Apr 2, 2013

Corat Coret: Sebulan Bergelar Suami


Jodoh itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita tenang, bertambah rasa aman, malah bertingkat keimanan.

Yang sedih jadi gembira, yang lemah jadi kuat, yang takut jadi berani, yang gagal jadi berjaya dan yang seorang jadi sempurna berdua.. Carilah si dia yang buat anda rasa begitu..


Alhamdulillah, Allah dah temukan ku dengan jodoh yang baik, serasi & hari ke hari semakin bertambah rasa sayang & kesyukuran kepada Ilahi kerana menjodohkan ku dengan nya. Kini telah genap lebih sebulan kami menjadi suami isteri. Meski masih berjauhan (Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan meluluskan permohonan perpindahannya ke JB) namun tautan hati sentiasa kukuh.

Bak kata orang tua-tua kita, bertemu tidak jemu & berpisah usah gelisah. Kerana ku mencintainya kerana Allah. Bersama kami selari dalam perjalanan kehidupan dengan matlamat akhir memperolehi redha Ilahi, kerana di akhir kehidupan ini kami pasti akan bertemu denganNya.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."

-Surah Al-Furqan: 74-

Untung orang yang mendapat jodoh & dah berkahwin nie, nak dapat hapus dosa dari Allah.

"Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” (Al-Hadith)

SubhanAllah

No comments:

Post a Comment