Love isn't about being sexually attracted. That's lust. It's about caring about someone.
Jun 8, 2012
Jun 7, 2012
Saya rasa...
Saya rasa sikap saya yang kekal tak berubah adalah sebuah kejujuran. Rasanya belum pernah lagi saya menipu, kalau menipu mesti obvious sangat so kekadang better just not say any kot.. Huhu...
Mengikut analisa sifat peribadi, saya lebih kepada jenis diplomasi.. Rasenya bila berdepan orang, saya jarang nak marah-marah. Kira boleh control lagi lah diri nie.
Cuma kadang-kadang a bit emotional, sentimental & jiwang sebab tu hati nie kadang sensitif, suka dibelai.
Bila melihat & mendengar pasangan2 bahagia di radio, terasa nak jer diri nie dilayan, disayang, dihargai, gembira2.. Rasanya tak banyak kot syarat diminta.
Cumanya kalau hati nie terluka & dibiarkan, lama-lama dah malas nak fikir.
Kalau kita nie penting, orang akan cari kita lagi namun kalau tak penting orang tak cari kita dah.
So, dari situ dapat kita ukur bagaimana sikapnya.
Kalau kita keras & pasangan keras juga, takde sapa nak mengalah so anggap je lah dah takde keserasian lagi.
Relationship is built based on trust & mutual feelings, kalau dah takde semua nie maka takde dah ertinya lagi. Set in mind, semoga ada yang lebih baik kelak Allah nak beri di hari mendatang. Semoga nanti ada yang sudi menerima diri ini seadanya, melayan tanpa rasa penat, dengan ikhlas hingga ke akhir hayat nanti.
Kekadang saya suka nak elak konfrontasi, kalau dah nak memarah jer dah lah sebab saya tak suka memarah & kena marah. Saya suka berdiam diri, menahan marah namun kadangkala perasaan tu boleh tenang & dapat dilupakan dengan bersabar sedikit. Mungkin orang itu kte masih belum kenali namun keyakinan Allah akan hadirkan dia ke dalam hidup kita amat positif, mungkin dia anak yang solehah, yang baik akhlaknya, menjaga hubungan baik dengan Allah juga sesama manusia, mungkin dia dah tamat pengajiannya di dalam atau luar negara, mungkin juga dia sudah bersedia untuk dilamar & keluarganya sudi menikahkannya dengan lelaki yang diredhai akhlak & agamanya, mungkin juga dia telah bekerja sebagai apa jua, mungkin dia sekarang berdoa agar Allah menemukannya dengan seseorang sebagai pasangan halalnya, mungkin sekarang ini dia menjaga hatinya tidak pernah tersentuh mana-mana lelaki sebelum ini sementara menunggu dilamar & dinikahi sebelum menyerah cinta suci itu kepada suaminya selepas lafaz 'Aku terima nikahnya'
Sayangku, bakal isteriku.. Ku tahu Allah telah menulis di Luh Mahfuz diri mu sebagai pasangan hidup ku. Namun sukarnya mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi aku pasti jika nama mu yang tertulis untuk ku nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.
ps. Gambar hiasan my cousin wedding
Baraka-alahu-lakuma
Wa Baraka alakuma
Wa jama bainakuma fi khair
(haishhh, wat orang tak sabo jer nie... huhuhu)
corat coret kehidupan 7 Jun 2012 (2)
Dalam berkongsi-kongsi kisah kehidupan, seorang sepupu bercerita kepada ku.. & berasa menarik untuk dikongsi bersama disini..
Mengenai keluarganya & pembantu rumahnya.. Menurut Kak Tah, die sekeluarga beruntung kerana memperoleh pembantu rumah tempatan yang baik. Makcik nie ramai anak, & bekerja bermula dari pagi ke petang pada hari-hari bekerja. Melihat makcik nie & keluarganya mengingatkan kami pada kehidupan kami suatu ketika dahulu yang susah. Apabila pergi ke rumah orang berada, berasa kagum melihat mereka & terhutang budi atas kemurahan hati mereka. Cuma sekarang apabila kita dah berjaya, bekerja dengan baik tak sangka kitaran itu berulang cuma kali ini kita di tempat yang lain pula. Apabila melihat perkara ini, Kak Tah selalu mengizinkan makcik nie mengambil sedikit makanan setiap hari untuk dibawa pulang untuk diberi kepada anak-anak.
Meskipun ringkas, kisah ini membawa keinsafan diri. Aku juga pernah susah satu masa dahulu, namun dalam keadaan ekonomi keluarga semakin baik kini kekadang kita terlupa diri pula. Berasa cukup selesa dengan kehidupan & kesenangan yang dikecapi. Cuma didikan mak ayah, bila kita ader lebih tu jangan lupa bersedekah, zakat, derma dsb.
Ok tu 1 part...
Part 2 pulak...
Dalam nak cari calon isteri nie, terasa macam berat jer jodoh pula.. Bila kita rasa kita dah jumpa orang yang sesuai & kita sedia dah nak buka hati nie semula, jadikan dier sebagai isteri tatkala itu lah krisis melanda menggoyah keyakinan. Biasa lah permulaan perkenalan, semuanya baik namun lama-lama bila kesabaran mula terkikis & ego menakluki diri maka tiada lagi komunikasi efektif, tiada tolak ansur lagi & bawa lah haluan masing-masing. Kekadang kte rase kte betul tapi tak bagi orang lain. Sebab tu juga walaupun nak tegur sesuatu, biar lah bertempat. Bila orang penat, sabar lah dulu.
Sebagai analogi, si suami baru balik kerja, penat2 dengan mandi pun belum ape pun belum & si isteri meleter. Memang lah cari kemarahan orang kan. Cuba lah bila si suami balik tu, sambut elok2, hulurkan minuman, bagi si suami berehat, mandi semua dah selesai. Keadaan dah tenang & elok tu nak tegur ker apa kan ker elok baru lah masalah boleh setel, bukan menambah masalah pula.
Kata-kata yang dilontarkan juga boleh mengguris hati pasangan selain dari segi perubahan layanan. Contoh, sebelum ini kita dikagumi, dilihat cukup baik dan sebagainya - dilayan penuh perhatian sehingga kita berasa kita menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupannya. Kita berasa seronok ader yang ambil berat, perasaan dijaga, disayangi. Terasa tidak pernah bosan, penat & letih untuk melakukan ape perkara pun bersama.
Dalam kesedihan, hanya Allah tempat mengadu. Terasa bagaimana pergantungan yang sebenar-benar & terasa bagaimana dekatnya Allah dengan kita. Terasa juga ketenangan hati & seperti permohonan diri ini didengari. Balik kampung masa sepupu kahwin juga menguji hati, terusik jua bila ramai mengusik anak bujang nie. Jawapan tulus ikhlas, sape tak nak kahwin. Saya tak tolak perkahwinan, ia perkara baik namun perihal calon isteri belum beres macam mana pula?
Kalau jadi menantu yang dibenci pun hidup tak best, sebab kita dah biasa disayangi mak ayah. Biarlah nanti jadi menantu pun yang disayangi oleh mertua seperti mak ayah sayang kita. Hal nikah kahwin bukan hal main-main, taknak lah nanti berantakan di kemudian hari sebab kita kalau boleh nak yang baik-baik ajer - nak bahagia ke akhir hayat & bercinta sampai ke syurga.
Dugaan... Jawapannya mengadu pada Allah, berdoa & tidak berputus asa. Ramai yang support perasaan sekarang nie, bagi semangat, nasihat & doa mereka yang mahu melihatku bahagia. Thanks all..

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA
Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama
yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama
Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang
dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah
gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ?
Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah
berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan
menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam
! Siapa di luar? Terdengar jawaban lemah lembut dari dalam. Suara cerah
dan merdu.
“! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah “. “Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya,” terdengar kembali
jawaban dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu.”
Sendirian, Fatimah ? “Aku ditemani Hasan”. “Aduh , maaf ya,” suara itu
terdengar jadi menyesal. ” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui
tamu lelaki “.
” Tapi Hasan masih kecil”. ” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawab gembira , Mutiah berkata dari dalam.
” Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
‘Ya dengan Hasan dan Husain “
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kemarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
” jawab Mutiah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya.
Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah.
Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu.
Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan
Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
”
Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang
menyiapkan makanan untuk suami saya, “kata Mutiah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, ” suamimu kerja di mana?! ! !
“Di ladang”. “Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam”.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?”tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang
makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau
suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap,
rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia
tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimu kah kau bawa rotan itu,”tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini
semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka
kepada suami.”
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati
berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga,
lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling
awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi
wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi dari pada sejarah
cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat
menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau
kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.
Some more reflections on relationship
Lontarkan ego itu..
Copy & share dari blog by rozaroslan
Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Semuga Allah permudahkan segala urusan di dunia serta akhirat dan disudahi dengan segala kebaikan.
Ratna,
Semalam merupakan “Hari Guru” dan guru pertama yang ingin kak ngah peluk adalah emak selain dari mak wa dan mak mertua. Mereka adalah guru nombor satu! Merekalah guru yang kekal mengajar kita dari kecil hingga dewasa malah selagi ada hayat di kandung badan, selagi bernafas di izin Tuhan.
Barangkali mereka melihat kita sama sahaja seperti zaman kanak-kanak dahulu. Tuturkata di tegur, tingkah laku diperbetul. Sehingga setiap kesalahan dilakukan yang diberikan peringatan tetap kita kenang sepanjang zaman. Lalu, kak ngah sering bertanya kepada diri;
“Apakah daku nanti dikenangi oleh anak-anakku seperti itu? Apakah mereka sedar kewujudanku?”
Benar, ia tidak perlu dilafazkan..
Ratna,
Semalam juga kak ngah menerima e-mail panjang dari seorang isteri dan ibu. Keluhannya bercampur baur. Namun, akhirnya kak ngah mengerti segala isi hati. Barangkali ia boleh di ambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.
Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.
Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
- Rumah kecil di Jabal Ohud -
corat coret kehidupan 7 Jun 2012
Amatilah fikiranmu, kelak akan menjadi ucapanmu.
Amatilah ucapanmu, kelak akan menjadi tindakanmu.
Amatilah tindakanmu, kelak akan menjadi kebiasaan bagimu.
Amatilah kebiasaanmu, kelak akan menjadi karaktermu
Amatilah karaktermu, kelak akan menjadi nasibmu...
Diatas semua itu,
Amatilah dirimu! kerana hanya orang yang mengenal dirinya sahaja yang akan mencapai ketenangan diri yang sesungguhnya..❤
Hidup ini seringkali menipu dan membuai juga menghayalkan..
Sedarlah akan tiga hal, iaitu SIAPA DIRI KITA, DARI MANA KITA BERASAL, dan KEMANA KITA AKAN PERGI.
Heehee, teringat lak zaman keceik2 dulu...
Ble tengok budak2 nie bermain-main kat kampung
Tbe2 teringat semula memori suatu ketika dahulu, masa kita juga masih budak2... macam tu lah gaya nya...
tapi budak nie pandai tol wat macam2 gaya masa orang ambil gambar...
budak2 melantak kek pengantin... hehe
Tahun nie ade 3 sepupu bersalin, dapat 3 anak sepupu perempuan
Nurfarisya, Vidad Syameelah & Hana Humaira... Seronok tengok abah main dengan baby2 tuuu... Haii, tunggulah abah. Moga-moga En. Syaiful or Kak Long bertemu jodoh tahun hadapan & kita ramai-ramai mengerjakan umrah bersama nanti.. Mudah-mudahan tak lama lagi abah dapat bermain dengan cucu sendiri.
Jun 6, 2012
corat coret kehidupan 6/6/12
"Saya pernah SETIA , tapi DIDUAKAN . .
Saya pernah PERCAYA , tapi DIKHIANATI . .
Saya pernah MENCINTAI , tapi DISAKITI . .
Saya pernah MEMILIKI , tapi akhirnya KEHILANGAN . .
Saya pernah JUJUR , tapi DITIPU . .
Saya pernah BERHARAP , tapi harapan tu cuma SIA-SIA . ."
"Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia.
Kau peliharalah dia,
Kau jagalah dia,
Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya.
Jika kau takdirkan dia untukku, kau dekatkanlah hati dia dengan hati aku.
Jika kau takdirkan dia bukan milikku, kau berikanlah kebahagiaan kepadanya dengan memberikan seseorang yang terbaik dalam hidupnya.
aku redha dan aku berserah.' Amin

Alhamdulillah, masih mampu tersenyum meski dalam pelbagai ujian & kesusahan melanda hidup kebelakangan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)