Feb 27, 2011

PERIHAL CINTA

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..



Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~




Apa itu cinta?
Dari mana cinta itu hadir?
Ramai berkata ia datang dari hati.
Jika begitu, apakah ia wujud secara tiba-tiba.
Hairan bin ajaib.
Hakikatnya, ia kurniaan Ilahi.
Krne itu, pintalah ia dari yang maha pencipta.
Hanya Dia yang mampu menghadirkan rasa cinta itu.

CINTA ITU, PADAKU ADALAH UNTUK DIA YANG HALAL BUATKU. ISTERIKU, YANG ALLAH JODOHKAN DIRINYA ITU BUATKU.
SIAPA DIA? BILA DIA AKAN HADIR BUATKU?
KU SERAH PADA ALLAH, KTE MANUSIA CUME MERANCANG & BERUSAHA. ALLAH JUGA YANG MENENTUKAN



No comments:

Post a Comment