak pernah buat maksiat. Setiap saat dia beramal soleh sedangkan aku tak pernah melakukan ketaatan"

Lalu apa Allah buat? Allah muliakan lelaki fasik ini berbanding lelaki alim tadi. Kepulan awan di langit memayungi lelaki fasik tadi. 

Inilah jawapan saya kepada adik saya itu. Secara tuntas, saya dan dia bahkan semua kita wajib berjaga-jaga. Bimbang-bimbang ada secebis takbur tertanam dan bermukim dalam jiwa hingga menjadikan kita berasa gah dan sombong hingga pada hilang sensitiviti dalam beragama.

Maka jika itu berlaku, kita sudah menjadi 'drama king'.

Tahniah.

********
Saya sebenarnya tak berpuas hati dengan jawapan bagi soalan adik ni. Walaupun dia senyum tanda puas hati, tapi saya tidak. Jadi saya harap kalian yang punya pendapat atau penerangan lanjut, silalah kongsikan di ruangan komen ya. 

Terima kasih. Moga Allah merahmati kalian dengan rahmat yang melimpah ruah.
ARIESYAIFUL RESPONSE


‎1. Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:

“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”

2. Sesungguhnya meninggalkan ibadat spt berjemaah, ibadah sunnah dsb kerna takut riya' adalah riya' yang lebih besar.

Ok, berdasarkan 2 pendapat di atas ni saya nak mula ulas pandangan saya yer. 
mari kita pecahkan hadis tersebut kepada pilihan yang boleh dibuat -
a) sedikit tapi berterusan
b)banyak tapi terputus
c) sedikit tapi terputus
d) banyak dan berterusan
maka dari pilihan-pilihan yang terdapat dalam kehidupan, kita rangkingkan yang terbaik (d) pastu (a) n (b) n last (c)...

Mengulas mengenai riya' pula: kenapa meninggalkan terus amalan ibadat tersebut adalah riya' lebih besar. Kerana kita dapat melihat ganjaran ibadah berjemaah ajer fadhilatnye 27 kali ganda solat bersendirian. Kita ambil contoh kenapa riya', dengan usaha hampir sama kan satu hari kita ditawarkan kerja dengan upah rm27 sedangkan kita memilih kerja serupa dengan upah rm1 saje. Bodoh sombong x, riya' ler tuuu kan.

Ok, perkaitannya dengan isu persoalan kamu tu plak. Kalau nak harap tunggu ikhlas baru nak mule beribadah, baru nak g masjid segala. Apakah masih ade esok buat kita? Jangan bertangguh dalam buat perkara kebaikan. Buat, didik, latih dan doa ~ hidayah itu hak Allah, apabila kita buat sesuatu bersungguh-sungguh mengharap, mendamba redhaNya. InsyaAllah dengan rahmatNya yang pengasih dan penyayang dikurniakan kita taufiq serta hidayahNya.

Mengenai kesan kepada hati pula, jika kita lihat ade orang yang aktif ke masjid, puasa sunat dan rajin beribadah segala tu namun akhlaknya masih belum elok. Kita doakan lah dia, moga Allah memperelokkan akhlaknya pula. Pada yang akhlaknya baik namun sedikit kelihatan ibadahnya, maka kita doakan agar dia semakin bertambah pula ibadahnya. Semoga kita bersama-sama mengasihi saudara kita, dengan mendoakan kebaikan baginya seperti apa kebaikan yang kita mahiu bagi kita sendiri. Semoga kita masing-masing menjadi orang beriman yang bersama bergandingan memasuki syurga tanpa hisab, kelak di akhirat sana.