Selain ASB, terdapat pelbagai instrument pelaburan lain seperti AHB, ASN, AS1M, Saham Bank Rakyat, Pelaburan Koperasi seperti Tentera & Felda, Unit trust seperti CIMB & Public Bank dsb.
Actually, ader few things that I wanna share here. Mak ayah kita biasanya ajar anak-anak supaya jangan lah berhutang, kalau mampu gunakan cash. Jauhi kad kredit & kurangkan berhutang. Itu sebenarnya betul juga in a way.
Meanwhile masa saya study Financial Management dulu pula, my lecturer kata berhutang tu bagus sebab ia menyediakan satu track record buat bank untuk menganalisa risk exposure mereka dalam memberi tahap kredit/jumlah pinjaman pada kita. Which is also true, sebab bila kita tak pernah wat any loan before. Tiada rekod kita wat pinjaman. Pada suatu masa pula, kita memohon sejumlah pinjaman yang besar mungkin permohonan kita ditolak oleh bank. Apapun ia tertakluk juga pada debt to income ratio kita. Kalau pendapatan tak seberapa, nanti tak boleh rolling bayar pinjaman jangan lah sesuka hati berhutang. Jadi black listed lagi susah nak mohon pinjaman, mungkin abang long saja yang terima dengan tangan terbuka (amaran: elakkan berhutang Along, Agensi Kawalan & Pengurusan Kredit waima Jabatan Insolvensi pun tak mampu tolong). Belajar ilmu kewangan peribadi, supaya celik kewangan (financial literate) untuk mengenal pasti apa hutang yang baik & tidak baik serta mengawal aliran kewangan anda.
Mengenai kad kredit, ia sebenarnya baik jika digunakan secara berhemah. Ada yang memberi rebet, mata ganjaran, diskaun khas dan sebagainya. Malah transaksi anda sedia direkodkan. Pilih electronic statement, mudah untuk anda simpan & cetak bila diperlukan. Lagi-lagi sekarang ini LHDN minta kita hantar resit-resit/ bil berkaitan potongan cukai pendapatan. Bagus bila kita boleh provide bukti-bukti pembayaran seperti buku, pelajaran, alatan sukan, internet dsb yang layak dapat pelepasan. Saya pernah juga diminta provide pada LHDN bukti-bukti tersebut & dokumen soft-copy ini banyak membantu. Pelepasan cukai pendapatan saya diluluskan & dikecualikan cukai.
No comments:
Post a Comment