Selamat menyambut tahun baru hijrah. Semoga bertambah iman, amal soleh dan taqwa kita kepada Allah.
Bersama kita berdoa memohon keampunanan, muhasabah diri kita atas kesilapan lalu dan berazam menjadi yang lebih baik untuk masa akan datang.
Di kesempatan ini jom kita berdoa untuk akhir tahun ini selepas asar dan awal tahun mendatang selepas magrib ini
Corat Coret Tinta Kehidupan
Love isn't about being sexually attracted. That's lust. It's about caring about someone.
Oct 24, 2014
Oct 21, 2014
rhb credit card redemption: smart tag
Assalamualaikum
Hari ni saya nak share pasal 1 benda.
Smart tag.. Hehe, hari ni 21st Oct 2014 baru la nak merasa guna benda ni. B4 dis pernah ler jugak guna tapi orang lain punya. Kira mahal gak kan benda ni, so tangguh la dahulu kehendak sebab guna touch n go pun dah kira ok sgt2 sebelum ni.
Alhamdulillah, ada rezeki tahun ni dari point kad kredit rhb saya so redeem lah smart tag ni. Cambest jugak ada benda ni, tapi kalau nak beli of coz lah saya fikir 29kali..
Apapun saya dah ada smart tag secara rasmi hari ni. Esok boleh guna nak balik banting. Doakan kami selamat sampai selamat balik. Selamat hari deepavali to all Malaysian.
Kita sefamily nak ke Gold Coast Morib resort ni esok. Saja2 makan angin n melayan anak buah ke water theme park di sana.
Ps: siapa ada kad kredit rhb boleh dqpat 8% additional discount dari agoda kalau buat payment guna kredit kad diorang untuk destinasi dalam malaysia. Tempahan perlu dibuat sebelum Nov'14 dan boleh digunakan untuk menginap sehingga Mac 2015.
Hari ni saya nak share pasal 1 benda.
Smart tag.. Hehe, hari ni 21st Oct 2014 baru la nak merasa guna benda ni. B4 dis pernah ler jugak guna tapi orang lain punya. Kira mahal gak kan benda ni, so tangguh la dahulu kehendak sebab guna touch n go pun dah kira ok sgt2 sebelum ni.
Alhamdulillah, ada rezeki tahun ni dari point kad kredit rhb saya so redeem lah smart tag ni. Cambest jugak ada benda ni, tapi kalau nak beli of coz lah saya fikir 29kali..
Apapun saya dah ada smart tag secara rasmi hari ni. Esok boleh guna nak balik banting. Doakan kami selamat sampai selamat balik. Selamat hari deepavali to all Malaysian.
Kita sefamily nak ke Gold Coast Morib resort ni esok. Saja2 makan angin n melayan anak buah ke water theme park di sana.
Ps: siapa ada kad kredit rhb boleh dqpat 8% additional discount dari agoda kalau buat payment guna kredit kad diorang untuk destinasi dalam malaysia. Tempahan perlu dibuat sebelum Nov'14 dan boleh digunakan untuk menginap sehingga Mac 2015.
Feb 14, 2014
Panduan dalam berhutang mengikut Al-Quran
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Baqarah 282)
(Surah Al-Baqarah 282)
Nov 6, 2013
Hari Asyura - 10 Muharram
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
InsyaAllah tahun ini, hari Asyura akan tiba pada hari Khamis - 14 November 2013
Jom kita berpuasa sekurang-kurangnya pada hari itu :)
Semoga dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menambah ketaqwaan kita kepadaNya.
RHB Rush Hour Contest
Dear all, yuuuhuuuu... Hehe
Assalamualaikum. Salam awal muharam buat semua. Sedar tak sedar dah kita menjejakkan kaki ke tahun baru mengikut kalender Qamari. Semoga amal kita diterima & tahun baru menjanjikan peluang-peluang baru untuk kita menjadi orang yang lebih berakhlak mulia - menjadi calon penghuni syurga di akhirat kelak. InsyaAllah.
Ok laaa, what da story to share today?
Nie pasal satu peraduan RHB, hadiahnya simple - dapat t-shirt rhb jer sehelai..
Huhu.. so nak citer nya nie saya pun join this contest sesuka
sebab sambil2 topup telefon, guna jer ler rhb online
senang jer, tak payah nak ke mobile kiosk, depan PC klik rhb.com.my pastu login dan topup
setel. kot ada rezeki dapat ler hadiah nie, kalau tak dapat pon janji telefon ade kredit nak berhubung dengan orang tersayang.. hehe
And then, the list go on... jeng jeng jeng
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas rezekiNya. Berada di no 143 dalam senarai, saya dapat ler baju RHB tu. Now waiting for the delivery to be done. :)
Ok then, tu ajer update di hari ini.
Sehimgga berjumpa lagi.
InsyaAllah
On additional note, I want to share my hari raya pics with my lovely wifey.
Semoga si dia dipermudahkan proses mengandungnya, kesian pulak tengok keadaan kesihatannya yang sering muntah2.. Didoakan agar semakin bertambah usia kandungan, agar semakin sihat dan juga bakal bayi kami agar sihat & menjadi seorang yang soleh/solehah, menjadi anak yang taat dan menyenangkan hati ibu bapa. Amin
Nov 1, 2013
Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki
Perihal Lelaki #1 “Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ” Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri. Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap! Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus! Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama. Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya. Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?! Perihal Lelaki #2 “Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.” Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih. Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe… “adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!” Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb. MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!” Perihal Lelaki #3 “Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!” So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik. Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik. Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?! Perihal Lelaki #4 “Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ” Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy! So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality! Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain… Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka… Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah! Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda. So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru… Perihal Lelaki #5 “Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.” Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan. Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan, “wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??” Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka… Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu… |
Perbelanjaan sara keluarga paling baik di sisi Islam
Perbelanjaan sara keluarga paling baik di sisi Islam
Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu perbelanjaan kerana kaum keluarga, untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan kawan-kawan kerana menegakkan agama Islam.
Faedah berbelanja
Islam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal.
Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.
Belanja paling baik di sisi Islam
Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW: “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan wang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu.” (Riwayat Muslim)
Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan saja. Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.Antara perbelanjaan yang paling baik di sisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali zakat yang wajib.
Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)