Jan 31, 2013

Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz tiba masanya



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dah lama tak menulis kat blog nie..
Tapi actually, entry nie something that I really want to write
So long ago.. Niat nak karang dah ade, tapi calon belum muncul
majlis belum ada, so nak wat camner
so peram ajer lah idea nak karang entry nie.. huhu
Pantun merepek nie dah lama juga dikarang, walaupun tak berapa nak jadi ritma bahasanya
Layankan ajer ler..

Merisik sudah bertunang pun sudah,
Nikah dilafaz tiba masanya,
Termeterai sudah janji kasih bermadah,
Maka dijemput pembaca-pembaca blog yang setia sangat ke majlis perkahwinan kami

Ya ALLAH,
titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta ini tulus buat isteri halalku, 
isteri yang bakal aku nikahi, 
isteri yang akan bersama-sama denganku mengejar cinta-MU, ya ILLAHI..

Akhir kata, diselitkan satu doa dari ayat al-Quran untuk manfaat & amalan kita bersama:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa." 

Surah Al-Furqan: 74

Jan 8, 2013

MBA... ringkas namun signifikan

السلام عليكم

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selawat & Salam ke atas Rasul junjungan
الحمد لله
Seriously i'm missing so much lectures, text book, quiz, exam n library.. Back to school. Never been happy as of now since before..
Giler ker ea camnie??? Seronok bila nak g ke kelas, belajar, wat assignment & exam.. Memang spesies ulat buku ler si sepol nie.. huhuhu... xper ler, ape orang kata.. janji hepi, pursue my passion in study.. I like study.. I'm just loving it

Ok, ekceli in Dec lepas terbuka ati tuan tanah (blog) nak mohon sambung setadi.. (sori bahase saje gediks)
Syukur Allah permudahkan, baru-baru nie dapat tawaran wat Sarjana Pengurusan Perniagaan or popularnya MBA

What's different between master n bachelor is the option. Currently this is the option I choose. Before, a bit terpaksa kot tu fulfill everybody expectation. So the passion much much difference.



Apa yang best setadi kat OUM nie, buku dier free.. (Yuran lagi mahai lah dari masa degree dulu) Pas bayo yuran dah buleh dah ambil buku nie semua.. So this semester I will take Economics for Manager, Management and IT for Manager.

Apapun, harap-harap lah TT lulus dengan jayanya di tahun hadapan (Maybe Oct 2014 dah graduate laaa)

Nov 25, 2012

24.11.2012 @ Engagement Day

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu

Apa khabar? Harap semua sihat belaka :)
Tuan punya blog Alhamdulillah sihat walafiat, pastu ceria +++ bahagia gitu
Hehehe...

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya
Syukur semua yang dirancang berjalan lancar & segala urusan dipermudahkan Allah SWT


 Dua pasang cincin menjadi tanda ikatan perjanjian untuk melangkah ke alam pernikahan pada tahun hadapan. Cincin emas yang takda permata tu namanya cincin meminang atau merisik and then cincin yang ada permata tuu namanya cincin bertunang. Kiranya ini lah watak utama dalam majlis nie selain tuan punya blog dan bakal pasangannya.. Hehhe... Ooops, tak buleh kata camtu gak kan sebab tanpa sedara mara yang mengsponsor, tolong gubahkan dan ahli keluarga yang kuat beri sokongan takkan menjadi semua nie. Syukur Alhamdulilllah.

Tersarung cincin di jari bermakna penerimaan keluarga bakal pasangan terhadap perancangan kami secara rasmi. Semoga Allah merahmati majlis ini & menyatukan kami dengan ikatan pernikahan serta merahmati kehidupan kami dengan limpahan kasih sayang, keberkatan & kebahagiaan.








Nie ambil gambar dulu barangan iringan untuk dihadiahkan kepada bakal pasangan... Tulus Ikhlas dari kami.. Syukur ade bantuan untuk gubahan, beberapa barangan di sponsor (jimat skit duit tuan punya blog)... Terima kasih dari hati atas kesudian sedara mara hadir secara sukarela (tak payah hulur duit minyak) Sokongan anda kami hargai & hanya Allah membalasnya.
[note: sebab tengok ramai sekarang orang yang sedara mara mintak duit minyak & tol & penginapan sebab jauh menghantar + iringi rombongan meminang. Bukan kedekut pun kalau dorang mintak, tapi sokongan moral macam nie sangat membantu.. So jimat sangat duit yang kena keluar dari poket tuan punya blog.. Hehehe... Alhamdulillah... TQ Allah, mudahkan segalas urusan kami]




Yang baju biru tu adik saya & juga 2 orang lagi tu sepupu saya.

 Mekasih yer sayang atas hadiah-hadiah nie... Saya bawa pulang semuanya..
Dah sesiap letak hantaran yang diberi untuk bawa balik kat depan pintu... Strategik thinking nie
 Sementara tunggu giliran, tuan punya blog bergambar jer selamber kat kerusi depan rumah tuuu... Hehehe...
 Abah merasmikan makan petang tu.. Sangat sedap, nasi minyak basmathi, udang goreng sambal, rendang, ayam opor (kot?) dan kuih muih serta minuman yang sangatttt besttt... Sirap bandung soda memang curlasttt ... nyum3...
Nie pon antara menu fevret yang diserang malam tu lepas sampai rumah.
Kek nie sangat sedap... Most suka yang nie... ( yo lah, pak cik & mak cik kan)
Yang orang memuda harus laa suke red velvet.. hehe
 K



Nov 7, 2012

Menghidupkan Sunnah: Antara Sunnah Ketika Makan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera..
Hari nie cik epul nak share cete pasal sunnah ketika makan, dalam menghargai nikmat makan yang kita berpeluang menikmatinya setiap hari.. Mengamalkan sunnah itu ibadah, bila beribadah dapat pahala.. So, jom kita sesama baca perkongsian ilmu ini.

Antara Sunnah Ketika Makan
1- Makan dengan tangan kanan dan yang paling dekat: Dari Umar bin Abu Salamah r.a berkata, "Semasa kecil, saya berada di bawah asuhan Rasulullah s.a.w, dan saya pernah menghulurkan tangan untuk mengambil makanan yang berada pada satu piring. Kemudian Baginda bersabda: Wahai anak kecil, sebutlah nama Allah Ta'ala serta makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan yang dekat denganmu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2-Makan jangan sekaligus: Dari Jabalah bin Suhaim berkata: "Suatu ketika kami bersama-sama dengan Ibn Zubair mengalami musim kekurangan makanan, kemudian tiba-tiba kami mendapat rezeki kurma. Ketika itu Abdullah bin Umar r.a lalu, sedangkan kami tengah makan kurma. Kemudian beliau berkata: "Janganlah kamu makan sekaligus dua butir kurma atau lebih. Kerana sesungguhnya Nabi s.a.w melarang untuk makan sekaligus dua butir kurma atau lebih. Kemudian ia berkata lagi, "Kecuali bila ia minta izin kepada 
kawannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3-Nasihat kepada orang yang tidak kenyang: Dari Wahsyi bin Harb r.a bahawasanya sahabat2 Rasulullah berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak merasa kenyang." Rasulullah bersabda: Mungkin kamu semua makan sendiri-sendiri. Mereka menjawab: Benar." Baginda bersabda: "Maka berkumpullah kamu kalau makan, dan sebutlah nama Allah Ta'ala nescaya kamu semua mendapat keberkatan di dalam makanan itu." (Riwayat Abu Daud)
4-Ambil makanan dari tepi, jangan dari tengah pinggan: Dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Barakah turun pada tengah-tengah makanan. Maka makanlah kamu semua dari tepi dulu, dan jangan mulai dari tengah." (Riwayat Abu Daud)
5-Makruh makan bersandar: Dari Abu Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak pernah makan dengan bersandar." (Riwayat Bukhari)
6-Memperbanyakkan orang untuk makan: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan dua orang itu cukup untuk tiga orang, dan makanan tiga orang itu cukup untuk empat orang." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
7-Bersihkan sisa-sisa makanan yang melekat dijari dan pinggan: Dari Jabir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w menyuruh untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat pada jari dan pinggan, lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua tidak tahu pada bahagian mana dari makananmu itu yang mengandungi berkata." (Riwayat Muslim)


Sumber: Majalah al Ustaz