Sep 30, 2012

Corat coret 29-30 September 2012

Assalamualaikum my lovely blog readers, thank you for coming visit and follow my blog.

Hihihi...
Okey, malam nie sementara nak tunggu masuk Isya' rasenya mo laa mengarang blog sikit. Hehehe...
Okey, big progress sabtu nie ialah abah orang tanya apa perancangan orang dengan si dia. Abah orang minta orang tanya, about her family style before this mengenai merisik, meminang, bertunang, hantaran dan majlis perkahwinan. So malam tu I ask a few questions to her about the info needed. Abah orang pon ingatkan orang hal nie dah kena jangan malu malu lagi untuk dibincangkan sebab dah tak lama lagi kan. Abah orang suggest our family nak buat walimah dalam cuti sekolah bulan Mei/Jun. So at least this year nak kena lah merisik/tunang/melamar si dia. Just that I got to propose the date to them and the details to be discussed. For her family, bila nak buat walimah tu terpulang lah sebab keluarga lelaki cuma menghantar pengantin lelaki saja. Tentatively in March/April 2013, juz proposed date 1.3.13 nikah & 2.3.13 walimah. But it still may be changes. Tunggu ajer laa kad nanti yer, tu baru confirm tarikhnya.

My mom pesan, kita nie nak mintak anak orang kita kena buat ikut cara keluarga mereka. Ikut kebiasaan diorang buat sebelum-sebelum nie sebab mereka dah susah payah besarkan anak dara mereka, kita jangan ikut cara kita. Her family feedback is really good - buat yang mudah untuk keluarga kami lakukan. Kalau nak meminang cum merisik & bertunang at least bawa lah 1 cincin yang ada batu & satu lagi cincin belah rotan, Hadiah hadiah yang lain tu terpulang lah pada kami tentukan apa nak bagi mereka. Buat simpe-simple antara keluarga je pun dah ok sangat. Lega rasanya.

And then hari ahad nie orang tolong akak ipar si dia belikan Jubah-Jubah kain lycra di pasar kemboja. Katanya di KL lebih mahal & di sini murah banyak. About akak ipar si dia nie ada berita gembira yang diberitahu - goodies untuk majlis walimah kami nanti already sponsored. Fuhhh - a really good news. Rezeki Allah bagi dari sumber-sumber yang tak disangka-sangka.

Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Corat Coret 22 September

Assalamualaikum wbt

Selamat petang buat pembaca blog yang dikasihi..

Well well well...
Today nak bercerita pasal one day before kami bercuti ke Bali - of coz me n my sis
Orang sampai KL dalam jam 4.30 petang dari JB & my sis arrive at TBS dalam kul 5.00 petang.
We both take ERL to Putrajaya, saje nak kenalkan my sis to my wifey to be.. Hehehe
Kitorang makan-makan kat Taman Warisan Pertanian, then shopping2 kat Alamanda.
Si dia bawa akak dia + anak sedara dia sorang and me with my sis. We go by her car, si dia jemput di Putrajaya Sentral.

That nite, jeng jeng jeng we both come to agreement regarding our engagement ring (yang ada batu) plus merisik ring (yang belah rotan).. So, beli lah kat Tomei Alamanda tu coz survey kat Habib sombong yahamat staff dier malam tuu.. Before that dah survey juge kat local gold shop last week and Tomei JPO.. But berkenan kat sini coz the design simple, new and refreshing - dapat lah within our budget i.e 1k. Alhamdulillah dah setel satu hal



Malam tu lepas setel semua, akak orang mintak anto ke Putrajaya Sentral jer but then she voluntarily sent her to Nilai - rumah mak su.. Baiknya hati, sebab risau keselamatan akak orang memalam tuu.. Huhu..

Pagi esok tu si dia buatkan sarapan siap-siap before anto orang ke LCCT for flight to Bali. Terasa bahagia sangat, best nya rase dalam ati dapat orang yang baik macam nie sebagai wifey to be. Mesti it will be better bila dah jadi wifey nanti. InsyaAllah.

Sebab tu tak kisah jer belanjer caramel latte kat coffee bean bila orang balik dari Bali di LCCT aritu :).. Coz u r worth more than that my dear.. Am happy bila ada orang selalu risaukan orang, ambil berat, cemburu, nasihat, marah (erk?? :p) hahaha... tapi orang tau semua tu sebab sayang kan..

Orang lagi 1 amat terharu sebab si dia dah put komitmen towards our plan to get married next year dengan buat undi/kutu amounted yang agak besar per month. So that next year, by early year si dia dah ada bajet jugak nak tempah apa-apa before orang bagi duit hantaran. Orang pulak in January/ February at most boleh la dapat dividen asb, interim bonus sebulan dan undi/kutu jer. Sebab tak ready or prepared first place nak bertemu pasangan kot dalam masa terdekat, tapi perancangan Allah kita manusia nie mana nak tau. Terbuka ati nie nak menerima si dia menjadi suri, my partner till jannah. Usia perkenalan memang agak singkat jika nak dihitung namun Alhamdulillah Allah permudahkan banyak urusan antara kami & kedua keluarga kami. Semua ini sebenarnya kuasa doa, & Allah memperkenankan doa kami berdua jua keluarga kami sewaktu mama abah ku dan mama papa si dia di Tanah Suci.
(I like her father answer when her mother getting worried about her daughter: kalau awak risau pasal anak kita, awak bangun malam & berdoa untuk dia.)
Sesungguhnya para ulama jua berkata doa ibu sememangnya doa yang mustajab untuk anak-anak.

Si dia juga boleh ku katakan ada pakej sesuai - got her first class degree in Accounting (Although I think the minimum - ada degree pon da ok da. Since my parents suka bakal menantu yang ada pelajaran) but Allah give more than that - Alhamdulillah. She got a good job & good prospect as accountant at TM. Si dia pun style agak sederhana & simple aja, suka si dia begitu. Her family background pun ok, her father although now retired was a lecturer with overseas Ph.D. Ok sangat lah tuu.. Yang penting si dia boleh masuk dengan my family. Macam tu bagus lah, sebab bila kahwin kan kita kahwin dengan seluruh ahli keluarga. Nak hidup bersama tu dalam tempoh yang panjang sebab tu tak boleh ambil remeh pelbagai faktor. Dengan her brother family pun orang ok juga dah, so far so good.





Sep 29, 2012

Corat Coret Hati.. 15-16 Sept 2012

Assalamualaikum wbt dan selamat malam pada pembaca blog yang serba serbi sederhana ini.

Well, kali nie mo cerita pasai kisah hati laaa.... Lalalala

Nak wat camno, got to remind back some of the memories from 2 weeks back.
Ok ceritanya gini.. Bakal my wifey to come pay our family a visit on 15-16 September 2012
She come with 4 of her escort, akak ipar (Yuzy), adik kak Yuzy, and two of her child. Huhuhu... Sori lah, pak supir hanya ade kereta vios yang kecil nak sumbat seme,.. Jadi  lah yerrrr.... :p

Hihi, well what to say: All well end well
My father approved of her, kira dah berkenan lah wat menantu.
Maklum ler, sesampai jer my parents ajak makan & nak masakkan udang galah + ikan siakap 3 rasa fresh from Kota Tinggi/ MY dad yang siang sume tuu, tuu yg my mom kate mahal hidangan tuu.. Kalau tak, biasa mak jer masak sesorang kan selalunya.. Tapi ade tetamu special nie, semangat lak abah orang.. Huhuhu...

Then after maghrib weols gerak beraya kat Taman Pulai Indah, visiting her bestfren & hubby + 2 princess.. Quite late gak at nite baru balik dan gerak nak hantar dier ke hotel semula. Agak penat kot si dia, terlena tidur bile orang drive.. Sabar jer ler kan.,. hik3... :D

Then pagi esoknya abah orang belanja makan kat Bunner Kabana, a Pakistani Restaurant - makan roti nan & puri with tandoori and lamb curry.. Lazattttttttt... Orang lagik arr pepagi menum mango lassi.. hihihi

Lepas tu kami jenjalan sekitar kota tinggi such as Laman Tun Sri Lanang, Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang & the best part shopping kat kedai kemboja. Before anto deyols kat JPO for departure to Banting weols melanjer depa makan Nasi Ayam Baser - the best Nasi Ayam here & quite famous juger..

My dad memang laa suka dah.. Kata si dia sporting, lembut & rugged lah..
My mom - juz worried a bit about her skill in cooking, sebab kan si dia anak bongsu.. huhu
Tapi kesimpulannya kedua mereka setuju about us.

selingan: JPO







There are also some shocking fact, sebenarnya we both pernah keep in touch sekitar 2007 but tak ke mana pun dan agak lupa sampai laa orang jumpe si dia nie balik pada 2012 nie. Ada hikmahnya jua, belum kenal lelama lagi.. Huhuhu..


Qurban @ aidiladha

Assalamualaikum wbt
Hari nie terasa tangan ringan mahu mencoret serba sedikit perihal kehidupan ku,
Memandangkan tahun ini Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari jumaat maka pada tahun ini dikira sebagai haji akbar.

Hari nie - memenuhi kenduri kahwin & kenduri arwah dengan makanan yang enak lagi menyelerakan. Nyum3... Heheh
and then petang lepas asar kami menziarahi my cousin yang baru seminggu lepas melahirkan bayi perempuan. Congratz dear cozen..

Ok dalam pada petang tu, sewaktu kami menziarahi keluarga sepupu saya tersebut maka berceritalah dia yang pada mulanya mahu membuat akikah cucu mereka di Johor. Namun keluarga lelaki mahu membuatnya di Terengganu. Pak cik saya terpaksa membatalkan tempahan kambing tersebut, namun bila kami datang - kami order pula 2 ekor kambing untuk diQurbankan pada Aidiladha akan datang ini dari penjual tersebut.

Alhamdulillah, hilang rezeki seekor kambing namun Allah ganti pula dengan dua ekor kambing. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya sesuai aturan Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah.
Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Sep 13, 2012

Corat Coret SI Dia: Titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta


Ayah, saya nak kahwin. Ayah janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. 

Bolehkah ayah?

 


Ya ALLAH, titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta ini tulus buat bakal isteri halalku, isteri yang bakal aku nikahi, isteri yang akan bersama-sama denganku mengejar cinta-MU, ya ILLAHI..


Bila borak dengan kawan-kawan, entah lah gi rumah terbuka dsb. Bila orang usik ker apa sekarang just senyum jerrr... Hihi, bila orang tanya just a simple answer: Kembali Senyum :)
Coz she bring back the smile that i truly had lost.. Thank You Allah..

Alhamdulillah

ps: Lelaki memang suka perempuan yang cantik . Tetapi lelaki lebih senang jatuh cinta dekat perempuan yg pandai ambil hatinya dan buat dia tersenyum..:)

You are one of the reason i'm able to smile :)

Sep 12, 2012

Sebelum Aku Bernikah: Solemnization



Hari ini jom kita share knowledge pasal pernikahan pula.

Entry nie tajuk asal nya: Pernikahan tapi cik buah hati saya tu pagi tadi tetiba use this kind of words.

At first meng'google' lah jugak ape maknanya. Rupanya an act of religious marriage or in other simplified works for us muslims - 'Nikah'.

Ok, start our topics here. :)


Islam memberikan perhatian yang sangat besar dalam pembentukan sebuah keluarga, karena keluarga merupakan suatu organisasi asas yang bakal menentukan terbentuknya sebuah masyarakat yang lebih luas. Mendirikan dan membentuk sebuah keluarga yang islamik, sakinah, mawaddah wa rahmah harus dimulai dengan meletakkan batu asa keislaman yang teguh, yang dimulai dengan memilih jodoh yang solehah, proses walimatul ‘urus, membangun keluarga dari tahap awal, dan mendidik anggota keluarga bermula dari diri sendiri.

Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan kahwinkanlah orang bersendirian (belum kawin) di antara kamu” (an-Nur: 32)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, niscaya telah membenci aku.”

”Ambillah isteri, karena beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu.” (HR. Thusiy)

“Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia menikah kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”

“Jika yang datang meminang kepada kamu orang yang kamu percaya tentang agamanya dan amanatnya, maka sebaik-baiknya kamu menikahkannya saja. Jika tidak, dikawatirkan akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kecelakaan yang besar.”

Bersabda Rasulullah s.a.w:

Jika mati anak Adam terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: Ilmu yang boleh dimanfaatkan, sedekah jariah (yang manfaatnya terus-menerus) serta anak yang saleh yang mendoakannya (dengan yang baik).

Bukankah untuk mendapatkan anak yang soleh & solehah itu harus melalui nikah terlebih dahulu.

Berkata Ibnu Abbas r.a.:

Belum sempurna ibadat orang yang beribadat sehingga ia menikah.

Nikmat bernikah

Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.

Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"
(Surah Maryam ayat 96)

Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.

"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri."

Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza. Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada Allahur Rahman.

"Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk... Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."

Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.

"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia"
(Surah Fussilat ayat 34)

Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan.

Seorang isteri... senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya mengharap pertolongan Allah Yang Maha Membantu.

Seorang suami... harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. SemuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan kepada Tuhan.

Apabila suami dan isteri berusaha membugarkan iman dan apabila pernikahan digerakkan di landasan iman.. itulah syurga dunia yang diidamkan.


Corat Coret Si DIa: Maaf Saat Ini Saya Lagi Jauh Dari Kamu

Merindui awak adalah 'HOBI' saya,
Menjaga awak adalah 'KERJA' saya,
Membuat awak gembira adalah 'IMPIAN' saya,
Mendoakan kebahagiaan awak adalah 'RUTIN' saya,
Menyemai cinta buat awak adalah 'HIDUP' saya ..
tapi maaf saat ini saya lagi jauh dari kamu..
jadi saya akan jaga kamu dalam DOA...♥


Alangkah bahagianya bila berukhwah saling menghargai,bila bersama saling menyayangi, bila terluka selalu memaafi, bila keliru tetap memahami, bila terleka kerap menasihati, bila tersilap terus
meneguri. Maka bertambahlah manisnya apabila semua kerana ILAHI :)