Jul 28, 2011

chipsmore: now u c, now u don't

Hello lonely girls and playerboyers sekalian.

For the past few months I got so so so so so much question about the "Chipsmore Boys" in forum etc... Nie pasal lelaki yang mula-mula suka tapi selepas beberapa hari, dia akan menghilangkan diri. Well, bila aku kata yang lelaki ni jenis makhluk yang mudah bosan, ramai yang macam tak faham.

So, aku fikir-fikir tentang isu ni. Macam mana ya nak kasi si gadis comel ni faham? And then, aku dapat satu idea. How if, aku bagi tahu tentang the real thing yang lelaki selalu alami. Yeah, you all tak akan faham apa yang aku nak cuba sampaikan kalau korang tak "alami"nya sendiri. So now, im gonna show you the Love Story Side Lelaki. Well, di entry ni, korang akan baca apa yang lelaki akan dan sanggup buat bila nampak awek comel. Tapi bila dia dah dapat, dia akan tinggalkan.

Dari pandangan lelaki.

Week 1
Nama aku Lelaki. Tadi, masa aku berjalan-jalan hendak pergi ke kelas, aku ada terserempak dengan seorang gadis comel. Nama dia Siti Saleha. Sekali pandang je aku rasa macam terpikat. Dia nampak pendiam dan baik serta pemalu. Aku suka gila lah kat awek tu. Tapi kalau dia pemalu dan malu-malu bila di tegur, macam mana aku nak steady tackle dia? Lelaki akan jadi amat kekok ketika si perempuan malu-malu. So how?

Week 2
Hari ni aku dan Siti Saleha tu sama kelas lecture. Dia duduk satu baris sama dengan meja aku. Dan hari ni dia pakai tudung serta baju kaler pink. Aku suka awek yang pakai pink. Pinky is sexy. And then masa tengah usha-usha tu dia terperasan yang aku tengah pandang dia. Then aku terus pandang depan. Malu beb. Tapi clearly ah kantoi aku usha dia tadi. Tapi aku buat derk je. Be cool.

Week 3
Sebagai lelaki, aku kena pandai buat first move. Dengan nervesnya, hari ni aku approach dia. Aku tanya dia pasal study, tapi dia jawab sepatah-sepatah je. Cara dia jawab pula macam nak tak nak. Then aku mintak nombor phone dia. Dia kata dia tak ada handphone. Ah, alasan tipikal. Tapi aku tak akan give up. Lelaki never give up. Dengan itu, aku jumpa lecturer aku.  Aku jumpa dia dan mintak dia arrangekan untuk letak aku satu group dengan awek tu.  Lecturer aku tu lelaki dan dia tu kepala gila-gila so dia okaykan je. Gila ah sporting.

Week 4
Hari ni, aku dan Siti Saleha sama kelas dan juga sama group untuk kerja berkumpulan. Aku gila ah happy. Tapi dia macam nak jauhkan diri dari aku je. Aku rasa dia dah tau kot yang aku sukakan dia. Dulu, aku ada baca blog seorang mamat kerek bernama Mr K. Dia kata, perempuan sukakan lelaki yang ada leadership. So, dengan beraninya, aku tawarkan diri sebagai leader untuk kumpulan tu. Ahli group lain tak kisah. Dia diam je.

Memandangkan aku ketua kumpulan, benda pertama yang aku cakap adalah "Okay group, nanti sebelum habis kelas, kasi saya nombor phone korang semua ya. Nanti mudah kalau saya nak arrangekan perjumpaan untuk assignment" So, nak tak nak, dia kena kasi aku nombor phone dia. Itu lah cara aku dapatkan nombor phone dia.

Week 5
Sejak minggu lepas, hampir setiap hari aku texting dengan Siti Saleha. Mula-mula kitaorang cakap pasal study. Tapi lama-lama, aku mula ubah topik kepada topik yang lebih personal. Bila dah masuk bab personal, aku mula la masukkan sedikit ayat-ayat jiwang kasi dia cair. Pastu pandai-padai la buat caring sikit. Nanti sure dia jatuh cinta punya lah.

Week 6
Semalam, aku dengar ada seorang senior minat kat Siti Saleha aku tu. Perh, dia cakap kat depan-depan aku pulak tu. Dia tak tau ke aku cop dia dulu. Awal-awal aku dah dips dia okay. Dan disebabkan terlampau rasa insecure, aku pun bagi tahu la classmate perempuan aku yang aku sukakan Siti Saleha tu. Aku try tanya classmate perempuan aku tu macam mana taste Siti Saleha tu. Mana tau kot-kot aku boleh jadi lelaki idaman Siti Saleha. Biasalah, lelaki akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan girl yang dia suka.

Week 7
Entah kenapa, sejak semalam, aku perasan yang ramai gila orang gossipkan aku dengan Siti Saleha. Aku syak classmate perempuan aku tu bocorkan rahsia la kot. Tapi kan, aku tak tahu nak marah atau pun tak. Sebabnya, bagus juga bila ada gossip ni. Tak perlulah aku nak susah-susah luahkan perasaan. Cuma... is it okay for her? Tak apa ke kalau dia digossippkan dengan aku? Takut juga aku di sebabkan dia kena gossip, dia bencikan aku. Tapi bila aku pandang dia setiap kali kena gossip, dia macam relax je. Kenapa ya?

Week 8
Hari ni, aku luahkan perasaan aku kat dia secara face to face. Dan dia tersenyum je. Perh, aku rasa heaven gila. Akhirnya dia jadi milik aku beb. Setelah berhempas-pulas, hati dia berjaya aku curik. Malam tu, kitaorang texting sampai ke pagi.

Week 9
Aku tak pasti lah kenapa. Tapi aku dah tak rasa excited dengan hubungan aku dan dia. Kalau dulu, bila pergi ke kelas, mesti bersemangat nak jumpa dia. Tapi sekarang, bila pergi kelas, aku pandang dia dah rasa tak ada apa-apa. Nak text dia pun rasa malas. Nak call apatah lagi.
Week 10
OMG guess what? Tadi masa aku pergi ke cafe untuk beli makanan, aku terlanggar awek junior yang comel. Pergh, cair beb tengok pipi gebu dia.
Actually, I have no idea about this. Dan bukan lelaki je yang kadang-kadang bosan bila berada dalam comfort zone. Perempuan pun sama. Tapi kemungkinan untuk lelaki tu bosan adalah berganda-ganda lagi tinggi berbanding si perempuan. Apa pun, all you can do is just berdoa.

Well, aku tak tahu cara untuk surpass comfort zone. Tapi antara sebab seseorang gagal dalam comfort zone adalah:
  • Bosan 
  • Tak excited seperti masa mengurat dulu-dulu.
  • Terlampau banyak membuat dosa.
  • Too much "I love you" maybe. Have you ever heard this?

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padany.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”

Dan point yang paling sakit sekali adalah "No reasons". Dan bila lelaki to bosan dan dah hilang perasaan tu, mula lah diaorang keluarkan ayat:

  1. Sorry la awak. Saya rasa kita tak ada jodoh
  2. Sorry la you. Saya tak boleh kasi komitmen
  3. Sorry la baby. Awak, hubungan kita rasanya tak akan berjaya.
  4. *Or simply leave you with no kata putus.*

Bagi perempuan yang tanya tentang "Apa sebenarnya yang berlaku", Well, ini lah yang apa sedang berlaku kat korang. Bila korang bercinta tu, cepat la kahwin. Lagi pun best tau kawen ni. Boleh main masak-masak. Boleh main macam-macam. Kalau rindu, boleh hug-hug. Kalau tak kahwin mana boleh. Kan? HAHA.


Apa pun, berdoa lah mintak ada jodoh dan mintak jodoh berkekalan. Berusaha then berdoa. Lagi pun, jodoh tu kan takdir yang boleh diubah. Jodoh tu di kira 50-50 antara korang dan Tuhan. Kalau korang berusaha, ada lah. Kalau tak berusaha, mana nak dapat. Tapi kalau korang bernasib baik, tanpa usaha pun boleh dapat jodoh. Dan kalau korang kurang bernasib baik, korang usaha macam mana pun jodoh tu tak sampai-sampai gak. HAHA. So, fight for it and get married fast-fast.

No comments:

Post a Comment